Friday, June 10

Dairi harian: Pose Pertama

06/06/2016 (Isnin,Bandar Sunggala, Negeri sembilan, Malaysia)

First day pose aki balik rumah... bila umur makin meningkat ni.. perasaan parenthood tu macam tinggi sikit.. perasaan controlling pon boleh tahan tinggi gak.. (tapi aki xdelah kuku besi sangat,, suam2 kuku je...) bajet nk gerak awal pagi sebab nk lepak pantai... hurm,, hampeh.. ke laut itu semua... semalam b4 tu tdo dlm 3-4 jam je... berpusing kepala ni.. dengan keje malam lagi kan./.. alik2 telajak tidur gara2 kemas bilik... sampai2 umah dalam kol 3.30 mcm tu... first thing bila aki sampai aki pokok mangga mak aku yang lebat berbuah... siap sapu lantai habak ang,.. dalam otak "yes! rezeki... aku nk tibai banyak2 bg org kat fac" heheeh.. tabiat aki mcm tu.. dari membazir bg org lain guna... 

masok2 umah tgk dua beradik tgh sibuk tgk tv n main game.. menjerit bl aki masok senyap2.. si kakak "alamak ayam tak keluar peti lagi!!" si adek... "along.... kakak ada belikan bj raya.. warna biru.. sempena hari jadi along next week... pakai cepat2!!!" ......... aki? "boleh ambik tak bunjut2 buku untuk kamu dan meje jepun ni... bg along duduk kejap.. nafas ni tinggal kat highway lagi ni.."

Not bad baju ala2 dress si kecik ni beli.. part best... adik n kakak tabung duit beli baju raya along, ma, adik n kakak tau... sweet.. alhamdunillah... dah pandai berfikir adik2 aki ni.. aki keluarkan buku2 yang form 2 utk si bongsu ni... siap tazkirahkan dia lagi... aki nk dia belajar cara budak u mulai sekarang.. elok2 bersyarah... vroom2... mak bedah sampai... mak aki baru balik keje... amboi.. blom kol 4 dah balik... kakak gelak... "kan along nak balik.. ma mesti nk balik awl.. " dua orang bujang aki sorang xbalik keje g.. sorang g xbalik dr kolej.. yang si abg dia dah balik sehari sebelum aki.. hurm,, ajak plan nk balik sekali.. tapi dia ni lain sikit.. tah apa y dia pikir dan nk lari sgt.. mcm2 perangai...

Ma aki masok umah dok sengeh, tgk buku2 bersepah atas lantai... aki mintak izin nk g pekan jap cr barang... lewat dah nk gerak lambat2.. kang nk buka lagi.. tup2/// kami g beli barang n balik semula 45 minit b4 buka... ma aki dah siap.. ayam masak cili api dia.. (adek request), kerabu dia.. aki bertukang kat dapo masak sayur n ma tolong buat kan bubur kacang.. dua bujang tu pon selamat balik... masa buka... first time ma aki kata makan punya selera mcm ni.. seronok tgk anak2 makan... y bujang keje ni jarang buka kat umah... hari abg dia balik pon dia xnk buka sekali.. hari ni aki balik dia nk makan sekali.. hehehhe.. mcm mana hati ma xcair kan... 

hbs buka... gegar g terawih pulak... bujang keje xpegi sebab on duty mlm tu.. sejuk hati kita tgk dia salam peluk ma mintak izin g keje... alhamdunillah xsia2 along motivasi kamu.. n keep doa kan perubahan kamu.. (bujang keje ni suatu masa jauh dr keluarga.. mungkin kesan masalah kekeluargaan dahulu.. ) he just smile.. pegi keje dulu kak.. hurm, :)

