Sunday, March 17

Rindu Padamu





Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

********** Indahnya perasaan sayang yang dicambahkan di dalam hati setiap manusia, semua manusia berhak memiliki keindahan rasa itu. Bermaknanya percambahan kasih yang berputik di tanah hati dan mekar di taman itu dengan di pagar oleh iman. Murninya peribadi yang mencari dan menerima anugerah yang tak tergambar serinya. 

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

************************* Dalam diam aku berdoa untukmu wahai adam, walaupun aku tidak pasti di mana kau berada, siapa namamu, dari mana asal usul mu, namun aku akan berdoa kau tergolong dalam insan dalam jagaanNya, dan andai kata kau masih tercari-cari pegangan hidupmu, aku doakan kau dibimbing olehNya... andai mampu kau ketahuan aku setia menunggu kau menjemputku dengan ijab dan kabul.. 

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

********** Hadirnya perasaan sayang dan kasih adalah anugerah, kenapa perlu di salahkan hati kerana menyayangi? kenapa perlu di marahi hati kerana tersandar pada perasan yang menusuk membuas mengasak perasaan yang hangat pada diri kau insan... kerana kau seorang manusia, di beri dugaan untuk memilih siapakah penghuni di dalam sangkar hatimu, jangan pernah menyesal menyayangi insan lain walaupun hanya sekelip mata, kerana itu adalah anugerah. Ringankan bibirmu yang berat mengucapkan kalimah syukur dengan pemberian dan dugaan itu. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kau kerjakan untuk kau benihkan dan untuk kau jaga. Jangan terlepas pandang akan pemberiannya, walaupun sebesar2 zarah,, ucapkan syukur wahai sahabat, insyallah Dia mendengar ucapanmu itu... 






-Aku kirimkan doaku di hadapan rumah Allah agar kau terbuka hati menerima ajaran Allah, moga kau menjadi imamku dan bakal anak2ku... amin-

Friday, March 15

Doa Buat Kau Pejuang


Salam
Lama aki xbercerita di rumah usang ini
Bukan kerana hati atau otak dah kering
Tetapi pelbagai cerita yang datang
Sampai xsempat kita bukukan dalam kalam rumah ini

Hari ini, aki terbaca secara xsengaja
Pemintaan seorang anggota pejuang tanah air di laman fb awam
Terdetik hati ini berkata
" Lindungi dia dan sahabat2 nya yang berjuang demi negara ini allah..."
Jauh hati terdetik, andai aku di beri peluang mendekati insan ini
Amat bersyukur nya aku...
Hidup di perbatasan...
Namun mungkin hanya sekadar gerak hati sahaja...
Namun aki berdoa buat dia dan mereka di sana...
Walaupun mereka dan dia xmendengar doaku ini
Aku yakin ALLAH Maha Mendengar bisikan hati ini
Tiada apa bekalan 
Mahupun bantuan yang aku mampu berikan pada mereka
Aku bukan pejuang papan kunci
Laju menerjah maklumat utama
Mahupun berdiri di atas jari2 berperang dengan kata
Aku hanya seorang pelajar yang masih belum siap masternya
Berhajat mahu tamat pengajian dan bekerja serta berumahtangga
Dan apa yang aku mampu lakukan mengucapkan butiran ayat berbentuk doa buat mereka 
Agar sentiasa dalam keadaan yang tenang dan selamat mengerjakan tanggungjawab
Dan buat sang pewira, walaupun akudan kau bukan siapa-siapa
Tiada titik pertemuan mahupun perantaraan kata2...
Namun hati aku terdetik, andai kau masih belum menyunting mana2 hati
Luhur hati memanjatkan doa moga ada titik yang mungkin menjati titian garis panjang antara kita...
Doaku dan redhaku sentiasa bersama kau dan mereka... insyallah...
Amin.

