Thursday, June 23

Persoalan hati mereka

1.00 a.m, Friday, 24/06/2011- 


Apabila ada yang bertanya tentang cinta, rindu, sayang, keiklasan, kejujuran, dan yang seumpamanya... urm,, perlukah aku mengeluarkan fikiran baru untuk mengukir hakikat kisah manusia? Mereka di luar sana seringkali bercerita tentang kisah cinta mereka, ada manis.. ada juga yang pahit.. ada yang menyesali terjebak dalam cinta. Aku tetap di sini mendengar... dan mendengar.. saban hari orang bercerita tentang perasaan. Dan penaku tetap akan berlalu, mengukir kisah mereka.  Aku mungkin boleh menjadi pendengar yang baik, tapi bukan tukang nasihat y bagus. Aku berbicara bukan kerana perasaan, tetapi kerana pengalaman. Bukan sahaja pengalaman aku, malah pengalaman mereka yang bercerita. Ini hanya bingkisan halus aku titipkan di ruang teratak sebelum aku berangkat pergi ke sana. Insyaallah aku akan kembali nanti....


Khas buat mereka yang singgah: 


(Buah fikiran dari persoalan hati yang kita boleh fikirkan bersama)




Jangan bersedih sekiranya cinta ita tak kesampaian, mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut;




Ingatlah , apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita;





Buat seorang lelaki, janganlah hanya kau letakkan pandanganmu kepada kecantikan seorang wanita sahaja kerana boleh jadi ianya palsu. Buat seorang wanita janganlah kau  kejar kemewahan sahaja kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana sekuntum senyuman juga mampu mencerahkan hari yang suram. Carilah seorang insane yang membuatkan hati anda mampu tersenyum;




Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang;



Dan buat orang yang luka hatinya, mereka perlu didorong bukan didesak atau dipaksa. Maka nak jatuh cinta bukan senang, kadangkala sekali seumur hidup. Semakin banyak kita pelajari, semakin banyak kita tidak mengerti. Hakikatnya kita sering mahu sesuatu yang sempurna, namun kita jarang untuk berkorban. kadangkala perkara terbaik di dunia tidak boleh di lihat atau dipegang, namun begitu ia boleh dirasai dengan hati;




Akhir sekali, kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Salam....

“Kita sering mahukan hari yang cerah. Tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering menginginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan. Tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan. Kita sering menginginkan ketenangan. Hakikatnya diri penuh dengan dosa dan kejahatan. Tetapi manusia tidak dapat lari daripada kesilapan. Semua itu bukanlah suatu hukuman. Tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman”

 

Pen off.


Home?


Last night I wrote on Facebook that I was going to come home for a couple of day after back from sibu (listening Diddy - Dirty Money – Coming Home song) and it got me thinking.... What is home? Where is my home???….  

 


Home is a place you grow up wanting to leave, and grow old wanting. Home is not where you live, but where they understand you.

Home also is where you can say anything you like cause nobody listens to you anyway.
Home is where you learn laugh, to share, to live, to love, to forgive.
N there is no place like home.

“A ‘house’ is not a home”.

Pen off.

Wednesday, June 22

Cinta tidak mengenal usia

Mornig2...  hush2... 7.00 a.m kuala lumpur..... pagi2 bute lagi aku d kejutkan dengan persoalan " salah ke kalau kita bercinta dengan orang yang lebih tua dari kite?" urm,,, berat2.. pagi2 bangun je online dapat soalan cepu mas... kawannye pasal.. jawab2... Persoalan ni buat aku teringat cerita USIA kat TV2..2.. 




N bagi ak XSALAH...


N bagi ak XSALAH...

Cinta tu anugerah allah,

Why must be wrong when something was’t wrong. Manusia anggap ia salah sebab perbezaan umur? Ade yang mengistilahkan as tak sedar diri.. Lain la kalau mengatal xsedar diri and tak berkemampuan. Memang kalau aku pon, aku black list la awal2.. 

