Thursday, November 17

kenapa mesti aku?

17/11/2011 (khamis-11.14 p.m)


Salam blogger! Malam yang sangat2 tenang… why tenang??? Kat tempat aki baru lepas ujan. Cuaca xmenentu kan, kejap ujan.. kejap panas… as result aki demam + selsema + batok sikit2… package 3 in 1. Dah la semalam test, ceh… sebut pasal test.. aki bengang gile ngan mamat asst. Dr y jaga test semalam.. adalah lebih kurang 10 minit nk habis test.. dia pei tuko tempat duduk aki kat tempat lain.. kuren asam nye pak arab! Ni gara2 kawan aki kat belakang la.. dia dok ty soalan… pok cik tu dok perhatikan je.. hancur tol..  xpasal2. Aki kena lak.. y wat aki geram tu, kenapa mesti aku y kn pindah??   y tak best mesti doc tu ingat aki plan nk tiru... ahh… lantak la.. geram nye pasal dengan demam2 ni! Aki g mines, makan teppanyaki…  Ceh, ok la… xsebest biasa.. but never mind… janji senang ati sikit.. (konon).

Asal aki plan nk g SS kecik je, beli barang dapo sikit.. mau buat sup ayam… mama cek kata, selsema kalau makan sup2 or bubur cepat elok.. ye ked ok.. aki pon kurang fasih.. but setiap kali saya demam memang mama saya masak “sup ayam”.. but di sebabkan teppayaki xde sub ayam.. sy kn cr bahan2 nk masak sup ayam tu dalam “GAINT”! dalam kol 10 malam baru aki balik.. time tu fond ah out bateri.. bila charge.. macam2 msg n call masok.. Ceh! Selalu mcm ni, kalau ada bateri xdenye org nk msg or call aku..

20/11/2011 ari ahd.. ari bahagia buat pasangan kawan2 aki.. Kak pija n Khairul anuar @ apek.. (bukan apek scenario ok!).. mereka kawin on that day… wish aki dapat dating but sorry la beb.. family aki ada wat kenduri tahlil and doa selamat.. so family first kan.. cakap pasal family…. Barulah dalam masa terdekat ni aki rasa aki, dan family adalah satu. Hahah… aki penah kata dahulu, hidup aki bermula bukan dengan kisah2 yang menarik untuk d kenang dan di simpan… sampai satu masa aki rasa sangat2 menyesal kerana hidup dalam keadaan yang tak seindah orang lain.. perkataan yang seringkali aki sebut di saat aki rasa sangat2 sedih , “kenapa mesti aku?”.. kenapa mesti aku kenal mereka? Kenapa mesti mereka menjadi keluarga aku? Kenapa hidup aku xmacam orang lain? Kenapa xda orang nak hargai aku?

Kenapa2… kenapa2… soalan yang aki xmampu jawab pada ketika itu… masa tu budak2 lagi.. namun aki makin meningkat remaja.. REMAJA… seringkali dikaitan dengan masalah2 sosial dan pemasalahan emosi… kenapa ia berlaku? Sebab mereka berada dalam satu fasa perubahan sementara menjadi dewasa.. di ketika itu, istilah kematangan wujud… aki penah di halau dari rumah pengaja aki.. sehari sebelum hari raya kot… kita ni adik beradik rasa seronok raya ramai2,,, sama2…  sedih? Sangat2 pedih.. depa marah hendik aki depan adik2 aki.. mama? Mama dah banyak keperitan yang dia alami.. adik2 aki? Mereka dah biasa… sama seperti aki.. kami xpunya harta yang banyak macam orang lain… kami tak mempunyai abah macam orang lain… kami tak punya pelindung yang sepatutnya menjadi nakhoda yang sepatutnya mengemudi kapal keluarga kami…  abah2… aki seringkali terkenang, akan abah… aki sempat jumpa abah aki.. dalam 10 tahun rasenye.. aki hidup dengan mengenal lelaki yang aki panggil abah.. aki kesal, kenapa abah sanggup meninggalkan kami? Aki seringkali cemburu dengan kawan2 apabila abah mereka datang ambik depa masa balik sekolah… orang yang sepatutnya menjaga keluarganya hilang entah kemana… sama seperti berperang… dia lari dari peperangan meninggalkan ahli keluarganya terumbang ambing… “kenapa mesti aku?” aki tertanya lagi ketika itu.. pada masa aki di halau, aki pergi… aki balik ke tempat mana aki sepatutnya berada… mama…………. Menangis…

kata mama “kesian anak2 aku, maafkan mama.. mama xmintak hampa semua hidup mcm ni.. xpe eh… biar orang nak kata apa… hampa belajar btl2.. bila pandai.. bila ada duit orang mesti hormat”… 

betul ke? Harta dan ilmu buat orang Nampak kita?

