Thursday, March 31


 
 
Telah kuhebahkan
Rinduku yang lesu ini
Tertutup mastuli
Namun mustika
Cintaku terus membara

Walaupun tenggelam
Cinta yang dalam membeku
Di selendang arus
Namun mutia
Rinduku masih menyala

Biarkan tidak terlintas
Hasrat cinta tertutup ini
Untuk sorak dan isytihar di hatimu
Mungkin kerinduan
Belum kau peduli
Haruskah diuji

Namun pernah terkandas
Hasrat rindu tenggelam sepi
Mengumum dan merayu terhadapmu
Bukti kerinduan
Masihkah kau sangsi
Perlukah diuji
 
 
 
************* Kadang2 aku pincang memikirkan siapa sebenarnya aku pada dirimu. Adakah aku wujud untuk menjadi tempat untuk kau singgah, apabila kau memerlukan? Adakah aku sekadar perhiasan? Kau datang membawa semua keindahan, kau tinggalkan aku di sini. Termanggu menanti bersama keindahan yang kau tinggalkan. Untuk apa kau tinggalkan ia, sekiranya kau tiada di sini? Membuat hati makin jauh, untuk segala-galanya. Pernah aku terfikir untuk menghilangkan diri dari semua rasa. Penat memegang keindahan, tanpa aku mengetahui untuk apa. Hadir aku seperti angin. Tak boleh di lihat.. Tak boleh dipegang... Tapi aku wujud di sana... Ia benar2.. menghimpit benakku,,, Kadang2 membuat aku kosong... Kosong untuk segala rasa........************* (monolog dr suatu kejadian, tiada kaitan dgn y mati)

Wednesday, March 30

Suatu anugerah




RASA cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini.
Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini?
Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.


Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab persoalan tersebut. Ia bukan fakta dari mana2 rujukan, Cuma pendapat aku dari pengamatan kehidupan manusia yang pernah aku temui mahupun pengalaman aku sendiri.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.




Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Ia umpama skrin layar yang berputar tanpa mengira masa. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada. Begitu kuatnya kuasa dari rasa hati, seorang manusia. Ia mungkin penawar, ia juga boleh menjadi racun yang membunuh setiap jiwa yang di jemputnya.



  Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.


Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.



Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan sukar berakhir dengan persahabatan.



Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. Namun manusia sering kali lemah ketika cinta ilang daripada jiwa mereka. Ilangnya rase yang indah itu, membuat manusia ilang segala rasa sebagai seorang insan yang mempunyai jiwa manusia.




 Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

  Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.



   Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Top of Form
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7).

Cinta kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki kasih jika dasarnya rabbi itulah kasih sejati cinta itu pasti diuji kerna itu sudah tradisi janji. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi.

Tuesday, March 29

Rindu kat awak,,,,

Andai itu takdirnya....


Aku kembali mengarang… tetapi bukan cerita aku,,, tetapi cerita eorang sahabat aku ketika di sekolah,,, PIP… singkatannya,,, rentetan cerita cinta die dengan seorang insan. Aku paparkan kisah PIP di dinding teratak, untuk kita fikirkan bersama….

PIP: Aku nk mintak tolong dengan kau.
PENA: Tolong pe?
PIP: Aku,,, ade masalah.. berat sangat. Xtau nk share ngan sape.
PENA: Ok, sembang je ngan ak. Aku dengar. 
Pip bersembang tentang masalah jiwe nye.. ak sebagai seorang kawan tekun mendengar, apabila aku d minta bersuara.. aku bersuara. 
PIP: Last aku nk mintak tolong ngan ko ni.
PENA: Boleh je beb. Mende y ko nk mintak tolong?
PIP: Aku nk luahkan sesuatu. Boleh ke kau letak kat blog ko? Bukan ape,, just nk mintak tolong tu je. Aku nk orang baca. Bolehkan? Aku tak pandai wat ayat2 jiwang cume, aku nk luahkan je ape y terbuku kat hati ni. Pliz…
PENA: Boleh je,, xde hal.. blog aku tu memang tempat untuk orang singgah, untuk berehat dari masalah y ade.. kau sent kat aku, nanti aku post kan k.
PIP: Ok, nanti aku sent. Thank beb.