 Contoh paling terbaru, ABG SALLEH YAAKOB.. die kawin cukup satu kapal satu hal. But wife die y paling bongsu, mude daripada die.. baru menamatkan ijazah if i not mistake. But why die pilih Mr SY.. sedangkan masa die panjang lagi.. banyak lagi pilihan yang die boleh buat. Ini anugerah allah, kita xleh sangkal.
 
Perbezaan umur dalam perhubungan tidak banyak isu jika hasrat kedua-dua rakan ketika memasuki hubungan yang jujur.

 Aku ty kat sorang kawan maya ak, umur die dalam 50 lebih la,, die ni xLecturer ak suatu mase dulu b4 ak masok u.. die gelak bile ak tanya.. memang la pagi2 bute bukak bab macam ni.. mn orang tak gelak.. but he respon positively;

 "Dalam perbezaan umur sebenarnya dalam hubungan kadang-kadang boleh memberi kesan yang sangat positif kepada kedua-dua insan. Sering kali dapat dilihat bahawa yang muda akan mencetuskan ketenangan ke dalam kehidupan pasangan yang lebih tua. Pada masa yang sama, lebih tua memberikan kestabilan emosi kepada pasangan muda."

 Aku kuren faham ayat2nya.. biaselah ayat org berusia.. tapi ape yang aku faham, mereka saling melengkapi antara satu same lain. Suatu mase dahulu aku pernah tanya ustaz aku, Macam mana kita nak tahu orang yang ditentukan untuk kita? Sebab seriously aku mudah sayang orang tapi aku takut nak menyayangi mereka. Ustaz aku printkan aku satu short note;

Wahai puteriku sayang,
jangan risau akan jodohmu 
kerana putera yang bijaksanan itu
tidak akan terpaut pada bicara manja yang menggoda, 
pada pujuk rayu seorang puteri yang meruntuhkan imannya.
Sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita.
Aandai belum sampai jodohmu, 
anggaplah bahawa putera yang kau nantikan itu 
sedang membina sahsiah kepimpinannya 
bagi memimpin dirimu. 
Kerna pada puteri itu pasti ada kekurangannya 
dan putera yang benar-benar layak
pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu.. 
insyallah.

Aku terdiam, terkesima mungkin. Benar2 menjawab soalan aku. Serius kadang2 korang akan terfikir. those yang tak couple g la.. N those y dah couple pon seberapa yakin kau pada pasanganmu? Dalam post aku b4 ni.. teori cinta(daripada seorang sahabat) aku ade mgarut tulis pasal cinta.. just sedikit pendapat kosong.. Cinta itu kadang2pelik... bagi aku;

Cinta kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki kasih jika dasarnya rabbi itulah kasih sejati cinta itu pasti diuji kerna itu sudah tradisi janji

So buat kawanku sayang, Kalau kau terjebak dalam masalah cinta macam ni, kuatkan dirimu. Kau akan menerima macam2 tentangan, dugaan demi dugaan. Yang penting both of you kena same2 berusaha n percaya dengan apa yang korang buat. Insyaalah, kalau benar jodohmu, allah akan tunjukkan jalannya. Jangan putus2 berdoa dan percaya. No fening2 kepala k... Orait back to work now... N keep in mind;

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
  
 Pen off.

Secebis ketenangan yang hilang





Ketenangan… Calm… Peace.. Semua merujuk kepada keindahan hidup sebagai seorang manusia.. 


Ada yang berkata :  
“Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud”

Ada juga berkata:
“ hidup penuh pengorbanan, pengorbanan perlukan perjuangan, perjuangan perlukan ketabahan, ketabahan perlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan dan akhir sekali kejayaan pula menentukan kebahagian”. 

Bagi pena, kehidupan tidak lengkap tanpa derita, tetapi jangan difikirkan derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan. Ia benar, aku sendiri mengalaminya. 

Terkurung dalam kesedihan yang aku sendiri tak memahami. Lama kelamaan aku sedar, tiada pagi yang tidak di datangi malam yang suram. 

Hidup dalam kesedihan buat aku hilang senyuman dan membuat hati aku beku. Hati kering kerana aku sendiri lupa akan baja yang sepatutnya aku letakkan, aku hanya berharap pada hujan dan baja yang ditabur oleh orang yang ada disekelilingku. Tanpa aku sedar, baja yang telah ditabur kadang2 bukan baja yang aku perlukan. 

