Monday, August 6

mata lens ku 3












aku si selipar jepun...

aku
si selipar jepun
wujud d tepi tangga rumah 
tiada y menyedari aku di situ

aku 
si selipar jepun
setia menunggu d tangga rumah
menanti y tiba dan yang mahu berlalu

ye aku hanya selipar jepun
tetapi aku berguna
apabila keadaan memerlukan 
dan tiada pilihan
aku sentiasa d perhatikan

walaupon gah bila d perlukan
namun aku sedar....
aku 
hanya selipar jepun...
ketika mereka mempunyai pilihan....
aku?
aku bukan pilihan mereka
 aku hanya memerhati d penjuru tangga

sedihkan kehidupan aku?
kadang2 selipar jepun y murah ini
di cari bagai mencari emas dalam kaca
namun aku sedar...
aku hanya sebuah selipar jepun..
hanya orang2... dahulu kala 
yang tahu menilai aku
bukan mereka sekarang
kerna aku hanya sebuah selipar jepun....

**** kadang2... bukan semua orang tahu menghargai diri kita, walaupon mereka seolah2 mengerti dan memahami diri kita, namun hakikat sekiranya di halusi.... hanyalah sebuah lakonan untuk kehidupan mereka... demikianlah cerita aku... cerita sebuah selipar jepun.... sekian.

-aku*hanya*sebuah*selipar*jepun-