Showing posts with label bicara singkat. Show all posts
Showing posts with label bicara singkat. Show all posts

Friday, June 22

sayang milik perpisahan

22/jun/2012-23:04 p.m-jumaat-serdang-malaysia

salam,,,, lama aki tak bercerita apa2... busy ngan jawatan baru... still d tempat lama,,, cuma beralih angin buat sementara waktu... erm,,, malam yang suram tanpa bintang... genap lima tahun aki berada d sini,,, sentiasa setia bersama menara gading... apa y nak buat aki menulis hari ni kerana mereka.. dia... dan aki di masa silam.. sejenak aki terfikir tadi ketika menunggu bus...

xlama lagi bulan 7.. aki akan kehilangan beberapa org y aki rapat dan sayang... mereka berubah arah... meniti hidup masing... perkenalan y singkat... ada y lama... buat aki sayang akan mereka... tibe 2 aki rase sebak... sedih.... ada antara mereka xlupa siapa aki... sedangkan aki bukan selalu wujud d keliling mereka.. but ada sesuatu y membuat aki ada dalam benak mereka..

 sekarang aki memegang jawatan pembantu tadbir bahagian hal ehwal pelajar buat tempoh 4 bulan... aki memangku tugas org... kirenya aki as org baru terpaksa mengbiasakan diri dengan persekitaran baru... alhamdunillah.. semua berjalan lancar... berkat doa si ibu tu dan keluarga...

semalam aki ada berbual dengan salah seorang pelajar jagaan aki.. bila mereka dapat tau aki hanya sementara d sini.. depa seem sedih la.. but xtau la sedih ikhlas or wat... but ada sorang tu berkata2 pada aki... " kau walaupon baru tapi budak senang ngan kau, jgn jadi macam org sebelum ko... dia bla pon xde org kisah.. cara kau buat orang akan ingat kau ni sape... org akan sebut2 nama kau..."

tadi aki teringat kata2 budak tu... "sesuatu y buat org ingat siapa kita" berusaha menjadi y terbaik xmemberi apa2 sekiranya kita hanya mahu diri d ingati... tetapi memberi dengan tiada harapan lebih bermakna kerna ia akan hadir pada diri org lain erti penghargaan walaupon kita xpernah melintaskan ia dalam fikiran...

aki kadang2 leka... leka dengan persekitaran.... masa2 yang ada... aki sia2kan .... aki abaikan orang d sekeliling aki... sedangkan mereka hanya singgah dalam kamus hidup aki... akan sampai masa mereka berlalu pergi tanpa aki sedari... sedih... aki sangat sedih... kadang2 org y kita sayang antara orang y kita abaikan... orang y kita selalu terleka.. masa xakan beku d situ... dan xda y mampu d miliki yang akan kekal abadi... itulah erti perpisahan....

entah la.... bisu aki termenung di muka tingkap... termenung melihat kereta y sibuk berlalu... lampu jalan y oren dalam kegelapan... angin y lalu.... dada langit y kosong.... buat hati aku jua kosong.... ya allah... aki tergolong dalam org y leka... orang yang lalai... mengabaikan masa yang ada... mensia2kan setiap peristiwa yang berlalu...

kini aki termenung... berteman sungai d hujung mata... merenung langit... berharap... dapat melihat kedipan bintang yang menjauh... blogger... hargai org y korang sayang... jgn dah tidak kelihatan baru termenung... mengharap berlaku keajaiban... namun hakikat ia sukar berlaku...

Pen off. 

Sunday, February 26

Usang diri tanpa cinta


Usang diri tanpa cinta?

27/2/2012-isnin-2.25 a.m-malaysia-

Salam blogger… lama aki meninggalkan teratak usang, hanya sekali dua lalu di sini melihat siapa y sudi singgah d rumah usang aki ni. Aki seminggu hilang meninggalkan Malaysia ke Negara jiran, Indonesia… lebih jitu aki singgah ke universitas sumedra utara d Bandar medan sebelum bergerak ke danau toba. Melihat tempat orang mengajar aki erti perngorbanan dan perngertian yang amat mendalam. Betapa bersyukurnya aki di lahirkan menjadi anak Malaysia, betapa aki bersyukur dengan kepimpinan pemerintah kita dalam mengekalkan keindahan dan keselesaan serta membangunkan Negara ini d mata dunia. Nantilah aki akan mengupas cerita “langkah2 longlai aku di medan”.

