Monday, January 30

station kehidupan

Putus cinta samakah dengan patah hati? Kalau xsempat nak bercinta adakah ia di kire putus cinta? Or ia adalah patah hati? Erm…(aku tersenyum).. well… aku dah lama jugak xmenarah kat dlm blog ni.. sibuk dengan program sendiri.. dengan pengisian hidup yang sentiasa dalam pencarian… dikala aku melintas alam ini aku terselak kisah mereka… kisah cinta mereka.. ak singgah memerhati… kisah yang sentiasa menjerat hati yang melihatnya… perbagai warna aku melihat.. di setiap perhentian.. yang aku singgah… ada rasa cian dalam hati… ada rasa sabar untuk di ungkapkan.. namun mungkin ia jauh untuk di dengari… ada pencarian yang tidak lengkap menjumpai titik terakhirnya.. dan luput dalam situasi lalu,,, erm… aku hanya membuat summary.. maaf sekiranya ia merupakan kisah kau.. ia hanya sekadar pra ayat menyimpan di dalam pemerhatian aku…

First station:

“y aku boleh buat masa ni sabar dan redha je la.. bagi masa untuk masing2 memahami keadaan masing2,, dugaan dia kuat,, tapi aku xleh nak paksa2 org.. aku jugak ada kelemahan.. entah la beb.. ak xtau nk wat mcm ne dah..”

“bahagia itu terletak pada hati bukan pada ikatan. kesendirian juga bukan suatu dosa. malah kita akan nampak ia satu peluang lagi untuk melihat kekuranagan diri, memperbaiki dan menghalusinya. kadang-kadang kita perlu melalui kepahitan untuk mencari kebahagian dalam hidup.”

Ayat pujangga yang aku suka dengar... dalam hubungan ada ribut jugak... tak semestinya bila kita memiliki seseorang atau apa2 benda secara sah atau xsah.. kita kena belajar menghargainya sebaik mungkin... orang selalu berkata.. 

”jangan jadi macam bola.. kejar bagai nak gile.. dah dapat sepak jauh2...”

Ada setengah insan.. rasa sayang ada.. tapi tau macam mana nk bentuk.. tak tau macam mana nak jaga.. bagi aku la.. istilah ”menerima seadaanya” kadang2 xleh pakai sekarang.. dunia sekarang bukan dunia 60an.. istilah persefahaman.. tolak ansur.. memperbaiki diri perlu ada dlm diri sebelum nk bentuk sebarang perhubungan.. kekurangan diri merupakan tembok dalam membina hubungan but try to fix it.. try to make it more better than b4.. ”menerima seadanya dalam usaha memperbaiki harus” bukan hanya ”menerima seadanya seperti adanya tanpa berbuat apa2”.


Boy2... untuk kalian.. wanita hatinya lembut... mereka mudah tersentuh.. mereka bukan kaca,, hanya kelihatan cantik.. yang teguh namun mudah pecah apabila terjatuh.. mereka seperti air.. tenang... walau mereka dikocak.. mereka akan kembali seperti sediakala.. jiwe yang tenang itu... mampu memiliki... ketenangan jiwe yang lain.. namun jangan di salah gunakan ketenangan itu.. sekirenya ribut melanda... ia mampu merempuh semua tembok y teguh berdiri.. istimewanya kejadian wanita.. cantik untuk dilihat.. untuk dimiliki dan untuk jaga.. agar ia mampu menjaga taman hati anugerah ilahi...

Gurl2.. walaupun kalian istimewa.. namun kalian perlu sedar.. lelaki mempunyai hati y gentar,, hati y mampu mendamaikan gelora d hatimu.. wujudnya kita atas wujudnya mereka.. mereka seringkali mengharapkan pengertian dari kita.. seberapa benar pengertian yang di harapkan.. kita xtau.. sebagai gurl2.. naluri kita kuat.. kadang2 naluri itu hanya mainan kerana kita di persimpangan tanpa arah.. lelaki yang betah mampu memberi arah dan berjalan bersama mencari janji y hilang.. mereka sanggup berjuang memiliki sesuatu y memiliki hati mereka.. tersadainya mereka apabila pencarian xsampai ke garisan penghujung.. ia bergantung sama ada gigihnya mereka cuba mengekalkan usaha mereka atau hanya satu pencarian untuk mematangkan diri..