Tuesday, December 11

I will forget you

I will forget you. Starting today,
I don’t know you. I have never seen you.
We never even walked pass eachother.
I’m okay. I forgot everything. I’m happy with my busy life.
I’ve met a great person too.
Love is always like this. It fades away after some time.
Can’t even remember it, Oh.
When love goes away, another love comes again. It definitely will.
Even if it hurts now, it will hear a little later.
It will forget. I will too.
It’s not difficult. I will forget everything after today.
I’m just getting used to my changed life. Oh~ No.
Love is always like this. It fades away after some time.
Can’t even remember it. Yes~
When love goes away, another love comes again. It definitely will.
Even if it hurts now, it will hear a little later.
It will forget. I will too.
I will erase everything.
I definitely will.
When love goes away, another love comes again. It definitely will.
Even if tears fall now, I will smile a little later.
I will (now) forget you (now). Just like a wound heals…
I will. I will. I will forget you.


Friday, November 30

kisah aki 1

30-november-2012/malaysia/lab ekologi hutan/10:45 a.m

 Salam hadiran sekalian... jumaat telah mari... hehehehehe... mean esok sabtu... semua mesti punyalah menanti kedatangan mr sabtu ni... aki pon antara manusia yang tercampak jua kelembah ke hapian hari ini... chewah... mentang2 aku baru dapat gaji... sedih sungguh asalnye.. org awal2 bulan g dapat gaji kat sini.. aki nk katam dah bulan ni baru masyuk.. xpe la rezeki kan.. aki xde cerita menarik nk konsi..
 *******************************************************************************************************
Die dah tunang

member aki mai bilik last week, die baru je tunang lepas raye aji lepas.. baru2 ni die mai tempat aki.. transit sat b4 g ke tempat kursus dia... wah2 dulu tangan kosong.. lani ada cincin mas dah.. heheh...

kawan "nanti aku kawen ko wajib datang macam mane pon"
aki " bulan 4 kan... insyallah kenderaan berinjin ak ada dah time tu.. sampai nya.. hehehe"
kawan "walaupon aku rapat ngan org lain, tp ak xsabar nk tgk sape bakal suami ang tau"
aki "............. pulak, awat? jgn risau dah.. ak mesti ajak nye nanti.. kawe cr y berjenis nanti nok.. hehehhe"
kawan "yelah... ak tertanya2 sape yang dapat tambat hati ang.... sebut nama ang benda y masok dalam pala aku, ang sangat matang. mesti sape ada dengan ang rasa selamat"
aki "yedah... hampa semua selalu kata matang2... apa tah matang... mesti ak jaga orang y aku kenal ma.. kita mampu kan.. heeheh"
******************************************************************************************************

MATANG

minggu ni banyak jugak benda y memeningkan kepala aki, balik umah dok tanya bab keje ngan berumahtangga, kat kampus dok tanya projek sana sini, paper bile nk setel... marking xam paper la... program sana sinun.. ada suatu masa aki dok berdiscuss dengan geng la... 

aki "lectr kite umor dah lepas pangkat atok dah... tp anak kecik2 kan..."
geng "dah sibuk stdy, kawen lambat.. ang ingat bikin anak kejap je ka.."
 aki " hush............. tet......... yedah.... ak dok pikir gak ni.. lani umok dah berape.. hbs ngaji dah berape.. sat g ak sambung wat phd.. abis dah berape umok.. nk keje g.. dah la mama dok soh cr sorang dah.. udah... bertambah check list ak nye masalah..."
geng " tulah.... org abis stdy sibuk nk keje ngan kawen.. kita sibuk nk ngaji lg... keje pon kejap ade kejap mcm xde... acam ne tu...."
aki " erm,,, tulah... makin mengaji.. makin kuat gak ak ni pelupe... hish.. bukan senang nk cari sorang laki... dapat lak kita ni bukan jenis model kan... hahahhaha"
geng "tu lah... seruan xsampai g, bukan boleh wat main2 mende ni.."
aki " aku la ni senang je... benda ni akan jadi masalah nanti... nanti bile dah jadi masalah baru aku mau pikir.. ni bersusun masalah ak nk kena hadap dulu... pilih dulu mn y perlu dahulukan... tang tu... ak xmo mikir sangat.. org nk kate ape katalah... ak nk bine umah guna bahan mahal.. walaupon benda mahal ni belum terjamin 100% selamat nk duduk.. tp setidak2nya ia berkualiti.. dr benda y konform resiko tinggi kan"
geng "wah! tu die org undang2 dah mula berkata2... ayat la ni mendalam je..."
aki " mesti la beb... apa guna belajar tinggi2 xguna dalam hidup.... hahahha"

