Sunday, January 5

Tentang Dia Part 1

-Ia hanya monolog dalaman separa sedar dalam meniti susur2 jam dindingku-
.....................................................................................................


 Tersenyum sendiri menghempas kepala ke bantal tidur merenung bilah-bilah kipas yang berputar. Jauh diluar tingkap, hujan turun membasahi lantai bumi dan riuk pikuk kedengaran mereka sibuk menelaah kalam masing-masing. Musim final exam, aku? musim berpening dengan pelbagai masalah. Aku bangun merenung haiwan yang terkurung di dalam sangkar di tepi asus ku.. Dia menguap, masuk ke dalam rumah kuningnya. Barangkali dia sudah mau tidur. Aku? merenung meja, jadual untuk minggu ini sudah siap. Nafas berat aku lelahkan, moga ada penyelesaian segera bagi masalah aku ini. Aku merenung dan membaca, kendur otot-otot muka ku, tiba-tiba di bahagian kiri dadaku seakan2 pedih. Kenapa? Hurm... salahkah aku? atau aku hanya berangan2? mungkin. Aku membuka kotak yang aku simpan dalam kotak hijau di bawah meja. Dalam kotak usang itu aku buka kembali, dan aku buka buku merah jambu itu. Aku singkap. 2004, tiada tarikh namun ada sekeping gambar. Lalu aku berbaring dan membaca.... 

.......................................................................................


 Hari raya merupakan hari yang paling meriah dalam hari2 yang ada dalam sejarah hidup Nurin.  Tapi 2004 terasa suramnya walaupun semua keluarga balik ke rumah. Seri rumah kelihatan hampar kerna tiada telatah arwah datuk aku, arwah meninggal setahun lepas sebelum Nurin sempat mengambil peperiksaan pmr. Seluruh keluarga berkumpul, almaklumlah kampung kan. Line telifon canggih2 ni payah nak dapat. Telifon atie sendiri jenis "baling anjing" bak kate orang mase tu. Ia bermaksud nokia jenis 3310, tu paling baik kalau dapat pakai celcom. line full lah jugak kadang2, Sepupu2 Nurin duduk di bandar tak seperti Nurin. Adik-adik Nurin sendiri duduk di bandar, Nurin saja duduk di kampung sejak lahir. 

"Rin, ade fon nokia lebih tak? Ke boleh pinjam ke fon ko sementara waktu. Member aku nk sms payah lah, Line tak de maxis ni" Mai mengomel sambil lagak mencari line telifon ketika kami sibuk menyapu sampah di bawah rumah.

"Ade satu lagi, fon mak long. Tapi dia xguna sangat. Nanti aku ambilkan. Tapi jangan bawak balik pulak, kan mengamuk orang tua tu kat aku". 

"Ah kau ni, xde keje aku nk bawak balik lah telifon tu, fon aku lagi up kot.. hahaha". Nurin mengeleng kepala saja, almaklumlah mak ngah dan pak ngah orang y agak berada dalam keluarga kami. Tak hairanlah anak-anak dia pakai barangan teknologi seawal usia lagi. Aku? dapat telifon pon sebab, pmr. 

Keesokan, aku keluar ke pekan mengikut sedaraku memberi barang, ada pulak yang tak cukup. Hish, makcik2 aku ni, nak kenduri kawen ke ape. 

"Eh rin, nak g mana?" Mai yang baru lepas mandi berlari2 mengejar aku yang dah nak keluar pagar rumah."Nak g pekan ngan Abi, nak beli barang sikit." Aku dan Abi ni dah kawan sejak kecil lagi, Abi di tinggalkan dekat opah dan atuk dia kerna ibunya bekerja di bandar manakala ayahnya telah berkahwin lain dan ceraikan ibunya. "Kau nak ikot ke Mai? nak ikot jom tp kalau kau nak merayap xyah ikot. Kan sekeje aku nak mencari kau di pekan tu". Abi dulunya seorang pemalu dan penakut, selalu kena buli zaman kanak-kanak oleh samseng kampung. Aku? Agak kasar dan selalu jadi heroin selamatkan dia. Sekarang dia jadi hero kalau ade org buli aku kat sekolah. Sekolah Abi dan Aku sebelah menyebelah sahaja, Aku sekolah perempuan, dia sekolah campur. 

"Ala korang ni pon, aku nk ikot sb nk g cc jap je. Ni kawan-kawan aku ramai suruh bukak Friendster. Kejap je, Korang g lag beli barang, nak balik sms aku. Ala pekan tu bukan besar macm KL lah... Aku tak lari jauh pon".

