Wednesday, April 13

Doa Seorang Sahabat

Sebuah kapal karam di tengah laut karena dilanda badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil . Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseorangan di
sisi-sisi pulau tersebut.

Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki kedua tetap kosong.

Seminggu kemudian, lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki pertama itu tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal kedua tetap  tidak ada apa-apa.

Dengan segera, lelakipertama ini berdoa memohon rumah, pakaian, dan makanan. Keesokan harinya,seperti keajaiban sahaja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Keesokkan harinya, mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan bersiap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak pantas menerima apa-apa karana doa-doanya tidak pernah terkabulkan.

Ketika kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi pulau itui?" "Rezekiku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama ini. "Doa lelaki temanku itu tidak satupun dikabulkan. Maka,ia tidak layak mendapatkan apa-apa."

"Kau salah!" suara itu bergema. "Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan, semua doanya terkabulkan. Jika tidak, maka kau takkan mendapat apa-apa."

"Katakan padaku," tanya lelaki pertama itu. "Doa apakah yang dia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya?" "Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!

ps: fikir2 kan lah kawan,,, setiap insan y wujud atas nama sahabat sentiasa mendoakan kebahagian n kesejahteraan hidup kalian,, satu anugerah apabila terjalinnya ikatan persahabatan,,, jangan sesekali kau runtuhkan tembok persaudaraan itu kerna rase tidak puas hati mu,,, kerna kau akan menyesal,,, kerana tembok2 ini lah yang akan melindungi kau di saat kau kesendirian,,, (fantasi akal waras ak di kala mereka melelapkan mata)... -sekian-

Waras ak seorang manusia

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan. 

Manusia dari segi Islam juga dikaitkan dengan maksud insan iaitu makhluk yang tidak sempurna. Ini bukan membawa maksud fizikal tetapi dari segi kerohanian dan tabiat ataupun budaya ataupun personaliti manusia, insan tidak akan sempurna. Walaupun begitu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat dan juga kepuasan individu.

manusia itu terdiri atas 3 unsur  :
  1. Jasmani.
    Terdiri dari Air, Kapur, Angin, Api dan Tanah.
  2.  Roh.
    Terbuat dari cahaya (NUR). Fungsinya hanya untuk menghidupkan jasmani saja.
  3. Jiwa. (An Nafsun/rasa dan perasaan).
    Terdiri atas 3 unsur:
    • Syahwat/Lawwamah (darah hitam), dipengaruhi sifat Jin, sifatnya adalah: Rakus, pemalas, Serakah, dll (kebendaan/materialis)-menjadi beban masyarakat.
    • Ghodob/Ammarah ( Darah merah ), dipengaruhi oleh sifat Iblis, Sifatnya adalah: Sombong, Merusak, Angkara murka dll (Menentang)-Menjadi pengacau masyarakat.
    • Natiqoh/Muthmainah (darah Putih), Dipengarui sifat malaikat, Sifatnya adalah: Bijaksana, Tenang, Berbudi luhur, Berachlak Tinggi dan Mulia- Menciptakan kedamaian dan kasih sayang.
Alat dari pada Jiwa yaitu otak, yang terdiri atas 3 bagian juga:
  1. Akal (timbangan) haq atau bathil
  2. Pikir (hitungan) Untung rugi
  3. Zikir (ingatan) Ingat Allah


Manusia dari segi psikologinya merupakan haiwan yang bersosial. Cara bersosial berbagai-bagai, walaupun tidak disedari oleh kebanyakan manusia, kaedah sosial manusia sangat kompleks dan lebih maju dari pelbagai aspek dari haiwan yang paling terdekat kebijakannya dari manusia.
Anda pernah marah?  Saya mengaku setulusnya yang saya pernah marah.  Sebagai manusia biasa yang punya keinginan tersendiri, pasti wujud rasa marah apabila keinginan itu diganggu.  Namun, sebagai manusia, kita juga dilengkapkan dengan akal dan fikiran.  Pada akal dan fikiran inilah terletaknya kewarasan untuk membuat penilaian kembali tentang kemarahan itu. kemarahan boleh menghancurkan kewarasan.  Jadi, di mana otak dan fikiran kita yang boleh menilai sama ada perkara itu baik atau buruk, sama ada perkara itu boleh atau tidak kita lakukan, sama ada perkara itu wajar atau tidak?  Segalanya sudah hilang kerana kemarahan menyebabkan fungsi otak tersekat.  Segalanya berlaku kerana kemarahan itu dibiarkan merebak dan memuncak.


CARA MENGURUS KEMARAHAN
 
1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya. Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut:
a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah
Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting. Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu .


3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak
a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli. Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan
Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-
“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali

aku paling tak suke time ak bengang!


bengang! tu perkara yang paling aku tak suka dalam hidup! kalau ak marah sekejap je habis,, kalau ak bengang! masak2,,, mengigil2 tangan aku tahan! blank2!!!! mulut lagi slow dr tangan! sepanjang mase ak nk menyumpah2.... huhuhuh ak memag panas baran! sekali ak terase! sikit nye hal boleh jadi teruk! kalau ade masalah ngan ak cakap elok2,, kalau ak wat salah tego elok2,,, xyah nk kias2,, ak xfaham! cakap terus! siot!!! tangan ak shaking2!!!!! bila benda2 ni jd ak hilang dah diri ak! lost2,,,,, blank2..arhaaa.a.a.a.aa.a.!!!!!!!!! aku nk bernafas!!!!!!!!!!!!!