Thursday, February 24

Jangan beri aku sebarang harapan!

Kadang-kadang kita tak mampu menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Walaupun kita mampu merancang masa hadapan. Namun setiap masa yang hadir akan mengubah  segala yang kita rancang. Suka atau tidak ia tetap berlaku. Oleh itu setiap detik kita kena sentiasa bersedia dengan serangan yang tidak di duga. Walaupun ia menyakitkan namun ia perkara yang paling berharga,. Amat sakit bila melepaskan orang yang kita baru mahupun yang kita sedang dan sangat sayangi.  Tapi berbaloikah kita menipu serta menyakitkan hati kita demi orang kita sayang? Mungkin ada yang bersuara berkata ya ia berbaloi kerana aku amat menyayangi nya. Kerana kesakitan itu adalah nikmat dari perasaan sayang. Tapi bagi aku, aku tak mampu. Disakiti demi menyayangi, kerana aku menyayangi untuk disayangi. Hadir aku dalam hidup nya untuk melengkapkan serta berjuang bersamanya di setiap saat aku masih bernafas. Walau aku bukan seorang yang sempurna namun aku berusaha untuk melengkapkan ruang-ruang ksong dalam dirinya. Mugkin ada yang ada yang lebih baik dari ku.. namun aku tetap hadir melengkapkannya. Andai kata aku bukan untuknya.. bebaskan aku dari dirinya.. semoga aku mampu kembali berjalan mencari hidup serta bahagiaku. Mungkin bermasa ia mungkin muncul, namun aku rela menunggu. Cuma yang aku harapkan,,, janganlah kau beri sedikit pun harapan kepada diri ini kerana harapan yang di beri itu hanyalah satu yang tidak pasti dan bukan milikku

No comments:

Post a Comment