balik terawih... ma aki tdo dah.. kami y girl open table.. jarang open table mcm ni... dua beradik ni.. bercerita... mcm2 cerita... almaklumlah.. aki kan jarang ada kat umah.. jarang ada dgn depa... mcm2 cerita.. kejap ketawa.. kejap marah2.. kejap nangis/// sampai kol 3.. si bujang keje balik tgk kami xtdo g... dia boleh seloka.. "umah kita dah ada mak guard ke? heheh" indah perasaan masa tu.. itu yang aki nk adik2 aki ada... regardless level pendidikan kamu... kamu xberpecah.. saling hormat menghormati... kol 5 pagi kelam kabut bangun... hahah... lepas sahur.. si kecik bukak buku study sikit... hurm,, dia lah y jadi jam untuk si bujang kolej ni.. nk kejutkan abg dia bgn pegi kolej jap g.. aki teman lah dia.. si kakak hanyut dah.. ma aki pon dok menunggu nk g keje.. mcm2 benda ma pesan b4 g keje... ambik tu.. ambik ni.. pisang dah masak ambik... ambik mangga.. bla.. bla.. ma balik ptg.. aki dah nk balik kampus dah tghr.. mlm keje kan.. n first time sy sedahkan rezeki aki pada ma... selama ni xpernah buat.. paling tidak beli barang.. im not shame to say it.. but, that the first time my mom cry... dia takut aki xde duit.. sebab yelah tanggungjawab aki dengan keluarga angkat lagi.. hurm, the best word y aki mampu cakap masa tu "xpe.. nanti tuhan bagi y lain.. jgn risau"... 

I'm not nk belagak post2 benda2 mcm ni.. i just nk share dengan kalian perasaan ketenangan bila kita melunaskan tanggungjawab kita.. mcm mn aki selalu nasihat adik2 aki.. tapi aki sendiri tak buat apa yang aki cakap.. road to be counselor kan.. pada diri aki.. parent aki xsempat ajar pekara2 basic tanggungjawab anak kadang2.. but, kita bila meningkat dewasa makin di berikan akal untuk berfikir. kita boleh berubah, untuk merubah keliling kita.. kita kena mulakan dengan diri kita sendiri.. hurm,, oke that all... masih xberjaya lagi untuk terus balik keje n trs tdo.. mesti makan2 dulu.. pastu tdo lambat.. hurm,, kita try hari ni k.. (aki y try..) oke selamat berpuasa semua.. semoga bulan puasa kali ni kita dapat memperbaharukan diri kita.. semoga di permudahkan urusan kalian.. 


"hidup kita kadang2 xsentiasa sempurna, but jgn malu dengan sejarah kehidupan kita. itu antara suratan sebahagian dari kehidupan kita. namun bukan the rest of ur life story. kita boleh merubah masa depan kita, dengan tangan dan pilihan kita. Im on the way, to be a changer.. to my self, my family and my environment" 

Sunday, June 5

Kamus Kehidupan: Chapter 1: Konar kehidupan

When you're down for the count
 I hope you find the strength to rise
 When you're lost and can't be found
 I hope you search for that light
 When the wind is in your face
I hope you run with every stride
 When your life is on the line
 I hope you live like you're dying
'Cuz people will always tell you,
 About that other side,
 How the grass is always greener,
 and the sun, it always shines,
 and People will always tell you,
 How to live your life,
 You know what I say to that?
This is my life
I hope your dreams come alive
 And you never let them crush
 I hope you live life too slow
 Cuz it's too fast to rush
When you live and you learn
I hope you never learn enough
 The sky is not the limit
 So act like you are flyin
You know what it's like to be all alone? 
People on both sides,
 and you don't know where to go
 Pack up your own bag
 Throw your world in the air
 See where you go from there
You know what
 I say to that?
 This is my life. This life is mine This life, this life,
 this life is mine.... -thomas mitchell.


"Setiap cerita kehidupan selalunya mendambakan keindahan secara lazimnya, namun tangan kita kurang petah mengukir corak kehidupan. Kadang2 aku terpikir, sejauh ini aku melangkah. Sejauh ini aku berdiri sebahu dengan mereka di luar sana. Jetus hati, hebat jugak aku ni. Kalian juga hebat! cerita kehidupan kita semua berbeda mungkin. Namun, acapkali ak katakan pada diri. Jangan putus asa pada diri dan pencipta. Manusia mungkin bisa menghampakan kita, namun bukan Sang Penciptamu... Salam Ramadhan kalian.. Semoga Ramadhan kali ini membawa kemulian pada kita semua... -penoff. 


6.6.2016/0845 a.m/serdang/selangor/malaysia

Tuesday, May 31

Kamus Kehidupan: Intro (I'm back!)

