Monday, September 5

why did i fall in love with you?






Why'd you leave?
Thought you'd be here by my side but endings always change
Thought the love between us would remain the same
But I predicted wrong
Your love has come and gone

I should have showed you every day
My love would never fade

Why oh why?
Don't you realize what you had before it walks away
Why'd you sit here and watch not asking him to stay
You let him disappear
But the answers were so clear

Every day I wish that you were here
Just to feel your touch and know you're near
You were my relief when things in my life took another wrong turn
Every day we'd meet outside my house
And every day you'd clear up all my doubts
I wish those days would last forever, be together, just you and I

But now you've left me all alone
All out here on my own

Why'd you leave?
Thought you'd be here by my side but endings always change
Thought the love between us would remain the same
But I predicted wrong
Your love has come and gone

Always wearing my heart on my sleeve
Happier this way is what I believed
Took a lot of strength to let you go, and I thought that you should know
Now I feel that love has left my life
'Cause I'll never have you by my side
People may tell lies but true love is a feeling no one can deny

Oh why'd you leave?
Thought you'd be here by my side but endings always change
Thought the love between us would remain the same
But I predicted wrong
Your love has come and gone

Why oh why?
Don't you realize what you had before it walks away
Why'd you sit here and watch not asking him to stay
You let him disappear
But the answers were so clear

Say goodbye
Gotta let you go and tell myself that this is real
Gotta let go of the hurt that my heart only feels

I'll save the space down in my heart
For one who fits the part

But I'll never forget you

yang indah hanya hiasan kata



Cinta… tah berapa kali aki nk bersembang pasal mende ni… PEMBUNUH SENYAP  NO SATU DALAM DUNIA… sah2.. mana2 je ade manusia… mesti akan terjumpa pembunuh berdarah putih dan dingin ini…
Modus operandi: Mengkipnap dan mungkin juga mencederakan mana2 hati yang kosong dan longgar. Kadang2 ia memberi keindahan dunia dan akhirat sekiranya berjumpa PEMBUNUH YANG BERHATI MIHSALI!

Jenis serangan: Mata, Sifat2 peribadi, Budi, Kecantikan, Kehemseman, Kebaikan… n bla..bla…

Musuh: Adat, Keluarga, Pesaing(ahli2 club y lain).

 “C.I.N.T.A seringkali sangat indah..cinta yang tulus akan buat kita bahagia.. cemburu pula adalah racun yang terkadang mengungkap rasa tak percaya pada yang di cintai.. makanya mengenali hati sang di cinta sangat perlu dan jangan sekali2 sengaja buat hati yang di cintai itu terkecewa .. Org bilang lautan mana yang tak bergelora ..begitu la resam dlm cinta..yang penting jangan sekali2 ada niat untuk menang sendiri . maafkan dan minta la kemaafan .. Cinta itu hempedu..lukanya bagi yang di tinggal.. darahnya cumalah tangisanmu..sesalan itu adalah beban.. dan andai semuanya harus terjadi maka adakah ia sebuah takdir? Seringkali perkataan MENGAPA akan berlegar di benak masing2…”

KEJAM? ZALIM? XBERHATI PERUT? KECEWA? HAMPA? Semua sekutu mangsa2 yang terperangkap dengan PEMBUNUH  INI! Salah mereka ke? Atau salah si pembunuh? Pembunuh yang membunuh mangsanya.. namun si mangsa xmati… namun sedikit merana (mungkin)..

“mungkin yang terbaik untuk kita, bukan untuk dimiliki. Tetapi hanya untuk dipinjaman”

The worse thing in life when you hidup dalam keadaan yang di atas… really hate it! Aki sendiri kadang2 terfikir.. kenapa ye… bila kite jujur.. percayakan dia.. baik dengan dia,,,, tetapi si dia tergamak mengambil kesempatan? Sedikit pun tak terdetik di hati mereka, akan rasa belas kasihan? Ya allah!!!!!!!!!!!! Kenapa manusia memiliki sifat seperti itu? Kenapa kejadian kita perlu melalui keadaan demikian? Kau! Kau yang membaca.. pernah ke kau melakukan nya? Mengkhianati org yang mempercayakan dirimu? Membohongi insan lain demi kesenangan atau kegembiraan kau? Sekiranya YA.. kenapa? Mengapa? SANGGUP KAU… calarkan anugerah yang di takdirkan oleh allah untuk kau nikmati??????

