Tuesday, May 31

Kamus Kehidupan: Intro (I'm back!)

Apabila kaki telah letih berlarilarilah dengan hati... (iklan milo)

Salam, selepas setahun aki kembali tengok blog ni... ada g.. reason aki kembali menulis pasai dah selamat hantar notice viva semalam.. (alhamdunillah..) dah biasa kan tiap2 hari menulis tesis dan baca journal sekali dah siap untuk di semak.. aki blank nak buat apa.. so godak2... teringat tempat yang selalu aki meluangkan masa lapang suatu masa dulu.. asalnya nak buat buang tebiat nak buat booklet list2 quotes.. "the book of quotes" tajuk dia "kamus kehidupan" jeng2... semua quotes yang menjadi arang membakar semangat aki dalam berjuang untuk berada di ketika ini aki letak dalam tu.. just nak simpan kan.. one day bila lost.. bukak balik.. baca... macam kita baca quran... tp xde lah time bila ingat.. (hehehhe kadang2 buat)..  


But bila dah biasa buat tesis ni.. buat mini buku mcm tu pon dah mcm gaya tulis tesis... well nevermind.. kenapa tiba2 nak himpunkan quotes2? kenapa tajuk dia kamus kehidupan? hurm.. for this entry just for intro lah.. it my life story... banyak pengarang2 buku buat buku untuk di pasarkan berdasarkan kisah hidupkan// well jgn risau aki xbuat duit booklet ni.. just untuk rujukan sendiri... or sapa2 y memerlukan.. reason terpikir nk bookletkan? one single reason je.. pernah tak korang alami di mana korang down gila2 yang korang perlukan sokongan padu dari semua sudut dan no body was there. Bukan u xpercaya kat orang nk share masalah u, just u not satisfied with it. Dan dalam semua masalah xsemua orang boleh memberi jalan keluar, at the end u find Allah. At that time, pernah rasa sedih gila2, korang cari mak korang menangis kat riba dia teresak2 dan dia belai kamu dengan penuh kasih sayang? kamu rasa damai yang sangat sampai kamu lena. Begitulah perasaan aki, bila berdepan masalah dan tiada org di sisi, and u back to penciptamu. Aki bukan anak yatim piatu, bukan tak da kawan2.. cuma kadang2 pemikiran dan penerimaan orang berbeza, tak semu orang mampu mendamaikan perasaan org lain seperti mana yang kita mampu lakukan. 


Sorang member aki kat tempat keje, si shanty nama dia.. at first place ml2 knl mcm2 masalah dia most plae masalah keluarga lah.. dia mengeluh pasal mak dia paksa kawin.. family dia force dia mcm2 tak ambik kira perasaan dia. Apa yang dia mahukan, she feel sad on it. Aki bercerita kisah hidup aki, dr lahir sampai hari ni. At the end, she just said "aka, how u face all those things? klu shan lah.. mati sudah". There i always refer to the basic rule: religions. the role of religions, i suruh dia try to pray and mintak apa2 je even small things. the next day dia dtg keje "aka td i as God bg sy parking (kat tempat kj tu payah gila2 nk parking.. nasib2 lah dpt parking tp opis), and i got it". so aki refer balik pd cerita semalam, dalam entry aki y b4 ni.. http://meja-pena.blogspot.my/2011/06/secebis-ketenangan-yang-hilang.html, bukan senang nak hadapi masalah or any bad thing yang datang. but never lost hope on the God. Aki bukan org alim nak bercakap pasal agama... 

Teringat ada sorang senior aki pernah cakap "layak ke kita ni nak mengajar org lain, sedangkan kita sendiri jalan bogel (opp~~ ayat dia, maaf lah dia ni bakal penyarah sastera)" soalan aki selepas tu, sampai bila kita baru di kira layak mengajar orang lain, takkan nk tunggu dah di bungkus baru nak mengajar? sedangkan saat kita di bangkitkan di padang masyar nanti pon kita dalam keadaan berbogel. Acamana tu? hurm,, itulah manusia.. kita melihat dunia dr sisi yang berbeza.. Aki sambung lagi tazkirah kat minachi ni, tanamkan dalam diri semangat untuk bangun. Mungkin kita jatuh kerana manusia, but bangunlah kerana penciptamu. Sejak satu ketika, aki down betul2 bila kepercayaan aki di khianati, bila sepatutnya keluarga yang sepatutnya menjadi dinding untuk kita bersandar seakan jauh dan mereka yang bersandar pada kita. Pada saat itu, aki sedar pentingnya kekuatan dlam diri. Betapa pentingnya mempunyai kekuatan diri, pernah orang berkata, "sejauh mana kita mampu berdiri, itulah yang melambangkan diri kita. Macam mana kita campakkan diri kita dalam kesibukan dunia, dan kita mampu berdiri teguh dan mampu membantu y lain. Aki banyak membaca quotes org, dan berfikir.. 

Tak pe untuk give up, kita manusia kan. Anggap tu waktu rehat, masa untuk kita recover, but jgn lama2.. bangun balik. Tak perlu tunjukkan kemampuan diri kat mata dunia ni, sb it just mendidik kamu menjadi riak dan bangga dgn apa yang kamu bakal ada. Set bearing niat tu baik2, in sya Allah, Tuhan tu tolong mudahkan.. cepat or lambat itu bukan urusan kita. Konsep usaha, doa dan tawakal pacak dalam2 dlam diri. okelah aki nk cari co. sv aki ni.. 3 tahun sekali jumpa.. member pon xheran aki xdatang.. hahah mcm2 perangai//


Just intro untuk my "kamus kehidupan" 

Assalamualaikum (peace be upon you), this note of quotes is dedicated to those people who fighting and struggle to build their trust with them self. To those who turned a loss of hope and reliance on others. Accumulation of this quote is more concentrating on self trust and prioritizing what's more significant in life. Sometime, the most powerful inspiration came from our past experinces and from our inner side. Shape your own internal strength and then you will understand how strong you will be. 