*******************************************************************************************************

"Xpe, saya ada" 

hari isnin... selalu di kaitkan dengan "monday blues" pasai ini hari semua org fell romantik ka? ini hari semua lembab bahasa kasarnyelah.... slow je, ape2 nk buat.... hadoi.... aki kalau isnin ni, hari yang aki rase romantik.. pasai pa... pasai ari ni rase diri sungguh berharga,, hahhah xde lah.. isnin lepas.... pagi sangat xde lah... Ring2....   

aki "sape pulak berbunyi pagi2 ni"
"ABAH" *** ni bukan abah aki y ori tau... it refer to bos la...
" halo salammualaikom,,,, ye doc"
abah "yat... yat kat mana?"
aki " ada dlm lab, knp doc...."
abah " erm,,,,, busy ke?"
aki "xbusy knp? doc kat bilik ke? jap sy dtg"
click............... aki mara mengadap la... lain macam je suare tu... apadah balak pg2 ni... aki selalu la jd spare part, sape lah kite bukan siapa2.. hahaha.... nok2.... 
aki "salam, erm doc knp?"
abah "yat dah g lab bwh?"
aki "xg lak ari ni knp?"
abah "ade keje nk kn buat ni... tp org tu ilang pulak.. adoi masalah la sy ni..."
aki " xpe2... keje ape? biar sy buat. xyah pening k.. SAYA KAN ADA..."

3 hari berturut2 duduk dlm bilik bos, bilik dah macam kapal karam, erm,,,, tulah sy... bile nk guna pandai cari... dah ada y lain campak2 je... paling tidak jeling je.. xpelah.... ada saudari berkata.. "ko boleh tahan kan keadaan macam ni" sayang punya pasal ma... bukan cinta a... sayang... janji aku habis ngaji... tp korang elak buat macam tu tau, bayangkan diri kite kn buat mcm tu.. xke sedih? 
*********************************************************************************************************

aki skip dulu cerita minggu ni... nanti aki sambung kalau ingat... nk cakap lg... tp lupe... ngantuk la pulak.. nanti sambung k.
    

Wednesday, November 7

Kerna sayang

7/11/2012-rabu-lab ekologi-selangor-malaysia (3:50 p.m)

salam blogger, lg 1 jam 10 minit nak pukul 5 petang, so kejap lagi orang opis akan balik keje. aki keje tapi kn balik pukul 8 malam, sebab aki seorang pelajar. dah lama aki xmenulis dairi terasa nak menulis dairi la pulak tapi dairi elektronik haahhaha buat report apa yang terjadi dalam sehari welll dunia aki off pada pukul 9 malam on light balik pukul 5.30 pagi macam tu lah kehidupan aki cerita ari ni aki terlupa buat satu task yang apak aki bagi adoi dah la die bad mood ari ni kena marah tapi marah kan tanda sayang oke fine marah kejap je pastu oke balik aki mintak izin keluar bilik tp kn stop " saya nak pastikan semua buat PHD tau, kalau tak saya xbagi graduate" opppppp...... niat hati memang la tapi erm macam mana pulak orang2 kat umah tu tu macam bg hint soh terus je xyah stop2 alamat lambat la aki kawin ni anak dara tua orang nak ke? mama kata anak dara tua orang tua suke, lau tua sihat ada ilmu ada kerjaya oke lah tp xnak la ambik hak orang mintak2 jauh la (ish2 macam mintak kawen ngan org tua pulak) erm,,,,,,,,,,, ari ni mata hari ada tapi awan tetap mendung macam jiwe die.

aki dah kata dulu, aki benci bila orang kata kesian kat aki. tapi aki kadang2 kata kesian kat orang lain, ini sebaris ayat yang aki nak sembang, "kerna sayang". apa yang korang akan tafsirkan pada sayang? ada ke orang buat kajian pasal sayang? apa yang menjadi pengukur sayang? ada unit ke? aki keluar conceptual pasal alat pengukur sayang... (mentang2 wat research) oke, back to point... macam y aki pernah kata, orang couple ukur sayang dengan perkahwinan, orang dah kawen ukur sayang dengan anak (bukan tahap pembikinan anak oke!) dan ini yang mempamerkan diri kita pada masyarakat. sayang tak perlu bersyarat, tak perlu berbayar, xperlu minta keizinan... it free for everyone.. tp ramai yang xreti nak jagakan... ayat kasar selalu dengar pasal free ni... "barang free ma,, pakai buang je..." 

