Showing posts with label nota cinta buat mereka. Show all posts
Showing posts with label nota cinta buat mereka. Show all posts

Friday, June 8

Sedetik... ketika ALLAH berbisik padamu...

" Ketika ALLAH kirimkan seseorang padamu, ALLAH tidak memberikan seseorang yang sempurna kerana engkau pun tidak sempurna.

Ketika ALLAH mempertemukan kamu dengannya, sehingga kalian dapat berbagi dan bertumbuh bersama. Bagitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadaanya dia.

Yang membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihi dengan tulus dan sepenuh hati, 

Mengapa kamu harus berlengah?
dan 
Mencoba membandingkannya dengan yang lain?

Ingat..... jangan pernah mengejar kesempurnaan, kerana kelak kamu akan kehilangan yang terbaik yang sudah kamu raih dan kamu akan menyesal....


satu ungkapan yang aki bicarakan pada seorang teman... 

"kenapa mesti bukit yang tinggi engkau kejar, sedangkan gunung mampu kau daki?"

fikir2kan lah blogger.... apa yang kita cari dalam kehidupan kita? aki sendiri haru biru mencari siapa diri aki sebenarnya....

Tuesday, February 7

mengemis sebuah kejujuran dari rasa sayang

23:55p.m/7.2.2012/isnin/malaysia:

"Honesty is such a lonely word Everyone is so untrue Honesty is hardly ever heard And mostly what I need from you I can always find someone To say they sympathize If I wear my heart out on my sleeve But I don't want some pretty face To tell me pretty lies All I want is someone to believe"

malam blogger, kejujuran.... saban hari aku mendengar cerita.. cerita insan2 yang aku sayang ditipu oleh insan kesayangan mereka.. dimanakah kata2 kejujuran... persoalan untuk d fikirkan..


"apa perasaan or apa y korang mungkin buat, apabila kau menipu orang yang menyayangi kau.. terutama dalam hal ni teman istimewa anda?"


nak menipu xpandai cover line, bahayanya kata2... ia bukan hanya satu perhiasan di hujung bibir... 


xpandai menabur kejujuran, jangan mahu bermain di gigi bibir... takut tergigit bibir sendiri.. aku sedih gile, membayangkan insan2 yang menyayangi insan lain yang hanya bertopengkan kata2 palsu. aku pernah berkata dalam post y tah mana satu dulu...

" sayang bukan satu rahsia"  kenapa mahu kau berahsia? menidakkan insan yang kau sayang? malu? ceh! malu untuk menyatakan rasa sayang pada orang menyayangi kau. berpura2 seolah2 xmemahami.. pelakon paling bagus! melakonkan watak seorang pemilik topeng yang mampu mimiliki semua keadaan..


tak kire la kau perempuan atau lelaki, murah ke nilai kasih sayang manusia ni? sampai sanggup mereka mencalar perasaan itu dengan kata2.. allah memberi anugerah perasaan ini supaya manusia membimbing dan menjaganya, bukan dijadikan sebuah permainan untuk menghiburkan hati yang kering.. 


keringnya hati kau bukan kerana tuhan! kerna kau membaja hati kau dengan duit... riak dengan apa yang kau ada.. sedangkan kau tak tahu apa y kau miliki sekarang milik y ESA! kau xde pape... kau sepatutnya malu dengan diri sendiri! aku xleh nk faham... kenapa kenapa kau nk mainkan perasaan org lain? murah sangat ke perasaan mereka? mereka bukan mengemis minta diri untuk di sayangi, di hargai dan dimiliki.. mereka xsemurah itu! mereka insan! manusia sebaik ciptaan seperti kau! sanggup! tergamak kau mempermainkan setiap kata2 yang kau beri?


setiap insan, ada baik buruknya... tak semua mampu memiliki apa yang mereka mahu miliki.. mereka hanya membuat yang terbaik dalam apa y mereka terjumpa.. sayangnya sekirenya mengutip kaca y berkilau.. kaca itu lah y melakar luka d tapak tangan...