Putus asa… give up… just let go… redha.. semua ayat2 yang akan terkeluar bersama air mata si insan yang terkeliru… tersalah arah… tersilap bicara dan langkah… tersalah atur cara…. Sayang sekali adanya manusia sebegini dalam kehidupan…

Bagi aki lah, aki lebih rela xmempunyai hubungan atau mengenali orang sedimikian… biar aki hidup sendiri dari di calar… aki benci sekalian manusia sebegini serta sekutunya…

sekiranya aki si mangsa… jauh dari sudut hati aki akan berkata (jujur dr hati)…
[dengan nama ALLAH….  “usah kau berkata2 maaf dengan aku, kerana tiada maaf  buat kau dari aku, pintalah maaf dari yang ESA… kerana apabila kau berkata2 JANJI dengan ku.. kau juga berkata2 JANJI denganNYA.. walaupun hatiku mati untuk memberi kemaafan.. namun nyata DIA lebih berKUASA dari aku.. namun jangan kau lupa.. ALLAH takkan mensia2kan insan yang terluka dan teraniya…”]

oppp… sori… kalau post aki ni agak membosankan, rase kekecewaan dari sebuah kisah.. buat aki menulis dan mengukir kata2 KEJAM…

“apabila si hati mati, ia bukan kerana iman nya.. tetapi kerana rasa keinsanan yang telah rapuh dan reput di dalam sanubarinya. Jangan kau pinta, aku berkata2 sebagai insan lagi.. kerana tiada lagi kata2 insan dalam diri ini setelah kau bunuh dengan kata2 harapan, namun sayangnya harapan itu hanya hiasan semata2 di hujung kata”.



madah berhelah~~ bukan....


Ting... tong... (mood lagu : Mithali cintaku-utopia)... dah lama aki xdengar lagu ni... lagu ni buat hati aki runtun a.k.a sad... serius la.. kalau korang suke sape2 jgn la buat2.. lagu tema untuk saat2 indah pertemuan korang tu.. kalau hapi ending,,, ok la,,, kalau ending yang xending macam aki... parah2...

Hahaahha... susah ke kita nak menyukai seseorang dan menyayangi mereka??? Antara suka dan sayang mana yang hadir dahulu??? Boleh ke kita menyayangi orang yang kita xsuka??

Aki keep putar2 lagu ni banyak kali.. sampai suatu ketika hati aki rasa sebak or kosong.. sedih.. ni lagu tema aki.. lagu d saat aki menyayangi orang yang aki xpernah kenal dan suka.. wujud secara tibe2,,, di saat aki betul2 perlukan orang untuk membantu aki utk bangun... huhuh kadang2 aki rasa pertemuan kami satu kesilapan.. kesilapan yang sangat besar...

Pertama kali aki benar menyayangi seorang insan yang buat hati aki pedih sangat2 bila d perlakukan begini... baru aki sedar.. bagaimana rasanye apabila sayang yang di persiakan.. cinta yang d permainkan... rasa sangat2 teruk... rasa sangat2 bodoh.. baru aki tau knp ada segelintir manusia sanggup bunuh diri sebab cinta buta mereka.. dan baru aki tahu perasaan mama aki.. bila ayah aki sia2kan kehidupan dan kasih sayang yang kami beri.

Pernah aki seketika.. aki benci KAUM LELAKI! Kejam! Xberhati perut! Semudah2nye mereka mempermainkan perasaan perempuan yang menyayangi mereka.. MURAH SANGAT KE PERASAAN KAUM HAWA INI? Sehingga boleh di lontar2 kemana2 saja?? Hahahah... antara wanita dan lelaki.. wanita lagi mudah mendermakan air mata mereka dari lelaki.. kerana jiwe mereka lebih mudah terusik.

Aki bukan menyalahkan lelaki je... time emosi xterkawal masa tu... SYAITAN pon dok terloncat2 menghasut... but reality.. ada juga wanita yang mempersiakan cinta seorang lelaki.. mcm kisah kawan aki.. sayang gilee2 kat gurlz2 ni.. tapi gurlz2 ni tau y member aki syok gile kat die.. but hati xterbukak kat member aki kot... ada y telah menyunting hati terlebih dahulu.. kesian kawan aki... bg aki la.. dia mangsa korban “ANTARA KAWAN DAN SAYANG”. Payah2...

Aki hilang kepercayaan... dan akan hilang buat satu jangka masa yang panjang.. kebodohan diri memakan jiwe... padan dengan muka sendiri.. ahhaha... mungkin ini dugaan bagi aki dan mereka yang terbabit... aki amat2 berharap insan tu boleh baca apa yang aki penah tulis kat blog ni.. namun mustahil la... aki ternanti2 kisah sebenar di sebalik drama yang diputarnya... namun seketika aki tersedar.. “ reality xseindah fantasi, namun fantasi lebih menyakitkan dari realiti”..
Huhuhuh... aki membebel apa tah malam ni. Malam raya lak tu.. ya allah.. ni lah bila hati berbunyi.. terasa luka dulu terusik kembali.. terasa benci bercampur rindu... entah la.. taip2 dalam xperia ni... terciptalah kata2 keramat yang telah tercalar...