One Malaysian journalist stated, ejauh mana kita berdiriitulah melambangkan diri kita” Sometime, we forget about our strength, moving like mobile library, restores multiple stories about life. Kamus Kehidupan is an adoption quotes related to most common human needs, that they always take for granted. Perhaps, at the ends of this note, you will see what are the things that you have missed along the road. 

Dalam setiap perjuangan ada pengorbanan dan kehilanganJangan pernah hilang harapan dalam merebut kejayaanyakinlah pada diri seperti mana Allah yakin dalam memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya

Aki Akira.

Thursday, April 23

Sepagi coklat dan kopi

24 April 2015/ Kuala Lumpur/ 7.48 a.m

Salam jumaat semua.... korang apa kabar? sihat? lama ak stop menaip.. xsiap2 menaip tesis ak.. so kn tinggalkan blog ni sebentar. apa y buat ak datang balik pagi ni? hurm... pernah kitak pagi2 buta cari coklat? kitak buat hari ni. depa kata coklat boleh hilangkan stress! korang percaya? ak tak tahu nk percaya ka tidak sebab ak bukan pengemar coklat. Tapi pagi ni ak cari coklat makan dengan perasaan berada dalam kawah berasap. yup! pagi2 gua dah stress. Pasal jem? keta banyak? xdelah... opis ak berapa jengkal dari bilik ak je. tu pasal lambat pon xde hal. jem tu celah gigi je. so apa y buat ak baran pagi2 ni? alkisah cerita dahulu kala y xselesai2 dekat opis ak ni. yang buat udara dalam opis ak xsama mcm cameron sudah. yelah xmenunding jari pon, sebab masing2 ego nk akui salah masing2. yang sibuk nk jaga diri sendiri bagai. dah aku? xkan selamanya aku nk jadi hero malaya kan. kadang2 fedap jugak gua bro! ni stage gua dah fedap lah makin melarat. bayangkan tanah y padat lama2 runtuh jugak d sebab kerakusan manusia. ak bosan lah hadap keretah kawan2 ak yang sibuk jaga kepentingan mereka. xkisahlah apa jugak alasan mereka.

bersabar itu indah bro!
sapa cakap bersabar tu kelam? indah booo... cuma bayangkan sesedap laksa kalau kau tuang cuka dalam dia xrase dia berubah? bikin panas** balik cerita coklat ak... opis ak ni mcm hotel org check in check out... asalkan ada orang dalam... aku pon berumah tangga jugak kat sini bila perlu... namun berakal sikit. xdelah xmemikirkan org lain. kalau weekend nk berkeruh smpi tengahari ak xkisah. ni weekday dah nk kol 7 pon baru lingtang pukang nk cari bilik air? org lain dah smpi opis dok tunggu ko melenyapkan bukti2 kau pulak?/ respect org lah bro. kau nk ak respect kau buat palat. nah ak berang, jarang ak tunjuk ak berang. tapi sekarang sori lah meh ak bg depan2. ak serius bosan dah jadi matang y rasional untuk org sebegini. Semua benda kecik. xyah nk besar2.. apa pening2 kan.

Ak ada persoalan:
kemarin kawan ak share ayat2 semangat
"tanda kau dah matang, kau lebih diam dan kurang marah. sebab kau dah faham ada benda yang tak perlu pun kau nak layan sebab ianya hanya buang masa"

oke kematangan... mcm mn kau ukur kematangan? aku kurang setuju sebenarnya penyataan berikut. sori lah, gua tak matang. mungkin ia satu tanda. but mcm mn kau menidakkan permasalahan y wujud dari kesilapan kau? heheheheh... isu berbangkit. bayangkan kau membuat kawanmu terguris atau dia sendiri terguris kerana kata2 dan sikap kamu. lalu dia diam. adakah itu tanda dia sudah matang? dn tidak marah akan kamu? sebeb dia paham ia hanya perkara kecil dan xperlu di perbesarkan. baik2 esok lusa kamu ulangi masa masalah yang sama pada orang sama. dan dia berbuat tindakan yang sama. dan kamu ulangi lagi. sampai dia bertindak lebih sikit. dan kamu baru sedar, ada masalah d situ.. namun kamu dengan penuh keyakinan membuat kesimpulan sendiri menutup kesalahan kamu dengan membangkitkan kesilapan yang pernah kawan mu lakuakn! bijak2...sangat bijak... lantang pula suara kamu membela diri kamu. sedangkan kawanmu hanya diam memandang dengan penuh perasaan. kalu dia buka mulutnya belum tentu kamu kamu mampu menundukkan kepalanya. lantang suara kamu membangkitkan segala kesimpulan hasil dari perbincangan kamu dengan iblis yang bersarang di benakmu. syabas! kau terkejut kala kawan yang duduk membina nasib bersama kamu sorang2 melangkah pergi....

kalian tahu apa kata2 nya
" kalian berkomplot memingggirkan ak! kalian semua sombong dengan diri kalian. sibuk dengan perasaan kalian. langsung abaikan aku! ak juga bisa menjadi seperti kalian! kalian pikir aku lemah tanpa kalian? akan aku buktikan ak juga ampuh tanpa kalian!"

lantang kamu tahu... di mata yang lain... dia lemah ternoda tersungkur dek mempertahankan tiang yang utuh! bangsat sungguh kata2 itu. berlakon dialah magsa. kami hanya pemangsa yang memusnahkan keindahan kehidupan orang. dan dengan lagak kamu datang bertegur dengan ak. apa kau harap ak akan berlembut dengan mu? tidak kawan. kekerasan kamu bagi xakan ak jamah kamu dengan sutera. kamu tidak ampuh untuk semua itu. benar orang yang baik akan memberi madu walaupon cuka menjadi balasan. aku masih bertatih ke situ. ak tidakkan biarkan kamu membuak2kan rase dendam dalam diri yang dah lama mute tanpa sebab. jangan kamu menjadi jelmaan setan menokah kesabaran ak. jangan kerana ego mu kau menarah bukit yang bukan milikmu. menjadi peneroka haram di halaman kehidupan orang lain. apa yang kau miliki bukan untuk kau megahkan.


