Saturday, July 9

Catatan terakhir



0000 a.m-1400p.m, Ahad, 10-7-2011, kuala lumpur:

“Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam”. Ini merupakan ayat2 yang aku selalu katakan kat kawan2 aku. Realiti bukan senang nak bangun selepas kita berada dalam kegagalan or kekecewaan. 




Kegagalan, datang dalam pelbagai keadaan. Contohnya, orang gagal dalam percintaan, gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam  hidup dan banyak lagi. Kegagalan selalunya di kaitkan dengan istilah kehidupan yang tidak lengkap. Berada dalam kegagalan kadang2 buat kita menjadi kuat. Kadang2 ini merupakan satu fasa dimana manusia hilang segala kekuatan dalam diri. Di saat ini kita menjadi lemah, keliru, dan for sure sedih. Selalunya mereka yang berada dalam keadaan ini amat2 memerlukan seseorang dalam hidup mereka. Disaat ini mereka benar2 mengerti istilah menghargai. 

Ada yang akan berkata, kenalah kita berani dan kuat hati untuk meneruskan hidup dengan mempunyai impian, azam dan matlamat yang jelas walaupun kita berada dalam kegagalan. Sekiranya kita tak berani maka ia sudah memberi ‘petanda’ hati kita memerlukan ‘motivasi’ dan ‘inspirasi’ dalam menjadikannya lebih cekal berdepan kegetiran hidup. Itu ayat2 orang yang dikatakan matang. 

Aku sendiri keliru, samaada aku sudah matang or masih dalam pencarian. Ada yang mengatakan aku matang, di mata mereka. Di mata aku, seperti aku belum dewasa akal lagi. Aku sendiri tertanya2, bagaimana kita mengukur kematangan seseorang? Semua orang pernah berada dalam kegagalan, dan serius, tak ade manusia yang suka berada dalam keadaan tersebut.

Aku sendiri pernah berada dalam kegagalan, n hanya satu perasaan yang sangat dahsyat bagi aku. Sungguh2 teruk.. kegagalan menjadi papan tanda buat aku, agar berhati2 ketika melangkah di masa kini. Namun sebaik manapun kita melangkah, langkah itu tak pernahnya sempurna. Pasti aka nada cacat celanya, aku sangat pasti akan kenyataan itu.




Kekecewaan, selalunya dikaitkan dengan patah hati seem ia satu pengalaman duka or sedih yang pasti pernah dilalui oleh semua orang.  Bagi mereka yang kuat hati or positif, patah hati atau kekecewaan itu hanya merupakan lagu yang biasa didengar atau pun frasa dalam sebuah buku cerita yang mereka baca.

 Dalam kamus hidup kita “kecewa” atau “patah hati” merupakan pekara yang wajib untuk dilalui, walaupun kita tidak mahu melaluinya.  Bagi mereka yang mengalami kegagalan dalam sebuah perhubungan, tidak ada perkataan yang dapat menggambarkan kedukaan, kesakitan dan kepedihan yang dialami. Kekecewaan selalu dikaitkan dengan masalah jiwa. Seperti jiwa aku! Kini mungkin kami dah mulai masuk tahap persimpangan yang semua orang sudah mula memikirkan tentang cinta. 

Berbicara tentang cinta memang payah, cinta sememangnya punya kekejaman, umpama pedang yang mempunyai dua mata. Tidak ada kegembiraan dan kebahagiaan dapat menandingi cinta sejati, tetapi apabila segalanya bertukar menjadi sebaliknya, kepedihan dan kesakitan yang dirasakan ibarat pisau membelah hati kita. Sukar melelapkan mata, apalagi menyentuh makanan….terasa dunia sudah sampai ke penghujungnya. Seolah-olah dunia telah terhenti… air mata.. seolah2.... di penjuru mata tak ubah seperti air sungai yang mengalir tanpa henti.

Huhuh package lengkap apabila anda terjebak dengan masalah cinta! Kadang2 aku tak faham apa yang kita cari dalam cinta, kadang2 ia indah hanya ketika ia mekar. Sebaliknya ia amat menyakitkan apabila ia hanya satu persinggahan. Dulu aku sering terfikir, kenapa perlu mengetuk pintu hati seseorang sekiranya hanya untuk singgah sebentar. Real penangan cinta lagi kuat dari penangan tangan kita sendiri! Ia boleh mengubah sikap seorang manusia. Bahaya2!!! Seperti satu serang hendap yang dilakukan tanpa disedari.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Itu yang aku amat pasti! Bukan senang nak mencari seseorang yang jujur menerima seadanya kita, kadang2 ia hanya kepalsuan semata2. 