……………………………………END……………………………………………………………



EMAIL DARIPADA PIP:

Tidak pernah terlintas dihati aku untuk menjadikan kau orang yang ku sayangi. Penat hati ku menanam niat agar ia tak tersasar dari jalan yang benar. Tidak sekali aku mahukan persahabatan ini tercemar kerana CINTA.. Buat yang entah berapa kali..akhirnya hati ku menyanyangimu walau aku tahu ia tak sepatutnya hadir. ALLAH adakah ini duagaan sekali lagi buat ku??.. Lama aku menyimpan rasa...penat ku berfikir patut kah aku meluahkan ??? atau patutkah aku memendam perasaa itu??? Akhirnya aku tekad untuk meluahkan..tapi sekali lg hati ku dihambat hampa ....kata mu dirimu belum bersedia..andai kau pemilik tulang rusuk ku..pasti kita akan bersatu..andai kita tidak ditakdirkan aku doakan kau bahgia dengan insan lain... robek hatiku mendengar kata-kata itu..Walau pahit untuk ku telan... ku gagahkan hati ini untuk berdiri teguh... ku kuat kan diriku untuk mengukir senyum.. walau hati ini menangis menderita.Tapi selepas derita, kau hadir semula menagih kembali kasih ku yang kau buang.... dan sekali lg aku derita dipermainkan dirimu..
Tanpa kata kau membuat aku jatuh cinta,,,dan tanpa kata cinta akhirnya mengecewakan aku....dan tanpa kata cinta pergi meninggalkan aku.... kenapa harus ini terjadi.... bibirku mengeletar tanpa sebab,,hatiku menangis kesakitan ... Tidak sepatutnya aku mendengar bait cinta itu darimu....berpura-pura tidak mendengar agar hati ini tak disakiti lagi..aku berharap sakit itu boleh datang dan pergi begitu sahaja...dan aku berharap ia tidak meninggalkan parut kecil dihatiku.....
Aku akui aku tidaklah secantik bidadari idamanmu...tapi aku juga punya hati dan perasaan... stiap saat aku berdoa agar kau bertemu insan yang lebih sempurna..agar dia mampu membuat kau tersenyum bahagia... biar kau diam seribu bahasa ...hati izinkan aku mencintai yang RABB lebih dari aku mencintai dia.....

Kawan..mulai detik ini..aku belajar biarla kita memendam perasaan itu..dari kita meluah..kerana bila diluah..hati yang menderita.

..................................END............................................................................................

Sunday, March 27

Di sini bermula cerita kite.... SRMUPM


Nukilan daripada seorang sahabat, bernama Azrai....


Tanggal 13 November 2009, aku dilahirkan di Sekretariat Rakan Muda UPM...

......................

Aku tak pernah suka nak bukak-bukak belah Note ni. Tak pernah rajin nak jenguk-jenguk apa orang tulis, lagi haram nak bikin nota sendiri. Haha. Serius. Aku bukan macam sorang hamba Allah ni, habis semua penulisan dia selak. Dan Hamba Allah ni jugak lah yang menyedarkan aku ada Note rupanya kat FB ni. Tapi entah macam mana, hari ni tergerak hati nak menulis coretan. Kenapa ya? Adakah aku mula melihat bakat aku dibidang penulisan? Ataukah aku tertarik dengan kerjaya sebagai blogger terkenal, sentiasa dijenguk orang? Hmmm...

Logo rasmi SRMUPM.

Yes this is it. Menatang ni lah yang buat aku mengarang sampai kemalam macam ni. Dan kalau nak tahu, start habis program Eksplorasi Rakan Muda 10/11 baru-baru ni yang menandakan secara rasminya peletakan jawatan board SRMUPM penggal 09/10, berderet post syahdu budak-budak SRM menyatakan kesedihan untuk mengakhiri zaman keseronokan dok dekat dalam persatuan ni. Ceh, bajet aku emo ke baca semua tu? ...Aku akui memang emo pun. Sob sob.

Tapi korang jangan ingat aku menangis pulak. Harapan. Tak perlu berfantasi yang aku tengah mengangis meraung menjerit berguling-guling, atau air hidung dok masuk sampai kemulut. No no no no. Jatuh lah saham yang aku bina selama ini beb.

Kejamnya fantasi korang...

.........................................................
Bermulanya suatu perjalanan.

Fuh muka semangat gila. Biasalah, orang tak pernah berkhemah sebelum ni, reaksi wajah pun macam David Beckham masuk padang. Penuh semangat. Tak tau yang ko punya masa tidur amat berharga akan dirampas jap lagi. Haa semangat lagi. Padan muka kau!