Sori berbaur negetif nota dairi ak hari ini. jumaat sepatutnya ak sambut dengan senyuman dan keceriaan. cukup hari ini ak menjadi berang kerana perasaan tidak senang itu masih bersarang dalam diri ini. kau dengan lagakmu menegurku dengan senyuman.. kau pikir ak akan meraih tanganmu dengan senyuman indah? ketawa seperti melihat bunga mekar di waktu pagi? tidak kawan2... tidak... kamu buta dan pekak. tidak pernah kisah. kalau rasa sakit itu indah untuk merangsang benak kamu untuk paham. itu yang aku akan lakukan. seperti berkilo2 gula di lidahmu berat menuturkan salahmu. simpan lah salah mu selagi mampu selagi itu tuhan membuka hijapmu untuk peringatan manusia yang lain. kalau kamu peka dengan setiap kata2 lembut yang melayang di telingamu sejak dahulu, xakan kau menerima kata2 kesat dari org yang sama kiblatnya denganmu.

"kalau ego dan keras hati itu bajumu, itu juga makan kamu"

apa kaitan coklat dan kopi? coklat yang kelat memberi rangsang pada minda untuk bertenang. dan kopi memhambur bau hamis di benakmu. semuanya gelap hitam pahit dan kelat. tapi itu yang kadang2 menenagkan. ingat bukan semua mudah untuk di permudahkan. kadang ada payah walaupun sedikit. sombong kamu pada yang lain menjarakkan kamu dengan mereka. tahniah anda bejaya menjadi peneroka haram!

Sunday, July 6

Lost world of borneo -Sabah-

Salam and Good Day semua... hari ni dah masuk hari ke  kita berpuasa... aki seminggu b4 puasa berada di kota marudu sabah dalam menjalankan penyelidikan di sana... aki just bantu orang setelkan projek depa je.. sebab team yang buat keje ni aki yang cari... so far... aki jatuh cinta gila kat sana... orang2 sana baik2... kalau pegi makan kat sana... conform kenyang... sebab dia betul2 bagi kita makan ikot haga dan niat untuk bagi kita kenyang... aki ingat lagi masa kat serdang ni.. ada satu mak cik... aki panggil "mak cik rock" sebab dia memang rock... kedai dia kat satu deretan kedai makan yang kami panggil "padang"... nasik lemak dia... kalau aki boleh makan sampai tegahari lah... sedap pon sedap...

ingat dia kata " kita ni beniaga nak kaya tak jugak, orang datang kedai kita sebab dia lapa.. apa guna dtg kalau balik lapa... mesti balik nk kenyang pastu senang hati kan"

Here in sabah aki rasakan suasana yang sama,,, terutamanya di kawasan pinggir bandar... they so polite and humble community... lain dari yang di semenanjung... ada sedikit kelainan lah... aki kali kedua ke sabah dan kali ni... hampir sebahagian sabah aki dah pegi... one of the best data trip bila ke kawasan perkampungan nelayan... they are really humble and humble and kind.. seriously... siap kalau ada anak dara... siap nk promote kali... nasib time ak 3 dah jd bapak org... 2 org lagi ada gurglz kat keliling2... nakal2 siap ketam sepit... hahhaha... they are really welcoming people lah...

Aki suka bila 2 day last kat sabah.. aki berkesempatan ke penghujung Borneo dan satu kawasan agak terpencil... sebuah kampung nelayan marudu laut dan tip of borneo... ya allah.... cantik sungguh lag,,, serius ada sedikit mcm Danau Toba...



































..................................................................................................................

Bila lagi aki berkesempatan ke sini lagi... hope one day berpeluang ke sini lagi...



Wednesday, June 11

My Dairi: Debu-debu rindu

24 Mei 2006

Perginya 
Meninggalkan 1 pertanyaan
Kemungkinan atau kebetulan
Yang sememangnya tak terjangkau secara lahiriah
Lalu pencariannya bermula
Pencarian yang akhirnya membuahkan hasil
Namun,
Sukar menceritakan 
Sebuah sejarah kebenaran
Selalu berakhir dengan kehilangan.

***** maafkan aku sayang, aku tak berniat melukakan dan mematahkan semangatmu. Perjalanan aku masih jauh dan aku sangat mentah untuk menyahut selendang suteramu itu. Moga kau gagah melangkah membawa parut luka ini.

8 April 2006

"Bila sepasang mata menjadi hadiah, senyuman menjadi balasan dan perkenalan menjadi satu permulaan"

**** Dikala kejauhan, dikala lelah berlari dan rebah tersungkur mencari pendirian. Kau muncul dengan senyuman.

April 2008

Serindit kecapi terbang sekawan
Tasik Bera mengalir lesu
Walau jauh kau ku tinggalkan
Tenang alurmu mengamit rindu

Segugus rindu bawaku berlayar
Kasihku semat di dalam hati
Tekun adikku tekun belajar
Dihujung jalanmu abang menanti

**** "saya tahu mungkin terlambat untuk saya katakan saya sukakan awak, dan hari ini hari terakhir awak di sini. Saya tetap akan menanti awak di sini, teruskan perjuangan awak ke menara gading. Hanya ingatan dan doa mampu saya kirimkan pada awak. Saya tahu awak juga sayangkan saya, walaupun lidah kita tidak pernah mengungkapkan.. tapi mata kita tak akan menipu. Saya akan tetap menanti awak di sini."

