Monday, March 21

Aku... Syu... dan Bush....



Aku....


Aku si pena... kali ini aku ingin bercerita tentang perjalananan aku selama beberapa jam pada hari ahad yang lepas,,, seminggu aku serabut dengan mengumpul data dan trip.. trip ini jugak merupakan langkah2 utama aku melarikan diri dari seseorang,,,, n aku berjaya melarikan diri,,, membuang rase asing serta memiliki rasa yang baru,,,. balik trip... analisis dan prezentation final projek,,,, minggu tu sangat2 menyakitkan perasaan aku,... sangat2,,, meletihkan,,, bengang bercampur sedih,,, pertama kali aku dijerkah oleh big bos... erm,,, membuat aku sedih,,, sampai terbawak time makan,,, huhu,,, nasib baik xbertakung air mata dalam pinggan aku( bila ak fikir semula, lawak pulak)... tp ade y hadir menceriakan aku ketika itu,,, di saat aku sedih,,, ada y datang sambil tersenyum,,, senyuman itu buat hati aku tenang sekejap... terima kasih awak.... n terima kasih juge pada kalian,,, siap kawan ak berdoa untuk kami yang duduk dalam sebuah bilik kerja sehari sebelom prezentation... thank cik bah...hari prezentation pon mai dah,,, aku gagahkan diri,,, walaupon hati dalam kesedihan bercampur kurang yakin,,, namun,,, thank to doc kuanti,,, sebab banyak membantu kami di saat akhir,,, sampai saat akhir nk prezent doc still membantu kami,,, thank doc,,, aku prezent dengan serba serdahana,,, banyak y kn di betulkan,,, thank juga knp my P.A (penasihat akedemik) n my mentor,,, mereka lah y menjadi juri markah... kegugupan kurang setelah mengetahui mereka y bakal mengadili karya aku,, hahah,,,, banyak nasihat n persoalan d ajukan,,, thank doc,,, saya akan betulkan kesilapan saya tu,,, di saat itu aku menunggu mase utk keluar bersuka ria,,, petang tu jugak g makan sup kat bualan uniten---> alamanda (aku berjaya menjejaki -- hatiku di harajuku)... ---> mines ( semata2 nk tak merong mahawangsa).. aku puas,,, tp aku pilu,,, sebab 2 hari mr sun ilang tanpa kabar,,, but never mind,, let color our day!!! aku berhibur d mines bersama mereka,,, Syu... n Bush,,,, cerita kami bermula pada pukul 10 pagi ahd....

 









Pagi ahad, 21/3/2011



pon2 aku berbunyi,,,,. bertalu2 msg n call masok,,,, msg from syu " kakak2 dah bgn k? jom kte berenjoy" 3 mizkol from syu,,, huhuh lalu aku pon2 die mula" uik ko dah sampai ktm ke????" syu "blom la,,, aku kejutkan ko, takot ko gerak g lagi,,, heheh"..... aku tergelak la,,," aku dah gerak dah,,, gerak g mandi,,, tp blom gerak g kuar bilik g".. syu" huhuh macam2 la ko, bik,,, ciap cept kol 10 kami tunggu kat ktm".... aku" ok bos".... klik,,,,, talian putus,,,, aku pon kelam kabut la siap2,,, tup2,, kol 10 bus aku sampai,,,,, lupa lak,,, tema kami putih,,, huhuhu elok je aku sampai,,, mereka dah sampai,,,, 4 tahun beb! aku terjah peluk dieorang,,,, aku rindu sangat ngan korang... sangat2,,, rindu,,, kami mengomel tak habis,,, heheehheh lama tak jumpa kan,,, aku bawak mereka pegi mines guna boat... tp boat tu berzaman nk sampai,,, dah la slow,,, huhuh,,,
 






selama sehari,,, aku dan mereka bersuka ria di mines,,,dr bowling, cruse, games, tour bus cruse, karok, kopitiam breakfast, sushi, roti boy..... wow!!!!!! best moment,,, hilang dari masalah,,,, cuma aku dan mereka,,,, tiada orang lain,,,,

 syu n bush,,,, fish feeding//// manyak ikan,,, nasib baik la xleh mancing,,, huhuuhu
 Kopitiam station,,,, nasi lemak,,,, memang best!!
 Karoke!!!! wahahahahah.... aku paling suke!!! suma lagu rock jiwangnye.... habis suara tarik nyanyi,,,, gile melepaskan stress d kepala,,,,
 Bowling.... aku paling suka,.... aku menang,,,, ahhaahah nasib baik xcukup mase nk main,,, kalau dok maun gak,,, ak main 4 ke 5 games,,,, nasib baik mase suntuk time tu,,,, huhuhuhu
 hahahahahahha..... main2,,,,, belasah je ape game y ade....
 tak de lesen aku bawak motordlm game,,, best2,,, yeah!!!!
 like!!!!
 Sushi!!!!!










huhuhuu last aku jumpa korang time last day kat matrik,,,, huhuhuh aku rindu korang setiap masa aku berpisah ngan korang.. aku sentiasa ingat korang,,,,, insyallah selagi nyawa aku ade,,, aku tak akan lupakan korang,.. selama kita berkawan,,, kita akan terus berkawan,,, suatu masa nanti kita akan bersua semula, itu yang pasti! 

indahnya cinta antara dua insan

 Ini hanya sekadar cerita rekaan... tak de kene mengena dengan yang hidup atau y mati... cuma satu imaginasi aku di pagi hari,,,,

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?                                  