"Hurm, cakap je kan ilang tah kemana. Orang sibuk nak buat lemang ni". Abi mula mengomel. Aku tersengeh saja. Sampai di pekan aku dan Abi ke pasar mencari barangan dapur dan beberapa kedai lain untuk membeli barangan lain. Mai bersendirian ke cc, abg nya tak mahu ikot gara2 nak menyiapkan pelita buluh dengan paksu ku. 

"Hah! inilah dia janji org bandar. Tu pasal aku malas nk melayan kehendak minah bandar ni. Benda cepat jadi lambat" Merah muka Abi menunggu di bawah matahari. "Kau duduk berjemur tu pasal apa? ingat peluh boleh kering dok berjemur mcm tu. Sabar lah kejap, dia nak dtg dah ni". Aku tahu Abi ni tak berapa suka menunggu, maklumlah lelaki. 

"Hah! terkedek2 mcm mak datin. Pasal ko lambat minah?" Abi cekak pinggang apabila Mai tercunggap2 berlari. "Lex lah bro, kejap je lambat. Bukan berjam2 pon aku lambat". "Kejap mende? setengah jam aku terpacak kat sini tunggu kau. Hei lain kali aku xmo bawak kau lagi!". Hurm, Abi dah mula naik bengang lah ni, "Dah2... balik2.. kan bising pulak yang kat umah tu". Mai tersengeh2 memandang aku. "Sori ek, tadi aku chat ngan kawan aku tak sedar pulak kau sms". "Erm, chatting memang lah tak sedar, siap aku telifon pon kau tak angkat". Mai hanya tersengeh lalu masok ke dalam kereta. Sesi petang menunggu lemang yang dah nak siap dan merbus ketupat. Aku dan yang girl2 kena, menolong mak cik2 aku menyapu sampah di halaman rumah. 

"Rin, nak mintak tolong sikit boleh?" aku menoleh dan tersenyum. "Hah, tolong ape?". Mai berhenti menyapu dan tersengeh, "Pinjamkan handfon kau boleh?". 

"Ai... bukan aku dah kasi pinjam handfon mak long kat kau ke?". 

"Ni aku nak pinjam handfone kau sekali ngan sim2 kau sekali. Boleh lah line maxis tak kuat lah.. aku nak sembang ngan member aku malam ni... jangan risau aku top upkan untuk kau... aku janji lepas sembayang raya aku bagi balik oke.. pliz2...."

"Kau ni macam2lah.. yelah2 nanti aku bagi pinjam,". Mai melompat sambil tersengeh2.. "Terima kasih Rin.. Sayang kau"

Malam raya macam biasa, meletup sana sini. Tak Kurang rumah aku jugak. Segala jenis merecun dan bunga api ada. Dari bapak budak hingga ke anaknya main mercun tak sedar diri.Aku tak berani main mercun, takut terbakar. Tapi aku suka tengok mercun roket yang banyak warna. Seawal pagi kena bangun untuk sembayang raya dan menyediakan juadah untuk tetamu yang datang. 

"Rin, nah telifon kau. Thank ek". Mai memulangkan telifon aku semasa kami nak beraya dirumah saudara mara. Raya sakan berjalan, namun tak lupa menziarahi kubur arwah datuk aku. Sedekah al-fatihah dan bacaan yasin oleh anak2 cucunya yang mampu di kirimkan di pagi syawal ini.

Setelah genap 4 hari beraya, masing2 berangkat pualang ke kota untuk bekerja. Aku berangkat pualang ke pekan, aku tinggal dengan mak long di pekan. Tinggalah nenek aku sorang di kampung dengan adik tirinya. 

Suatu malam.. Ring ring telifon aku berbunyi, "no. siapa pulak ni?. Helo, Assalammualaikum." aku mengangkat panggilan tersebut. "Walaikumsalam, Lisa ingat say tak? sibuk ke?". Sudah Mai2... "Maaf ini buakan Lisa, salah no. ni.

"Eh ni bukan Lisa ke? Saya sms dan bercakap dengan dia beberapa hari yang lepas. Mana mungkin saya salah no". Udah, minah ni buat hal ngan mamat mana pulak ni, bahasa dia pon pelik aku dengar. "Boleh tau saya cakap sama siapa? Di mana ni ye?". Aku malas mahu layan. "Erm, xpe lah awak salh no. ni... oke xpe2..." "Kejap2.... Oke sy rase saya kena tipu kan? Pliz tolong saya. Saya cuma nak tahu saja. Bukan nak kacau awak oke?"