adakah sayang pon barang pakai buang ke? erm,,,,," suke la orang tu... sayang2 la kat die,,, tup tersayang orang lain.... ah biarlah yang lama... ala dia sayang aku... xde hal la... "

oke.... kalau betul la orang tu sayang kita, kita boleh buat suke2 hati kite je ke? ini bukan hanya pada konsep orang bercinta je k! ni aki bercerita secara global. walaupon kita tahu yang dia kisah pasal kita, sayang kita. but ini bukan tiket untuk kita sia2kan dia, macam perempuan la,,, baju baru selalu pakai, baju lama simpan,,, silap ari bulan jadi kain buruk... " tu nasib aku xbuang terus"  tu kire nak tunjjuk yang caring jugak la ni... kirenye masih ada lah istilah menhargai? hai.,,,, macam diri aki pulak... hahah

but life come in package but boleh ubah suai ma.... tp memang xdinafikan nak dapatkan yang baru yang lama simpan dulu.... sedihkan.... but "kerna sayang" semua tu sanggup... apa kaitan dengan aki hari ni?

berbalik pada kesian tadi, kadang2 kita tengok orang tu kaya, banyak duit... keta besar,,, gaji besar.. baik.... kehidupan die mesti best kan.... tak2... tu seribu kesilapan yang dilakukan kalau anda berfikiran tulus macam tu.... itu cerita aki hari ini... ada kerjaya... keta besar... gaji besar... cukup sifat.. baik... bijak... tp rugi pada satu2 nikmat... kadang2 hidup berserdahana amat bermakna dari membina kehidupan yang kita kurang satu perkara penting... bak kata bijak pandai dalam kelas aki.. "basic value" kasih sayang......

sayang ni salah satu akar yang menjadi punca untuk sebuah pokok hidup dan berdiri teguh di muka bumi... namun sejauh mana anda tahu menyangi dan menghargai istilah tersebut? kadang2 orang yang tampak baik... penyayang namun ini bukan mengambarkan kehidupan seseorang individu. sebab itu aki berkata " apa yang menjadi pengukur pada sayang? erm..... masih lagi tertanya... namun biarkan ia menjadi tanda tanya..

yosh! aki nak sambung writting... banyak keje nk buat.. tu lah rutin aki hari2.. masok lab.. duduk mengadap asus.. pastu menaip.. kan mara mengadap... menaip balik.. malm balik mkn siap2 apa y patut tdo... nanti2 aki nak bercerita pasal "perception"... nantilah... dalam dairi hari mendatang.


Tuesday, November 6

marah tanda sayang... caring tanda manja...

5/11/2012-selasa-6:25p.m-lab ekologi-malaysia

salam blogger.... long time... hilang kan diri lagi... huhuhu... busy2... sibuk xsudah2 nak menyiapkan kerja2 mendapatkan segulung ijazah lagi tahun depan... erm,,, lalu aku terlupa akan teratak usang..kadang2 teringat mula2 terdetik nak berblog2 ni... saat rase suke sangat nak meluahkan rase berbuku d hati... hehhe

cerita aku hari ini,,,,

seawal pagi kena bangun kerna tak siap slide prezentation, kebelakangan ni aki rase aki over tdo... well.. jadikan habit lak.. 7.24 a.m punch, siapkan report... 8.45 a.m class... present dengan megahnye... walaupon tah ape tah aki prezent.. kelas 2 org je muridnye... kol 10.00 a.m sambung kelas lain pulak... ari ni deal with spss pulak... hahah... spss ni seronok tau.. tp pagi2 ni y buat xseronok dok beramok dengan minah iran ni... ish2... ni malaysia ma.... ada adat ada adab... mari sini ikot caro sini boh... sikit g... aki jadi gangster... heheheh

"marah tanda sayang" ada geng kate kat fb... ang ni, bukan "cemburu tanda sayang ka?" hahhah.... aki pon pelik jugak... "saya bukan marah.. nasihat. saya marah sebab sy sayang kamu semua".... oke... kene marah sebab sayang.... ni "apak" aki punya dailog... marah tanda sayang...

