Wednesday, December 7

Bila hati rapuh~


kau tak tahu betapa rapuhnya aku
bagai lapisan tipis air yang beku
sentuhan lembut kan hancurkan aku

walaupun cinta tak sempurna
menghampiriku seketika
ingin kau tahu betapa rapuhnya aku

* kau tak tahu betapa rapuhnya aku
masih terasa luka  di masa lalu
ku pernah mencintai sepenuh hati

** dan ku terluka, luka membekas
bekas membuat, buat selamanya
selamanya ku, ku kan selalu
ku kan selalu rapuh

ku ingin tunjukkan kepada dunia
tak hanya ada karena masa lalu
tapi masih ada harapan bagi yang baru

kau tawarkan ku sejuta harapan
namun kenangan itu tak pernah hilang
ku ingin kau tahu betapa rapuhnya aku

repeat *, **
kau datang bagai hujan
basahi tanah hati
tapi kau lihat sendiri
luka ini
repeat **
ku kan selalu rapuh

Rapuh... salam... selamat malam... or should i say selamat pagi.. gara2 semalam (rabu) kelas aki sangat pack... gile2 pack... selamat je sampai bilik.. buum2... letih sangat,,, bila hujung tahun je.. macam2 nk kena buat.. report sana sini.. adeh!!! busy2 macam tu baru kire ada life ke?? aki bangun seawal 1 pagi kamis.. gara2, katil penuh dengan fail dan ketas2 jurnal.. meja tok sah kata la... ngan planner.. Eee pace.. mcm2 la bende lain... dah la time mcm ni perut lapo pulak... ceh! siot je perut ni, tup2 aki bukak winamp.. add playlist "aku tak tahu" aki set beberapa jenis lagu untuk beberapa keadaan.. time keje.. ni lagu dia.. time santai.. ni lagu dia... time bangun tdo ni lagu die... ni playlist time aki ngah jiwang! hahah.. kenapa tajuk dia "aku tak tahu"? sebab aki xtahu la... tibe2 je ade feel... mabuk baru bangun tdo lewat2 malam.. hak2.. 

play punya play.. kuar lagu ni.. Rapuh.. sapa punya suara?? joeniar arif. Orang mana?? indonesia mari.. aki ingat lagi, lagu ni aki dengar time dalam bus masa nk g kelas, ada sorang mamat indon@student dr indonesia dia dengar lagu guna earphone  tapi ngan aki2 pon tumpang dengar sekali.. aki tersenyum sendiri, dia perasan kot.. tibe2 dia kata maaf.. see2... satu ayat je pon dah boleh dapat kawan baru!! heheh... aki kata lagu y dia dengar tu aki boleh dengar jugak.. dia gelak je la.. aki tanya tajuk lagu tu.. sepatah je dia jawab "rapuh"..ceh! cepat pulak sampai.. dia pon permisi untuk bereda.. xpe la "rapuh"... aku youtube!

aki tengok vd lagu tu, can i say lelaki dalam vd tu "hamba cinta"? (if korang pernah tengok vd tu la..) kesian... jujurlah.. aki jarang jumpa seorang lelaki yang xputus harapan terhadap orang yang dia sayang n cinta walaupun dia terluka. It seem macam kawan aki, aki rasa lagu ni sesuai untuk dia.. (dude! sori ek, kalau lu baca post ni, cerita lu selamat dengan aku.. cuma dasar cerita lu wa buat wayang ini lagu) 

aki ada sorang kawan lelaki, aki rasa lagu ni sesuai sangat nga dia, pasal dia menyayangi seorang gurl2 ni.. lama dah.. kami pon sedia maklum akan hal itu.. but "xsemua yang kita usaha akan jatuh ke tangan kan" g tu la dia.. ada yang telah menyunting hati gurl2.. but ni part y aki benci, "HARAPAN" damn! aki memang benci ngan harapan, aki selalu bilang........... 

"harapan boleh jadi benar, boleh jadi palsu.. tiada yang pasti dan hakiki"

kerana harapan, memakan diri. Bila aki dengar lagu ni, aki teringat cerita dia, aki sendiri pernah mengalaminya.. but bila sampai satu masa harapan itu mati di bunuh oleh benci. Kebencian kadang2 bukan sesuatu yang teruk, kadang2 ia penawar as long kita tahu bagaimana nak mengawalnya. Hakikat kejadian insan blogger, hati manusi mudah rapuh.
"orang kita lihat selalu ketawa gembira kadang2 adalah orang yang paling banyak terluka di dalam hatinya"

ini bukan berdasar kajian or pemantauan cuma berdasar pengalaman, blogger' bagi aki la.. orang yang selalu terluka, bersedih or yang sekutu dengan nya adalah orang2 yang berjiwe nipis.. not to say depa ni lemah! but  mereka ni terlampau kuat sampai satu ketika mereka mampu memiliki perasaan sedih dan kelukaan orang lain. wow! adakah orang macam tu? mungkin korang xpernah jumpa.. aki dah terjumpa.. ada beberapa org (termasok diri aki sendiri) 

apabila kita selalu dalam kesedihan or terluka, ia bukan satu perbuatan sia2 or bodoh! ia satu proses pembelajaran tau.. ia mengajar kita erti2 menghargai dan menyayangi apa yang kita mampu memiliki.. jadi manusia ni kadang2 kite demand lebih.. apa yang dah ada xnak jaga.. nak jugak y baru.. but it true.. kehilangan buat kita lebih mengerti erti menghargai.. well... itulah.. ceritanya.. manyak lagi mende nak cakap pasal kesedihan ni... but simpan la untuk esok lusa nye cerita.. now mau sambung zzz balik.. night world~~~ wasalam.



"bisakah kita tak usah berharap di dunia ini, sehingga kita rasa bebas tanpa rasa takut"

Petua Membelai Cinta Dari Ust. Ismail Kamus



    
Nota: Petua Membelai Cinta yang disampaikan oleh Us. Ismail Kamus ini begitu popular dan banyak dijadikan rujukan dan motivasi kehidupan rumahtangga. Jangan tanya aki mana sumber pertama rujukan ni, aki sendiri dah lupe celah mana aki copy.. ape yang penting ini petua Us. Ismail Kamus punye... heheh
    
INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah. Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya.

Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan. Wanita ketara sudah celik mata.

Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.
    

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

    
Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh sisuami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat,hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?
    
Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya. Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya. Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau  tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.