Mai2... ko buat bala apa lah ni.. "Saya mintak maaf, sepupu saya pinjam fon tempoh hari. So mungkin dia yang guna call awak kot. Tapi nama dia bukan Lisa but Maisara". aku dengar satu keluhan, dan ketawa kecilan "Padan muka saya kena tipulah ni, xpelah kalau begitu maaf ganggu kamu ya". Aku dari tadi terfikir, orang mana ni, mana dia kenal Mai, "Halo2 masih ada di sana ka?". Aku terkejut, sempat berangan pulak kau ni Rin. "Ade2... maafkan sepupu saya k, nk no. dia yang betul ke? saya boleh bagi". xkeje aku nak bersekongkol dengan si Mai, Kureng asem punya sepupu. Hei2... "Tak palah, dia tak ikhlas berkawan sama saya. Saya tak mahu ganggu dia". Aku diam, macam orang baik... sian pulak kena main. "erm, sori tau, kita tak leh nak kate ape2... " aku pulak yang rasa bersalah. "takpa2.. bukan salah awak. okelah maaf ganggu ya...  Assalammualaikum"... klik... terputus.. "Walaikumsalam". Mai2... nanti kau! balik kampung nanti siap, aku belasah dengan batang penyapu. Cis wat pasal je! kesian mamat tu, dah la nama pon aku tak sempat tanya... hei.....

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hari ni, mak long keje petang. Mean dia balik malam... hurm lega... xdelah riuk rumah ni dengan suara membebel dia.. bingit kepala aku dengar. Ring2... ada sms masuk. No tak dikenali lagi, udah ni no sape pulak.... "Assalammualaikum, erm.. saya yang call tempoh hari, saya lupa mau kasi tau nama saya hari tu. Saya Adib. Kalau boleh saya mau berkawan dengan awak. Saya tak ramai kawan semenanjung. Kalau sudi, balas msg saya ya". 

Udah aku sengeh sorang2... Amboi jauh sangat ke kau ni duduk, "Walaikumsalam, ye jugakkan lupa tanya nama, kita Rin. Awk ni asal mana?"...

 Ring2... "Saya asal sarawak, di bau. Tapi sekarang di sabah, matrik labuan. Umur awk berapa ya".

Saarawak... jauh tu, xpernah aku jumpa or kawan org sana. Patut suara ari tu lain macam je. "ooo matrik... kita bdk sekolah lagi.. form 4"


Ring2... "Oooo saya abg lah ni, nama saya ABANG ADIB AMSYAR, panggil abg pon boleh sb itu nama saya jugak"

Aku tersengeh, makin rancak pulak bersembang. "Oke abg, panggil kita Rin je nama kita NURINA TIHANA MAZLAN".

**** dari kebetulan itu, aku dan abg menjadi kawan. Abg merupan anak kelahiran Bau, Sarawak. Kali pertama, kami bertukar gambar melalui sms, buat aku terkejut amboi hemsem kot. Putih orangnya, aku dah lah gelap. Dia merupakan pelajar jurusan sains di matrik labuan, makin hari makin kami rapat. Boleh di katakan tiap2 hari dia akan msg just waktu malam lepas pukul 10. Bukan apa, just tanya kabar, bagi tau dia sedang study dan tiap2 kali dia habis study kebiasaan dalam pukul 3 pagi dia akan msg bagi tau dia habis study. Aku? erm, buat bodoh aja.. kadang2 aku balas, kadang2 tidak... begitulah situasi dia sampai aku form 5. Dia habis study dan melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian islam di mana aku pun tak ingat. Tapi kami masih berhubung sehingga aku tamat SPM. Dan buat pertama  kalinya dia menyuarakan isi hatinya untuk menjadikan aku teman istimewanya. Aku? gembira mungkin, tetapi aku jual mahal. Aku dapat PLKN, so aku mintak tangguh smpi aku habis PLKN. Dia setuju, dia tak jemu menunggu aku di hujung minggu tiap kali aku mendapat fon dan sanggup top up kan aku gara2 nak ber sms sahaja. Sebaik habis PLKN, dia bertanya sekali lagi, dan aku minta tangguh sehingga result SPM ku keluar. Dan dia masih menanti, bila result SPM aku keluar, soalan sama di ajukan. Dan aku minta di tangguhkan dulu kononnya aku mau fokus kemana hala tuju aku lepas ni. Aku ditawarkan ke sebuah matrikulasi di perak, dan dia masih bertanya soalan yang sama. 