Apabila kaki telah letih berlarilarilah dengan hati... (iklan milo)

Salam, selepas setahun aki kembali tengok blog ni... ada g.. reason aki kembali menulis pasai dah selamat hantar notice viva semalam.. (alhamdunillah..) dah biasa kan tiap2 hari menulis tesis dan baca journal sekali dah siap untuk di semak.. aki blank nak buat apa.. so godak2... teringat tempat yang selalu aki meluangkan masa lapang suatu masa dulu.. asalnya nak buat buang tebiat nak buat booklet list2 quotes.. "the book of quotes" tajuk dia "kamus kehidupan" jeng2... semua quotes yang menjadi arang membakar semangat aki dalam berjuang untuk berada di ketika ini aki letak dalam tu.. just nak simpan kan.. one day bila lost.. bukak balik.. baca... macam kita baca quran... tp xde lah time bila ingat.. (hehehhe kadang2 buat)..  


But bila dah biasa buat tesis ni.. buat mini buku mcm tu pon dah mcm gaya tulis tesis... well nevermind.. kenapa tiba2 nak himpunkan quotes2? kenapa tajuk dia kamus kehidupan? hurm.. for this entry just for intro lah.. it my life story... banyak pengarang2 buku buat buku untuk di pasarkan berdasarkan kisah hidupkan// well jgn risau aki xbuat duit booklet ni.. just untuk rujukan sendiri... or sapa2 y memerlukan.. reason terpikir nk bookletkan? one single reason je.. pernah tak korang alami di mana korang down gila2 yang korang perlukan sokongan padu dari semua sudut dan no body was there. Bukan u xpercaya kat orang nk share masalah u, just u not satisfied with it. Dan dalam semua masalah xsemua orang boleh memberi jalan keluar, at the end u find Allah. At that time, pernah rasa sedih gila2, korang cari mak korang menangis kat riba dia teresak2 dan dia belai kamu dengan penuh kasih sayang? kamu rasa damai yang sangat sampai kamu lena. Begitulah perasaan aki, bila berdepan masalah dan tiada org di sisi, and u back to penciptamu. Aki bukan anak yatim piatu, bukan tak da kawan2.. cuma kadang2 pemikiran dan penerimaan orang berbeza, tak semu orang mampu mendamaikan perasaan org lain seperti mana yang kita mampu lakukan. 


Sorang member aki kat tempat keje, si shanty nama dia.. at first place ml2 knl mcm2 masalah dia most plae masalah keluarga lah.. dia mengeluh pasal mak dia paksa kawin.. family dia force dia mcm2 tak ambik kira perasaan dia. Apa yang dia mahukan, she feel sad on it. Aki bercerita kisah hidup aki, dr lahir sampai hari ni. At the end, she just said "aka, how u face all those things? klu shan lah.. mati sudah". There i always refer to the basic rule: religions. the role of religions, i suruh dia try to pray and mintak apa2 je even small things. the next day dia dtg keje "aka td i as God bg sy parking (kat tempat kj tu payah gila2 nk parking.. nasib2 lah dpt parking tp opis), and i got it". so aki refer balik pd cerita semalam, dalam entry aki y b4 ni.. http://meja-pena.blogspot.my/2011/06/secebis-ketenangan-yang-hilang.html, bukan senang nak hadapi masalah or any bad thing yang datang. but never lost hope on the God. Aki bukan org alim nak bercakap pasal agama... 

Teringat ada sorang senior aki pernah cakap "layak ke kita ni nak mengajar org lain, sedangkan kita sendiri jalan bogel (opp~~ ayat dia, maaf lah dia ni bakal penyarah sastera)" soalan aki selepas tu, sampai bila kita baru di kira layak mengajar orang lain, takkan nk tunggu dah di bungkus baru nak mengajar? sedangkan saat kita di bangkitkan di padang masyar nanti pon kita dalam keadaan berbogel. Acamana tu? hurm,, itulah manusia.. kita melihat dunia dr sisi yang berbeza.. Aki sambung lagi tazkirah kat minachi ni, tanamkan dalam diri semangat untuk bangun. Mungkin kita jatuh kerana manusia, but bangunlah kerana penciptamu. Sejak satu ketika, aki down betul2 bila kepercayaan aki di khianati, bila sepatutnya keluarga yang sepatutnya menjadi dinding untuk kita bersandar seakan jauh dan mereka yang bersandar pada kita. Pada saat itu, aki sedar pentingnya kekuatan dlam diri. Betapa pentingnya mempunyai kekuatan diri, pernah orang berkata, "sejauh mana kita mampu berdiri, itulah yang melambangkan diri kita. Macam mana kita campakkan diri kita dalam kesibukan dunia, dan kita mampu berdiri teguh dan mampu membantu y lain. Aki banyak membaca quotes org, dan berfikir.. 