Lumrah dunia, kecantikan dan harta menjadi garis panduan dalam memiliki seseorang sekarang, ia merupakan perkara pertama yang di pandang oleh manusia baik lelaki atau perempuan. Dalilnya yang diriwayatkan Imam Bukhori dan Muslim dari Abi Hurairah r.a, dari Nabi Saw yang bersabda :

[Dinikahi wanita karena hartanya, keturunannya, kecantikannya dan karena agamanya, maka utamakanlah yang punya agama sehingga kamu akan beruntung"]

Hati yang sakit boleh dirawat, walaupun memerlukan masa yang sangat lama. Lama2 ia akan sembuh juga. 

Ada yang berkata perkara pertama perlu dibuat apabila berada dalam kekecewaan adalah terimalah hakikat bahawa segalanya telah berakhir!” Sebanyak manapun rayuan atau pujukan yang kita lakukan tidak akan membuatkan si dia kembali kepada diri kite, kecuali si dia merasa simpati terhadap kite – tetapi jarang sekali ia akan berlaku.

Try fokus keada tujuan hidup kite.  Dapatkan kestabilan emosi.  Jumpa kawan-kawan atau hubungi adik beradik yang rapat dengan anda sekadar berbual kosong. Itu lebih baik daripada membiarkan masa kite dipenuhi dengan melayan perasaan sedih.  Buang segala apa yang boleh mengingatkan anda kepada si dia…termasuk hadiah pemberiannya kerana ini akan membuatkan kite lebih cepat melupakan si dia! Cuba cari kehidupan yang baru, walaupun susah. Tapi ia yang terbaik.


Pliz stop beri harapan pada diri sendiri! walaupun si dia memberi harapan pada diri kite. Harapan yang diberikan belum tentu lagi sahih untuk ditunaikan. Kadang2 ia hanya sekadar kata kosong untuk menyedapkan hati. Sebaliknya ia merupakan satu racun yang akan memakan diri sedikit demi sedikit. Menunggu panggilan telefon atau sms hanya akan melambatkan proses penyembuhan hati kite. Usah mencari sebab mengapa hubungan itu berakhir kerana ianya akan menyakitkan hati kite sendiri apabila mengetahui sebabnya. Biarkan saja berlalu...

Paling baik, sibukkan diri dan jangan mengurung diri di dalam bilik … cuba berbual dengan kawan-kawan tetapi elakkan daripada menyentuh masalah kite. Kite akan merasa lega apabila tidak memikirkan kesedihan kite.

Jangan bersendirian. Cuba cari kenalan baru. Kadang dengan menangis kite mampu meringankan beban yang ada di hati…jangan malu untuk menangis. Aku memang suke menangis sebab aku akan rase sedikit tenang. Cuba cari tempat yang sesuai dan menangislah sepuas hati kite....   Namun aku sendiri tak pasti sampai bila ketenangan itu akan bekekalan.  Kadangkala emosi orang yang kecewa itu seperti roler coaster. Ada masanya kesedihan itu tidak dapat dibendung lagi.

Panjang lebar aku mengarut kali ini,  mungkin sebab aku sendiri rase terluka, or mungkin sebab aku melihat kelukaan di hati orang lain dan mungkin juga hati aku sendiri. Kadang2 berada dalam keadaan ini buat kita membenci segala2nya. kadang2 aku pandai bercakap saja. kalau aku nak apply apa yang aku sendiri cakap pun susah. Tapi ia satu kenyataan bukan satu kepalsuan. Hakikat kau juga mungkin pernah alami.

Aku dah letih nak menulis, mungkin perlu berehat seketika, mencari ketenangan dan mencari jawapan bagi setiap persoalan yang berlegar di benak. Kadang2 aku fikir it better lost than being found. To all blogger yang sudi singgah n membaca blog ni thank a lot... , sori la kalau blog aku ni tak segah blog orang lain. Teratak usang adalah dairi perjalanan hidup aku, bukan sebuah blog yang gah untuk aku bangga2kan. Ia hanya bingkisan cerita seorang manusia dan manusia dikelilingnya. Just sedikit ingatan bersama untuk diri aku dan kalian, walau sebesar manapun kesedihan kite,…kite pasti dapat melaluinya…….dan seorang kawan ada berkata biar Tuhan saja yang menentukan kehidupan kita sebagaimana yang Dia kehendaki…. Salam.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.

Pen off.