Mungkin sayang ini milik aku
Tetapi bukan untuk kau miliki
Tetapi sayang ku untuk di hargai bukan dimiliki
Mungkin luka ini milik aku
Tetapi bukan untuk kau ubati
Tetapi lukaku kerana tajamnya hatimu
Mungkin yang indah pernah aku miliki
Tetapi bukan untuk ku kongsi
Tetapiseindah anugerah akhirnya menjerut kisah kau dan aku
Mungkin pandangan ku hanya aku
Tetapi bukan untuk kau perduli
Tetapi pandangan ini lah yang berakhir dengan sebutir permata jernih
Yang tiada berpenghuni
Laksana perahu hanyut namun xsinggah ke pelabuhan

Hakikat dari sebuah penceritaan.. lazimnya hanya untuk hiburan,,, membahagiakan jiwa2 manusia di atas kesedihan manusia lain,,, hebat nya manusia yang tercipta... mampukah kita tersenyum apabila mata bertemu permatanya,,, bibir bertemu senyumnya... hati berlagu pedih.. mampu melakar senyuman di wajah insan lain... kuatnya hati manusia..

insan2... aku merayu... rayuan aku atas dasar keperitan hati mereka... bukan pengaruh kepedihan sendiri namun dengarkan pesan aki::::

“ jangan sesekali kau sentuh hati mereka sekiranya bukan untuk kau miliki, jangan kau gegar batas kesabaran mereka sekiranya bukan untuk kau bimbing, jangan sesekali kau ungkapkan kata2 hikmah, sekiranya kau sendiri xpasti apa yang pasti.. biarkan... biarkan ia di situ menunggu masanya tiba... sama ada insan yang layak menjemputnya.. atau PEMILIK SEMUA JIWA ... menjemputnya pulang......” 

********** xde kaitan ngan yang mati... semua hidup g.. saja borak2.. bermadah sikit2... kasi hati yang pilu tenang sikit.. hope aki dapat sebuah jawapan... bukan sebuah pernantian dalam satu permainan... ini bukan madah berhelah... tetapi madah berselirat dengan makna tersirat dari sebuah kisah yang tersurat.. bye!

versi raye!

Salam... 2 minggu aki ilang dari teratak... huhuhu,, balik kampong kan,,, alhamdunilah... pose pon dah setel... raye pon dah setel... lemang dan rendang pon dah setel... raya tahun ni aki rase gembira dan ada jugak sedih sedikit .. yang rase gembira,, bukan sebarang gembira.. tetapi gembira bermakna... huhuhuh... sedih bukan sekadar sedih.. tetapi sedih yang menginsafi.... why2?????

Perkara yang mengembirakan:

1. Tahun ni tahun pengajian terakhir dan aki bakal bergelar graduat pada bulan 10 ni..

2. Tahun ni jugak aki bakal melangkah satu tingkat lagi ke pengajian y lebih tinggi,,, (amin pemohonan dah diluluskan... bakal memulakan nya pada tanggal 12 sept 2011 ni... insyallah,, akan aki usaha sekuat2nye,,, sampai berjaya.. amin ya allah!!!!)

3. Tahun ni tahun yang banyak dugaan... yang banyak buat aki mengalirkan ayak mata,,, membuat aki hilang deria rasa ke 6.. yang buat aki lagi matang.. yang buat aki mengerti banyak mende... what woos that????

                - projek degree aki yang  menyiksa jiwe.. zahir dan batin!
                - bergelut masalah dalaman antara beberapa manusia
                - exam2....
                - menyayangi orang yang belum tentu menyayangi kita
                - i’m lost my trust.. (tah mn aki letak,, lupa dah.. huhu)
                - tak mampu mengengam sebuah permata di hujung mata
                - money2....
                - pepisahan
                - macam2 g la.... 

4. macam2 la, aki dah lupe dah.. ada yang indah untuk di ingat... ada yang pahit untuk disimpan.. entah la... aki pon xpasti.... sejauh mana aki mampu melangkah... adakah langkah aki akan tamat pada saat ni?? Aki sendiri xpasti... 

