Saturday, August 20

Cerita seorang aku dengan si siput..


Pada suatu hari tuhan memberiku tugas membawa seekor siput jalan-jalan makan angin... Aku tak dapat berjalan cepat bersamanya... sekalipun siput telah berusaha keras mengikutku.

Setiap kali dia hanya mampu beralih sedikit demi sedikit..  lalu aku menariknya dan mengheret.. bahkan menendangnya... sehingga si siput menjadi terluka.. 

Ia mengugurkan keringat serta nafas derasnya,,,, dengan payah dia terus merangkak...  aku mendesak... menhendik dan memarahinya... siput memandangku dengan pandangan bersalah serta memohon maaf... lalu ia berkata” maafkan aku sahabat, aku sudah bberusaha dengan segenap tenagaku..” 

aku hilang pertimbangan lalu berteriak.. “ tuhanku mengapa engkau meminta aku mengajak seekor siput berjalan bersamaku??? Apakah maksudmu???? Tibe2... aku melihat langit menjadi kelam dan sunyi senyap... siput menghilang dari pandanganku.. adakah ini jawaban dari tuhan? Dia menyingkirkan siput dari kehidupanku... 

Bagus! Tugasku selesai!! Tetapi ternyata aku terlihat siput tadi merangkak di depan ku.. aku terpaksa berjalan kesal di belakannya... aku pelankan langkahku.... menenangkan hati... dan sesuatu seakan2 tibe2 datang dalam hatiku,,, rupanya inilah yang tuhan maksudkan... siputlah yang mengikut setiap langkahku.. aku diminta perlahankan langkah ku untuk aku berfikir sejenak...

Merenungkan saat2 aku dipertemukan dengan “seseorang” saat Sang Penolong menemukan diri kita... Ingatlah bahawa itu anugerah yang tak ternilai harganya... kerana dia, hidup kita diubahNYA...  

Saat2 kita masih memiliki orang2 yang kasih dan sayang kepada kita walupun kita seringkali sedih kerana kehilangan atau tidak mampu memiliki orang yang kita kasih mahupun sayang... cubalah kau berusaha mencari kesempatan untuk mengisi sedikit runag bersama2 mereka... kerana mereka tidak akan memberitahu bila masa mereka akan pergi.... bertindaklah sebelum ia hanya satu yang sia2...  

Disaat kau dipertemukan dengan seorang teman yang mampu kau beri kepercayaan... berusahalah untuk berdiri bersama2nya... kerana seumur hidup manusia, teman sejati tak mudah untuk ditemuai sekiranya kau mencari... lazimnya ia datang bila kau kesendirian.. 

Disaat kita mengingati orang yang kita sayangi,,, namun orang itu tidak menyayangi kita seadanya kita...  pernahkah kau terfikir.. mampukah kita berdoa untuk kebaikannya? Bukankah kita berharap dia bahagia? 

Suatu saat ingat akan orang yang pernah kita cintai tetapi semuanya telah berakhir.. senyumlah kau... walaupun hatimu terasa perit... berilah senyuman manis untuk semua kenangan yang telah terjadi... kerana dia telah membuat kita lebih mengerti tentang kisah sejati... usah malu menangis,,, ia satu penawar luka dalaman jiwa... 

Di saat kita meningati orang yang kita benci.. mulailah belajar memaafkan nya,,, kerana kehadiranya telah menyempurnakan kitaran hidup kita serta memberi kesempatan pada kita untuk lebih bijak...  

ketika orang mengkhianati kita, ucapkan kalimah kesabaran... jika bukan kerana dia masakan hari ini kita pernah melihat dunia dari dua penjuru berbeza... 

Ada ketika orang meninggalkan kita begitu sahaja tanpa sebarang kata.. berterima kasihlah kerana dia pernah ada dala hidup kita... kerana suatu masa dahulu dia telah membuat kita peduli pada perasaan sesame manusia... 

erm................. fikirkan sejenak wahai blogger sekalian... termenung sejenak... lihat sedalam2 hati kalian... ambik masa 5 init cukup la... apakah kita benar2 mahu menyingkirkan “siput-siput” yang sentiasa memburu langkah harian kita??? Tak pernah sekali pun sesuatu terjadi pada kita begitu sahaja... rencana tuhan mengaturkannya demi kebaikan kita... walaupun bagi kita ia sesuatu yang memeritkan... 

kadang2.. ada saatnya kita perlu berjalan perlahan-lahan untuk merenungkan sedalam2nya... siapa sebenarnya diri kita... apa yang kita buru dan kita telah tercicir dalam penghidupan ini... 

Blogger2... dengarlah, pesan aki... bangunlah dari lena kalian, walaupun kalian already terjaga.. jangan kau sesali apa yang diberikan kepadamu.. sesungguhnya setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita Dia Maha Mengetahui... dan itu adalah aturanNya...

********** pesanan khas dari hati aki: 

Jika suatu masa nanti kita terjatuh dan terluka, kehilangan dan ditinggalkan... pliz... don’t give up dear... yakinlah.... Dia tidak akan meninggalkan kita... Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. 

Keep in mind blogger!
“ Everything happens for a reason... there is no coincidence.” 

Dan adakalanya Dia tidak memenuhi keinginan kita, tetapi Dia memberitahu apa yang kita sedang cari.... 


(Ni hanya coretan dari sebuah rentetan kisah hidup aki... aki gantung di bingkai teratak semua ia menjadi ingatan buat aki dan mereka y sudi singgah ke teratak usang membaca... teratak usang... usangnya ia bukan pada nama tetapi pada kenangan... terpahat didinding sebuah rumah... bernama manusia..... wasalam...)