"Abg tak penat ke tanya soalan yang sama?" Suatu malam selepas kuliah dia menelifon aku. "Tak sayang, kalau kita benar2 mahu. Kita kena sabar dan berusaha selebihnya tawakal dan berdoa agar dipermudahkan". Jawapan yang buat aku terdiam. "Rin Masih di sana?". Aku kelu dan aku tahu aku perlu memberi jawapan. "Boleh ka kita berhubung dengan jarak macam ni? Abg percayakan Rin ke? Rin pon xsure Abg ni serius atau saja2 suka2". Jauh dr corong telinga aku dengar Abang Adib ketawa. "Rin, kalau Abg main2 awal2 lagi Abg cari yang lain, xde lag tanya Rin soalan yang sama. Jodoh itu ketentuan tuhan Rin, Namun kita perlu berusaha mencarinya. Selebihnya biar Allah yang menentuka. Rin sudi tak, jadi teman wanita Abg? Abg tau Rin dah muak dengar. Abang tetap akan tanya Rin". Aku diam, "Rin setuju, tapi Rin mintak maaf kalau ada apa2 masalah nanti". Aku hanya mendengar satu ungkapan yang aku pasti dia mengucapkan dengan penuh rasa. "Alhamdunillah, xsia2 usaha Abg. Terima Kasih Rin, Abg akan berusaha membuat yang terbaik dlm pelajaran untuk masa depan kita. Abg harap Rin juga sama".

Selama dua tahun kami kekal dengan status perhubungan itu, namun aku tak pernah berjumpa bertentang mata denganya. Walaupun jarak jauh tapi aku yakin dia setia, pernah juga dia berhasrat mahu ke semenanjung dengan keluarganya.. Aku bingung pila di ajukan soal kawin, sedangkan aku masih merasakan perjalanan hidup aku masih jauh. Dan kerna kejauhan ini dan kementahan aku membuat aku memilih untuk melepas kan dia. Dia merasakan aku ada orang kedua, barangkali "Ya" aku dilanda gelora dengan kehadiran seorang lelaki yang sentiasa ada di depan mata aku. Dia juga jauh lebih tua dari aku. Abang Adib melepaskan aku dengan penuh berat, berderai air mata jantannya ketika aku menelifonnya. Aku mahu dia bahagia, namun jalanku masih jauh. Dan aku tak pasti akan perjalanan ini, sedangkan dia telah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ADAM. Kejam kah aku? mungkin ya aku kejam! namun, lagi kejam kalau aku terus begini. Aku terputus hubungan dengan dia kerana handfon aku kecurian ketika menaiki bus untuk pulang ke kampung. Aku pulak bukan jenis meningat no. telifon. Barangkali ini terbaik buat dia. Dan bermula pula kisah baru TENTANG DIA yang berada di hadapan mata. Seorang guru, yang dalam diam menyuri pandangan aku.......................

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> bersambung.


January, 5, 2014- Kuala Lumpur

Terlampau sering kau buang airmataku.
Tak pernah kau tau dalamnya rasa cintaku.

Tak banyak inginku. Jangan kau ulangi menyakiti aku sesuka kelakuanmu.
Ku bukan manusia, yang tidak berfikir. Berulang kali kau lakukan itu padaku.

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.

Teramat sering kau membuat patah hatiku.
Kau datang padanya. Tak pernah ku tau.
Kau tinggalkan aku di saat ku butuhkan mu.
Cinta tak begini, selama ku tau.
Tetapi ku lemah karna cintaku padamu.

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~

*Instrumental*

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~

Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Ohhhhhhhhh.
(Jika cinta dia, jujurlah padaku.)
(Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.)
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~
..................................................................................................................................


"It hurt the most when the person that make you feel so special yesterdays,
makes you feel so unwanted today" 

January, 5, 2014

Saturday, December 28

Dia Doaku

December 28 2013/211 P.M/Malaysia

Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey... yeah... yeah...
Puteri... ohh...

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi oh...

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohh... puteri ku

Dengarkanlah rayuan (hati)
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru
Ohh... mengertilah

Kembalilah
Malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Puteriku...
Ku kehilangan tawa mesramu itu
Kembalilah...
Malam ku dingin aku kehilanganmu
Kekasihku... mengertilah oh kekasihku...
ohh... 


Kekasihku... kembalilah.