28 November 2008

Hidup ini satu persingahan
Di daerah realiti dan fantasi
Hati ingin dakap pelangi
Bersiram dalam hujan warnanya
Di daerah hakikat dan mimpi
Hidup ini berselirat dengan garisan
Dari dua dunia berbeza
Dua hati yang sama
Belum cukup untuk menjadi satu titik
Menjadi garisan yang panjang
Penghargaan ikhlas untuk satu persinggahan
Antara kita
Mimpi sahaja yang betah
Menjadi medannya.

****"Maafakan saya, saya xmampu menyimpan janji saya. Saya terpaksa akur akan pilihan mereka. Awak kena kuat dan terus ke hadapan. Saya sentiasa doakan awak dapat yang lebih baik daripada saya. Tolong simpan cincin yang saya berikan, sampai suatu masa ada seorang adam yang akan menangalkan ia dari jarimu. Maafkan saya."

18 Oktober 2011

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Sepertimeraka yang punyai cinta
Diriku tanpa dirimu
Tak mungkin temui bahagia 
Diriku mahu kau tahu
Pedihnya kau tak terasa
Warkah ku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setia ku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku
Tapi ku melepaskanmu
Melangkahnya pun aku tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada....

***** Kadang-kadang ada benarnya ia satu kesilapan. Kesilapan yang tak berani untuk diperbetulkan dan diperjuangkan. Akhirnya bunga yang kau siram mekar lalu menanti kepulanganmu. Yang tinggal hanya dedaun yang kering dan bertaburan di tiup angin.

19 September 2013

"A thousands of stars in the sky, is not like the star in your eye"

6 November 2013

"Dua hati yang terpisah. Ditengahnya terselit sesuatu rasa yang dipanggil rindu" 

29 November 2013

She came into my life and made the living fine. She fills my heart.

29 November 2013

Terang bintang di langit malam, tetapi terang lagi bintang hati saya.

4 Desember 2013

"The past should give us hope"

11 Januari 2014

Kau adalah apa yang aku selalu tulis, dan aku adalah apa yang kau tak pernah baca.

****Persinggahan belum tentu menjadi satu permulaan sebuah cerita kehidupan. Kadang-kadang ia hanya debu-debu pasir yang terbang bebas di udara dan singgah. Lambat laun debu-debuan ini akan terbang juga. Itu juga debuan rindu, singgah di hati. Tak berjisim, tak berbentuk, tak mampu di pegang, tak mampu di lihat. Dan tiada siapa tahu bila ia akan berangkat terbang. 


11 Jun 2014/Malaysia/Selangor/15:27 p.m



Monday, February 17

Tetap Menantimu

Batam, indonesia, 15 febuari 2014, 15:40 p.m indonesia

Salam semua,,, lama aku hilang... kejap timbul kejap tengelam... sekarang aku di indonesia.. ade urusan rasmi di sini... well batam merupakan sebahagian daripada tanah indonesia, namun budaya di sini sudah banyak bercampur dengan budaya di malaysia... dan aku lebih senang dengan di situ berbanding tanah utama indonesia... hurm.... di sini tarikan pada barangan mereka yang agak murah.... banyak mall di setiap genap kawasan...aku bukan kaki shopping... so xdelah menepati citarasa aku ke sini... aku ke mari dengan sekumpulan penyelidik... salah seorang dari kami membentangkan kajiannya ke persidangan antara bangsa... kami cuma berjalan2 saja di sini... aku sendiri tak tahu dari mana aku harus mulakan... namun ada perasaan ingin tahu yang membuak2 dalam benakku membuatkan aku mengatur langkah untuk mencari jawapan. kekusutan di benak dan minda salah seorang penyelidik yang hadir bersamaku. dia lelaki. dari suatu masa aku memerhatikan tingkahnya... dia tersenyum, gembira... ketawa... namun pada pandanganku ada kekosongan di situ, ada pedih yang cuba di simpan ada beban yang di pikul. 

Dan yang membuat aku ingin bertanya akan tingkahnya yang agak boleh aku katakan manja. mungkin, aku suka mengusik dan aku juga sering di lebalkan sebagai bodyguard atau easy go person... mungkin pada mereka perwatakan aku seperti kaum adam. Namun aku tetap seorang wanita. Aku biarkan tingkah dan percakapannya, sampai satu masa... gurauku menjadikan dia leka. 

Dan akhirnya, aku bertanya... "kamu tak o.k kan?" dia hanya tersenyum... " knp kata mcm itu?"
"saya perhatikan dr awal, ada something missing there?" dia tersenyum... "mesti ada sapa2 bg tau ni kan?" dia mulai segan... dan setiap kali aku menyakat dia... dia akan kemerahan.... lantas aku bertanya terus "dia xada contact?" dia diam... rautnya berubah "tak. sejak dia pergi tiada kabar berita. walaupun ada di kirimkan berita melalui email, namun tidak berjawap. di pergi juga tak memberitahu apa2 padaku" aku diam... aku busy body ke? tak kot. aku tak mengorek cerita. dia terus berbicara "saya tahu saya ada buat silap, tapi itu bukan satu kesalahan... saya pasti itu bukan kesalahan. walaupun dia pergi begitu, dan berharap saya berubah. saya tak akan berubah sedikit pun, saya adalah saya. dan saya akan tunggu dia sehingga ada mengikat dia. bila dia balik saya nk jumpa dia, ada perkara yang saya perlu katakan." aku diam... aku renung mukanya... jauh anak matanya aku perhatikan... dia tersenyum kelat... aku merasakan apa yang dia katakan... bukan mainan... benar itu hatinya.. dia melarikan anak matanya.... walaupun cuba gagah membalas renunganku... seteguk teh limau di minumnya... "saya jaga dia sebaik mungkin, saya cuba ada setiap kali dia lemah, saya tak boleh tengok dia sedih atau menangis. saya tak mampu tengok, saya tahu kisah dia dahulu"............ aku diam dan biarkan dia berbicara... dia keluarkan telifon bimbitnya,,, "ni lagu yang saya simpan untuk dia... lagu kegemaran dia... saya nk bg lagu ni kat dia nanti" aku diam memerhati list lagu itu... "hati saya kuat untuk dia, dan tak akan berubah. nama dia ada dalam setiap doa saya, tak pernah terlupa selepas solat 5 kali solat saya akan ada nama dia dalam doa saya"... nadanya rendah... aku diam... tak tahu nak berkata apa... " dia selalu berhubung dengan awak ke?" aku tersenyum... "kadang2... kan saya penghubung antara dia dan malaysia" hurm,,,, "beberapa bulan nanti dia akan balik... " tiba2... chip datang ajak berangkat pulang... seraya dia bangun meninggalkan bangkunya..."saya masih boleh buat kerja walaupun dia tak ada di sini, tapi sebahagian dari diri saya hilang dan itu sangat menyakitkan". aku hanya mampu diam.. dan bisu.... kesian? mungkin aku kesian. aku cuma kagum di sini.... kagum akan ke sanggupan menyayangi dan menungggu... dan dia berpaling, "saya percaya ia mungkin satu kesilapan, tapi ia bukan satu kesalahan. dan itu pasti"........................