Aku salahkan kesunyian menjadikan hati manusia menjadi kering. Namun, aku sedari kesunyian dan kesendirian bukan satu dosa. Sebaliknya ia satu perluang untuk kita melihat kekurangan diri dan memperbaikinya. 

Kadang2 benar, bukan senang untuk mencari kebahagian dalam satu kehidupan. Kadang2 kita kena melalui kepahitan dalam mencari kemanisan sebuah kehidupan.  Kadang2 kita tak mampu menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Walaupun kita mampu merancang masa hadapan. Namun setiap masa yang hadir akan mengubah  segala yang kita rancang. Suka atau tidak ia tetap berlaku. 

Oleh itu setiap detik kita kena sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan yang tidak di duga. Walaupun ia menyakitkan namun ia perkara yang paling berharga.

Jadi manusia tak semestinya kena ikut jalan atau kata orang lain, yang penting adalah perasaan sendiri. Mungkin hari ini bernasib malang but jangan sesekali putus asa untuk hari esok! Kalau Bumi mampu tersenyum tatkala kita memusnahkan sebahagian dari kehidupannya, kenapa kita tak mampu tersenyum seperti Bumi? 

Bangun berjuang mencari kehidupan yang kita mahukan. Nak hari esok jadi menarik, Kita sendirilah kena berusaha untuk terus hidup dan menjadikan ia menarik. Kita bukan hidup untuk orang lain, segalanya untuk diri kita sendiri. 


Remember this word blogger :

”some stories donts have a clear begining, middle, and end. Life is about not knowing, having to chance, taking the moment and making the best of it without knowing what ’s going to happen next”.

Pen off...

Monday, June 20

A smile



When life gives you a hundred reason to cry, show life that you have a thousand reason to smile. Haven you ever think a picture can make you smile?? this night i realise that picture can make people smile too. There are, one moment that you feel so sad and nobody can cheers you up, but a picture can make you smile. Right now this picture make me smile and felt calm. When i look at it, it seem like 'the boy' was smiling at me and saying "Hey! don't be up sad girl, i will always here with you. Keep smiling" Urm....  If really a picture can talk, for sure everyone will run away la.... But somehow picture can talk. They talk with you mind and your heart.... Keep smiling blogger, may be there a picture that can make you smile too just like me.... ;)

Sunday, June 19

At Peace






Peace it does not mean to be in a place where there is no noise, trouble or hard work. It means to be in the midst of those things and still be calm in your heart. Peace is a daily, a weekly, a monthly process, gradually changing opinions, slowly eroding old barriers, quietly building new structure. And however undramatic the pursuit of peace, the pursuit must go on.To open your innate nature and to feel something from the bottom of your heart it is necessary to remain silent. And remember, lost yesterday, somewhere between sunrise and sunset, two golden hours, each set with sixty diamond minutes. No reward is offered, for they are gone forever.. Have u feel the peace???

Suruhlah Anakmu Sembahyang



Suruhlah Anak Anakmu Bersembahyang
Sedari Umurnya Tujuh Tahun
Bimbing Mereka Lakukan Kebaikan
Hidup Dan Mati Kerana Tuhan

Sembahyang Itu Tiang Agama
Ia Mesti Dilaksana
Kerana Ia Rukun Islam
Tidak Boleh Diabaikan

Fardhu Sembahyang Limalah Waktu
Tidak Boleh Ditunda
Siang Dan Malam Sudahlah Tentu
Di Mana Saja Kita Berada

Anak-Anak Itu Amanah Allah
Didik Mereka Dengan Kasih Sayang
Setiap Amanah Akan Ditanya
Bagaimanakah Kita Menguruskannya

Mereka Umpama Kain Putih
Jangan Tersalah Mewarnanya
Ingat Kembali Madah Terpilih
Lenturkan Buluh Dari Rebungnya

Awal Agama Mengenal Allah
Tuhan Yang Maha Pencipta
Dialah Tuhan Yang Wajib Disembah
Dialah Tuhan Tempat Meminta
Hayya bil jihad