***** dia tak cantik tetapi indah bak cahaya bulan
********** dia tidak manja seperti aku
***** dia mungkin lebih betah dari aku
*** dia lebih cekal mengenggam hatinya dari aku
**** dia penuh dengan senyuman yang mampu meledakkan senyumku
*** adalah dia... yang buat aku terpingga dan ketawa sendirian
****** ya dia encik puteriku, puteri yang membuat aku tertanya, akan kuasa saktinya
***** Dialah encik puteriku
*** Dialah doaku
********************************************************
zainal abidin-puteri

Thursday, December 26

December 26 2013 - 2355 P.M - Malaysia

December 26 2013 - 2355 P.M - Malaysia

Membisu di bibir malam
Berteman hati membelek bingkai harapan
Jauh kedengaran sayup 
Doa dilontar dengan seribu persoalan
Mengetuk jendela hati

Dalam keasyikan merenung dada langit
Angin yang berpaut singgah menyapa jendelaku
Lama ia makin mencengkam diri
Bisiknya "aku ingin mendakapmu dengan lebih lama"
Aku hanya tunduk merenung kaki bumi
"Namun dakapanku xmampu menghangatkan resah hatimu"
Lalu tak aku sedari
Entah bila butiran itu mengalir di muara kanta mata

Detik hatiku bingung
"Kenapa?"
Angin itu berlalu pergi
Lalu berkata
"Kerna hatimu parah"
"Kerna kau laksan Pungguk rindukan bulannya"
Jauh di sana
Dalam sekali
Aku terdengar suara halus itu bergema
"Aku pungguk ingin terbang kepadamu"
Sekilas aku terpandang bulan
Seolah2 ia juga berkata2
"Kabarkan pada pungguk, aku ingin dekat menyinggahmu"

........................................................................................................................
 

 .................................................................................................................................................

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah ,Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu .Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai-



Wednesday, December 25

Autumn in my heart- Kuala Lumpur

December, 26, 2013-Thurday-1521 P.M

Maybe your heart will leave me
That would be a reason for me to stress
It is okay if you become more distant each day
Wherever you are, believe in love

I didn’t know then that I was crazy
Your gaze as you look at me
Even your small shoulders
I hated not being able to hug you

Even though we are separated by a sad destiny
I won't make your heart cry again
Nothing can substitute for you
Just know now that there is nothing more precious to me than you

Your smile as you look at me and laugh
It is so overwhelming that it makes me happy
It is okay to hope to come even closer
Like this moment now when I feel your breath

I didn’t know then that I was crazy
Your gaze as you look at me
Even your small shoulders
I hated not being able to hug you

....................................................................................................

 -I am always here
As you reach out your hand
You love calls to me
Beside you-

Tuesday, December 24

Aku si pengemis

24/12/2013-selasa-serdang selangor malaysia


Aku si pengemis
Berlari-lari di muka bumi tuhan kamu 
Mencari rezeki dan janji yang telah tuhanmu janjikan pada aku

Aku si pengemis usang
Berlegar2 membawa benakku
Mengasah akalku yang seakan tumpul akan erti kehidupan
Akalku tak setajam kata-kata
Yang bisa menusuk dan menikam hati-hati yang mendengar
Tak semerdu cengkerik yang menyerikan malam hari
Lagikan nak mendayu2 seperti hembusan angin lewat malam
Cuma seperti butiran pasir dipantai yang sepi

Aku si pengemis
Diam dalam bersuara
Suara aku tak segah halilintar memecahkan suasana hening alam ini
 Kata-kata aku tak seberat hujan yang turun membasahi bumi
Tak seindah mentari yang terbit dari ufuk timur
 Hanya debuan pasir yang hingap bersama angin malam

Aku si pengemis
Bermimpi memetik bintang di angkasa langit gelap itu
Untuk aku simpan menjadi penyuluh hari2ku di kala kelam
Agar menjadi haba memanaskan ketika embun pagi memeluk diri ini


Aku si pengemis 
Tidur tersenyum mengengang bayang-bayang yang menjadi irma tidurku
Aku tak perlukan suara cengkerik mendendangkan malam-malamku
Usah aku memalingkan wajahku pada bulan yang tersenyum
Tatkala kau berlegar-legar dengan senyuman
Menyapa lembut bak angin di tepian laut
Asyik dan indah buayan tidurku

...........................................

Namun aku terjaga
Melihat kelipan bintang-bintang itu
Jauh
Jauh nun di bumbung langit
Dan aku?
Mengusung rindu dan sayang dikaki bumi
Perlahan-lahan aku bisikkan pada hati
"Sudahlah.... usah merenung bingkai angkasa itu
kau hanya seorang pengemis
mengemis sisa lelehan bumi
usah di ukirkan irama indah di benakmu
kelak nada tempang yang bergema di mindamu"

Ya aku si pengemis
Mengemis kekayaan Ilahi
Aku sedar,,,, aku  pengemis.... 
Namun di sisiNya aku dan ciptaannya adalah sama
yang membezakan kita amalan dan perkerjaan kita..

