"Dari penjuru sudut meja, pena ku berkata-kata. Akan aku pahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena ku menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi aku. Aku hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena ku akan terus menari, sehingga nyawaku diambil olehNYA."
"atur cara hidupku bukan bermula dengan sesuatu yang indah untuk aku kenang mahupun aku gilap"
Aku hadir di kalangan manusia2 yang pelbagai ragam dan perangai.. aku suatu masa lepas aku sendiri buntu dengan apa aku telah perlakukan, aku sendir tewas rupanya dalam pertarungan yang aku ingin usahakan... barangkali aku belum cukup ilmu di dada untuk bertarung di persada ilmu ini.. xmengapalah.. nama pun pelajar... bangkit apabila tergolek di langgar rimbunan manusia.. xmengapa aku tahu itu atur cara hidupku...
"terima kasih sekali lagi.. cuma tolong ingat staff ini..
kami dari kalangan doktor, belajar hingga ke luar negara..
tolong jangan pandang lekeh pada pelangan hanya kerana kami berpakaian casual dan simple..
bukan hendak berlagak tp dia tak tahu siapa pelangannya so don't be rude.."
Aku pelik sesetengah orang yang belajaran ini kadang. Bangga sebenarnya menjadi orang yang berilmu ini. kerna kau ada kelebihan yang orang yang tidak ada. cuma kadang2 aku pelik akan perihal orang2 yang bijak pandai ini. benar jangan memandang rendah seseorang berdasarkan penampilan mereka dan rupa wajah namun sesekali ini bukan lesen tegar mencerminkan keagungan peribadi diri. pada aku, ilmu dan kemegahan jawatan yang disandang adalah lebih baik dikongsi bersama yang lain melalui saluran yang baik. sewajarnya orang yang berilmu ini memiliki ilmu dan mempunyai peribadi yang lebih baik dari orang yang masih merangkak2 mencari ilmu. aku pernah kata dahulu "umur bukan pengukur kematangan seseorang manusia" nah hari ini aku katakan sekali lagi "orang kaya dengan ilmu belum tentu kaya dengan budi bahasa dan budaya" usahlah membangga dengan ilmu yang ada. adalah lebih layak jika ia di kongsiakan dan dipergunakan sebaik mungkin.
Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar. Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.
Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.
"-Seandainya saya memiliki bunga setiap kali awak buat saya tersenyum barangkali kini saya memiliki sebuah taman bunga-
Sekali lagi dipersimpangan jalan, termanggu di bahu jalan. Kadang2 aku sendiri keliru antara rezeki, anugerah mahupun bisikan syaitan. Di dalam kotak mana sebenarnya kau berasal? kata mereka tanyalah pada hati? hati aku sentiasa membenarkan perkara yang aku sentiasa dalam pencarian. tersenyum... kedil kan diri kita untuk memikirkan aturan tuhan ini, sukar untuk mencari perkara yang belum tahu kebenarkannya. diri bukan sekuat seperti angin petang yang mampu menyapa pohon2 rendang. hanya seorang manusia kedil yang termanggu di banggu usang memerhati bintang malam nun jauh di langit. kadang terlintas pikiran, adakah bintang itu mampu aku sentuh suatu masa nanti? hhahahahah... bodoh! mana boleh sentuh bintang... lagi2 kau nk simpan menjadikan milik kau. tetapi bintang itu mencuri hati aku! macam mana bintang yang nun jauh di langit itu mencuri hati aku sedangkan aku tak mampu mencuri bintang itu untuk ku simpan! urm,,, (tersenyum) kau nk mencuri harta milik tuhanmu.... gile! mana mampu... syukur kau di berikan masa menikmati keindahannya walau dari jauh... sedarlah itu milik tuhanmu... kalau kau meminta pada langit mahupun bulan belum tentu mereka akan memberikan bintang itu pada mu... namun cuba kau minta pada tuhanmu... mungkin Dia bermurah hati memberikan ia padamu. Usah bersedih atas perjalanan ini, aku tahu sakitnya yang dahulu... aku pujuk dia... aku pujuk dia untuk berhenti merintih... tenang2... aku tahu luka memikul nya... sama ada ia mainan syaitan mahupun anugerah aku tak pasti.. namun aku, sedar aku tak mampu melihat bintang itu kini.. aku kuatir taman bunga yang aku bina hanya sendirian kembang,,, dan aku yakin, ujian ini untuk aku miliki sebelum tuhanku memberikan bintang yang aku impikan... andai aku mampu bisikkan pada bintang nun jauh di langit malam, aku mahu kabarkan aku rindu padamu pada saat kau membuka mata hatiku dengan peribadimu. sayang kau jauh untuk aku sentuh, dan sayang kau tak mengetahui. dan aku juga tidak mengetahui aturan tuhan ini. aku terlampau kedil untuk bersuara, sedangkan kau terang nun jauh di langit itu. aku hanya kabarkan rindu itu pada tuhanmu, aku harapkan tuhanmu menyampaikan ia pada dasar hatimu. itulah pengubat aku yang kedil di bumi tuhanmu ini.
....................................................................................................................
-kata hamka: yang ada itu sudah harapan kita, tetapi insan bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada-
13/12/2013-kuala lumpur