Second station:

”aku sayang dia.. dia cukup package... baik.. lembut.. segala cukuplah katakan.. aku berani jamin la.. lelaki sanggup beratur untuk dapatkan dia... aku xputus2 berusaha,, aku hanya nak kan jawapan je dr dia.. selagi dia xbg jawapan dengan mulut dia.. aku xakan berhenti berharap.. ak btl2 sayang kat dia..”

Tiada pagi yang terang yang tidak di datangi malam yang suram
Kadang-kadang kita tak mampu menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Walaupun kita mampu merancang masa hadapan. Namun setiap masa yang hadir akan mengubah  segala yang kita rancang. Suka atau tidak ia tetap berlaku. Oleh itu setiap detik kita kena sentiasa bersedia dengan serangan yang tidak di duga. Walaupun ia menyakitkan namun ia perkara yang paling berharga,. Amat sakit bila melepaskan orang yang kita baru mahupun yang kita sedang dan sangat sayangi.  Tapi berbaloikah kita menipu serta menyakitkan hati kita demi orang kita sayang? Mungkin ada yang bersuara berkata ya ia berbaloi kerana aku amat menyayangi nya. Kerana kesakitan itu adalah nikmat dari perasaan sayang.

Tapi bagi aku, aku tak mampu. Disakiti demi menyayangi, kerana aku menyayangi untuk disayangi. Hadir aku dalam hidup nya untuk melengkapkan serta berjuang bersamanya di setiap saat aku masih bernafas. Walau aku bukan seorang yang sempurna namun aku berusaha untuk melengkapkan ruang-ruang ksong dalam dirinya. Mugkin ada yang ada yang lebih baik dari ku.. namun aku tetap hadir melengkapkannya. Andai kata aku bukan untuknya.. bebaskan aku dari dirinya.. semoga aku mampu kembali berjalan mencari hidup serta bahagiaku. Mungkin bermasa ia mungkin muncul, namun aku rela menunggu. Cuma yang aku harapkan,,, janganlah kau beri sedikit pun harapan kepada diri ini kerana harapan yang di beri itu hanyalah satu yang tidak pasti dan bukan milikku.

Final station:
Home sweet home- ak pyh nk memberi jalan penyelesaian... hanya yang ak mampu kata...

Hidup tidak selalu indah
Langit tidak selalu cerah
Suram malam tidak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput yang lemah-lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
tak terusik dilanda badai

 

Kita sering mahukan hari yang cerah. Tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering menginginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan. Tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan. Kita sering menginginkan ketenangan. Hakikatnya diri penuh dengan dosa dan kejahatan. Tetapi manusia tidak dapat lari daripada kesilapan. Semua itu bukanlah suatu hukuman. Tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman.

ingatan bersama:


Dibalik kesulitan itu ada kemudahan, esok akan merekah bunga yang harum mengusir kesedihan menjadi penghibur hati.

aku, hutan, dan SRMUPM


24.1.2012/selasa/3.51 p.m/ Malaysia:

Salam blogger… lama dah aki lost dr dunia teratak.. jauh membawa diri ke dalam dunia kehijauan.. aki kena g outstation ke kemaman.. ada projek kat sana.. alhamdunillah selesai dah keje kat sana.. sekembali dr kemaman.. aki menerjah ke hutan mencari air terjun..  aki menerjah gunung nuang, dekat area2 hulu Langat.. aki xde la daki sampai ke puncak.. Cuma aki menyusur denai2 yang ikot pematang.. track baru bukak.. track dia ikot n meredah sungai.. huhuh aki suka sangat langgar2 sungai ni.. aki masok 4 org.. semua gurls……… hahah pegawai hutan tu geleng je kami masok.. sebab first depa risau pasal keselamatan la.. xde laki dalam group kami.. so what? Kami orang hutan… alhamdunillah… semua selamat.. aki macam biasa… belakang jalan kedek2… kaki dah secondhand… g tu la gamaknye.. kaki aki xsihat sebab mengalami kecederaan masa tranning bola tampar dulu.. sampai la ni aki jarang dah main bl tampar.. erm,,,, puas hati la dapat meneroka khazanah tuhan ni… 


 kami dan hutan adalah satu...