Aku akan terus mengemis
Merenung bintang di langit
Biar jauh nak aku gapai
Namun tuhan mengetahui
Itu yang mampu meredupkan hati aku
Dan aku akan tetap di sini

...............................................................................................

-Amat pedih terasa menyimpan rindu dan sayang, Kalau Allah menyatakan sayang dan rindunya pada kita dengan pelbagai cara. Di datangkanya dugaan dan ujian agar kita kembali mencariNYA. Di anugerahkan pemberian nikmat sebagai tanda dia menghargai dan menyayangi kita. Selayaknya kita juga wajib menyayangiNYA. Bukan mudah melabuhkan rasa sayang dan rindu pada ciptaaNYA. Kerna itu juga merupakan anugerah dan tanda DIA menyayangi kita-



Monday, December 23

Tentang Aku

salam bloger, selamat malam.. isnin. Suatu hari yang aku yakin kurang di minati dalam 7 hari yang ada dalam seminggu. Aku pon same, ari ni aku off xpegi faculty, erm,,, tension lah uncle aku kat fac tu pasal punch dia merah sejak kebelakangan ni dan paling worst bila aku xpunch out kan dia.. Sori la,,, kadang2 aku buat suwei ngan kamu, bukan apa.. nak mintak tolong ngan orang xsalah. tapi kesalahan akan terjadi bila orang tolong ang, ang buat suwei kat belakang orang tu. Aku kurang minat hal2 mcm ni, jangan ingat aku xde pangkat suka-suki nak soh2 aku wat keje xtentu hala. Aku tolong ikhlas tak mintak bayar pon, so pliz hormat aku. Bukan payah pon, lagi2 orang dah berumurkan, patut2nya lebih paham dan pandai bab2 adab ni... buruk lah ropenye kalau budak mentah macam aku ni yang bagi tunjjuk ajar bab adab ni.. kan kuar lah ayat keramat "aku dulu makan garam dari kamu" meme lah mu dulu telan garam, pasal mu lahir dulu, cer aku lahir dulu... aku conform mkn garam dulu dr mu... **** nk habak, dia lagi banyak pengalaman lah... WHAT EVER~~~~ aku just nk kupas sikit lah beberape insiden yang berlalu beberapa minggu lepas yang dalam kehidupan aku, kalau xmo terus baca boleh terus gerakkan tikus anda ke tanda X di bucu kanan kamputar anda oke... 