5. Pada tahun ini jugak TERATAK USANG wujud... inspirasi dari seorang lecturer.. yang suka menulis buku... membuat hati dan jari aki sama2 bekerja menghasilkan TERATAK USANG.... walaupun ia xse gah seperti homepage yang lain... namun ia mampu membuat aki tersenyum... mungkin juga anda tersenyum apabila lalu di teratak aki,,,

Perkara yang menyedihkan:

1. setahun sekali raya... mean,,, setahun sekali berkumpul ramai2... saudara mara,,,, Ya allah,,, aki terkesima sangat2 raya tahun ni... saudara2 aki semua yang pangkat pak cik2 n makcik2 aki dah melangkah ke alam tua,,,, Nampak sangat perubahan fizikal mereka,,,, sampai ada yang aki xcam dah muka... saudara2 or sepupu2.. or adik aki sendiri makin dewasa... makin besar panjang,... subhanallah.................. mengucap panjang aki.... cepatnya masa berlalu,,,, mereka di telan masa sehingga kita xsedar... kita makin berubah dari satu fasa.. ke fasa yang lain... ia buat aki takut akan perubahan ini.... perubahan yang mengubah keindahan dahulu... makin kita dewasa... makin banyak yang kita hilang... ya allah.... aki masih xbersedia untuk menhadapinya,,,, dengan kesibukan dunia kita lupa akan perkara itu,,,, kita lupa akan USIA kita sendiri.... sayu aki memandang setiap saudara mara aki,,,, moga mereka mendapat rahmat dr yang ESA.... anda  juga mesti mengalaminya jugak kan.....

2.  .  like aki pernah kate dahulu... apabila septmbr kembali.. aki akan bergelut dengan cabaran baru... erm,,, cuba secuba yang mampu... melepaskan segala yang bukan milik aki... dan memulakan dengan yang baru... aki benar2 berharap... aki dapat melupakan segala anasir2... dari dalam mahupun luar,, yang mengongcang tali jantung aki... menebuk tempayang ayak mata aki... “pergilah.... tolong lah pergi dari minda... hati... telinga... mahupun pandangan aki... tempat kau  bukan di sini dengan aku... aku izinkan kau pergi... dan usah kau kembali sekiranya untuk menyakitkan sekalian yang ada dengan diri aku”..... (i’m serious with this word!)

 3. pertembungan dengan saudara2 buat aki... rase tercabar n seedy sikit,,, melihat mereka yang telah berpasang2.... ada yang dah berkerjaya,,,,  ada yang dah berkeluarga,,,, indahnya,,,, rase suasana kekeluargaan,, ada bb,,, ada hubby,,, raya bersama2... punya rasa tanggungjawab.... hahaah.. aki jujur,,, aki jeloz sebenarnya,,,, huhuhu la ni kite ni terkial2 mencari rezeki.... lagi terkial2 mencari putera hati.... kita bukan cantik nk menharapkan jejaka yang hemsem.... kita bukan mewah... nak mengharapkan intaian orang berada... kita sederhana seadanya ciptaan NYA.... acap kali,,, aki pujuk hati bila si JELOZ mengusik hati.. 

[“sabar ye mata... belum tiba masa untuk kau diredupkan dengan pandangan seorang lelaki yang benar2 jujur dengan pandangannya...”

“sabar ye akal... belumtiba masa untuk kau kusutkan benakmu, memikirkan diri seorang lelaki yang menberi kebenaran untuk kau memikirkan akan dirinya...”

N yang penting! 

“Sabar ye si hati.... belum masa untuk kau menyayangi, merindui, dan mengasihi seorang lelaki yang sanggup menerima dirimu dan membimbing dirimu,,,”

“sabarlah diri ku... akan tiba masanya nanti.... yakin kan janji tuhan...”]

“CINTAKU DAN HATIKU BUKAN UNTUK DIMILIKI, NAMUN  IA UNTUK DIHARGAI DAN DIJAGA. SUPAYA IA MAMPU MENGIMARAHKAN SEBUAH MASJID YANG DIBINA DAN MENJADI PENYERI KETIKA DI SYURGA... AMIN.....” 

(ni bukan ciplak2 nye ayat k... tulus dr hati nurani aki sendiri.. takut kecewa buat kali kedua,,,,)

Finally, September yang tiba dengan cabaran,,, aki sahut dengan senyuman.. walau jauh di sudut hati parut yang lama masih belum pudar tone warnanya... but life must go on!! To all blogger... dari Malaysia... over sea....  jauh kat mana2 pon anda... aki ucapkan selamat hari raya n maaf sekirannya... sepanjang anda membaca mana2 post aki.. anda terasa hati... maaf sekiranye ada post milik bolgger2 lain aki tercopy untuk di gantung kat dinding teratak ni... xde niat nk mencuri... Cuma nk mengkongsi ilmu bersama,,,  sekian... wasalam.