Friday, February 18

Teratak Usang...


TERATAK merupakan sebuah rumah.. yang diperbina oleh kayu.. ak tak dapat mencari maklumat di dalam internet pasal definasi teratak yang sebenar... ade y ak bace,,, teratak ni perkataan dari indonesia.. sama erti dengan dangau; gubuk; or rumah (untuk merendahkan diri); or atap dr tepas (anyaman bambu) diberi bertiang: di bawah -- itu, ia berjual nasi pecel; ataupon dusun kecil yg hanya terdiri atas beberapa rumah.

Suatu masa dahulu ak ade sebuah rumah rank @ rumah atas pokok.. kecik je.. arwah atok ak buat... atas pokok rambutan lak tu... pasal ak suke memanjat tempat tinggi time kecik2... Lebih kurang mcm ni la rupe umah rank ak tu...

Rumah rank aku ade atap g... la ni umah rank tu dah roboh pasal, ak xjaga,,, ak panggil umah rank ak TERATAK USANG... sebab TERATAK = RUMAH, tempat berehat... cume nampak OLD sikit... maklumlah.. yang buat umah ni pon OLD MAN,,,, huhuh kat situ lah habiskan masa2 lapang ak....  kadang2 rase mcm nk duduk  je dalam umah tu... ak pasang pelita time MALAM SEHARI B4 NAK RAYE! Peh! cantik tau.... aku namakan blog ni TERATAK USANG kerna ia adalah tempat aku berehat... tempat aku bercerita tentang perihal manusia yang penah aku jumpa.... aku suke perkataan USANG,,,, sebab ia mengambarkan sesuatu yang UNIK,,, 

So pendek kan cerita TERATAK USANG umpama dairi hidup manusia yang aku temui (bukan bermakna aku ni kuat gosip!), cerita tentang diri aku sendiri, mungkin juga cerita tentang diri kau yang membaca,,, aku bukan si penulis novel cintan yang bermadah2 dan berayat bunga2... aku bukan si penulis yang menulis untuk digahkan oleh orang lain, aku bukan si busybody sibuk2 menulis cerita hidup orang lain... tetapi...

akulah si manusia, yang tak mampu lagi menulis dairi dengan mata pena
akulah si manusia, yang seringkali terluka dan menangis melihat kisah hidup orang lain
akulah jua manusia yang sentiasa mencari sesuatu yang dijanjikan olehNYA kepadaku...

namun memulakan satu pencarian bukan semudah harapan... kerana harapan itu kadang2 hanya sekadar hiasan.. pelengkap dinding sebuah teratak.. bernama manusia.   

kau yang membaca, mungkin kau banyak membaca kisah2 duka dalam teratak ini, namun tak semua kedukaan itu menutup cermin2 kegembiraan... cuma bukan senang mengekalkan sebuah senyuman di bibir pabila hati di landa gelora...

itulah kisah sebuah TERATAK USANG... ia ringkas, bukan menarik tetapi unik... bagi yang mengerti dan mahu memahami... usangnya ia bukan pada nama atau pada kata2.. tetapi usangnya ia pada kenangan.. pada peristiwa yang telah berlalu.. terpahat dalam sebuah dinding dalam sebuah hati... menjadi tatapan dalam sebuah teratak... bernama manusia.... 

AKU, KAU DAN MEREKA mungkin pernah berlegar dalam dairi hidup AKU,,,, TERATAK USANG.... Aku Telah Kembali.....


No comments:

Post a Comment