"caring tanda manja" tiap2 ari kn mara mengadap..... wajib ka? bunyi macam tidak,,, tp wajib la jugak.. manjenye..... nk kena ada depan mata.... "saya nak kamu semua ada kat dalam bilik ni.. senang saya tengok progress keje sampai mana..." caring la tu..... oke,,,, caring tanda manja....

kadang2 aki tergelak sorang bila memikirkan sikap manusia ni... mentang2 sem ni belajar psychology... gile class tu... xleh buat bidang phd... boleh jadi gile... mujur aki kn bljr 6 bulan je... lau tidak... ish2... jumpa kat tambung la kite..

back to sikap manusia, ada yang kata "saya sayang" tapi sejauh mana di ukur perkataan sayang tu? pada pasangan couple,,, jinjing pelamin adalah alat pengukur kasih sayang mereka,,, bg yang dah kawin? anak2 menjadi alat pengukurnya... bukan kerana keberjayaan memproses seorang anak... tapi macam mana membentuk seorang jasad menjadi seorang manusia...


beberape jam y sudah, seorang teman post d fbnya tentang cerita tentang kami.. cerita dulu kata sebuah camp yang membentuk sebuah keluarga yang besar kini... percayakah kalian satu pertemuan banyak titik boleh membentuk satu garisan yang panjang? yup.... itu yang aki simpulkan pada cerita mereka dan aki itu... kalau pincang salah satu titik.. xakan menjadi jua garisan itu.... erm... bakal genap 13/nov/2012 dua tahun kami semua berkenalan dan membentuk garisan panjang yang entah berape kilo jele panjangnye.... kerana titik2 ini juga kami mampu menarik titik2 yang dahulunya hanya 1 titik menjadi sebahagian titik2 yang panjang..

aki pernah memegang satu jawatan d sebuah kawasan, dan atara tugas aki memerhati dan berkata, aki memerhati.... kelibat2 mereka sama seperti aki dahulu kala... tp tatkala aki bertanya kemana hala tuju kalian? masing2 samar,,,,, aplikasi y sama seperti aki cuma kentalnya tidak kukuh... ia hanya kenyal bukan kental... terbit d hati ingin membentuk... menjadi seperti warisan yang kami bentuk.... seperti aki dan orang2 lama ini... kami asalnya hanya sebuah titik2... yang akhirnya menjadi garisan... kami lebarkan langkah kami mengunakan titik2 baru yang kami jumpa d bibir jalan.... kami siapkan sebuah lakaran daripada garisan yang kami bentuk... kini lakaran itu sedia untuk di warnakan... dan warna yang harmoni.,, satu kenangan yang cukup indah untuk di buat mimpi ketika di malam hari....


yosh.... kembali menulis... planning... membina masa depan pulak... unik sungguh aturan tuhan... setiap yang diaturnya sangat sempurna... di saat leka, di tariknya kita... aki pernah berkata2 pada mereka si budak2 dan mak budak.... "manusia ni kadang2 macam layang2... kalau tidak dilepaskan xakan terbang lah layang2 tu... kalau terlalu lepas mungkin putus talinya nanti... bila dah nampak jauh bayang2 tu.. tarik lah talinnya semula..." itulah lumrah kehidupan manusia kawan2.... aturan dan ukiran dari pencipta yang esa dari satu benih membentuk menjadi insan bernyawa di muka bumi....

sekian sejarah hari ini.





Friday, September 21

shu2.... aku mahu tido....

21/9/12- ktdi-serdang-malaysia-9:16p.m

salam..................... senyi sepi... lama dah aki xke udara bernafas di alam maya.. betul juga kata seorang sahabat, ada ketika kita sibuk dengan kehidupan kita lupa apa yang pernah kita usahaka. aki seakan2 sibuk sejak kebelakangan ni dengan kerja yang sementara... walaupun sementara namun ia adalah satu tanggungjawab. aki pernah berkata2 dahulu... kenapa aki buat blog, sebab aki nk bercerita... nak meluahkan apa y aki rase dan fikir.. kadang2 ada saat yang kita sedar... kita xpunya sape2 untuk berbicara... ada masa kita xmahukan option.. sebaliknya kita mahukan keputusan... kadang2 aki suka kesendirian.. aki bebas berfikir.. xperlu nk memikirkan sape2... walaupon ape yang berlaku hanya aki yang tahu... aki kadang2 hilang kepercayaan istilah perkongsian...

