- 1. Sekiranya anda sedang bercinta, mempunyai kekasih yang anda sangat sayangi dan anda begitu yakin dia lah yang bakal anda kahwini seterusnya hidup tua bersama…
BETUL kah jawapan anda itu? Well in my humble opinion, sekiranya anda masih boleh terpikat pada orang lain dan terfikir untuk bercinta dengan orang lain… Maka anda masih belum berjaya dalam cinta..
Anda mungkin fikir anda berjaya…kerana sudah selesa memiliki kekasih dan berpeluang mencintai yang lain pula… No… No… Anda masih gagal sebenarnya… Kerana anda belum puas lagi dan masih belum settledd!
- 2. Sekiranya anda memiliki pasangan, suami atau isteri atau tunang, dan begitu bangga untuk menceritakan kepada dunia yang anda sudah bahagia, malah done settling down…
TEPAT kah jawapan anda itu? Maaf ak ucapkan jika hanya luarannya anda kononnya bahagia, tetapi dalaman anda sangat menderita dan amat berduka cita sekali…
Anda mungkin fikir anda bahagia dan sudah selamat tetapi jika anda masih dalam kerisauan dan tiada kepercayaan di dalam perhubungan anda, very sure anda masih gagal dalam cinta. Kerana anda sebenarnya masih belum settled!
- 3. Sekiranya anda masih benci dengan bekas kekasih, atau masih berdendam dengan orang yang telah mengecewakan anda. Anda bersumpah akan membenci dia §ampai bila-bila…
BERMAKNA kah hidup anda dengan perlakuan anda begitu?
To me anda DEFINITELY masih gagal dalam cinta…kerana, apabila anda masih membenci dan berdendam, jelas sekali anda seolah-olah memberi kemenangan kepada dia dan anda tunduk dengan kegagalan anda dengan menjadi seorang yang menyimpang dari agama yang mengajar kita menyayangi dan menghormati sesama insan… Anda berdendam dan hidup anda penuh dengan kebencian… Jelaslah anda belum settled lagi!
3 kali ak katakan dalam 3 situasi ini yang anda belum SETTLED! Settled means SELESAI! Kalau masih playing around, masih hanky panky, not sure dalam relationship, “entahlah I tak pasti” …itu bermakna anda BELUM SELESAI lagi dan jauh lagi dari bahagia.Jika anda berdua betul bahagia dan amat mempercayai antara satu sama lain itu bermakna anda dan dia sudah keluar dari segala jenis kemelut…Jika belum…
Mulai dari hari ini, apa kata jika kita semua berjanji pada diri sendiri, “Dari hari ini aku akan membahagiakan diri aku sendiri dan aku mahu benar-benar settled down!