1. "Aku baru tahu....."
- Kawan aku baru mai dr kampung halaman dia, sebab dapat keje area tempat aku belajar la ni, dia dok lepak tempat kawan aku sementara waktu ni b4 nk cari tempat tinggal yang oke sikit. Aku pon ada tolong dia cari umah gak, but sekali umah tu kn tibai ngan orang lain pulak... Past tu aku sibuk sikit ngan urusan harian aku yang tak berapa nk berjalan lancar ni, so aku senyap sekejap dari jumpa member aku ni... tau2 one day dia call aku di satu tengahari yang hening, hari ahad kalau ak xsilap.. ak pulak weekend kan lalok tdo lah jam tu... So aku angkat lah... kot member ni ajak teman kuar cr barang ka... aku angkat.. "halo yang... ko kat mana... " senyap ja dia... tiba2.... aku dengar nangis... udah bala menda pulak ni... "yang ko oke tak ni... ada orang buli ang ka? habak mai aku tebas kaki dia ngan buluh madu jap g... heheheh" dia diam but nangis g... oke ini SERIUS!!! "oke2.... serius, knp ni? masalah keja ka? ke masalah member jauh tu?" aku panggil nama dia slow2... last2 dia cakap... "aku sedih, aku tak tau nak cakap mcm mn... aku tak sangka aku ade rasa ni.... aku xboleh nk simpan..." aku pon... urm.,,,, ni kes pinjam telinga aku ni, "oke,,, habak mai knp ni?" dia pon cite permasalahannya... bla..bla.. bla... aku? "la..... tu aku rasa ko tau knp aku ambik tindakan sedemikian tempoh hari"..... dia problem ngan kawan2 aku yang merupakan kawan2 dia... ada beberapa perkara yang aku boleh katakan mcm ambik kesempatan lah di situ... kalau ko termakan cili ko tau pedas ke tak kan. "aku baru tau.... bukan apa.. aku tak kisah pon tapi aku kisah jugak sebenarnya... sebab kes pagi td lah... aku terasa mcm kn guna ja... mungkin dia tak niat tp entah lah wei.... aku tipon ko nk lepaskan apa y ak nk cakap... tp xsangka ak nangis pulak...hahah" aku yang pisat2 pon, duduk bersandar.... "tau2... aku dah rase dulu, aku pon tak motif apa... tp org kate kawan is kawan tp ada batas sikit lah bab personal ni.... aku faham apa y kau nk cakap, cuma bukan mudah nk habak kat depa. kalau depa tu reti berfikir, depa xbuat lagu tu... aku nye nasihat mcm ni je lah... rase xsedap try cr tmpt lain lah... bukan nk putus kawan... dok... mcm aku la ni... kawan tetap kawan... tapi ada border sikit... kalau dok, depa xreti hormat. takkan semua nk kasi tau depan muka baru nk faham, aku xgemar sangat mcm tu. hahahah" aku dengan kawan aku ni kawan sekampus.... ngan kawan2 y dia prblem pon sama jugak... cuma kali ni member yang aku katakan sentiasa +ve tang member2 dia boleh collape sekali kena... ni aku bukan nk burukan dia... cuma kadang2 aku tak paham ngan sesetengah orang ini, mana etika kau dalam hidup... ko pikir hidup kau je, orang lain ikot dia lah... member aku si lee ade kate "TAKER" LOSE and "GIVER" WIN. ko jangan mengharap orang ja dok bagi kebaikan pada kau, bagus jadi diri sendiri. xselfish but pikir sikit, jadi diri sendiri tanpa memikirkan orang lain di keliling ang tak selfish ka? apa punya manusia, akai ada ka? ni kadang2 xniat, kadang2 boleh jadi kes naya tau... aku dah kena dulu sekali, aku tobat lah.... aku nye perangai, aku penyabar but sekali aku meletup aku tukar 360 darjah! tanpa memutuskan apa y aku bina selama ni, aku mengajar sekali lah, dont play with me. aku xmerbahayakan kau but dont mess with me. urm,,, terbaru member aku call, "so ko mcm mn skrg?" +ve aku tgk jwpn dia... " mcm tu je lah, aku wat hal aku... ak pagi2 g keje... balik aku makn terus tdo... aku terjumpa depa aku tegur je mcm biasa, tp aku dunia dlm bilik aku lah... depa lantak depa lah... " aku pon lega gak lah... sian gak ak member kena mcm tu... tu kadang2 baik2 org ambik kesempatan secara xsengaja... depa xsedar depa ambik kesempatan, korang y dok sibuk baca ni... ingat2 sikit... kadang2 kita ni terover ke... orang tak cakap kadang2 kalau depa xsuka.. pandai2 lah baca keadaan, muhasabah diri... xkan semua harap nak di hadapkan depan muka baru nk berubah.. baru nk "ooooo....." ingat lah nk jadi diri sendiri xde masalh, but sedar sikit ko bukan duduk dalam gua sorang2... ada org lain... pandai2 lah bawak diri... xkan semua nak kena tegur baru nk tahu... dah besar kot!

2. "saya kecik ati wak"

ni pon kisah kawan aku, yang buat mood aku spoil satu hari satu malam... spoil amat2... nk cita tang mn pon tak tau... but point dia je lah aku habak ang "tak adil dalam mendidik!" oke,,, duit dan pangkat sejak kebelakangan ni menjadi isu dalam hari2 aku... ade kes2 yang melibatkan hal ni.. yang baru2 last week lah... ada hamba allah ni, ada pangkat ada harta org kata... kami ni student nk hidup pon tungang langang kot... nk bayar sana sini... study lagi pakai duit... nk publish tu lah... nk sent ni lah... ni just pesanan penaja dan ikhlas dari hati lah... korang nk sambung pengajian mcm aku ni... postgrad nye level, plizz pick a really good SV and make sure back up financial kn ada and kukuh... kalau silap pilih sv mcm kapal aku la ni lah.... aku xberapa nk detail cita pasal dia.. ni dah kes aku mengumpat... but aku xpernah menjadikan dia topic hot aku time sarapan pagi, tengahari atau minum petang aku... aku xpernah buat beb! depa tergamak wat lagu tu kat kami yang xberpangkat ni... sedey kot... org2 y tinggi ilmuan ni ada budaya mcm ni.. kami dok tungang terbalik wat research, xde pantauan takda guide line... memang kalau aku ni, aku malas nk mengadap tunjuk keje aku... aku tak macam kakak aku yang akan sentiasa update keje dia.. aku kan keras kepala... pasal aku dah muak ngan ragam dia dulu.. tapi aku xserik2... hahah padan muka lah... hurm... xpa, nasik dah jadi bubuk,,,, tapi bubuk kalau bubuh kuib ayam sedap gak... kenyang jugak perut... aku xakan mengalah dgn org mcm ni... mcm aku kata aku xmerbahayakan orang but mess with me u get the price with allah later... aku ringan mendoakan orang... aku jahat? memang aku jahat pon kadang2... aku tak mintak bala turun kat dia pon,,, aku mintak jalan aku di permudahkan ja... apa y dia patut lakukan dia xbuat dan perkara yang tak patut dia buat aku serah kat tuhan.... bukan keje aku nk hukum... kalau aku boleh hukum, lama dah aku rase ramai org birat2 aku libas pakai rokan buluh madu aku. but serius aku pon kecik hati, tak adil bagi kami... kakak yang sama2 belajar ngan aku selalu pesan.. "tak pa wak, jalan org nk belajar sungguh2 n nk berjaya ni selalunya tak mudah, kita sama2 doa oke.. dan kita doa jugak nanti kita dah berjaya, jgn jadi mcm dia oke... awak ingat tau" hurm.,,,, tu y aku dok ingat2... dah berjaya jgn pijak org! dah berjaya xbermakna xboleh duduk makan kat tepi jalan! dah berjaya xbermakna boleh tindas orang! ingat dulu ko susah mcm mn!