 Hari ini aki ingin berbicara tentang cinta dan diri kita. Sebaik aki pulang dari medan, aki di landa beberapa dilema dan masalah y xd undang, ye lah sape suka masalah kan… tapi aki dalam proses membiasakan diri dengan “reda” dan “sabar” walau ia hanya mudah untuk d utarakan namun agak payah utk d zahirkan. Aki jua mempunya baucar buku 200 rm.. buku y akin k beli xde pulak, out of stok… last2 aki beli buku tah ape2… tp bukan novel la,, ak beli buku DR. HM TUAH, aki suka beli buku terbitan beliau… serasanya aki ada 4 buah buku karangan beliau.. pengisian y sesuai untuk diri aki… kadang2 ia membuat aki terfikir dan idea menulis…. Aki tertarik dengan pengisian membina rasa cinta.

Suatu ketika, dua orang teman aki (lelaki) bertanya pada aki sewaktu kami menunggu bus upm  y tibe2 rosak d lapangan terbang peneng… “ aku stress!! Aku dah nk hbs stdy.. tp ak xde awek! Mcm mana ni??!!! Aku xlaku ke??” hahahha… relax la beb…  aki ni dh hbs stdy dah, xde boyfriend gak…  ke aki pon tak laku? Hahha “relax la,,, ala.. pasal ko nk awek?? Keje dulu.. kasi poket ada isi… nanti dapat awek pinang terus.. hahah”  “ jeloz la aku tengok diorang tu ada couple… ak ni x de org nk… ak nak gurl baik ati… sabar… pandai masak… bla.. bla.. bla…” “fine2… insyallah ada rezeki adalah jodoh ang, ak pon relax je xde sape2 gak…” “ ko lain.. skandal ramai…” “otak mu! Skandal2 xmain ar…. Xbaik min2kan hati org.. kalau serius buat cara serius.. kalau setakat nk main2.. rentikan je la…” “ rex la.. emo lak.. cer ko cite ngan ak, cinta tu ape? Time bila kita tau y kita ni dah jatuh cinta? Macam mn kita tau org tu y kita cinta?” …………………………….. tu dia… seorang lelaki menanyakan erti cinta pada aki! Kan bagi bahasa sastera dia xfaham… bagi bahasa mudah xcukup faham pulak, adoi susah betul budak pala mesin2 ni… dulu2… aki dah kata kalau mengikut teori sastera aki bila berbicara pasal cinta… ----  > …………………………………. (dalam post ni, aki dah kabo sekali. Malas nk ulang.. )

Cinta? Kalau secara kasar.. aki katakan cinta satu proses.. ada y mengatakan cinta itu tanda sayang y mendalam pada insan. Ye betul… aki katakan ia satu proses kerana ia merupakan fasa2 persedian dalam membentuk satu garisan yang panjang dari dua titik yang berbeza. Cinta bukan sesuatu yang kita tahu kenapa ia datang, “ia datang tanpa dijemput, dan kadang2 ia pergi tanpa kita sedari”

“bagaimana rasa dalam bercinta? Bagaimana kita tahu kita mencintai seseorang?” payah2… aki sendiri payah nak kasi baying mcm ne ropenye.  Macam mana rasa bercinta, tak ada siapa boleh bagi tahu sebenarnya kecuali kalian sendiri alami. Apa y aki boleh katakan, ia merupakan satu perasaan yang asing. Ia seolah2 menjadikan kehidupan kalian indah sekiranya di pandu ke arah y terang, namun akan suram sekiranya kemudi d lautan bergelora . 

Wanita… ini pesanan aki pada kalian, andai kata kalian masih tercari2 cinta hati.. ingatlah, nilai hati kalian tentu merujuk pada harga diri yang sanggup d bayar oleh seseorang lelaki dengan harga kejujuran. Jangan menjadi kelkatu yang menerjah api, namun biarlah menjadi rama2 dengan sayapnya yang terang dan indah. Wanita harga diri kita hanya kita yang menentukan. Sekiranya si lelaki itu bersungguh ingin memilikimu, dia akan berusaha memilikimu . apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tak tahu menilai harga dirimu. Biarlah terlewat menanti cintamu, dari tersilap memilih pemimpin hati.