Ini merupakan program pertama yang aku join, Kem Eksplorasi Lembah Pangsun (13/11/2009) kalau tak silap. Hari bersejarah, aku ditipu yang program ini program santai, belajar cara berkhemah dan enjoy gilababeng. Padahal? Ok lah fair enough, memang enjoy tapi ada sikit tambahan keperitan kan. Dan hari yang bakal melakar sejarah baru dalam hidup aku. Satu-satunya hari yang membuatkan aku bersyukur ditipu. Kenapa ya? Jeng3...


Yup aku dapat ramai sahabat baru. Sahabat-sahabat yang aku bersama sampai hari ni. Sejak dari hari itu sampai sekarang dah banyak event kami lalui, tak perlulah nak ceritakan semuanya. Terlalu banyak. Terlalu seronok.

Ringkasnya, aku tak pernah pun terfikir akan duduk di bawah sebuah payung yang amat besar, amat mahal harganya. Payung yang dapat menaungi ramai orang, lagi ramai dari payung dekat foodcourt Putra yang ada satu kedai mamak air tak sedap harga mahal nak mampus. Masa aku mula-mula join Kem Eksplorasi tu dulu pun, ingatkan just one off je. Bayangkan, dapat tidur tak sampai 2 jam dalam 2 hari tu, kena maki hamun dengan En.D (bukan nama sebenar), disuruh jalan dalam gelap + sejuk + nyamuk + mengantuk + mamat-mamat entah mana-mana dok bersidai menpsiko aku dengan budak-budak lain, korang nak join lagi ke program diorang seterusnya? Obviously no kan? Mesti serik. Aku dah start fikir, lepas habis program tak payah serabut ayam fikir menatang ni lagi dah, berangkut balik kolej, esok pegi kelas macam biasa, balik kelas, tidur. TIDUR. Benda yang aku payah nak jumpa time Eksplorasi. Benda yang dirampas dari aku, yang membuatkan aku dah serik nak join SRM, angkat dua tangan surrender tak nak join dah mendalah ni. Mengarut.

Habis je program, selang beberapa hari datang satu SMS. Akmal a.k.a Bob, new-elected presiden baru SRM. Salah seorang geng dalam kumpulan aku masa kem hari tu. Apa yang mamat ni nak? Hutang rm25 duit group yang aku makan sorang itu ke? Chaisss!!

" Arai, kau pandai design baju tak? Tolong designkan baju Taman Negara."

WTF???

"Wey beb, aku dah taknak join SRM lah. Tak payah lah sibuk-sibuk nak call aku lagi dah. Nak jumpa makan-makan lepak santai jom, nak ajak aku pergi program, maaf zahir batin lah." Itu jawapan aku. Dalam hati. Tapi jari aku entah kenapa melawan tuan empunya body. Dia taip lain. "Tahu lah sikit-sikit Bob. Nanti aku cuba try test" Haa dari situlah sejarah baju Taman Negara mula tercipta, sampai ada dua versi sekaligus; Naim dan Bob.

Aku malas nak bercerita every single events yang aku dah pergi bawah SRM, rasanya kebanyakan korang merasa sekali. Tapi setiap event selepas Kem Lembah Pengsun ada keseronokan tersendiri. Actually Lembah Pangsun pun best jugak, in a sense that it gives us enjoyment in different perspective. Enjoy belajar benda baru, enjoy dapat member-member bengong yang baru etc. Tapi sedang melalui semua program yang berikutnya baru aku sedar, dah tak ada lagi program yang pengisiannya maha dahsyat macam Eksplorasi. Ada program yang penat, tapi penat yang best lah...emm macam mana nak cakap..penat yang best lah! Haha. Tak ada lagi orang dok mengarah bila perlu diam/bercakap, bila perlu berlari ambil handphone tengah-tengah hujan kat khemah untuk dirampas kemudiannya, tak ada lagi orang yang merayu untuk dirayu agar jangan dibakar bendera. None.

Senang cakap, everything is going smoothly after Eksplorasi. Banyak tempat yang aku tak pernah pergi sebelum ini, aku jejak. Banyak benda yang aku tak pernah buat, aku merasa. Naik turun gunung, masak guna besi petak, join Mat Motor set-up klu di Putrajaya, banyak lah! Dan setiap program semakin mengakrabkan kami sebagai satu keluarga baru, tercipta ditengah-tengah hiruk pikuk suasana belajar di kampus IPT yang penuh kesibukan. Sebuah keluarga baru yang mementingkan kesetiaan dan erti persahabatan, disamping sijil, tag dan t-shirt.