Balik dari hutan.. aki menapak pulak g camp.. camp budak rakan muda aki.. hahah camp hujung perkhidmatan… X-plorasi sukarelawan rakan muda upm 2012,,,  aki d jemput menjadi tukang masak pada sesi kali ni… aki dah masok kali ke 3 join X-plorasi ni… 2kali as AJK n sekali as peserta… aki dah pencen dr board… dulu masa aki dalam board memg terasa semangat Xplorasi ni.. kami ada lagu tema.. lagu xpdc.. semangat yang hilang… lagu tu unik,,, dulu aki jugak sering tertanya kenapa.. kenapa lagu tu jd lagu camp ni.. sampai aki cop lagu tu lagu puaka… kalau terdengar je lagu tu.. aki start rasa stress.. sebab lagu tu member mimpi ngeri pada aki dan mereka… serius.. bayangkan camping yang gile2 stress… fine la aki memg selalu camping.. hutan tu dah jadi makanan ruji… xde hal la.. but camp Xplorasi ni lain… camping mcam gile2… aki mula2 berbelah bagi nak g camp tu… tah la gerak ati tu berat je nk g… tapi mengenangkan senior dok tipon ty kat mn xrenti3… adoi.. spoil la,,, dah la nk g camp tu siap gaduh g ngan driver bus… siot la.. memg ak xde feel nk g camp.. fine la.. awl2.. smooth je perjalanan camp tu.. pastu ak nye group pon memang terbaik,,, paling baik.. group ak jadi group zoo.. setiap ahli group ada nama panggilan tersendiri.. duyung jantan, kerbau, harimau, landak, semut, singa, dan ak si tenggiling.. depa gelak guling2 bila aki buat bunyi.. apa y lawak pon ak xtau la.. but ok la,, kire ok la.. feel,,, rase camping tu ada la.. yang dasyat nye malam lepas malam kebudayaan tu… “KUNANG-KUNANG” damn! Serius ak sakit jiwe malam tu… bukan aki je member2 aki juga.. time tu la aki berkenalan dengan tokie kunang2.. en.D … allahmdlh… selesai jugak camp tu dengan seribu kecelaruan… macam2 rase… terutamanya rasa nak marah la.. sebelum aki pulang ke rumah aki mendapat sms “taniah anda terpilih menjadi ajkt srmupm bagi sesi yang baru” ceh? Tibe2 je.. aki igat senior aki main2… bukak2 sem.. aki betul dapat arahan..”salam yat, ni bob.. ko try dapatkan no peserta xplorasi kita.. msg soh depa datang meeting kat astaka” huhuhu… udah sejak bila pulak ak jadi ajk perhubungan ni… fine.. ak buat je la… malam meeting tu secara sah pelantikan ajk srmupm… tengelam timbul… berada dalam xplorasi lagi.. masa tu ak baru tau kenapa lagu semangat y hilang tu jadi pilihan… sepanjang camp tu kita hilang sebahagian dr diri kita.. kepercayaan kita.. semangat kita.. hilang melayang dengan hendiran malam.. tapi aki sedar… aki dapat semua segala yang hilang itu dalam kumpulan y di bina.. susah nk d ungkap keindahan berkumpulan… serius… mesej y cuba d sampaikan oleh en.D baru sampai pada kami ketika itu.. kini aki datang ke Xplorasi 2012 as mantan n ajk tambahan.. walaupun bukan en.D y memporak perandakan keindahan malam perserta.. but aki puas hati dengan pengisian y ada… peserta mugkin tak sedar mesej y cuba d sampaikan di dalam camp ini.. bukan sahaja peserta y menerima pengisian.. para fasi juga di isi ruang2 y kosong antara mereka.. itulah hadirnya kami.. sebagai pelengkap.. aki sempat berbual dengan en.D y datang sejenak… “aku bangga dengan korang.. lengkap.. dari segi kepimpinan.. rohani.. jasmani.. xsia2 aku mengajar korang… walau cara aku mungkin kasar.. tapi xde niat lain.. sekadar mengajar.. hahahah” aki ingat lagi kata2 dia… sungguh suatu masa dulu aki xsuka dia.. tapi dia seorang y baik.. n cara pengajaran y di wujudkan unik.. walaupun kasar… aki bersyukur.. walaupun aki seperti mereka lewat tersedar.. namun aki mampu membimbing y lain.. “kami cuba membentuk acuan kami sendiri.. agar ia d teruskan oleh pelapis kami.. kerana kita adalah y terbaik tanpa kita sedari..” hahah… well.. xde sape y mampu memberikan korang pengalaman n pengajaran.. walaupun ia agak menyakitkan.. but.. lambat laun ia menjadi madu kepada luka cabaran.. huhuh… ingat la blogger.. aki ingin berkongsi.. Life is about not knowing, having to chance, taking the moment and making the best of it without knowing what ’s going to happen next... (adalah member aki ni kata.. ”wah ko bukan main la sekarang.. ayat2 master je sekarang.. hahha).. hahah but ia benar.. kadang2 xsemua perkara kita akan tahu awl dan akhir sebuah pencarian... y penting d akhirnya.. kita berlalu berbekalkan pengalaman.. itu y penting... tiada siapa y akan memberi pengalaman sekiranya kita hanya termamgu dan berharap.. tiada kesenangan y mampu kenangan y lama... adios... mungkin muka aki akan tercacak buat Xplorasi k 4... sekiranya aki masih d perlukan.. hahah...


