Saturday, August 13

one Sweet day

 

Sorry, I never told you, all I wanted to say.
Now it's too late to hold you. '
Cause you've flown away, so far away.

Never, Had I imagined, yeah, living without your smile.
Feelin' and knowing you hear me.
It keeps me alive. Alive!

And I know you're shining down on me from Heaven,
Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

Picture a little scene from Heaven.

Darling, I never showed you.
Assumed you'd always be there.
I took your presence for granted.
But I always cared
And I miss the love we shared.

And I know you're shining down on me from Heaven.
Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

Picture a little scene from Heaven.

Although, the sun will never shine the same, I'll
always look to a brighter day.

Yeah, Lord, I know, when I lay me down to sleep,
You'll always listen, as I pray!

And I know you're shining down on me from Heaven,
Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

And I know you're shining down on me from Heaven,
Like so many friends we've lost along the way,
And I know eventually we'll be together.
One sweet day.

Sorry, I Never told you, all I wanted to say 



*************************
Sometime when i’m alone i cry
Cause i’m on my own
The tear i cry are bitter and warm
They flow with life but take no form
I cry because my heart is torn
I find it difficulty to carry on
If i had an ear to confiding
I would cry among my treasured friend
But who do you know that stop that long
To help another carry on
The world moves fast
And it would rather pass by
Then to stop and see what makes one cry
So painful and sad
And sometimes
I cry
And no one care about why
Cause they never ever know.

Thursday, August 11

Dari seorang sahabat


Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan rasa tertipu, dan salah seorang menampar pipi temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir: "HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU" Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencuba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu: "HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU". Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya : "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab: "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya diatas pasir, agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut, dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya diatas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin". Dalam hidup ini sering timbul beza pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu.Ia lebih baik daripada memendamnya di dalam hati. 

Just remember blogger!

"Sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya."

Mahalnya sebuah penghormatan




Seorang pemuda masuk ke dalam sebuah kedai makan, memesan makanan. Tidak beberapa lama kemudian, pesanannya datang. Saat pemuda itu hendak menikmati makanannya, datanglah seorang anak kecil laki laki menjajakan kuih padanya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Dengan ramah pemuda yang sedang makan itu menjawab "Tidak, saya sedang makan". Anak kecil tersebut tidak putus asa dengan cubaan pertama. Dia menunggu sampai pemuda itu selesai makan, lalu dia tawarkan lagi kuih dagangannya, "Bang, mahu beli kuih, bang ?" Pemuda tersebut menjawab, "Tidak dik, saya sudah kenyang." Lalu, pemuda itu membayar di kaunter dan beranjak pergi dari kedai makan tersebut. Si anak kecil penjaja kuih itu mengikuti. Sudah hampir seharian dia menjajakan kuih buatan ibunya. Dia tidak menyerah pada usahanya. Anak itu berfikir, "Cuba aku tawarkan kuih ini lagi pada pemuda itu. Siapa tahu kuih ini dijadikan ole ole buat orang di rumahnya." Apa yang dilakukan oleh anak kecil itu adalah usaha gigih membantu ibunya menyambung kehidupan yang serba sederhana ini. Saat pemuda itu keluar rumah makan, anak kecil penjaja kuih itu menawarkan kuih dagangannya untuk yang ketiga kali, "Bang mahu beli kuih saya ?". Kali ini pemuda itu merasa risih untuk menolak. Kemudian, dia mengeluarkan wang RM 10 dari dompetnya dan diberikan pada anak kecil itu sebagai sedekah. Katanya, Dik,ambil wang ini. Saya tidak beli kuih adik. Anggap saja ini sedekah dari saya buat adik." Anak kecil itu menerima wang pemberian pemuda lalu memberikannya kepada seorang pengemis yang sedang meminta minta. Betapa terkejutnya pemuda itu. "Bagaimana anak ini ? Diberi wang tak mahu malah diberikan pada orang lain ?". Katanya, "Kenapa kamu berikan wang itu pada pengemis ? Mengapa tidak kau ambil saja ?" Anak kecil penjaja kuih tersenyum lucu menjawab, "Saya sudah berjanji sama ibu di rumah untuk menjualkan kuih buatan ibu, bukan jadi pengemis. Dan saya akan bangga pulang ke rumah bertemu ibu kalau kuih buatan ibu terjual habis. Wang yang saya berikan kepada ibu hasil usaha kerja keras saya. Ibu saya tidak suka saya menjadi pengemis". Pemuda itu kagum dengan kata kata yang diucapkan anak kecil penjaja kuih yang masih sangat kecil buat ukuran seorang anak yang sudah punya etika kerja bahawa "kerja adalah sebuah kehormatan". Kehormatan anak kecil itu akan berkurang di hadapan ibunya,  bila dia tidak bekerja keras dan berhasil menjajakan kuih. Dan,adalah pantangan bagi sang ibu bila anaknya menjadi pengemis. Dia ingin setiap kali pulang ke rumah dia melihat ibunya tersenyum menyambut kepulangannya dan senyuman bonda yang tulus dia balas dengan kerja yang terbaik dan menghasilkan wang. Akhir cerita, pemuda tadi memborong semua kuih yang dijajakan anak kecil itu. Bukan kerana kasihan, bukan kerana lapar tapi kerana prinsip yang dimiliki anak kecil itu "kerja adalah sebuah kehormatan". Dia akan mendapatkan wang kalau dia sudah bekerja dengan baik. Semoga cerita di atas bisa menyedarkan kita tentang erti pentingnya kerja. Bukan sekadar untuk wang semata. Jangan sampai mata kita menjadi "hijau" kerana wang sehingga melupakan apa erti pentingnya kebanggaan kerjaya yang kita miliki. Sekecil apapun kerjaya itu, kalau kita kerjakan dengan sungguh-sungguh, pastilah akan bererti besar.