3. "aku angau sorang lagi ka?"

oke,,, ni masalah aku, aku angau sorang2 lagi ka... last aku ada masalah dgn perasaan ni 2 tahun lepas dekat setahun aku dok fight... oke aku normal balik... la ni mai balik benda allah ni... yang buat aku dok fikir ni anugerah ke kebetulan ke angan2 ke dugaan?... fitrah mausia  perasaan sayang tu datang, aku dok aim orang lain... orang lain pulak yang mcm seolah2 lah... tapi mcm kisah 2 tahun lepas tak pasti... but y ni punya xpasti lagi hebat... ni betul2 xpasti... aku nk tanya segan... nk bg hint lagi xreti... tang dulu paling tidak dia mula dulu... so aku tau, cuma xpasti kekuatannya sedalam mn... lani lagi teruk... tak pasti habis,,,, tibe2 aku kemukakan persoalan mcm dia menjawb... tiba2 aku rase mcm 1 kebetulan pulak... payah2... aku nk fokus xsusah kadang2... pasai apa aku dok teringat/... dapat2 tibe... tgk member tu ada org dok dekat2... jeloz pulak,,, walhal bukan ada apa2 pon... aku ikot pelik.. but pompuan jeloz tu sikap dia.. tp pasal pa aku nk jeloz? dia aku punya ka? kami xdak papa pon... jeloz pasai apa? dia diam... aku dok sedey.. depa ingat aku dah ka? pasai pa aku nk pikir lagu tu? aku ni angau ka? tu yang ari2 aku dok pikir,,, aku rase aku boleh stop pikir benda ni kalau dia bg jawapan straight depan muka aku rase.. benda y aku conform, so aku tau nk jaga mcm mn,,, benda y tak pasti ni aku takut nk jaga... xlarat nk heal lah mcm dulu... 1 tahun beb! nk bangun dan berlari... la ni jumpa boleh gelak2 dah... so aku anggap aku anggau, aku nk tanya takut kena gelak... ke aku syok sendiri... ke itu cara dia elak diri, nk habak lah... dah lah.... ko ni angau lah.... aku segan dan malu kot kalau betul apa y aku fikirkan tu... the best way aku nk cuba heal angau aku dengan stop dr mengetahui diri dia... aku gila? yup... aku nk cari ubat b4 aku makin gile... maafkan aku aku xniat pon nk jadi gile... aku xpasti, dan aku tak tahu mn nk cr jawapan... so aku berehat sebentar, ini strategi namanye... oke... ini semua bermula dengan sekeping gambar... yang tiba2 menyebabkan aku sedar sesuatu dan berada dalam pertanyaan... KEBETULAN ATAU ANUGERAH? 


************oke2... aku melalut mlm ni, oke ak nk off pen dah... nk siapkan 1 lagi section dalam bab chapter 4 thesis aku, doakan aku dapat keje yang baru mohon ni ye bloger. aku nk grad tahun depan, xmahu dah duduk mengaji lama2... aku nk keje nk tolong mak dan adek2 aku jugak... aku kan along... oke, good night! jumpa lagi... dan ingat... hargai org yang korang sayang dan yang sayang korang. bukan senang nk sayang orang tau. see u later.