Buat kalian boys or gurls, yang masih menanti… kalian sama seperti aki. Menanti penyeri syurga datang menjemput kita sebelum allah datang mengambil kita. Selalu panjatkan doa pada allah.. kerana DIA lah pemilik sekalian jiwe, DIA jugalah yang tahu mana yang terbaik untuk setiap antara kita. Jangan putus2 berdoa padaNYA selepas solat. Kerna ALLAH sentiasa mendengar, tiada yang lebih memahami diri umatNYA selain DIA.  Kadang2 kita selalu tersilap, selalu mengeluh pabila bahagia yang d kecapi xsampai ke penghujung jalan. Ketahuilah…. Setiap kebahagian akan datang dengan masalah. Semua pasti ada baik buruknya, lumrah kita sebagai manusia ciptaan tuhan.

Kalau ada y bertanya…” kepada siapa hati ini patut d berikan?” ia sebuah epilog cinta antara dua insan yang saling memerlukan. Hati ini milik kita insan, kita sanggup memberikan hati kita pada insan lain kerna mereka sanggup memindahkan hati mereka pada kita… subhanallah.. indahnya perkongsian yang d ciptakan oleh ilahi tuan2.. puan2… mendamaikan setiap hati y menerimanya.

Erm,,, g tulah sembang2 kosong aki sementara menunggu uncle2 bus aki siap repair enjin bus tu… hargailah orang yang ikhlas menyayangi diri anda… terima mereka seadanya kerna aki yakin kita saling melengkapi namun ingatlah jangan rabun mata dan buta hati kerana perasaan sayang yang tak berarah, setiap dari anda berhak memiliki y terbaik.. kerna perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat. Namun takdir allah, kita tak mengetahui… aturanya sangat sempurna. Kerna DIA tahu apa yang terbaik untuk kita… sabarlah teman2 ku… insyallah jodohmu akan datang padamu.. sebaik2nya jodoh diusahakan diiringi dengan doa kemudian tawakal. Sebaik2 jodoh di ukur pada agamanya.

“Dan ingatlah…. Sayang, suka dan cinta adalah benda yang berbeza… kadang2 yang kita sayang or suka belum tentu kita cinta, namun yang kita cinta itulah yang kita sayang dan suka.”

Wasallam…………





Sunday, December 4

Malam hari ini


Malam hari ini bulan begitu dekat dengan bumi
Meski tak mampu kulihat penuh perupaannya
Tapi segurat tanda dalam cahaya pucat pasi
Memberi erti melirik makna mengungkap tanya
Malam hari ini saat pasang di pantai-pantai hati
Mengabarkan kabar sayup-sayup kegembiraan
Meski dingin sepoi angin malam memecah ombak
Tak terasa dalam keterasingan janggal aku berdoa
Malam hari ini saat mata-mata mulai terpejam
Melukis mimpi merajut angan2 menguak tabir sisi
Mengusir penat seperti mereka yang telah terlelap
seakan enggan kulakukan atas kegusaran benak ini
Malam hari ini saat aku kembali pulang menjenguk sesal
Ternyata demikian sulit untuk mendedah satu rasa lalu
Menyadari sebuah keluhan yang terpendam dalam raga
Mencuba bangkit untuk sekadar menyapa barang siapa yang lalu…
Saat aku takut menyadari
Adakah sebuah keadaan di sini 
Saat hari-hari kemarin telah kulewati
Dan takkan pernah kembali lagi…
Malam hari ini aku meleret senyum dalam gelap
Tiada yang kekal walau telah dijanjikan
Sekadar penglengkap sebaris ayat di hujung bibir
Yang hanya layu berlagu mencari titik noktah.