............

Kadangkala aku terfikir la jugak, macam mana kalau dulu skrip yang aku reka dalam kepala tertaip di jari masa nak reply SMS Bob? Adakah masih ada peluang untuk aku susup masuk dibawah payung besar ini, ketika aku sendiri sedang memegang payung sendiri? Payung dalam ertikata kehidupan normal aku, sebelum mengenali SRM? Kehidupan yang cukup selesa, tak perlu berlari buat kerja sana-sini, tapi kosong? Kenalkah aku dengan Norisal@Hawa@Mek yang gila Milo Ais? Kenalkah lagi aku dengan Akbar@Tom, watak paling lunatic dalam SRM? Kenalkah aku dengan Akmal, Anwar atau Naim, barisan pimpinan baru dalam SRM? Atau ramai lagi budak-budak lain yang berkepala mereng tapi mempunyai hati yang baik, kukuh nilai persahabatan?

Get a grip, Carbon!!! Kau lelaki berjiwa kental. Wakakakakaa...

Ok seriously. Stop berfantasi bukan-bukan. Takdanya aku melalak macam ni.

Lebih kurang macam ni ada lah kot..Ha.Ha.Ha.

Tamatnya program Eksplorasi hari tu, bermakna tamatnya perjalanan kami sepanjang setahun ni. Banyak sangat yang kitorang lalui. Macam dalam mimpi. Sayangnya, dah terjaga. Rasa nak duduk lama lagi kat bawah payung besar ni, yang dipunyai oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Duduk bawah payung ni boleh dapat jalan-jalan free, makan pun kadang-kadang free kadang-kadang En.R belanja. Sijil dan tag pun ada, baju pun disediakan. Apa lagi kau nak mintak? Macam dalam syurga lah orang bilang (eceh, banyak sangat ke pahala kau kumpul Carbon?).

Sebab itu lah, rasa berat sangat nak lepaskan tugas yang selama ini aku buat ke tangan orang lain. Kepada orang yang akan menggantikan aku, di Unit Publisiti. Unit yang sinonim dengan aku dalam persatuan, even though masa perlantikan aku diletakkan dibawah AJKT Kebajikan. Ha,ha lari habis. Patutnya kerja nak jaga welfare ahli-ahli, lastly kena duduk melekat kat komputer design banner dan menebalkan muka round satu UPM tampal poster tengah-tengah panas. Tapi tak apa, aku tak kisah pun. Sebab aku suka tarik orang lain sekali berpanas dengan aku, dan aku cukup berterima kasih sekali dengan mereka-mereka yang sanggup menjadi artis sehari, diserbu peminat yang ingin tahu apa kejadah lagi program SRM yang bakal tiba time poster dinaikkan (bak kata Nadzrin). Rasanya untuk kebajikan eloklah dipegang orang lain yang lebih bertanggungjawab daripada aku, yang bukan hanya menjaga kebajikan 'anak ikan' semata-mata.

Ya, anak ikan.

Jam menunjukkan 12.21am. Rasanya dah panjang berjela aku menulis. Syok pulak rasanya, mungkin bakat blogger yang terpendam lah agaknya, siapa tahu kan? Berakhirnya nukilan ini bererti berakhirlah perjalanan aku selama setahun berada dalam SRMUPM. Dan bermulanya perjalanan ahli-ahli baru menyambung perjuangan, mewarisi keseronokan yang bakal kami lepaskan. Apa agaknya nasib mereka, dapat tak mereka memuaskan hati En.R dengan kualiti kerja mereka, adakah prestasi mereka boleh lebih bagus dari kami, utuh lagikah Unit Publisiti, aku tak mahu fikirkan lagi pasal semua itu. Sekarang tanggungjawab diberi kepada mereka dan aku cuma boleh berharap mereka boleh melindungi legasi yang kami tinggalkan.

Biarlah mereka yang memikirkan itu semua, aku mahu berehat. Mahu sambung tidur. TIDUR. Perkara yang sudah bertangguh selama setahun, sejak Eksplorasi. Bezanya, sekarang aku tidur membawa mimpi-mimpi yang indah, yang aku kumpulkan selama ini bersama keluarga kedua aku. Mimpi makan bersama diatas ground sheet, mimpi mandi sungai bersama, sambil memakai deretan baju-baju rasmi SRM. Aku boleh tidur dengan nyenyak sekarang, yakin bahawa keluarga baru aku sekarang ini dicipta daripada batu-batu yang keras dan berkualiti, kukuh berzaman.