Tak pe untuk give up, kita manusia kan. Anggap tu waktu rehat, masa untuk kita recover, but jgn lama2.. bangun balik. Tak perlu tunjukkan kemampuan diri kat mata dunia ni, sb it just mendidik kamu menjadi riak dan bangga dgn apa yang kamu bakal ada. Set bearing niat tu baik2, in sya Allah, Tuhan tu tolong mudahkan.. cepat or lambat itu bukan urusan kita. Konsep usaha, doa dan tawakal pacak dalam2 dlam diri. okelah aki nk cari co. sv aki ni.. 3 tahun sekali jumpa.. member pon xheran aki xdatang.. hahah mcm2 perangai//


Just intro untuk my "kamus kehidupan" 

Assalamualaikum (peace be upon you), this note of quotes is dedicated to those people who fighting and struggle to build their trust with them self. To those who turned a loss of hope and reliance on others. Accumulation of this quote is more concentrating on self trust and prioritizing what's more significant in life. Sometime, the most powerful inspiration came from our past experinces and from our inner side. Shape your own internal strength and then you will understand how strong you will be. 

One Malaysian journalist stated, ejauh mana kita berdiriitulah melambangkan diri kita” Sometime, we forget about our strength, moving like mobile library, restores multiple stories about life. Kamus Kehidupan is an adoption quotes related to most common human needs, that they always take for granted. Perhaps, at the ends of this note, you will see what are the things that you have missed along the road. 

Dalam setiap perjuangan ada pengorbanan dan kehilanganJangan pernah hilang harapan dalam merebut kejayaanyakinlah pada diri seperti mana Allah yakin dalam memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya

Aki Akira.

Thursday, April 23

Sepagi coklat dan kopi

24 April 2015/ Kuala Lumpur/ 7.48 a.m

Salam jumaat semua.... korang apa kabar? sihat? lama ak stop menaip.. xsiap2 menaip tesis ak.. so kn tinggalkan blog ni sebentar. apa y buat ak datang balik pagi ni? hurm... pernah kitak pagi2 buta cari coklat? kitak buat hari ni. depa kata coklat boleh hilangkan stress! korang percaya? ak tak tahu nk percaya ka tidak sebab ak bukan pengemar coklat. Tapi pagi ni ak cari coklat makan dengan perasaan berada dalam kawah berasap. yup! pagi2 gua dah stress. Pasal jem? keta banyak? xdelah... opis ak berapa jengkal dari bilik ak je. tu pasal lambat pon xde hal. jem tu celah gigi je. so apa y buat ak baran pagi2 ni? alkisah cerita dahulu kala y xselesai2 dekat opis ak ni. yang buat udara dalam opis ak xsama mcm cameron sudah. yelah xmenunding jari pon, sebab masing2 ego nk akui salah masing2. yang sibuk nk jaga diri sendiri bagai. dah aku? xkan selamanya aku nk jadi hero malaya kan. kadang2 fedap jugak gua bro! ni stage gua dah fedap lah makin melarat. bayangkan tanah y padat lama2 runtuh jugak d sebab kerakusan manusia. ak bosan lah hadap keretah kawan2 ak yang sibuk jaga kepentingan mereka. xkisahlah apa jugak alasan mereka.

bersabar itu indah bro!
sapa cakap bersabar tu kelam? indah booo... cuma bayangkan sesedap laksa kalau kau tuang cuka dalam dia xrase dia berubah? bikin panas** balik cerita coklat ak... opis ak ni mcm hotel org check in check out... asalkan ada orang dalam... aku pon berumah tangga jugak kat sini bila perlu... namun berakal sikit. xdelah xmemikirkan org lain. kalau weekend nk berkeruh smpi tengahari ak xkisah. ni weekday dah nk kol 7 pon baru lingtang pukang nk cari bilik air? org lain dah smpi opis dok tunggu ko melenyapkan bukti2 kau pulak?/ respect org lah bro. kau nk ak respect kau buat palat. nah ak berang, jarang ak tunjuk ak berang. tapi sekarang sori lah meh ak bg depan2. ak serius bosan dah jadi matang y rasional untuk org sebegini. Semua benda kecik. xyah nk besar2.. apa pening2 kan.