Thursday, January 12

Itu rezeki dia.. bukan kau.

2.07 a.m/jumaat/13.1.12/malaysia

serius! aku stress balik kl ni... ak outstation kat pantai timur untuk beberapa hari.. balik sini selewat petang kamis... sebelum pulang ada perkabaran baik aku terima.. alhamdunillah.. rezeki... sesampai aku di sini.. aku menerima "nota2 cinta" yang kurang enak... yang buat aku terkilan sesangat... gelak2 jugak... tapi jangan melampau batas sangat... lawak kasar boleh buat orang terguris gak.. 

rasa tak puas hati..

yup! aku nak bercakap pasal natang ni.. (bak kate ore kemaman)... baru2 ni ade kes hot jugak la pasal RASUAH! melibatkan jabatan perhutanan.. aku segan gak bila tgk berita.. sebab aku pon ORANG UTAN... xberpuas hati dengan apa yang ada... kita boleh berusaha dapatkan apa yang kita belum ada.. tak salah.. but biar dengan cara yang betul kawan.. usaha sendiri.. baru puas hati guna duit sendiri or dapatkan apa yang kita usahakan.. 

sepekara ak kurang jugak... bila bercerita pasal tak puas hati ni.. rezeki orang pon kau nak cedok jugak ke? kadang2 aku tak faham la manusia ni.. apa yang kau tahu pasal REZEKI ? kadang2 kita tak berusaha untuk dapatkan.. kalau tuhan nak bagi sapa kau nak halang? lagilah sape kau nak mempersoalkan? ni perkara yang terjadi sendiri pada aku dan keluarga aku... iri hati... tak puas hati.. adik beradik la tu.. 