Aku tak berapa pasti sudah berapa batch SRMUPM sejak tertubuh dulu, batch yang mana paling berkualiti, paling menyinar sebelum ini dan akan menyinar akan datang. Namun aku cukup bersyukur, aku diletakkan didalam batch bersama-sama korang semua. Yall the best.

------------------------ THE END -------------------------

Special Tribute to all the members of SRM, SsS, Ngeteh, GOP, GOD, GSG, anyone associated with SRMUPM and everyone who ever joined SRMUPM's programmes along the way. May Allah bless us all, Peace~


PS Pena: Aku gali balik note ni, member aku post kat fb time team SRMUPM selamat menjalankan amanat terakhir selaku AJKT SRMUPM. Di sini aku mengenali kalian, di sini aku belajar mengenai dunia luar yang penuh mencabar. Di sini sayang aku tumpah, di sini juga air mata aku meruntung. setiap korang amat berharga untuk aku.Sejujurnya, aku akui... aku sayang setiap antara korang! korang merupakan sebahagian daripada hidup aku, Korang bertanggungjawab mewarnakan hidup aku! Walaupun kita jarang berjumpa seperti dahulu, namun ini bukan penghalang untuk kita bersama. Selagi kita bernyawa, insyallh... kita akan tetap ketemu. Satu saja aku ingin berpesan "di sini kita bertemu, kerana srmupm kita bersama, kerana srmupm kita bergembira n berduka, walaupun jauh beribu batu pun kita mungkin terpisah lepas ni, ingat lah,,, setiap kenangan bersama korang semua, sentiasa di hati ku". -end-

Saturday, March 26

dream

You can kill the dreamer, but you can never destroy the dreams. A dream you dream alone is only a dream. A dream you dream together is reality. never give up.....

Friday, March 25

Surat untuk awak....

salam,,, 
awak.... terima kasih untuk mase itu,,,, walaupun sekejap, tapi bagi saye ia lama... mungkin saya tak seperti yang awak harapkan... awak mencari seseorang yang mampu memahami awak, kerja wak, dan keluarga awak... saya hanya hanya mempunyai satu hati untuk menyayangi awak serta 1 akal untuk memikirkan tentang awak.. saya tak tahu apa yang orang lain fikir,,, saya hanya tahu apa yang saya fikir. bagi saya selagi awak menerima saya seadanya saya, saya akan menerima awak seadanya awak,,,  selebihnya kita usahakan bersama,, namun sekiranya hati awak, mengatakan ia hanya satu persinggahan... saya terima,, saya gembira kerana awak bagi saya peluang untuk saya meny\ayangi awk. walaupun bukan untuk memiliki, tapi ia cukup bermakna. Kalau awak tanya saya, kenapa saya sayang kepada awak, saya tak ade jawapan untuk soalan awak tu. kerana ia datang dari naluri hati saya, Saya penah menipu, tapi rase sayang saya ada awak bukan tipu. Dan saya harap awak menerimanya dengan hati terbuka. Saya tak minta balasan awak, cuma saya nk awak happy je. Bila awak happy, hati saya tenang. Saye suka tengok orang happy, saya akan berusaha buat orang yang saya kenali gembira. Kerana kegembiraan mereka, merupakan hadiah yang paling manis buat saya. sama  .

Awak,,,, kiranya hadir saya menganggu awak, saya mintak maaf. Saya tak berniat nak menganggu hidup awak, tapi hati saya berat memikirkan pasal awak. Saya cuba membuang perasaan tu, namun tak boleh. Lagi awak melarikan diri, lagi saya mencari. Maafkan saya awak, kalau sikap saya ni menyebabkan awak tak selesa. Saya tak berniat pon macam tu, tapi naluri hati saya yang menyebabkan saya melakukannya. Namun kalau awak, rase saya menyusahkan hidup awak, Awak bagi tau saya k.. saya janji saya akan berusaha untuk tidak menyusahkan awak. Saya tak boleh janji yang saya akan melupakan awak, tapi saya hanya boleh janji saya tak akan ganggu awak. Awak, andai mase suatu hari nanti awak, jumpa orang lain. Awak jangan risaukan pasal saya k, tak pe saya reda. Sebab saya percaya, setiap wanita dijadikan dari tulang rusuk seorang lelaki. Mungkin saya dijadikan bukan  dari tulang rusuk awak. Namun saya bersyukur, Awak jumpa tulang rusuk awak yang sebenarnya. Tolong hargai die sebaik2nya k.. Jangan awak sesekali sesiakan die, Sebab die adalah sebahagian daripada diri awak. 