mungkin kerana aki berjumpa orang yang salah, kata2 mereka... orang yang mampu menjadi tempat kita bersandar, kadang2 rapuh jua isi dalamnya.. aki tersenyum sendiri... menulis blog di hadapan cermin tingkap hitam... terpantul wajah sendiri di hadapan sebuah laptop.. tersenyum sendiri... "aku rase aku cukup kuat untuk melangkah, yang getir ak dah lalui.. tapi kegetiran tu xhenti2 melawat aku... semampu mana aku mampu menjadi kuat?" aki tersenyum sendiri.. persoalan mereka.. "ei bila ko nak abis belajar ni? xnak kawen ke?" soalan y aki tak tahu jawab, aki mencari orang benar2 mahu menjaga dan membimbing aki... tapi masih samar.. tak ketahuan arahnya... petunjuk pon aki xnampak... give up... boleh la jugak.. bila sibuk xmemikirlah ke situ..

family... ramai berkata family first.. betul... masalah family jugak akan menjadi keutamaan... masalah family aki rumit... ingatkan masa kecik2 dulu... huru hara nya hidup... tekad nak belajar betul.. dgn harapan akan dapat pergi jauh.. dapat bina yang lebih bermakna... yup... kini dalam genggaman... tapi... muncul cebisan cerita lama.. cerita orang zaman lalu.. yang menyempitkan jalan orang zaman sekarang... bukan mudah menjadi ketua... tapi lebih susah kalau xmempunyai ketua..

sana sini orang berkata... harta xbawak ke kubur.. habis tu apa yang d perebutkan? sanggup hilang saudara kerana harta? cerita dendam orang lama... apa kaitan dengan aki? kerana apa yang aki miliki? dasar manusia yang sentiasa dahaga dengan nikmat dunia... hilang pertimbangan.. yang dahulu sabar.. di tiup2 syaitan sampai hilang pertimbangan.. mangsa? kami orang zaman sekarangg.... mung korang xpaham ape yang aki kata... xpe.. aki xminta untuk di fahami.. aki hanya mahu berkata2... aki rase sangat lost... xtahu sape mahu berbicara.. sape yang mampu meredakan fikiran aki.. mama? aki xmahu mama beban... lama dah die berbeban...

xde yang faham... adakah aki xyakin yang mereka mampu faham? aki hilang keyakinan pada mereka.. mungkin pada anda jua... bukan dosa anda atau mereka.. mungkin kerana die buat aki susut nilai kepercayaan. sungguh aki katakan aki letih, letih mencari jalan keluar dari satu lorong gelap ke satu lorong gelap... sayup2 seakan2 ada cahaya... namun hanya satu lorong yang aki jumpa.. bukan dataran hijau yang mampu aki berlabuh..

kata mereka,,, "pulang padanya.. pemilik jiwe2... kerana DIA lebih memahamimu..." aki diam.... ambilah jiwe aku... aku benar2... termanggu... hilang dalam keramaian. bisu dalam kebisingan manusia,. hilang pandangan ketika mata terbuka... adakah ubat yang selalu ak pilih, sentiasa jadi jalan penyelesai? tido... dengan harapan esok akan lupa apa erti semalam.

bukan senang nak menjadi matahari dalam kehidupan manusia.. kadang2 kita mampu menjadi bulan menerangi ketika di waktu malam... namun bulan kadang2 sering sendiri tengelam dalam pekat malam.. sendiri tanpa bintang2 di sisi,... itulah aku... berusaha menjadi bulan... namun tengelam timbul dalam pekat malam...

ini cerita diri aku... aku letih... selayaknya sape harus aku sandarkan erti kepercayaan? si apa yang mampu menjadi bulan yang setia menanti bintang di malam hari? maaf sekiranya anda kebosanan.. aki cuma bercerita... cerita masalah yang samar akan titik penutupnya..

-aku-hanya-mahu-menjadi-bulan-di-malam-hari-