Thursday, November 10

apabila mata karbon bertemu pemadamnya

Sebuah kisah yang seringkali didengari sekiranya kita melihat...
 Dalam kotak pensil sy ada macam2 alat2 penulisan.. pada suatu malam pensil dan pemadam tertinggal di atas meja kayu kerna si penulis tertdo ketika membuat kerja2nya.. lalu membiarkan pensil dan pemadam di atas meja. Tibe2... pensil berbicara dengan pemadam.. 
Pensil: Awak.. Saya... saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. Jangan la sedih... mungkin tuan kita letih sangat.. esok mesti dia letakkan kita bersama yang lain.. 

Pensil: Bukan... saya nak minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya.

...Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya.

Pemadam: hahah... Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan tuan  akan menggantikan saya dengan yang baru. Dan awak akan dapat yang baru

Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir.

  ****** simulasi pensil dan pemadam nampak seperti cerita kanak2... mungkin cerita hanya cerita... mungkin jua ia cerita seorang kawan... mungkin juga ia cerita tentang cinta.... apa pun kisah sebenarnya di balik similasi ini adalah... hakikat yang telah ditakdirkan kepada kita... ia ketentuan ilahi... namun............. kalian jua aki masing2 diberikan waktu yang cukup untuk menghargai masa ataupun kejadian baik juga insan2 yang hadir dalam hidup kita.... menhargai lebih mudah dari melukai.. end.