Andai sekiranya jodoh kita panjang, Saya nak awak tahu. Saya bersyukur sebab awak ditakdirkan untuk saya. Saya terima diri awak sebaik2nya, kerana saya percaya hadirnya diri awak untuk melengkapi dan memimpin saya. Saya bagi semua kepercayaan saya kat awak. saya harap awak akan buat yang sama. Saya tak mintak kekayaan awak, cuma saya minta awak menyayangi saya dan memahami serta sentiasa membimbing saya. 

Awak.
Itu je yang saya nk bagi tahu, saya tak pandai nk bercakap depan2 dengan awak. Sebab saya takut saya menangis. Saya hanya mampu tuliskan surat ini untuk awak. Dengan harapan awak membacanya, saya harap lepas awak baca awak tak membenci saya. 

Sekian.



Yang benar,
Putri

Thursday, March 24

hatiku di harajuku


Buku ini ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Kisah mengenai kehidupan seorang Yakuza yang pernah terlibat dengan pelbagai pertempuran antara beberapa kelompok geng Yakuza di Jepun. Ternyata Ryu-Watanabe merupakan seorang yang tabah sebelum diangkat menjadi seorang Yakuza yang benar-benar disegani oleh kawan mahupun lawan. Tetapi, itu kisah lama suatu waktu dahulu. Dia kembali sedar dan insaf akan kedudukan sebenar dirinya, perlahan-lahan mengatur langkah meninggalkan dunia Yakuza tanpa dapat dihidu oleh sesiapa termasuklah Noriko sendiri. Kehidupannya menjadi seperti biasa setelah pulang ke tempat asalnya. Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan sehinggalah ada suatu hal yang tidak terduga yang mengundangnya kembali ke bumi asing Edo. Bertemu kembali dengan Noriko mengembalikan kisah silamnya. Kejadian kehilangan Sabrina yang disebabkan oleh dirinya sendiri menyebabkan dia berasa serba salah, memaksa dia melarikan diri sekali lagi daripada Noriko. Pertemuan yang mengundang hiba di hati akhirnya bertukar menjadi satu dendam. Di sinilah bermula segalanya, kisah pembunuhan yang berpanjangan yang menggunakan pedang Yakuza sendiri. Siapakah Ryu-Watanabe sebenarnya? Benarkah dia pembunuh rakannya sendiri? Jangan biarkan anda berteka-teki sendiri sehinggalah buku ini berada di tangan anda!

Mungkin....

Mungkin
Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu
pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita
akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan
yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi
seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa
seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada
kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana
ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke
mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan
kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda
memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup
untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan
hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka
yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan
ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah
sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda
tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda
dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang
akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.







Wednesday, March 23

sabar itu sebahagian dari iman....

Sabar, satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya ‘memandu’ tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata kita.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus terjalan walaupun kadang-kadang hubungan persahatan kita diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya diuji ketika di alam rumah tangga.



Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan kerenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

” Maka bersabarlah engkau ( Muhammad) dengan kesabaran yang baik.” [ Al- Ma'aarij 70 : 5]

Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh;

” Asyik sabar je, penat dah sabar ni!”

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, samaada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menhilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Saya bagi satu contoh mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsa dari tindakan-tindakannya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya, dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia ‘meletup’ huru hara jadinya. Jadi disini perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita ini jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin, manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita, janganlah mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita Nasihat untuk diri saya sendiri, dan untuk kamu wahai sahabat.

Jadi, jangan merasa penat untuk bersabar.........

Tuesday, March 22






Which the best way killing our self????
can i try it???

liar!!!!!


Some stories don't have a clear beginning, middle and end. Life is about knowing, having to change, taking to change, taking the moment and making the best of it, without knowing what's going to happen next. There comes a time in life  when you have to let go of all the pointless drama and the people who create it and surround yourself with people who make laugh so hard that you forget the bad and focus solely on the good! After all, life is too short to be anything but happy. erm,,, I'm try to promise to myself, to be so strong that nothing can disturb my peace of mind. look at the sunny side of everything and make my optimism come true. Think only of the best, work only for the best and expect only the best. Forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future. give so much time to improvement of myself that i have no time to criticize others. Live in the faith that the whole world is on my side so long as i true to the best that is in me!                    shit 4 those who try to kill me!