Ak ada persoalan:
kemarin kawan ak share ayat2 semangat
"tanda kau dah matang, kau lebih diam dan kurang marah. sebab kau dah faham ada benda yang tak perlu pun kau nak layan sebab ianya hanya buang masa"

oke kematangan... mcm mn kau ukur kematangan? aku kurang setuju sebenarnya penyataan berikut. sori lah, gua tak matang. mungkin ia satu tanda. but mcm mn kau menidakkan permasalahan y wujud dari kesilapan kau? heheheheh... isu berbangkit. bayangkan kau membuat kawanmu terguris atau dia sendiri terguris kerana kata2 dan sikap kamu. lalu dia diam. adakah itu tanda dia sudah matang? dn tidak marah akan kamu? sebeb dia paham ia hanya perkara kecil dan xperlu di perbesarkan. baik2 esok lusa kamu ulangi masa masalah yang sama pada orang sama. dan dia berbuat tindakan yang sama. dan kamu ulangi lagi. sampai dia bertindak lebih sikit. dan kamu baru sedar, ada masalah d situ.. namun kamu dengan penuh keyakinan membuat kesimpulan sendiri menutup kesalahan kamu dengan membangkitkan kesilapan yang pernah kawan mu lakuakn! bijak2...sangat bijak... lantang pula suara kamu membela diri kamu. sedangkan kawanmu hanya diam memandang dengan penuh perasaan. kalu dia buka mulutnya belum tentu kamu kamu mampu menundukkan kepalanya. lantang suara kamu membangkitkan segala kesimpulan hasil dari perbincangan kamu dengan iblis yang bersarang di benakmu. syabas! kau terkejut kala kawan yang duduk membina nasib bersama kamu sorang2 melangkah pergi....

kalian tahu apa kata2 nya
" kalian berkomplot memingggirkan ak! kalian semua sombong dengan diri kalian. sibuk dengan perasaan kalian. langsung abaikan aku! ak juga bisa menjadi seperti kalian! kalian pikir aku lemah tanpa kalian? akan aku buktikan ak juga ampuh tanpa kalian!"

lantang kamu tahu... di mata yang lain... dia lemah ternoda tersungkur dek mempertahankan tiang yang utuh! bangsat sungguh kata2 itu. berlakon dialah magsa. kami hanya pemangsa yang memusnahkan keindahan kehidupan orang. dan dengan lagak kamu datang bertegur dengan ak. apa kau harap ak akan berlembut dengan mu? tidak kawan. kekerasan kamu bagi xakan ak jamah kamu dengan sutera. kamu tidak ampuh untuk semua itu. benar orang yang baik akan memberi madu walaupon cuka menjadi balasan. aku masih bertatih ke situ. ak tidakkan biarkan kamu membuak2kan rase dendam dalam diri yang dah lama mute tanpa sebab. jangan kamu menjadi jelmaan setan menokah kesabaran ak. jangan kerana ego mu kau menarah bukit yang bukan milikmu. menjadi peneroka haram di halaman kehidupan orang lain. apa yang kau miliki bukan untuk kau megahkan.


Sori berbaur negetif nota dairi ak hari ini. jumaat sepatutnya ak sambut dengan senyuman dan keceriaan. cukup hari ini ak menjadi berang kerana perasaan tidak senang itu masih bersarang dalam diri ini. kau dengan lagakmu menegurku dengan senyuman.. kau pikir ak akan meraih tanganmu dengan senyuman indah? ketawa seperti melihat bunga mekar di waktu pagi? tidak kawan2... tidak... kamu buta dan pekak. tidak pernah kisah. kalau rasa sakit itu indah untuk merangsang benak kamu untuk paham. itu yang aku akan lakukan. seperti berkilo2 gula di lidahmu berat menuturkan salahmu. simpan lah salah mu selagi mampu selagi itu tuhan membuka hijapmu untuk peringatan manusia yang lain. kalau kamu peka dengan setiap kata2 lembut yang melayang di telingamu sejak dahulu, xakan kau menerima kata2 kesat dari org yang sama kiblatnya denganmu.