Boleh jadi jatuh cinta itu satu kesilapan, namun benar ia bukan satu kesalahan. Aku tak mampu mengaminkan doanya. Kerna kau tahu apa yang bermain di benak si dia. Namun aku mampu berdoa agar mereka menjumpai jalan yang terbaik dalam hal ini. namun yang buat aku kagum, perasaan itu. perasaan yang di inginkan oleh seorang wanita. perasaan itu juga yang aku mahukan. aku kagum disitu. dan persoalan yang sama bermain dalam fikiran aku. Adakah aku membawa kesan pada hati dan pemikiran DIA? adakah perasaan yang aku seperti pernah ada, hanya satu kesilapan? dan adakah itu juga satu kesalahan? dan adakah aku juga menantinya? menanti tanpa memberitahu yang kita sedang menanti? hurm,,, andai awak membaca, tolong berikan jawapan. aku tak mampu memberitahu perasaan aku di saat kau ada jauh di sana. ayuh tidur dulu... esok mulakan hidup untuk yang mendatang.

 

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah
Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

 -Aku tetap menantimu-

Sunday, January 12

Tentang Kita

Rentetan cerita tentang kita kata mereka 4 bulan tempoh lama untuk mengukur... hampir.. dan masih tiada jawapan... bingung memikirkan... susun langkah di atur... melakar sebuah cerita tanpa sebarang permulaan... kata aku.... "cinta itu tak bersyarat" dan kerna itu dia akan pergi mencari kepastian.. monolog hati bermula... 


Telah kuhebahkan
Rinduku yang lesu ini
Tertutup mastuli
Namun mustika
Cintaku terus membara

Walaupun tenggelam
Cinta yang dalam membeku
Di selendang arus
Namun mutia
Rinduku masih menyala

Biarkan tidak terlintas
Hasrat cinta tertutup ini
Untuk sorak dan isytihar di hatimu
Mungkin kerinduan
Belum kau peduli
Haruskah diuji? 

Namun pernah terkandas
Hasrat rindu tenggelam sepi
Mengumum dan merayu terhadapmu
Bukti kerinduan
Masihkah kau sangsi
Perlukah diuji? 



...............................................................................

Mungkin kerinduan ini masih tidak mampu menyapa hatinya
Mungkin kerinduan ini hanya lukisan yang hanya tergantung pada dinding rumahku
Mungkin kerinduan ini hanya ilusi minda separa sedarku
Mungkin ia sebuah imaginasi aku yang menyalah tafsirkan muntahan kata-kata
Ya itu satu kemungkinan
Baik 
Adakah ia perlu diuji?
Tempoh... andai satu jangka rasa itu ada...
Moga allah bukakan jalan untuk kau dan aku
Maafkan aku menganggu lena dan benakmu
Maafkan aku menganggu hari2mu
Maafkan aku atas segalanya
Aku akan berlalu pergi sementara waktu
Memasang cermin jernih di antara kehidupan kamu dan aku
Bukan kerna benci
Kerna sayang itu yang akan menjadi racun yang bisa untuk aku
Maafkan aku
Aku lepaskan kamu dengan kegirangan hidupmu
Tiada lagi kata-kata untuk kamu
Terima kasih kerana membuat aku 
Terasa ingin tersenyum
Walaupun aku tidak pasti
Adakah aku layak untuk senyuman itu
Salam.
 

Friday, January 10

Tentang Dia Part 2

Januari, 10, 2014 Jumaat menjelma lagi. Jumaat tahun baru, alhamdunillah aku masih bernafas, kalian juga masih bernafas syukur pada allah. Perjalanan aku minggu ini penuh dengan drama sebabak, alhamdunillah berkat berubat makin sihat namun di minta berubat betul2 berubat, katanya aku tak sihat. Hurm, ujian apa ini pula ya allah? makan aku o.k, minum o.k, tidur over o.k, perasaan@jiwa alhamdunillah makin o.k lepas mengambil ubat makin pulih semangat. Hurm, tak mengapa mungkin ada ujian yang aku tak duga, tak mengapa lepas balik kampung aku akan kembali ke pusat perubatan islam di seksyen 9 itu. Minggu ini aku di berikan beberapa peluang mungkin atau pilihan mungkin, peluang menyambung pengajian keperingkat PHD dalam bidang berbeza, peluang pekerjaan tetapi bidang berbeza, melayan kerenah orang2 dua di kampung, melayan kerenah keluarga di rumah. Hurm, sampai satu tahap, aku over dose punya stress. Sekeras mana pun kepalaku, sekuat mana pun hati ku, sekali di ledak dengan ujian allah tersungkur jua aku ke bumi. Namun alhamdunillah ada jalan penyelesaiannya. Tadi aku bersembang dengan teman akan cerita teman kami yang sanggup pergi ke kenduri perkahwinan insan yang dahulunya menjadi insan ke sayanganya. Dalam diam aku teringat cerita Tentang Dia. Kata Rin "Dia yang mencuri renungan dan senyuman ku suatu masa lalu........."