“along… along dengar cakap ma ye, along lupakan kejap apa y org lain buat kat along… xyah risau pasal adik2 n mama… along g stdy… stdy rajin2,., nanti along pegi jauh2,,, along jadi pandai.. along akan jadi kaya… ingat pesan mama.. apa y jadi kat kita la ni.. semua atas kuasa tuhan.. ada hikmahnya… along ikot cakap mama ye…” 

mama aki menangis , itulah ucapan dia di awal pagi raya… di saat itu aki tekad… aki akan stdy… aki akan pergi sejauh mungkin..

2006 tahun dimana aki mulakan segala2nya… segalanya berubah dan bertambah baik.. aki mendapat result yang xda lah baik sangat…. But ok la dengan usaha sendiri! Selepas tamat latihan khidmat Negara aki mendapat tawaran ke uitm arau n matrikulasi… aki terpaksa memilik matrikulasi… demi menjaga hati semua pihak.. walaupun aki di halau dari rumah itu, tetapi mereka juga yang menentuka  apa yang saya perlu teruskan… kenapa? Kerana saya milik mereka.. saya milik keluarga… saya milik mereka semua… aki xmampu memiliki diri sendiri ketika itu.. kata mereka, ini untuk kebaikan aki… aki waris keluarga… aki mesti dijaga.. takpa…, aki teruskan… alhamdunillah.. aki mampu menempatkan diri di menara gading… UPM… aki berada dengan kaki sendiri… untuk sampai ke tahap ini bukan mudah.. sangat jauh perjalanan… luka2 yang lalu.. belum sembuh lagi.. namun bukan satu alas an untuk aki miliki segulung ijazah sarjana muda… kini aki percaya… ilmu dan harta mampu buat orang memandang kita.. sekarang, aki masih di sini… memburu ijazah sarjana… umur pun dah mencecah angka 2+… matang kah aki sekarang? Mungkin ya… aki rasa aki tahu “kenapa mesti aku dipilih menghadapi segala masalah2 ini dahulu”

“dunia ini umpama pentas uji kaji… di mana ALLAH menguji umat2NYA… sebelum member sesuatu ganjaran” baru aki mengerti, apa makna kata2 mama dahulu, 

“nikmatnya makan ikan sepat, walaupun dengan nasi kosong lepas bersawah”

Nampak tak, apa yang kita usahan… dengan daya sendiri.. membuahkan hasil walaupun nak dapatkan hasilnya bukan semuadah kata…

“sabar itu separuh dari iman” 

Kemanisan dari sabar adalah hati yang bahagia… aki mulai mengerti sekarang..
“syukur dengan apa yang ada walaupun sedikit, adalah lebih baik dari memiliki segala kesenangan namun hilang rasa syukur dan hilang nikmat tawakal”

Apa buat aki bercerita kisah2 lama aki? Kerana kisah saudara aki, kisah dia buat aki tersedar.. dan insaf akan diri.. biarlah kisah dia padam bersama aki, Cuma apa yang aki ingin ingatkan… jangan terlalu riak, tamak, sombong dan jahil ketika sihat, jahil bukan sahaja ilmu dunia jua ilmu akhirat.. tiada alas an untuk belajar.. untuk kita selalu beringat… untuk kita sama2 membantu antara satu sama lain.. ingat lah blogger.. kalau ALLAH murka dengan pekerjaan dan sikap umat2NYA.. DIA xperlu menunggu kiamat atau akhirat untuk membalasnya… kat dunia ni “cash DIA bayar punya” mampu ke kita menanggung nya???

Itu soalan baru, tapi aki pasti semua tahu jawapannya. Untuk membina hati yang bahagia bukan mudah seperti membina rumah batu… cerita kosong aki hanya sekadar ingat meningatkan… lumrah kita manusia sentiasa terlupa… dan seringkali alpa.. kerana kita hidup dengan pelbagai cerita yang berbeza.. namun di TERATAK USANG ini.. pelbagai cerita kosong atau cerita mengarut@ rekaan… tersimpan.. dalam sebuah memori… moga kita sama2 sedarkan diri… xseindah mana impian kalau ia bukan hadiah dari ilahi…

“bahagia adalah impian dan jua matlamat. Bahagia perlu dilahirkan di hati sebelum dizahirkan oleh diri. Apalah erti hidup dengan kesenangan andai xmampu memiliki kebahagian. Ingatlah blogger kehidupan kita memang sebenarnya istimewa untuk didepani dan dihadapi dengan penuh keceriaan, keyakinan dan semangat ingin bahagia-sentiasa”