kita selalunya alpa dan tidak tahu bahawa kita telah menyakiti hati orang yang sayangkan kita sepenuh hatinya..kita jadi alpa,lupa,dan lupa diri..betapa insan tersebut terlalu ambil berat pasal kita tapi kita buat tak tahu sahaja..betapa insan tersebut menyayangi kita sepenuh hatinya tapi kita anggap itu cuma biasa sahaja...betapa insan tersebut banyak dan berkorban masa,tenaga dan jiwa tapi tidak pernah nak dihargai malah dibayar dengan keegoaan,gelak tawa dan tidak pernah untuk cuba menyelami~!!!...insan yang dikecewakan bersabarlah anda..maka suatu hari nanti insan itu akan menyedarinya,dia akan merasa kehilangan yang amat besar dalam hidupnya setelah apa yang dibuatnya terhadap diri anda...ALLAH MAHA ADIL~.. (petikan dr sebuah summary kisah hidup seorang human)
Dari penjuru sudut meja, pena ku berkata-kata. Akan aku pahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena ku menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi aku. Aku hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena ku akan terus menari, sehingga nyawaku diambil olehNYA.
Monday, August 8
adakah kita mampu menghargai orang lain?
kita selalunya alpa dan tidak tahu bahawa kita telah menyakiti hati orang yang sayangkan kita sepenuh hatinya..kita jadi alpa,lupa,dan lupa diri..betapa insan tersebut terlalu ambil berat pasal kita tapi kita buat tak tahu sahaja..betapa insan tersebut menyayangi kita sepenuh hatinya tapi kita anggap itu cuma biasa sahaja...betapa insan tersebut banyak dan berkorban masa,tenaga dan jiwa tapi tidak pernah nak dihargai malah dibayar dengan keegoaan,gelak tawa dan tidak pernah untuk cuba menyelami~!!!...insan yang dikecewakan bersabarlah anda..maka suatu hari nanti insan itu akan menyedarinya,dia akan merasa kehilangan yang amat besar dalam hidupnya setelah apa yang dibuatnya terhadap diri anda...ALLAH MAHA ADIL~.. (petikan dr sebuah summary kisah hidup seorang human)
Untuk siapa cinta hatiku ini?
Kau aku dan mereka
Kita semua mudah tertarik pada keindahan
Seringkali jatuh hati pada ketampanan
Namun berapa ramai yang sedar akan pencipta keindahan itu?
Sedangkan Dialah yang paling indah seindah-indahnya
Sesungguhnya allah itu indah dan mencintai keindahan
Kau aku dan mereka
Kita sama-sama mudah tertarik pada kekayaan
Jatuh hati pada kemampuan kewangan
Namun sedarkah kita
Segala kekayaan itu pinjaman dari yang maha berkuasa?
Sedangkan Dialah Zat yang maha kaya
Kau aku dan mereka
Kita mudah terpikat
Pada kehebatan insan dan keagungan cinta
Jatuh hati pada kedudukan dan kehormatan
Namun sedarkah kita
Akan kehebatan dan keagungan pencipta alam?
Sedangkan dialah zat yang maha agung lagi maha tinggi
Kau aku dan mereka
Kita jua mudah tertarik
Dengan orang yang mengambil berat terhadap kita
Jatuh hati pada mereka
Yang suka memberikan
Perhatian terhadap diri
Sayang nya ia tidak kekal abadi
Walaupun kata-kata
Boleh di lafaz, namun sedarkah kita
Allah sentiasa mengambil berat
Sentiasa dekat dengan kita
Disaat kita memerlukan cahaya
Dimasa kegelapan atau dimasa terang
Kau aku dan mereka
Kita semua milik nya
Di bumi ini kita berusaha
Memiliki yang dimiliki olehNYA
Mampukah kita memiliki sesuatu
Seperti mana DIA memilikiNYA?
Menghargai satu kemilikan
Adalah satu tanggungjawab
Kerna kau telah mengambilnya dari
YANG TELAH MEMILIKINYA.
***** keep in mind blogger! :
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)