5.15 a.m selasa 23/3/11

To mr sun

When i see you smile
and know that 
it is not for me, 
that is when i will miss you the most.
i cry for the time that
you were almost mine,
i cry for the memories
i'me left behind,
i cry for the pain,
the lost, the old, the new,
i cry for the times
i thought i had you...
sometime i feel like
trust like a paper
once it crumpled
it can't be perfect again...
Now..
i'm trying not to love you
i'm trying not to care
i'm trying not to live my life
wishing you were there
i'm trying not to wonder
where you are or what
you do i'm sorry..
i'cant help myself.........................................

renungkan sikap kita sebagai manusia....

Dalam kehidupan, kita selalu mendengar keluhan begini……

Pabila seseorang itu dilahirkan dalam keluarga miskin, dan dia melihat rakannya yang hidup dalam kemewahan, dia mula rasa cemburu. Melihat kawannya berganti baju baru hampir setiap hari, nak apa semuanya dapat, sedang dia hanya hidup cukup-cukup makan, baju baru hanya setahun sekali. Lalu hati kecilnya meronta, mahu jadi seperti rakan itu. Mahu berada di tempatnya dengan alasan,

‘Aku nak jadi macam dia. Nak hidup senang. Memanglah mak dan ayah tak lokek kasih sayang dan perhatian kat aku, tapi kalau takde duit, tak guna juga. Aku dah jemu hidup susah. Aku nak hidup senang macam dia.’

Tapi percayalah, bila sudah berada di tempatnya. Bila sudah kaya, tapi kurang kasih sayang ibubapa, hati akan kembali meronta. Tak dinafikan semua apa yang dihajati, sekelip mata dapat dipenuhi. Minta yang ini dapat, minta yang itu dapat. Tapi bila ibubapa asyik sibuk bekerja, bersua muka hanya sekali seminggu, kasih sayang dan perhatian langsung tak dapat dirasa, segala kesenangan yang ada seolah tiada makna. Dan tatkala melihat mereka yang hidup seadanya, namun kaya kasih sayang, hati akan kembali meronta, mahu menjadi seperti itu dengan alasan,

‘Aku nak jadi seperti dia. Walaupun miskin, tapi hidupnya penuh kasih sayang. Buat apa kalau duit banyak, tapi hidup aku sunyi. Mama dengan papa asyik kerja je. Aku tinggal dengan bibik dekat rumah. Bosan. Duit banyak tapi sikit perhatian. Aku nak jadi macam dia, nak rasa kasih ibu, nak rasa sayang ayah.’

Itulah hakikat manusia, jarang bersyukur dengan apa yang ada…

Menerobos lagi sudut kehidupan ini, kita akan ketemu situasi seperti ini,

Seseorang yang mudah melenting dan mengeluh. Dalam kesusahan dia mudah melatah, ada sahaja yang tidak kena di matanya. Hatinya pantang disakiti, kesalahan orang sukar dimaafkan.

Aku tak puas hati betul dengan dia. Suka-suka je nak buat macam tu. Sampai mati pun aku takkan maafkan.’

‘Terukla dia tu. Asyik-asyik nak minta tolong, buatlah sendiri. Ingat tenaga aku free ke?’

‘Kedekut la dia tu. Minta tolong sikit pun tak boleh.’

‘DIa ni selalu menyusahkan orang. Memang malanglah siapa jadi kawan dia.’

Kita memang selalu mengomel tentang orang lain. Bila orang lain salah, kita asyik membesarkannya. Kita selalu rasa sakit hati dan berjanji pada diri takkan memaafkan kesalahan orang itu.Kita selalu rasa sakit hati dan berjanji pada diri takkan memaafkan kesalahan orang itu. Kerana kita rasa salahnya terlalu besar, padahal dosa-dosa kita yang tak terhitung ini telah dijanjikan ALLAH sebuah pengampunan jika kita bertaubat. Kita selalu mengeluh bila ada orang meminta tolong, padahal setiap kali kita berdoa untuk meminta pertolongan, ALLAH tak pernah jemu mendengar. Kita lokek untuk memberi bantuan, mengharapkan balasan kerana tenaga kita ini bukannya percuma. Padahal, ALLAH kurniakan kita keupayaan melihat, mendengar dan berbagai-bagai lagi tanpa meminta sesen pun atas kurniaNYA…

Kerana manusia memang mudah lupa diri.. Sukar meletakkan diri di tempat orang lain agar lebih positif..

Jadi..

Berhentilah sekarang..

Berhenti melihat kesenangan orang lain dan berasa cemburu..

Tapi sentiasalah melihat kurniaan ALLAH pada diri dan bersyukur..

Kerana rezeki setiap dari kita telah ditentukan dan itulah yang terbaik..

Belajarlah untuk meletakkan diri pada tempat orang lain..

Jangan hanya mengeluh, mengomel dan ego..

Kerana kalau ia menyakiti kita, ia mungkin lebih menyakiti yang lain..

Belajar menjaga hati orang, dan orang akan menjaga hati kita..

Hormati orang dan kita akan dihormati..

Bantu orang lain dan ALLAH akan bantu kita..

Kerana hidup ini bukan hanya ada kita seorang, kita hidup untuk saling melengkapi..

DAN HAKIKATNYA KITA MEMANG SEBAIK-BAIK CIPTAAN!

Walau kemana aku pergi..
dimana aku berada..
apapun yang aku lakukan...
walau aku berdiam tanpa khabar ingatan...
Ayah dan ibu...
kalian sentiasa di hati dan doaku
sentiasa ku panjatkan untuk mu...
kerana mereka 
aku berada di dunia ini dan
merekalah segalanya... sesungguhnya,,
walaupun tanpa ucapan,,,
mengertilah,,, aku teramat menyayangi mereka...
dan ingin selalu bersama mereka... 
semoga ALLAH... 
memberikan kesempatan untuk aku,,,
berada disamping mereka...
kerana akulah anak perantau....