................................................................................................

Hampir setahun aku di sini, di bumi kelahiran ayahku, perak darul ridzuan. Setelah beberapa bulan aku bertapa dalam sangkar kolej ini, aku melayakkan diri untuk berada di dalam laluan pengajian matrik yang biasa. Selama setahun aku, berada di sana sebagai pelajar matrik dua tahun, yang rata-rata terdiri daripada bumiputera semuanya. Berbekalkan pointer 3.0 ke atas aku layak menyambung pembelajaran aku di sana untuk tahun. Bermulah episod aku sebagai pelajar yang bercampur dengan mereka2 yang terpilih dan bijaksana. Aku? tak sebijak mana, cukup makan. Setelah tamat sketsa aku dengan abg adib, aku gagah membawa diri di bumi asing itu. Aku buang kesedihan itu dengan menyibukkan urusan harian dengan pelbagai aktiviti. Almaklum hidup di alam separa kampus, siang malam adalah buku. Itulah tiket untuk aku masuk ke universiti. Keluarga? mereka ada di sana, berharap aku mampu menyara diriku dan mereka kelak. Hurm, aku jenis samseng ketika sekolah, perwatakan macam lelaki kononnya nk jadi tomboi, di sebabkan cara hidupku yang kasar dan jauh dari keluarga kandungku membuat aku menjadi begitu. Dalam ke separa perempuanan itu, ada juga perempuan yang jatuh hati dengan aku. Adoi? naik seram jugak aku dulu, dalam diam ada yang merenung, kdang2 ada saja barangan aku hilang. sampai satu masa, aku menerima surat layang yang menyatakan perasaan cinta nya itu. Well aku sekolah perempuan dulu, so hanya cikgu dan kerani saja yang lelaki, tomboi2 aku ak syok ngan cikgu aku sendiri. hahaha.... member pon sama main tepuk tangan urm,,, gaduh pulak ngan cikgu.. tak paham aku kadang2 perempuan ni.. dah tuhan bg pasangan laki dan perempuan pasai pa nk jugak pompuan... oke2.. back to life di matrik.....

So sebalik saja aku dari PLKN aku slow2... buang tabiat tomboi aku tu.. aku bukan suka pompuan, aku suka laki! buktinya abg adib couple ak... herm,,, aku rapat dengan seorang lecturer perempuan ni, dah arwah dah dia... first day aku di universiti, dia menghembuskan nafas terakhir dia. Husband nye, telifon kata keracunan hati, urm,,, dialah yang menjadi penyambung cerita cinta aku di matrik... alkisah bermula suatu hari.. ***************Time nk exam lecturer mula sibuk wat kuliah sampai lewat malam... alkisah aku yang suka menyanyi tak tentu hala masa tu... maklumlah nk exam kepala semua tak berap nk betul...Dalam ke keasyikan aku menikmati bingkai langit sambil handfon memutarkan lagu kerispatih "Lagu rindu" kalau aku tak silap, ni gara2 nak tunggu lecturer aku sampai... akon dalam bilik kuliah tu ya allah... sejuk amat! aku tak sedar ada sepasang mata memerhati aku mengelamun sambil menyanyi... seorang lecturer.. dari kuliah sebelah... seorang lecturer y aku mula2 jatuh hati masa mula2 datang ke matrik.. 

"amboi... lagu rindu untuk sape tu?" terkejut... hahah... "alamak... segannye.. cg. dengar ke?" 

aku tak pasti adakah itu cinta atau apa sebenarnya, tapi kisah kami bermula di sebuah cafe... satu perlanggaran... aku ingat lagi.. aku bertembung dengan seorang cikgu masa d cafe.. sebab aku nak cepat g kuliah... n cikgu tu pulak bercakap xpandang depan.. kami berlaga, note n ketas nota aku berterabur sama... aku hanya sempat kata mintak maaf saja.. gara2 nk kejar kuliah bio.. serius cikgu dia garang gile2.. cikgu tu laki.... seram masok kelas dia.. kalau lambat dia halau... masok2 kls cun2,, ngan masa dia.. aku selak la note2 y dah bercampur aduk.. sekali ada ketas2... note soalan math dlam note aku.. udah.. ni soalan sape pulak ni... note aku pulak ada y xde... hish2.. dah mcam dalam drama pulak dah... mn nk cr cikgu tadi ni... erm... aku xleh fokus.. xleh fokus... note xde.. takut kena soal kan nk jawab mcm ne... but nasib baik la.. xkena soal.. 
masalah2.. mn pulak nk cr cikgu ni.. nama pon tak tahu... adoi... ni ketas soalan student dia ni.. aku trus je balik hostel.. elok je mlm tu seorang warden a.k.a cikgu aku jugak.. tp kami rapat la.. ajak kuar g pasaraya beli barang2 dapo.. dia nk buat jamuan makan hujung minggu ni.. erm.. aku saja2 tanya dia... pasal lecturer y aku langgar.. but dia pon xsure... sebab ramaikan... erm.. xpe la.. t aku g la tgk kat cubicle math tu... kot2 terjumpa... tp kn tunggu isn depan la.. ari ni dah jumaat..... so... 

ari ahad aku n the geng sibuk2 menolong warden ni masak2.. wat jamuan makan2.. semperna hari raya... ok fine.. kami ni orang jauh.. so kalau baik2 ngan lecturer.. ada benefit gak la.. xde la bosan sangat kan.. macam2 juadah cikgu fizik aki buat.. dia pon gile masak gak... n sedap! aku suka gile kalau dia masak... macam kat umah pon ada jugak rasenye.. masa aku sibuk melayan tamu y datang... ada satu suara dr belakang..