sanggup... buat apa je... kalau tak puas hati kan? aku pantang kalau orang mempersoalkan apa yang aku ada. selagi aku tak mengemis mintak simpati orang untuk dapatkan apa yang aku nak, tolang la jangan berbunyi... sumbing tau tak! korang suka, kalau ada insan2 terpilih.. mempersoalkan kepermilikan kau? adakah ia menyusahkan orang? lain la kau celok duit ke.. masa ke... orang tu untuk dapatkan apa yang kau nak.. 

aku dah kata b4 ni.. style ak sekarang.. "no sharing.. no sharing la..." "no caring.. no caring la.." fine.. semua ada baik buruknye.. ada kawan aku tegur.. kalau orang buat jahat kenapa kita bijak sangat ikot dia wat jahat? kita kena ajar dia cara halus.. tgk macam mana cara buat baik.. aku xmakan saman dah mende2 macam ni... pada akal aku la.. kalau orang main kasar ngan aku.. aku main kasar balik.. muak ak nak layan baik2.. masing2 ada kelebihan.. ada kekurangan... fine la.. adat manusia kan.. xde salah.. xde betul.. fikir kadang2.. tak semua yang kita nak kita dapat... usaha macam mana kali pon.. kalu xde rezeki kau.. xde la.. apa pasal xleh fikir macam tu? jawab sikit!

serius la.. aku dalam hidup aku, apa yang aku nak aku usaha untuk dapatkan... main kotor xpenah lagi aku buat... bagi aku main kotor ni kau gunakan orang untuk kepentingan kau sendiri.. bukan untuk sejagat! shit la... melawak pon biar bepada2 kawan... jangan kasar sangat.. xtau hujung pangkal.. main sebat je... silap ari bulan.. buat orang hilang pecaya pada kau... aku berani cakap la.. kalau aku sendiri pon.. cara kita berhubung.. bergaul... memudahkan urusan seharian... bukan aku nak kelentong ke ape... fikir sendiri.. dalam hidup ni kita saling bergantung.. kalau kau buat baik.. orang mesti akan jaga balik.. xsemestinya semua kebaikan yang kau buat ko akan dapat balasan nya time tu gak... semua deal ngan masa... tuhan tu maha adil.. DIA tau apa yang DIA gerakkan.. 

maaf la sape yang terkena... aku bedal depan2 xpandai.. bedal belakang pon kadang2... ni aku bedal sisi.. kalau kau toleh kau tau la.. cuma aku nak pesan sikit je... xyah la mencedok rezeki orang lain... dah terang2 orang tu punya... xsalah kalau nak berkata2... but berpada2 la.. jangan sampai ada y tersakit... kerana hati sendiri sakit... makin aku menjadi tua makin aku naik muak dengan pesekitaran aku... hipokrik... ego... pentingkan diri tok sah cite la.. ambik kesempatan lagi... aku pon senget2 gak... setidak2nya aku xmakan lauk dalam pinggan orang lain.. kalau ada orang bagi, aku ambik.. kalau perlu ak mintak.. aku mintak cara baik.. bukan KOTOR! kalau kau sendiri mengamalkan dasar "SDN.BHD" dalam perkongsian... jangan nak lebar sangat la mulut menguap... tok sah la demand nk rasa erti sama rasa... hidup ni kawan jangan main pakat tangkap muat je... bahasa sikit... 

kan orang tak kesian kat ko.. tak kire la ko tua ke muda.. bahasa sikit... kawan ke ape ke jaga2 jugak.. pesan aku untuk semua.. bukan sorang dua je.. aku bukan marah ke ape.. aku terkilan n terkesima sikit... perangai sorang2 buat ak rimas kadang2.. sebab aku pantang bila susah nampak aku.. bila aku susah nak sengeh ngan aku pon payah... ape kejadah nye simpan orang macam tu... hish2... aku xkata2 sape2...terasa, sendiri cari ubat la... blog aku xde jual obat untuk manusia macam ni... jauhkan lah aku dari perangai orang macam ni... amin...

"setiap pegerakan sendi, hati dan akal milik allah.. jangan kau persoalkan pemberiannya tanpa kau tahu kebenaran"