"kalau ego dan keras hati itu bajumu, itu juga makan kamu"

apa kaitan coklat dan kopi? coklat yang kelat memberi rangsang pada minda untuk bertenang. dan kopi memhambur bau hamis di benakmu. semuanya gelap hitam pahit dan kelat. tapi itu yang kadang2 menenagkan. ingat bukan semua mudah untuk di permudahkan. kadang ada payah walaupun sedikit. sombong kamu pada yang lain menjarakkan kamu dengan mereka. tahniah anda bejaya menjadi peneroka haram!

Sunday, July 6

Lost world of borneo -Sabah-

Salam and Good Day semua... hari ni dah masuk hari ke  kita berpuasa... aki seminggu b4 puasa berada di kota marudu sabah dalam menjalankan penyelidikan di sana... aki just bantu orang setelkan projek depa je.. sebab team yang buat keje ni aki yang cari... so far... aki jatuh cinta gila kat sana... orang2 sana baik2... kalau pegi makan kat sana... conform kenyang... sebab dia betul2 bagi kita makan ikot haga dan niat untuk bagi kita kenyang... aki ingat lagi masa kat serdang ni.. ada satu mak cik... aki panggil "mak cik rock" sebab dia memang rock... kedai dia kat satu deretan kedai makan yang kami panggil "padang"... nasik lemak dia... kalau aki boleh makan sampai tegahari lah... sedap pon sedap...

ingat dia kata " kita ni beniaga nak kaya tak jugak, orang datang kedai kita sebab dia lapa.. apa guna dtg kalau balik lapa... mesti balik nk kenyang pastu senang hati kan"

Here in sabah aki rasakan suasana yang sama,,, terutamanya di kawasan pinggir bandar... they so polite and humble community... lain dari yang di semenanjung... ada sedikit kelainan lah... aki kali kedua ke sabah dan kali ni... hampir sebahagian sabah aki dah pegi... one of the best data trip bila ke kawasan perkampungan nelayan... they are really humble and humble and kind.. seriously... siap kalau ada anak dara... siap nk promote kali... nasib time ak 3 dah jd bapak org... 2 org lagi ada gurglz kat keliling2... nakal2 siap ketam sepit... hahhaha... they are really welcoming people lah...

Aki suka bila 2 day last kat sabah.. aki berkesempatan ke penghujung Borneo dan satu kawasan agak terpencil... sebuah kampung nelayan marudu laut dan tip of borneo... ya allah.... cantik sungguh lag,,, serius ada sedikit mcm Danau Toba...



































..................................................................................................................

Bila lagi aki berkesempatan ke sini lagi... hope one day berpeluang ke sini lagi...



Wednesday, June 11

My Dairi: Debu-debu rindu

24 Mei 2006

Perginya 
Meninggalkan 1 pertanyaan
Kemungkinan atau kebetulan
Yang sememangnya tak terjangkau secara lahiriah
Lalu pencariannya bermula
Pencarian yang akhirnya membuahkan hasil
Namun,
Sukar menceritakan 
Sebuah sejarah kebenaran
Selalu berakhir dengan kehilangan.

***** maafkan aku sayang, aku tak berniat melukakan dan mematahkan semangatmu. Perjalanan aku masih jauh dan aku sangat mentah untuk menyahut selendang suteramu itu. Moga kau gagah melangkah membawa parut luka ini.

8 April 2006

"Bila sepasang mata menjadi hadiah, senyuman menjadi balasan dan perkenalan menjadi satu permulaan"

**** Dikala kejauhan, dikala lelah berlari dan rebah tersungkur mencari pendirian. Kau muncul dengan senyuman.

April 2008

Serindit kecapi terbang sekawan
Tasik Bera mengalir lesu
Walau jauh kau ku tinggalkan
Tenang alurmu mengamit rindu

Segugus rindu bawaku berlayar
Kasihku semat di dalam hati
Tekun adikku tekun belajar
Dihujung jalanmu abang menanti

**** "saya tahu mungkin terlambat untuk saya katakan saya sukakan awak, dan hari ini hari terakhir awak di sini. Saya tetap akan menanti awak di sini, teruskan perjuangan awak ke menara gading. Hanya ingatan dan doa mampu saya kirimkan pada awak. Saya tahu awak juga sayangkan saya, walaupun lidah kita tidak pernah mengungkapkan.. tapi mata kita tak akan menipu. Saya akan tetap menanti awak di sini."

