Monday, November 7

sekali lagi aku tersenyum..

8/11/11 selasa (malaysia)-

bangun2.... selamat pagi malaysia... 
weza............ semalam tido yang sangat best.. why? sebab xperlu berperang dengan nyamuk! ak seharian semalam menunggu kunjungan tak tiba... terkilan sikit sebab kalau xsudi bagi tau la.. kita ikhlas bukan nak show off... haaai.... xpe lah kalau orang tak sudi... (dah mcm lirik lagu lak..) seawal2 pagi lagi (awal la jugak.. kol 10 pg) aki bangun... terus menghadap assus Eee pc.. mimpi la lagu screen "manja" hahhaha... petanda nak g karoke ape...

esok kelas... ari ni berkabung kat bilik... bohsan??? memg pon... but saya ni banyak keje sebenarnya... ban...yak... sangat keje... ada jurnal setimbun nak baca.. ada 2-3 buku nak kn selak2.. ade rumus nak kn hafal.... ada perut y nk kn isi... ada badan y nk kn mandi... busy sy ni... tapi tah mcm mn bosan... tak pe la... kitakan xde target lain2.. y nk kn fikir... y wajib "study.. study... study... project... project..." ada sebuah buku yang aki beli dulu tajuk "senyumlah". saban hari aki dok tenung je buku tu... at least "si kebun cinta tu aki baca gak la.." hok ni tak sentuh muka depan muka belakang... 

aki terpandang perkataan "apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu" aki tersenyum sendiri... (bukan gile!) just terpikir.... masalah2 y aki hadapi sekarang... wawawa.... rase sangat2... stress... serius kan... kalau hidup xda masalah bosan... hidup xmencabar... kalau hidup ada masalah pon bosan gak... sebab penat nak cari jalan penyelesaian... aki menarik nafas sedalam2nya... dan melepaskan..... lalu aki tersenyum lagi... "macam la aku sorang je ade masalah, padahal orang lain pon ade masalah lagi teruk dari aku ni.. aku dok selalu nasihatkan orang. bg semangat kat orang, bila kena tang aku, aku jadi bangang pulak... ahahah" well hakikat kan... 

"orang yang kita sangkakan kuat, belum tentu kuat untuk dirinya sendiri"

aki punyai sejarah hidup yang sangat2 sakit... seawal tahun aki xmengenal siapa keluarga aki, hidup sendiri dalam jagaan orang lain seem kita ni meminta simpati orang lain untuk terus hidup... wawawa,,, caci maki, hendik tengkingan, semua tu makanan ruji aki... aki xda sesiapa dahulu........ tak de sesiapa yang datang membantu... apabila aki tahu siapa keluarga aki.. aki tersenyum sendiri...

"ini bukan kehendak mereka, mereka jua terpaksa.. kerana adat kadang2 manusia bertelingkah... kerana harta manusia sanggup bergadai..."

alhamdunillah... apabila meningkat usia aki makin matang, kalau mahu keluar dari kemelut ini aki kan usaha... apa yang aki mampu buat masa itu hanya "BELAJAR" yeaza.......... aki berjaya keluar... sendiri berdiri menongkah dunia luar yang aki harapkan dahulu... dunia yang sangat2 banyak... dugaaan... but berbaloi... semakin hari semakin jauh aki pergi... 

MALAYSIA... alhamdunillah... semua negeri dalam nya aki telah jejakkan kaki.. walaupon tak semua tempat aki pergi... insyallah... oversea here i come!


MENARA GADING.... alhamdunilah... telah selamat aki daki... dan selamat turun dengan segulung ijazah sarjana muda... kini aki mendaki lagi tinggi untuk membawa turun ijazah sarjana pula...





FREEDOM... yup.. aki dapat bernafas lebih lega walaupun seringkali diduga dengan pelbagai permasalahan yang tah ape2// but at end... ia akan selesai.. well.. betulah kata si penulis buku.. "apa pun masalahmu ia pasti akan berlalu"...

banyak lagi perkara menarik yang aki sendiri tak sangka aki alami... dunia luar ini juga tempat aki berjumpa mereka... siapakah mereka??? 




pencarian demi pencarian menjadikan aki matang... betulkan kata orang bijak pandai...

" pengalaman mengajar kita erti kehidupan sebenar"

ada masa2 aki rasa jauhnya aki dah berjalan... banyaknye benda aki dah lalui... tetapi matang kak aki?? mungkin ye mungkin tidak... macam mana kita mengukur kematangan manusia??? di tindakannya kah? lakunya kah? hartanya kah? ilmunya kah? atau??? persoalan...

MASALAH....  hidup xpernah sunyi tanpa masalah... ada y berkata

"problem is like a shadow of ourself... moving at our back.. without any footprint"

wah2... hebat betul si MASALAH.. a ghost without a life end.. 

kenapa ramai orang tak suka masalah? 
adakah kita tahu kita ni bermasalah?
atau kita pura2 tak tahu?
bagaimana kita mahu setelkan masalah?
adakah kita perlu pasang gear untuk berlari dari masalah?
betulkah masalah payah berjumpa penyelesaiannya?


soalan demi soalan.... 




adakah gambar di atas satu masalah??? aki post d fb tentang si awan gelap y selalu membawa hujan... hujan yang seringkali menyebabkan banjir dan ribut.. namun berapa ramai yang berterima kasih apabila allah turunkan hujan untuk membenarkan pokok2 tumbuh segar dan menghasilkan oxygen ? adakah itu satu masalah? 

yup! itu satu masalah, penyakit manusia.. tak tahu bersyukur dengan apa yang telah diberikan kepadanya... (http://meja-pena.blogspot.com/2011/08/erti-kebahagiaan-yang-sebenar.html) aki teringat akan post y lepas "erti kebahagian yang sebenar" aki tersenyum lagi bila bukak balik post ni... ada satu ayat yang d sebut oleh ustaz asri y aki amat2 bekenan.. 




" yang ada ini sudah harapan kita, tetapi insan bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada"


mendalam tau maksudnya.. berkali2 aki tgk video ceramah y bertajuk "mencari sakinah- usataz asri" setiap kali aki rasa hilang semangat... mulai hilang kepercayaan... aki pasti tersenyum semula selepas tengok video tu.. really meaning full to me.. tak da masalah yang mampu menghalang aki tanpa keizinan ilahi... kalau ia hadir.. ia bukan masalah tetapi DUGAAN... antara putus asa dan kesabaran pastinya kesabaran yang menang.. 

putus asa merupakan rasa hilang harapan terhadap kasih sayang allah. aki seringkali tersungkur, patah semangat, seringkali terfikir kena aku dipilihnya untuk menghadapi segala dugaan ini. sedangkan aku cuba berusaha melakukan kebaikan pada diri aku dan jua orang lain. namun seringkali apa yang aku lakukan dipersia2kan... hampa? ya aki sangat2 hampa.. di saat aki menyayangi seseorang, aki disia2kan, disaat aki dalam kemelut aki kesendirian, disaat aki perlu pertolongan tiada siapa d situ, hahahaha,,, di saat itu aki seakan2 ilang semangat... akan tetapi suatu hari ketika aki duduk d tepian jalan di kampung,,, melihat gelagat budak2 kecil yang cuba mengambil buah mangga muda di penjuru jalan.. aki terfikir... mereka membaling kayu untuk mendapatkan buah mangga tersebut... ada sebuah buku aki terbaca tentang pokok dan manusia...

hasan al banna pernah berkata:

" manusia yang baik adalah diibaratkan seperti sebuah pokok yang lebat buahnya.. orang akan teruja untuk mengambil buahnya dengan membaling dan menyakitinya dengan batu atau kayu.. tetapi pokok itu hanya membalas dengan menjatuhkan buahnya"

fikirkan sejenak blogger, bukan kerana lemah pokok itu berbuat demikian.. namun kerana ia sangat kuat sehingga mampu membalas baik sebarang perbuatan jahat terhadap dirinya.. 

"syukur kadang kala lebih tinggi makam dari sabar.. ramai orang  terpaksa bersabar dalam mendapatkan apa yang mereka mahu.. namun belum tentu mereka bersyukur... "

erm,,,, sungguh banyak nikmat yang kita dapat dari ilahi... apa yang allah kurnia kepada kita sudah cukup memadai kepada kita.. lebih dari apa yang kita perlukan... 

kenapa aki menulis perkara2 yang begini?. urm.... aki pon tak tahu... mungkin ia satu permulaan buat aki bangun dari mimpi2 yang tak berarah.. mungkin jua sekadar kupasan cerita perjalan hidup yang masih belum berkesudahan... mungkin ia agak panjang dari biasa,, namun ia sekadar bualan kosong... 

ye.. aki rasa lega.,.. mungkin akan mengambil masa untuk pena ini menari semula... mungkin setelah bertemu kekuatan yang baru ia kan melakar cerita lain... 

"terlambatnya masa pemberian oleh Allah, setelah kita merintih doa, jangan ia menyebabkan kita berputus asa. Kerana Allah telah menanggung terkabulnya doa kita menurut pilihanNYA buat kita, bukan menurut apa yang kita pilih untuk diri kita; serta pada saat yang Dia kehendaki, bukan pada saat yang kita kehendaki"

sekian coretan panjang dari aki.. wasalam...


aku pon tak menahu


Ingin ku mencari bayangan dikau
Namun tiada bersua yang tersembunyi
Di dalam diri rasa cintamu yang abadi
Setiap detik dan tiap ketika
Tuhan mengerti yang kita mencuba
Mengapa kau masih tak peduli
Pengemis cintamu yang asing ini
Mithali…
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali…
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali…
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali…

Mungkin kita kan bertemu semula
Bila kubaca pintu hatimu
kesetiaan cinta terkunci padu
Seakan kau turut berbicara
Agar kebahagiaan sama dirasa
Kiranya benar oh kekasihku
Betapa lama masa berlalu
Kiranya benar suatu siksaan
Mengapa tiada penderitaan

Mithali…
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali…
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali…
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali…
Mungkin kita kan bertemu semula

** sebuah lagu yang sentiasa berlegar dalam ingatan... bg aku ia bukan hanya sebuah lagu.. namun sebuah harapan... walaupun aku sedar harapan itu mungkin hanya mimpi.. indah dalam lena tetapi kosang di alam nyata... ingin sekali aku memetik gitar menyanyikan lagu ini... agar hati yang sayu ini kembali mekar semula...

to empunya blog: ingat janji2 anda pada kami si keluarga, 2 tahun masa kami pinjamkan kepada anda untuk membawa segulung ijazah sarjana dan sebuah cinta pulang ke halaman.

kepada kamu si keluarga: akan aku usahan segulung ijazah sarjana pulang ke halaman.. namun membawa cinta aku serahkan pada ilahi.. andai aku tidak mampu membawa cinta pulang ke halaman izinkan aku pergi membawa diri memburu sebuah ijazah kedoktoran jauh di sana... agar aku xdak perlu gusar mengapai impianku sebelum aku jatuh ke dalam cinta...

jawapan si keluarga: permintaan kamu kami benarkan. dengan syarat, kami tetap akan mendapat pewaris walau bagaimana pun keadaan. 

***********10/11/2011 terpatri sebuah perjanjian dalam sebuah kehidupan aku.. dan lagu ini permulaan dan pengakhir sebuah drama hidup aku y tak kesampaian... 11/11/11 bermula episod hidup baru, hidup si aku yang ingin menjadi budak kecil yang tak memikirkan masalah orang dewasa.. apa y aku perlu tahu.. BELAJAR.. BELAJAR.. BELAJAR... ada masa lapang kita main, bila malam datang, kita zzz... lapo g makan... life budak2 more colorful ... kenapa mesti 10 kenapa mesti 11?? 10/11 penutup kepada sebuah cerita lalu... cerita yang sangat2 aku xmahu imbas kembali... biar.. biar ia luput dalam masa lalu.. ak xmahu ia jadi kenangan... kenapa 11/11/2011?? kerna ia hari jumaat... penghulu segala hari... hari yang dimuliai... moga berkat hari itu aku mampu bangun dan terus berdiri lalu berlari dari bangku ku mengejar sebuah MASTER dan ada sebuah PHD yang menanti... itu janji aku dengan diri sendiri... itu juga perjanjian aku dengan mereka. aku kotakan janji aku, dan mereka kotakan janji mereka.. moga segala2nya berjalan dengan lancar.. ameen....