Wednesday, August 10

Erti hadir seorang wanita-


Salam,,, Just petikan dari beberapa blog...  ayat2 tentang perihal hati wanita. Tentang sikap wanita secara zahiriahnya sebaik2 kejadian... aki tak tahu sumber asal dari mana satu, sb semuanya sama.. namun ia sesuatu yang indah  untuk dikongsikan diding teratak....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

"Dunia ini satu perhiasan dan sebaik-baiknya hiasan adalah wanita yang solehah. Yang bakal menghiasi sebuah taman dan pelengkap sebuah jiwa"

astagfirullahalazim! jgn kau buka pintu amarahku!!

astagfirullahalazim... perihara amarahku... amin! sehening pagi ini amarahku terbuka... aki boleh menerima pendapat orang lain. xsalah sekiranya kita berkongsi, namun biarlah berpada2. Menghormati yang lain, sekali aki terpukul d pagi ini, rase mahu berlari sambil menjerit sekuat hati... astagfirullahalazim,,,, knp pintu amarahku di buka... sebaik2 manusia tiada yang sempurna. jangan kerana kesilapan kita yang lalu kita menghukum manusia yang lain... mengikut pahaman kita... aki bukan pandai sangat bicara bab agama or hukum hakam ni, namun kita patut mengetahuinya. kerana kita mampu berfikir... astagfirullahalazim.... serius,,, aki xjarang rase macam ni... dari duduk.. terus baring.... rase seolah2 dah berlari berkilo2 meter jauhnya...! aki betul2 xleh terima orang pangkah aki macam tu, kalau aki silap pun jangan jadikan aki mangsa keadaan. walau niat d hati sekadar berkongsi. apa y aki rase, seolah2 insan ini melepaskan segelumat rasa y terbuku di dada, bertubi2,,, walaupun katanya ada betulnya, tapi cara nya aki xsetuju. sangat2 xsetuju. langsung xnak mengalah... bersembang macam masuk pertandingan debat.,, dari aki bersangka baik, menjadi sebaliknya. macam nk ajak aki bergaduh pulak, masing2 dengan pendpat masing2... aki bukan mintak dia terima bulat2 pendapat aki, cukup sekadar menghormati. manusia xlari dari buat silap awk... mencari kesempurnaan itu yang diidamkan oleh setiap insan yang bernyawa di dunia ni. dan bukan semua yang tercipta sesenangnya mampu memiliki tanpa di duga oleh allah wak.. kesilapan sendiri bukan satu dugaan,,, ye kesilapan tetap adalah satu kesilapan.. namun kita yang membuat kesilapan dari satu keputusan... membuat keputusan itulah satu dugaan.. bukanya kesilapan itu sebagai dugaan.. bagaimana kita menangani dugaan itulah dugaan... mampukah kita menghadapinya.. itu adalah satu dugaan. Manusia mana yang sentiasa berada di landasan yang lurus? landasan mana yang sentiasa akan rata? semua itu adalah dugaan,,, bukan kita pohon kehidupan kita di duga. xde sape mahu hidup nya diduga, namun itu takdir. takdir dan dugaan bukan yang sama, berbeza! namun ia milik YANG ESA.. huhuhuhh aki betul2,,, cold down now... serius tau! panas satu badan td, bukan aki marah insan tu sebab pendapat dia.. tapi cara dia yang aki xboleh tahan. kita sesama manusia saling ingat mengingatkan, namun sedar juga kita yang kita ingatkan itu seorang insan. yang ada perasaan dan pemikiran nya tersendiri. seburuk2 mana kita, sejahat mana kita di mata manusia, tapi di sisi allah kita tak tahu di mana tahap kita. sama2 la kita saling beringat dan menginsafi diri sendiri. tiada kesilapan yang tak mampu di baiki selagi kita mampu memilih untuk memperbaikinya. maaflah kalau ada yang membaca xsetuju ngan pendapat aki, but aki juga punya hak untuk berkata, kerana aki juga manusia ciptaanNYA dan mampu berfikir dan melihat. wasalam......