28 November 2008

Hidup ini satu persingahan
Di daerah realiti dan fantasi
Hati ingin dakap pelangi
Bersiram dalam hujan warnanya
Di daerah hakikat dan mimpi
Hidup ini berselirat dengan garisan
Dari dua dunia berbeza
Dua hati yang sama
Belum cukup untuk menjadi satu titik
Menjadi garisan yang panjang
Penghargaan ikhlas untuk satu persinggahan
Antara kita
Mimpi sahaja yang betah
Menjadi medannya.

****"Maafakan saya, saya xmampu menyimpan janji saya. Saya terpaksa akur akan pilihan mereka. Awak kena kuat dan terus ke hadapan. Saya sentiasa doakan awak dapat yang lebih baik daripada saya. Tolong simpan cincin yang saya berikan, sampai suatu masa ada seorang adam yang akan menangalkan ia dari jarimu. Maafkan saya."

18 Oktober 2011

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Sepertimeraka yang punyai cinta
Diriku tanpa dirimu
Tak mungkin temui bahagia 
Diriku mahu kau tahu
Pedihnya kau tak terasa
Warkah ku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setia ku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku
Tapi ku melepaskanmu
Melangkahnya pun aku tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada....

***** Kadang-kadang ada benarnya ia satu kesilapan. Kesilapan yang tak berani untuk diperbetulkan dan diperjuangkan. Akhirnya bunga yang kau siram mekar lalu menanti kepulanganmu. Yang tinggal hanya dedaun yang kering dan bertaburan di tiup angin.

19 September 2013

"A thousands of stars in the sky, is not like the star in your eye"

6 November 2013

"Dua hati yang terpisah. Ditengahnya terselit sesuatu rasa yang dipanggil rindu" 

29 November 2013

She came into my life and made the living fine. She fills my heart.

29 November 2013

Terang bintang di langit malam, tetapi terang lagi bintang hati saya.

4 Desember 2013

"The past should give us hope"

11 Januari 2014

Kau adalah apa yang aku selalu tulis, dan aku adalah apa yang kau tak pernah baca.

****Persinggahan belum tentu menjadi satu permulaan sebuah cerita kehidupan. Kadang-kadang ia hanya debu-debu pasir yang terbang bebas di udara dan singgah. Lambat laun debu-debuan ini akan terbang juga. Itu juga debuan rindu, singgah di hati. Tak berjisim, tak berbentuk, tak mampu di pegang, tak mampu di lihat. Dan tiada siapa tahu bila ia akan berangkat terbang. 


11 Jun 2014/Malaysia/Selangor/15:27 p.m



Monday, February 17

Tetap Menantimu

Batam, indonesia, 15 febuari 2014, 15:40 p.m indonesia

Salam semua,,, lama aku hilang... kejap timbul kejap tengelam... sekarang aku di indonesia.. ade urusan rasmi di sini... well batam merupakan sebahagian daripada tanah indonesia, namun budaya di sini sudah banyak bercampur dengan budaya di malaysia... dan aku lebih senang dengan di situ berbanding tanah utama indonesia... hurm.... di sini tarikan pada barangan mereka yang agak murah.... banyak mall di setiap genap kawasan...aku bukan kaki shopping... so xdelah menepati citarasa aku ke sini... aku ke mari dengan sekumpulan penyelidik... salah seorang dari kami membentangkan kajiannya ke persidangan antara bangsa... kami cuma berjalan2 saja di sini... aku sendiri tak tahu dari mana aku harus mulakan... namun ada perasaan ingin tahu yang membuak2 dalam benakku membuatkan aku mengatur langkah untuk mencari jawapan. kekusutan di benak dan minda salah seorang penyelidik yang hadir bersamaku. dia lelaki. dari suatu masa aku memerhatikan tingkahnya... dia tersenyum, gembira... ketawa... namun pada pandanganku ada kekosongan di situ, ada pedih yang cuba di simpan ada beban yang di pikul. 

Dan yang membuat aku ingin bertanya akan tingkahnya yang agak boleh aku katakan manja. mungkin, aku suka mengusik dan aku juga sering di lebalkan sebagai bodyguard atau easy go person... mungkin pada mereka perwatakan aku seperti kaum adam. Namun aku tetap seorang wanita. Aku biarkan tingkah dan percakapannya, sampai satu masa... gurauku menjadikan dia leka. 

Dan akhirnya, aku bertanya... "kamu tak o.k kan?" dia hanya tersenyum... " knp kata mcm itu?"
"saya perhatikan dr awal, ada something missing there?" dia tersenyum... "mesti ada sapa2 bg tau ni kan?" dia mulai segan... dan setiap kali aku menyakat dia... dia akan kemerahan.... lantas aku bertanya terus "dia xada contact?" dia diam... rautnya berubah "tak. sejak dia pergi tiada kabar berita. walaupun ada di kirimkan berita melalui email, namun tidak berjawap. di pergi juga tak memberitahu apa2 padaku" aku diam... aku busy body ke? tak kot. aku tak mengorek cerita. dia terus berbicara "saya tahu saya ada buat silap, tapi itu bukan satu kesalahan... saya pasti itu bukan kesalahan. walaupun dia pergi begitu, dan berharap saya berubah. saya tak akan berubah sedikit pun, saya adalah saya. dan saya akan tunggu dia sehingga ada mengikat dia. bila dia balik saya nk jumpa dia, ada perkara yang saya perlu katakan." aku diam... aku renung mukanya... jauh anak matanya aku perhatikan... dia tersenyum kelat... aku merasakan apa yang dia katakan... bukan mainan... benar itu hatinya.. dia melarikan anak matanya.... walaupun cuba gagah membalas renunganku... seteguk teh limau di minumnya... "saya jaga dia sebaik mungkin, saya cuba ada setiap kali dia lemah, saya tak boleh tengok dia sedih atau menangis. saya tak mampu tengok, saya tahu kisah dia dahulu"............ aku diam dan biarkan dia berbicara... dia keluarkan telifon bimbitnya,,, "ni lagu yang saya simpan untuk dia... lagu kegemaran dia... saya nk bg lagu ni kat dia nanti" aku diam memerhati list lagu itu... "hati saya kuat untuk dia, dan tak akan berubah. nama dia ada dalam setiap doa saya, tak pernah terlupa selepas solat 5 kali solat saya akan ada nama dia dalam doa saya"... nadanya rendah... aku diam... tak tahu nak berkata apa... " dia selalu berhubung dengan awak ke?" aku tersenyum... "kadang2... kan saya penghubung antara dia dan malaysia" hurm,,,, "beberapa bulan nanti dia akan balik... " tiba2... chip datang ajak berangkat pulang... seraya dia bangun meninggalkan bangkunya..."saya masih boleh buat kerja walaupun dia tak ada di sini, tapi sebahagian dari diri saya hilang dan itu sangat menyakitkan". aku hanya mampu diam.. dan bisu.... kesian? mungkin aku kesian. aku cuma kagum di sini.... kagum akan ke sanggupan menyayangi dan menungggu... dan dia berpaling, "saya percaya ia mungkin satu kesilapan, tapi ia bukan satu kesalahan. dan itu pasti"........................


Boleh jadi jatuh cinta itu satu kesilapan, namun benar ia bukan satu kesalahan. Aku tak mampu mengaminkan doanya. Kerna kau tahu apa yang bermain di benak si dia. Namun aku mampu berdoa agar mereka menjumpai jalan yang terbaik dalam hal ini. namun yang buat aku kagum, perasaan itu. perasaan yang di inginkan oleh seorang wanita. perasaan itu juga yang aku mahukan. aku kagum disitu. dan persoalan yang sama bermain dalam fikiran aku. Adakah aku membawa kesan pada hati dan pemikiran DIA? adakah perasaan yang aku seperti pernah ada, hanya satu kesilapan? dan adakah itu juga satu kesalahan? dan adakah aku juga menantinya? menanti tanpa memberitahu yang kita sedang menanti? hurm,,, andai awak membaca, tolong berikan jawapan. aku tak mampu memberitahu perasaan aku di saat kau ada jauh di sana. ayuh tidur dulu... esok mulakan hidup untuk yang mendatang.

 

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

 -Aku tetap menantimu-