Saturday, July 2

Aku kah yang xfaham?


Aku tak faham! Betul2 aku tak faham. Manusia ni pelik sangat, kejadian manusia sangat unik sampai mereka menjadi pelik. Aku dalam mood marah kot ni, but just untuk pemikiran. Susah ke kita nak menghormati seseorang dan berlaku jujur kepada mereka yang wujud di keliling kite? Kita mengharapkan manusia-manusia yang ade di keliling kita berlaku baik terhadap kita. But kenapa kite tak boleh berlaku seperti mereka? Adakah sikap kurang baik itu hobi kite? Why aku dalam mood ni? Simple.. ini semua kerana manusia y ade di keliling aku. 

Today, aku on YM.. lama xonline kan. Suddenly, ade satu makhluk allah ni ajak chat, ok.. aku on je. Sembang baik2,,, pandai bagi salam.. pastu tu start la kenal2.. boleh lak nk ajak keluar. Aku tak suke kuar dengan orang yang aku tak kenal, bagi aku, orang yang aku percaya adalah orang yang menberikan kepercayaan mereka pada aku. Ade segelintir manusia yang aku jumpa berperangai pelik, Sebab mereka menyembunyikan kepercayaan mereka dan melemparkan kepercayaan yang aku beri. Bagi aku itu pelik, sebab orang bagi kau kebaikan tapi kerana ego or hobi (mungkin) kau sanggup menolak pemberian itu. Walaupon xsemahal mana, jual pon tak laku tapi itu yang penting membezakan MANUSIA ngan ORANG. Back to cerita aku td, aku tolak baik2 pelawaan tu. Than manusia ni start ty aku soalan yang merepek.. guy love to think on it! Sorry bro wrong person! Walaupon aku open mind but, agak melampau kalau kau nk ajak aku bercerita mende2 macam ni. Aku terus off  line, that moment aku terfikir. 

Kenapa segelintir manusia suke bercerita bende2 xberfaedah ni? 

Apa tujuan kau mencari kawan?

 Bagaimana kau memulakan langkah untuk mendapatkan seorang kawan? 

Siapakah kawan? What is honest? Truest? 

 Hahaha banyak ak dengar orang bercerita tunjang kepada setiap perkenalan adalah kejujuran, saling hormat menghormati, kepercayaan, sharing.. than barulah love @ menyayangi come in. But, now... semua tu just ayat2 yang orang suke dengar or baca. But empty meaning! Adakah kau percaya, kerana seorang manusia kau boleh hilang kepercayaan kepada semua manusia? Dan bukan senang mencari satu kepercayaan terhadap seorang manusia tanpa menghadapi sebarang risiko? Pelakon yang paling baik, adalah manusia yang mampu tersenyum dan tertawa disaat hatinya menangis dan otaknya mampu mempamirkan cerita yang membuat manusia dikelilingnya lupa akan dirinya sendiri. 

Hebat2... manusia ciptaan tuhan yang agung, penuh dengan rahsia dan cerita yang berbeza. Pelakon yang agung di bumi, sayang sekiranya lakonannya hanya sekadar lakonan. Rekaan semata2, untuk hidup di bumi ini. Entah la, makin aku fikir.. makin makin aku tak faham. Sebab tu aku kate manusia ni pelik. Sentiasa mengejar kehidupan di masa hadapan, selepas mendapatkan masa yang silam. 

Demi mendapatkan masa hadapan, mereka sanggup melepaskan masa silam. Manusia2,,, mungkin aku pon sama seperti mereka mengejar masa hadapan untuk menyempurnakan hidup aku, namun aku tidak melepaskan masa silam. Masa silam adalah harta aku yang aku kutip tanpa bayaran n xde d jual d mana2... 

Aku tak nak jadi ORANG atau PELAKON atau ALIEN ke.. AKU NK JADI MANUSIA YANG ADE JIWE. 

Bukan MANUSIA YANG KOSONG, bepijak d bumi seolah2 mereka punya segala-galanya.
Tapi semua tu, tipu belaka, just satu lakonan, Nampak real tapi palsu. Time up, mungkin kau yang membaca tak faham apa yang aku maksudkan. 

Xpe, xyah susah2 nk fahamkan... aku hanya menulis bila aku terfikir ia menganggu otak aku. Tapi kalau kau faham ape yang aku maksudkan sebenarnya. Kau memang manusia yang hebat! Nak jadi hebat tak semestinya perlu BIJAK or KAYA. Kadang2 ia hanya perlu sedikit masa dan pemahaman sahaja.

“What u fears the most in life? Sometime, who are you to tell u hold the power, you are simply gorgeous, genius, talented and almost every single flattering adjectives u could find for us. For, the person u terrified of is we”

Pen off.

No comments:

Post a Comment