 

Monday, August 8

adakah kita mampu menghargai orang lain?


kita selalunya alpa dan tidak tahu bahawa kita telah menyakiti hati orang yang sayangkan kita sepenuh hatinya..kita jadi alpa,lupa,dan lupa diri..betapa insan tersebut terlalu ambil berat pasal kita tapi kita buat tak tahu sahaja..betapa insan tersebut menyayangi kita sepenuh hatinya tapi kita anggap itu cuma biasa sahaja...betapa insan tersebut banyak dan berkorban masa,tenaga dan jiwa tapi tidak pernah nak dihargai malah dibayar dengan keegoaan,gelak tawa dan tidak pernah untuk cuba menyelami~!!!...insan yang dikecewakan bersabarlah anda..maka suatu hari nanti insan itu akan menyedarinya,dia akan merasa kehilangan yang amat besar dalam hidupnya setelah apa yang dibuatnya terhadap diri anda...ALLAH MAHA ADIL~.. (petikan dr sebuah summary kisah hidup seorang human)

Friday, July 29

sekadar hiasan atau untuk memiliki?

pagi2,,, jalan2 dalam youtube,,, tup2 terjumpa satu video ni...


 teringat kisah lalu,,, seorang manusia,,, kisah yang sama,,, cuma berlainan jiwa,,, tersentuh sedikit hati ini,,, terasa denyutan kesakitan lalu,,, aki share video tu di teratak.. semoga ia menjadi satu memory dalam perjalanan aki,,, jua menjadi pedoman setiap yang singgah bahawa jangan lah sesekali kau mengusik hati manusia lain sekiranya bukan untuk kau miliki. kerana hati mereka milik yang BERKUASA... Ia hanya pinjaman kepada pemilik jiwa. Sekali kau cuba menyentuhnya samalah seperti kau membuat satu percubaan untuk membuat satu pinjaman drNYA. Andai pinjaman yang ingin kau lakukan hanya untuk satu perhiasan dalam satu persinggahan dalam hidupmu, usahlah kau buat begitu. Jiwa yang ingin kau pinjam bukan milikmu, ia milik orang lain. Jiwa yang tenang untuk jiwa yang sabar. Bukan untuk satu permainan dalam satu perjalanan hidup. Persiapkan dirimu sebelum kau berani menjemput mana2 jiwa yang dimilikiNYA. kerna pabila kau mula menjemputnya, ia akan berdoa untukmu dan DIA juak akan berdoa untuk kalian. Sayang sekiranya ia hanya dipinjam untuk dijadikan hiasan, sedangkan ia dijadikan untuk satu perisai dan pelengkap kepada sebuah taman. Ini hanya satu peringatan kepada yang sudi singgah membaca:

" hiasan yang paling mahal dalam kehidupan ini adalah yang hanya boleh dipinjam untuk seketika namun kita mampu merasakan seolah2 kita memiliki untuk selamanya tanpa perlu dikongsi, walau pada hakikatnya ia hanyalah semata satu pinjaman dan ia tetap milik yang BERKUASA."

Wednesday, June 22

Secebis ketenangan yang hilang





Ketenangan… Calm… Peace.. Semua merujuk kepada keindahan hidup sebagai seorang manusia.. 


Ada yang berkata :  
“Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud”. 

Ada juga berkata:
“ hidup penuh pengorbanan, pengorbanan perlukan perjuangan, perjuangan perlukan ketabahan, ketabahan perlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan dan akhir sekali kejayaan pula menentukan kebahagian”. 

Bagi pena, kehidupan tidak lengkap tanpa derita, tetapi jangan difikirkan derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan. Ia benar, aku sendiri mengalaminya. 

Terkurung dalam kesedihan yang aku sendiri tak memahami. Lama kelamaan aku sedar, tiada pagi yang tidak di datangi malam yang suram. 

Hidup dalam kesedihan buat aku hilang senyuman dan membuat hati aku beku. Hati kering kerana aku sendiri lupa akan baja yang sepatutnya aku letakkan, aku hanya berharap pada hujan dan baja yang ditabur oleh orang yang ada disekelilingku. Tanpa aku sedar, baja yang telah ditabur kadang2 bukan baja yang aku perlukan. 

Aku salahkan kesunyian menjadikan hati manusia menjadi kering. Namun, aku sedari kesunyian dan kesendirian bukan satu dosa. Sebaliknya ia satu perluang untuk kita melihat kekurangan diri dan memperbaikinya. 

