Monday, October 3

12 Sifat Aku si sahabat




1.        Jika engkau berbuat bakti kepadanku, aku akan melindungimu.

2.        Jika engkau rapatkan persahabatan denganku, aku akan membalas baik persahabatanmu itu.

3.        Jika engkau perlukan pertolongan daripadan berupa wang dan sebagainya aku akan cuba membantumu.

4.        Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanku, aku akan menerima dengan baik.

5.        Jika aku mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, aku akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6.        Jika aku melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, aku akan menutupnya.

7.        Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanku, aku akan sedaya upaya cuba mengusahakannya.

8.        Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), aku akan menanyakan kesusahanmu.

9.        Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, aku akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10.    Jika engkau berkata kepadanku, nescaya aku akan membenarkanmu.

11.    Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya aku akan membantumu.

12.    Jika kita berdua berselisih faham, nescaya aku lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

***** itulah prinsip aku si kawan dan sahabatmu... kerana kau antara permata yang indah aku terjumpa nun jauh di sana... kerna aku sahabat dan kawanmu...