"boleh isikan kuah mee kari utk saya?" aku menoleh... eh ni kan orang y aku langgar ari tu.. "boleh2... cikgu kan y saya langgar kat cafe ari tu...? sori xsengaja... ".. dia menghulurkan mangkuk mee dia, dan tersenyum.. "kejar ape ari tu sampai, pasang gear turbo?" adoi... "saya nk kejar kuliah.. saya dah lambat sangat, maafkan saya xsempat nk mintak maaf dgn cikgu"... "oh... ade ketas2 cikgu terselit dalam note saya.. n ketas saya rasenye ade jugak dlm note cikgu kan?" dia mengambil makanan dr tangan aku... "haah.. ada.. sy pon pelik, bila masa sy nye note ade gambar2... daun la... bulat sana bulat sini..." ceh... ni perli aku ke ape? tau la aku ni tangan kayu.. melukis tu... ish2... segan la nk bg orang tengok.. " tak pe la.. isn nanti datang ambik, sy kat cubicle math... "oook..." aku pon berlalu ke dapo... segan la pulak nk duduk depan tu... yelah semua lecturer ada kan.. kita ni student je...

sibuk2 dok kat dapo.. cikgu fizik aku nama cikgu huda.. dia dah meninggal masa hari ak masok ke U (28/6/2008).. cg huda suruh kami makan la kali.. "ei.. makan2.. jgn segan2.. wat mcam umah sendiri... k" aku masa tu tengah merebus spaghetti... tibe "masak ape lagi tu?"... punya la kita ni terkejut.. cikgu math tu ada kat belakang aku.. dia pon lebih kurang tinggi aku je... (golongan rendang2 kan).. "ei... ko , buat ape masok dapo ni.. g depan... amboi.. dapo untuk kaum hawa saja ye..." "ala uda.. aku nk tengok gak dapo ko ni, apa g bende sedap boleh makan... hahah".. sampai kemalam gak la kami dok mengemas... lebih kurang 10 mlam selesai kemas... sebelum balik ke bilik.. "cikgu uda.. nk ty sikit boleh?" "aaa... tanya2.. nak tanya pe?" "sape nama cikgu laki y masok dapo td?".. cikgu uda ni tersengeh lebar.. "kenapa? suke dia ke?" "ish cikgu ni.. sy terlanggar dia ari tu.."..." k.a"... oooo cikgu k.a... oke la.. tau dah nama// senang nk cr...

aku g ambik note aku.. bukak sem.. lecturer math aku sambung study.. so akan ada cikgu baru.. ganti.. sekali cikgu y aku langgar tu menjadi cikgu ganti... oh jem... jd cikgu tutor aku pulak dah.. ada beberapa event y aku terlibat dengan cg nuar... kadang2 kalau cg uda ajak kuar makan or jenjalan/// ada jugak lecturer lain akan kuar sama.. kadang2 cg math tu ada sama... lama2 kami jadi  rapat... rapat sebagai guru n student.. tapi ada je mata y pandang lain macam... aku sendiri xpasti, apa perasaan aku pada dia... kadang2 aku risau kalau xnampak kelibat dia walau sehari... kadang2 aku jadi pendiam n senyap bila ada dengan dia... 

ada satu trip kami ke cameron... aku ingat lagi.. masa tu kami berjalan2 waktu malam kat tanah rata... aku termasok la sebuah kedai cenderamata ni... dia jual mcam2.. aku bekenan tengok cincin... tiruan punya.. xsampai berpuluh2 pon harga dia.. . suke dah nk beli.. dah try dah kat jari... tapi money xcukup ms tu.. yelah.. mau beli bende lain lagi... makan lagi... "tak jadi beli?" "tak la.. xcukup duit"... aku terus keluar dr kedai tu... pastu kami g la makan... best borak2 ngan orang dah keje ni... xde bende y diaorang risau... cerita kehidupan masa diorang study kat universiti... wah bestnye... sampai lupa pasl cincin td.. masa lewat dah nk kol 12 mlm br balik hotel.. "...erm.. jap2... " tibe cg anuar panggil.. "nape?" aku dah mamai2 masa tu... letih kot seharian bejalan2... dia hulurkan aki sebuah ketas yang berlipat kecil.."ape ni?" "untuk kamu, selamat malam, salammualaikum"... dia bla macam tu je masok bilik dia... aku selak2 la apa dalam ketas tu.. rupe2nya cincin y aku tengok td... nk kata hapi ke, terkejut ke, blur ke.. semua ada.. 

"kenapa cg bg sy cincin ni? mahal la.. sy xde duit nk ganti balik ni"... time tu kami sibuk mau naik bus balik ke matrik dah... "sy xsuruh bayar.. tp suruh awak pakai.. xsusahkan?".. "memag la xsusah.. tp hati sy susah.. duit org ni..."... "kalau awak sayang cincin tu awak pakai k... jgn tanya lagi" aki simpan lagi cincin tu.. n masih pakai sampai sekarang... kami makin rapat... sampai aku ada satu rasa y lebih dr seorang guru... 

"senang hati nampak nyanyi2 ni" cg nuar terus meletakkan beg dia atas meje n bediri tepi aki... "apa y awak cr kat langit tu... tenung mcm nk mkn org je"... aku tersenyum... "xlama lagi sy nk kuar dr sini... masok u... dulu masa sy rindu mama... mama selalu kata.. kalau kita rindu orang.. kita tengok bintang"... "kenapa mesti tengok bintang?"... "mama kata sebab, mungkin orang y kita rindu tu pon tengah tengok bintang jugak, cahaya bintang tu memantulkan rasa rindu kita kat orang y kita rindu tu..." ................... "betul ke? awak percya ke?".......... "mama kata.. kalau kita percaya, ia akan jadi kenyataan..."....... "so sekarang org y awak rindu pon tengah tengok bintang jugak ke?"............... "erm... mungkin... kadang2... ada perkara y kita tak mampu bg tau dengan pekataan... kadang2.. kita perlu percaya... saya percaya orang y saya rindu melihat bintang ni jugak... n dia dapat rasa sy rindu dia"..... "boleh saya sape y awk rindu?"........ aku hanya tersenyum... dan pelahan2 ke dewan kuliah.. "saya merindu orang y merindui saya.. tapi sy tak tahu siapa dia... mungkin bintang tahu siapa y saya rindu".......dia tersenyum...

pada hari aku keluar dr matrik... sebak xyah cerita... nak berpisah dengan kawan2.. pensyarah.. walaupun bukan bertahun kenal tapi hubungan baik buat kami rasa hiba nk berpisah... dan dia juga menyebabkan aku seribu kali sebak untuk meninggalkan tempat aku menimba ilmu ini...  dia datang jumpa aku lepas ujian metsi, ujian kelayakan pertama kalau mahu mohon pendidikan..... "saya ada hadiah untuk awak... janji jgn bukak selagi tak kuar dr pintu matrik ni.."... "lepas ni, awak akan masuk u.. study rajin2.. ingat... awak dah melangkah ke dunia baru... alam dewasa... banyak dugaan untuk awak".... "apa2 hal... saya ada kat sini membantu... mcam awak kata.. kalu awak rindu kami... awk tengok lah bintang... mungkin saya juga akan melihat bintang y sama.. all the best...".........................

sebaik saja melangkah keluar dr pagar matrik... berjujuran air mata aku jatuh... ye aku yakin.. aku sayang akan insan ini... walaupun ketika itu seakan2 aku masih mentah untuk semua rasa ini.. tapi ia hadir masa kami memalingkan muka kami... aku bukak box hadiah tu... dalam tu ada sepasang kura2 y ada magnet... aku selalu main kura2 ni atas meja dia... ada sebuah piramid kaca.. penanda buku... sebuah mp3 dan sebuah pen drive.. aku dengar mp3 tu... hanya satu lagu je dalam tu... kerispatih "lagu rindu".. berjujur air mata aku masa tu... mama diam je.. dia fikir aku sedih nk tinggalka matrik dan kawan kot.. apa bila sampai d rumah aku bukak pendrive tu... aku tengok ada banyak gambar... time kami keluar ramai2.. time dalam kelas... time keramaian... time exam... aku sendiri xsedar bila gambar ni d ambil.. ada sebuah folder tajuk "bintang" aku buka ada satu file word... 

"salam, saya tahu bila awak baca note ni, awak dah jauh dari saya... mungkin terlewat buat saya untuk memberi tahu awak... y saya sayangkan awk.. saya keliru.. kerana usia awak dan saya berbeza... tetapi ada sesuatu dalam diri awak y buat saya tertarik... saya ingat lagi saat awak langgar saya... dalam kepala saya masa tu "budak ni, kasar betul... sapa nk kawin ngan orang macm ni" namun awak, buat saya sedar...kekasaran itu hanya sebagai kulit keras melindung kelembutan di dalam diri... sama la macam kura2 y saya bagi pada awak.. mungkin terlambat jua buat saya untuk memberi tahu awak... y saya rindu dengan awak, kalau awak tak jumpa saya... walupun awak selalu datang untuk bertanya soalan itu dah cukup menawar hati saya... awak selalu kata.. kalau kita rindu kan seseorang, kita tengoklah bintang... mungkin orang y kita rindu sama melihat bintang juga... pada mulanye saya rase lawak dan pelik,,, yelah awak ni kadang2 pelik.. cara pemikiran awak... tapi ia menarik hati saya... buat masa ini, biarlah jarak menjauhkan kita... awak masih ada perjalanan y jauh sebelum menjadi dewasa... cuma saya berharap awak xabaikan keutamaan awak dalam hidup... insyaallah... saya doakan awak dan kejayaan awak... mungkin awak tertanya2... lagi satu saya nk mintak maaf.. saya simpan novel yang awak tertinggal dalam cubicle saya.. saya simpan novel ni... sebagai ganti saya beri 2 ekor kura2 magnet saya tu... dulu saya pernah kata baca novel ni buang masa saja... tapi kini saya suka baca novel ini... novel yang awak tercicir... saya suka ending novel ni... walaupun ia ayat dari novel... tapi benar dari hati saya...."

Serindit kecapi terbang sekawan
tasik bera mengalir lesu
walau jauh kau kutinggalkan
tenang alurmu mengamit rindu

segugus rindu bawa ku belayar
kasih ku semat di dalam hati
tekun adik ku tekun belajar
di hujung jalanmu abang menanti

salam tulus ikhlas....

k.a
masa tu tuhan saja yang tahu ape perasaan aku.... sebak... sedih... aku memiliki kebahagian dalam tak sedar... ya allah... lagu rindu aku putar sebelum tido... lagu yang membawa seribu erti pada diri aku... ye aku masih mentah pada masa itu namun aku mampu menilai... kini aku telah berada di dalam universiti... dan cikgu anuar masih di sana.. cuma jodoh kami xkesampaian... dia bertemu jodoh atas pilihan keluarga.. aku sedih dan sedikit terkilan... dia email menyatakan kemaafan... dia tiada pilihan... dia mohon aku reda... dan memohon maaf atas segalanya2... satu saja y dia pinta agar aku terus memakai cincin pemberiannya.. sampai suatu masa ada seorang lelaki yang benar menyayangi aku menangalkannya dan mengantikan dengan y baru... sampai kini aku masih lagi melihat bintang dan cincin ini tetap di jari ku... mungkin aku masih belum bejumpa putera idamam... mungkin aku akan terus melihat bintang d waktu malam....Dan bermulah pencarian dan episod Tentang Dia yang mencari keserdahanan dalam kehidupannya... 

************************* bersambung