Kadang2 benar, bukan senang untuk mencari kebahagian dalam satu kehidupan. Kadang2 kita kena melalui kepahitan dalam mencari kemanisan sebuah kehidupan.  Kadang2 kita tak mampu menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Walaupun kita mampu merancang masa hadapan. Namun setiap masa yang hadir akan mengubah  segala yang kita rancang. Suka atau tidak ia tetap berlaku. 

Oleh itu setiap detik kita kena sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan yang tidak di duga. Walaupun ia menyakitkan namun ia perkara yang paling berharga.

Jadi manusia tak semestinya kena ikut jalan atau kata orang lain, yang penting adalah perasaan sendiri. Mungkin hari ini bernasib malang but jangan sesekali putus asa untuk hari esok! Kalau Bumi mampu tersenyum tatkala kita memusnahkan sebahagian dari kehidupannya, kenapa kita tak mampu tersenyum seperti Bumi? 

Bangun berjuang mencari kehidupan yang kita mahukan. Nak hari esok jadi menarik, Kita sendirilah kena berusaha untuk terus hidup dan menjadikan ia menarik. Kita bukan hidup untuk orang lain, segalanya untuk diri kita sendiri. 


Remember this word blogger :

”some stories donts have a clear begining, middle, and end. Life is about not knowing, having to chance, taking the moment and making the best of it without knowing what ’s going to happen next”.

Pen off...

Saturday, May 21

Sudahlah, usah ditangisi apa yang bukan milik kita

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, bila kejujuran dipersia-siakan dan kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah berandai-andai ria.
Pfftttt…sungguh semua itu telah hadirkan nelangsa yang begitu menggelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan hati untuk mencari ketenteraman jiwa.
  
Hidup ini ibarat belantara a.k.a hutan tebal.Tempat kita mengejar pelbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan dengan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan terbukti, tidak setiap yang kita mahukan tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar atau sedar tapi buat tak endah je,,, bahawa hidup ini tidak ada satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa itu semua pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. kegagalan bukan satu noktah mati untuk kita terus tersungkur di hujung jalanan. Padahal pada hakikat kegagalan adalah apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi natijah kita di dunia, entah rezeki, jawatan, kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, tidak akan kita dapat kita miliki, walau nyaris menghampiri kita, walau kita bermati-matian mengusahakannya. Sekiranya bukan untuk kita, allah akan melencongkan juga arahnya.

Demikian juga bagi yang sedang berkeinginan tinggi terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar nilai kuasa Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik, berserah dalam doa kita tetapi benar-benar memohon kepada Allah: Harus dia Ya Allah... harus dia, kerana aku sangat mencintainya.Seakan kita yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksaan. Dan akhirnya walaupun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah menghulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.
  
Wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Pesan pena untuk diri ak sendiri dan jiwa2 yang singgah d teratak:

Jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah kini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada relevannya dengan harapan kita akan berbahagia di akhirat. Kerana seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup untuk di akhirat kelak!

~Sudahlah, usah ditangisi apa yang bukan milikmu...  ada yang lebih baik yang telah dijanjikan oleh ALLAH untuk dirimu.. ~

Wednesday, March 30

Suatu anugerah




RASA cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini.
Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini?
Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.


Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab persoalan tersebut. Ia bukan fakta dari mana2 rujukan, Cuma pendapat aku dari pengamatan kehidupan manusia yang pernah aku temui mahupun pengalaman aku sendiri.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.




Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Ia umpama skrin layar yang berputar tanpa mengira masa. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada. Begitu kuatnya kuasa dari rasa hati, seorang manusia. Ia mungkin penawar, ia juga boleh menjadi racun yang membunuh setiap jiwa yang di jemputnya.



  Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.


Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.



Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan sukar berakhir dengan persahabatan.



Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat. Namun manusia sering kali lemah ketika cinta ilang daripada jiwa mereka. Ilangnya rase yang indah itu, membuat manusia ilang segala rasa sebagai seorang insan yang mempunyai jiwa manusia.




 Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

  Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.



   Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.


Top of Form
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7).

Cinta kalau bahasanya hati itulah cinta hakiki kasih jika dasarnya rabbi itulah kasih sejati cinta itu pasti diuji kerna itu sudah tradisi janji. Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi.