31-10-2011/1200 p.m (malaysia)-
- salam... selamat malam... p4250.. sunyi sepi... yang ada hanya aki sendiri... lama jugak meninggalkan ruangan teratak usang,,, entah kenapa terasa kosong melihat teratak aki sendiri... dah berkepuk aki sepi dari teratak... hilang dalam keramaian manusia... tengelam dalam debu berkaca... hidup2... pelbagai dugaan, melanda... segulung ijazah sudah selamat dalam gengaman... ha.ha.ha....
30-10-2011/2.30a.m (malaysia)
- aki duduk di hadapan meja kayu,
melihat buku2 yang tersusun.. lalu aki menarik si buku berlambang hati.
"berteduh di kebun cinta- Rezza khanafiah, buku bukan si novel cinta..
hanya sebuah buku penuh dengan kata2 cinta bersempadan.. aki membaca..
----> 103 page.. stop. pelbagai cerita nasihat berkenaan hati d
dalamnya, seperti teratak usang... aki suka satu chapter dalam buku ini,
"kemudi cinta"- sedikit petikan
" hidup adalah seni, seni dapat
dipelajari dan ditekuni. belajarlah dari alam terbentang luas di hadapan
kalian. musibah datang adalah untuh dimuhasabah. ketahuilah itulah
tanda kasih dan cinta ilahi kepada kita, sabar adalah aset utama.
"....
ia buat aki tersedar lagi... adakalanya, cinta yang kita harapkan bukan
pilihanNYA, dikala itu kita diuji.. kata hati ini buat kau yang
membaca:
"jangan mendaki puncak hanya untuk
meninggikan tempat jatuh. jangan bermain api, kalau sudah tahu sifatnya
membakar. usahlah melakar cinta suci kerana hanya ingin mengusutkan
cita-cita. tinggalkan cinta palsu ini, kalau sudah tahu mudharatnya
lebih banyak dari manfaatnya"
29-102011/1746 p.m (malaysia)
- aki menyelak2 halaman muka buku... tertarik pada satu group himpunan quotes
28-10-2011/0324 a.m (malaysia)
- Cuti... cuti.. pulang ke
kampong halaman.. erm... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..
pepatah melayu.. lambang tanggungjawab yang perlu digalas demi
melunaskan sesebuah kewajipan... begitu juga aki.. waris terakhir...
segalanya di bahu... segalanya perlu di pikul... ke hulu.. ke hilir...
entah la... bersyukur? atau sebaliknya? aki sendiri tak pasti.. aki mahu
hidup seperti mereka... sekadar bersederhana... hidup dengan penuh
makna.. harta? pangkat? kekayaan? nama? semua hanya permainan dunia...
prasyarat untuk hidup dalam manusia yang sibuk... bukan itu yang aki
cari.. hilang nyawa kerena hasat dengki.. hilang nikmat hidup kerana
kianat..
" ya allah... lindungilah keluarga aki... berikan kami hidayah
dalam menempuhi dugaan mu ini... andai tiba masa kau menjemput aku...
jangan kau biarkan saudara2ku terpesong akidahnya kerana dendam dan
tamak, kerana mereka adalah saudara seagama denganku dan keturunan kami
adalah satu... bukakan lah pintu hati mereka untuk bertaubat padamu...
amin..."
18-10-2011/0000 a.m (malaysia)
- Di hari yang lalu, aki termenung di tepi tangga dewan menara gading... melihat mereka di hadapan sana,, mereka ketawa.. mereka menangis.. si ayah dan ibu menangis d saat nama anak nya di panggil di atas pentas... sejambak bunga ross digenggam oleh si ibu... menanti anaknya berjubah dan bertopi empat segi keluar dari muka dewan dengan senyuman bersama sebuah buku plastik merah... si ayah termenung sambil tersenyum, menyapu titisan mutiara dari hujung mata... dalam hatinya mungkin berkata.
" alhamdunillah.. itu anak aku.. tersenyum di atas keringatku... alhamdunillah.. anak aku berjaya dalam citanya"
sayu.. sayu.. itu bukan monolog aki sendiri, tetapi cerita kisah seorang kawan... aki?? hanya seorang ibu dan seorang adik mengiringi aki naik dengan sebuah senyuman dan sebuah ungkapan syukur... "alhamdunillah... pandai anak aku," itulah kata2 dari ibu aki... ketika aki mengantar ibu aki pulang, ada jiran2 bertanya pada ibu..
" dah, kau g mn semalam? sape tu ?" ibu aki menjawab " dah g tengok anak dah konvo, die pakai jubah siap topi empat segi atas pale.. amboi... cantik dah tengok anak dah kak.. biarlah dah ni comot, selekeh.. anak2 dah pandai2.. lawa2.. ala hai anak omak..."
lucu aki dengar kerenah ibu aki.. tapi ibu tersenyum... aki pon tersenyum... kini perjuangan aki bakal teruskan... 2 tahun jadi sandaran.. segulung ijazah lain perlu d buru... insyallah... berkat doa si ibu tua.. dan keluarga... aki akan ke pentas itu lagi...
********** untukkerjaotakkitabersama:
A flower is sometimes blooming and sometimes withering. A tree is at times nude and at timed clothed. Just like me..