ak xakan faham sampai bila... aku sedih sangat2.. sebab ak pernah alami... menyayangi orang sayangnya ia hanya satu gurauan.. ia buat aku sedar, bukan semua manusia punya hati y mampu di pimpin oleh akal. menangis macam mana pon xberguna, kejujuran dan keikhlasan hanya sandaran pada mereka y mahukan insan di samping mereka. terkilan, setiap insan y terluka mesti mempunyai perasaan terkilan... kalau perempuan air mata tu.. macam sungai la laju je mengalir.. kenapa mereka menangis? biar je lah org tu... xyah nak fikirkan la.. bersepah g orang y baik dr dia...


memg2... kau nk tahu kenapa mereka menangis, kerna hati mereka ada rasa sayang. rasa sayang itu bukan macam ko uli tepung.. bukan boleh cari kat pasar malam! ia milik Ilahi! shit! la manusia yang kaki simpan macam ni! 


contoh paling baik! abah aku sendiri.. dah masok 6 tahun dia hilang, dia sanggup calar kasih sayang mama aku. aku sendiri tak tahu mana silapnya, mama kah abah kah.. tapi aku pasti kerana mereka lelalki y tak puas dengan apa y mereka ada. sori la kalau kaum adam terasa.


kalau perempuan kaki penipu org kata "perempuan tu kaki kikis la, pandang muka je lah.." kalau laki? apa y membuat lelaki suka buat koleksi? erm???? jawab2.... nak buat pemuas time sangap? kaki kikis? saja suka2? shit la!!!!! kadang2 ak rasa ade gak nk wat gile jadi mcm mv clip 3gp. bunuh setan2 macam tu.. xkire la kau perempuan ke laki. memg perangai seangkatan ngan setan! 


ak emo pasal bende ni buat ak xpuas hati, sangat2 buat aku xpuas hati. ak nak sangat2 dengar jawapan dr manusia y bersetan macam ni. berani mereka nak jawap? xde nye berani. ak pernah serang sorang... terang2 ak tanya, xde nye nk jawap. sebab depa tau depa salah. tapi bodoh! tu y senyap. orang bodoh kalau dah salah dia senyap. ego! buat2 xde rase pape... fine.. kau menang.. tapi hakikatnya kau loser! 


aku kalau bedepan dgn sp. ni ak panggil loser je, xpuas hati? kisah ak? ak bukan perjuang keamanan atau pejuang cintan2.. tp ak rasa mereka y mcm ni xlayak memiliki sape2. balik ambik ayak sembayang pei buat sembayang taubat dulu... cuci karat2 dalam pala ngan hati tu dulu. aku bukan sapa2 nka menghakim org, tapi ak menilai org. mengajar ak, banyak tentang manusia. kalau nk maki hamun sampai esok pon xhbs. 


cuma apa y aku nk ingatkan, xkire la kau ni spesis y mana satu. jangan mainkan perasaan org lain atau perasaan kau sendiri! ingat perasaan bukan milik kau sorang, ia milik allah y hakiki! mempersendakan perasaan orang lain sama seperti kau mempersendakan anugerah Ilahi! fikir2kan lah kalau rasa diri tu waras untuk menilai dan berfikir. jangan kerana hati yang buta membutakan akal dan mata y seakan2buta. last2 teraba2 merangkak dalam terang walhal punya cahaya...

"aku bukan mengemis sebuah kejujuran kerana sayang bukan satu rahsia namun kata2 boleh jadi satu perhiasan di hujung bibir"



** aku panah khas buat kau y membaca serta y terasa. akal ada guna baik2.. jangan kasi setan guna akal kau.. kalau tak, baik tanam hidup2 je kepala tu dalam tanah. ak menegur dengan kasar kali ini, kerana bg ak golongan mcm ni xlayak nak dinasihatkan. mereka layak merasa baru mereka sedar, kerana nasihat, teguran, peringatan semua datang dari kata2... sedangkan bagi mereka kata2 umpama alat permainan. moga kau berjumpa "GAME OVER" dalam permainan kau.

Wednesday, December 7

Petua Membelai Cinta Dari Ust. Ismail Kamus



    
Nota: Petua Membelai Cinta yang disampaikan oleh Us. Ismail Kamus ini begitu popular dan banyak dijadikan rujukan dan motivasi kehidupan rumahtangga. Jangan tanya aki mana sumber pertama rujukan ni, aki sendiri dah lupe celah mana aki copy.. ape yang penting ini petua Us. Ismail Kamus punye... heheh
    
INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari. Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?

Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: "Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri. Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai. Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, "Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga. Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah. Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang," jelasnya.

Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan. Wanita ketara sudah celik mata.

Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.
    

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

    
Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh sisuami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitif mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Nabi bersabda, wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya. Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat,hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil. Allah berfirman, "Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu." Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?
    
Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing. Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya. Beliau menambah, "Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?" soalnya. Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak diawal perkenalan. "Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang. Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau  tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.







Sunday, September 18

nota buat "mr senget"


kadang2 orang yang kita mahukan.. yang kita sayang.. tidak dapat kita miliki.. 
kadang2 orang yang kita mahukan.. yang kita sayang.. melukakan hati kita..
kadang2 orang yang kita mahukan.. yang kita sayang.. hilang entah kemana..

entahlah.. aku si tak faham.. aku pernah post pasal "Mr senget".. orang jauh nun di sana.. orang yang tiada nama dalam hati ini.. namun aku tetap menjaganya.. jauh jarak antara kami.. sangat jauh.. aku amat berharap senget menjadi saudaraku.. namun.. bagaimana.. bagaimana mahu dimulai.. aku hanya mampu berdoa dari jauh.. dan harapan ini tak akan mati selagi aku masih hidup.. moga senget terbuka hati meniti jalan yang bersih.. " senget, sengal akui.. sengal sayang akan senget.. sengal xakan putus2 mendoakan agar hati senget terbukak.. insyallah..."

Wednesday, August 17

Bila hati berkata rindu

RINDU.. semua orang pasti pernah merasakannya kan, pada sesiapa yang biasa singgah kat teratak aki, mesti korang perasan (kot2 la perasan) aki selalu tukar mood mp3 dalam page ni... lagu2 yang aki pilih melambangkan perasaan aki masa tu.. aki ada sebuah lagi blog sebenarnya,,, buat under maintenance,,, semarak bayu.. tu dulu dairi harian aki.. ape je y berlaku kat aki, pasti ak tulis kat sana.. but aki dah buang semua post dalam tu.. why2... sebab aki sakit jiwe tgk... teratak usang ni pun versi ke dua blog ak,, ak off teratak yang dulu pun sebab sakit jiwe tengok... hope TERATAK USANG VERSI MEJAPENA xseperti yang dahulu,,, 

blog aki ni dah macam TANJUNG RAMBUTAN kadang2 aki tgk.. ye lah... lencong kejap.. member aki ada kata.. " rajin ko wat blog ek,... kalau aku la xde nye ak serajin tu..." aki jawab " yelah rajin sebab aku bohsan ngan fb.. sekurang2nye ade blog aku nk membebel. aku xsuka tulis dairi, sebab aku sakit hati bila baca balik." kawan aki gelak sakan la.. " habis tu buat blog ni same je kan.. menulis gak".. aki jawab g..." memang la menulis, tapi aku menulis xikot buah fikiran akal, tapi ikot gerak hati dan disokong pengalaman yang di pahat dalam otak aku dari pantulan anak mata oleh manusia di muka bumi ni ha..." kawan aki gelak lagi.. " macam2 la ko ni, pelik aku tengok!" aki answer lagi.." aku suka pe, jadi org pelik2 ni, mcm aku kata.. ade bende y kite xboleh nk kata dengan mulut.. ade bende yang hati xsampai hati nk suh mulut bersuara... so jari jemari boleh ambik alihkan... aku menulis bukan kerana nama or nk org baca.. just aku nk lepaskan rasa y terbuku dalam hati aku"... aki xkisah kalau org xsign in follow blog aki pon,,, hak kalian kan.. aki sendiri bukan org y suka baca blog... aki suka bk blog aki je.. kadang2 baca ape y aki sendiri tulis.. kadang2 kelaka bl baca,.. sebab tu aki xde link kan blog aki kat fb sebarangan... segan kalau org ty aki depan muka.. "hei ko ada blog ek! awat xhabak>>> " blog cikai2 je.. xde yang menarik sangat.. just bebel2 aki yang membuat aki tenang kadang2... kalau ade y sudi baca.. terima kasih kerana ssudi.. allah je y balas jasa kamu ye... (kata2 indah aku pagi2 buta ni...)

back to story... aki nk sembang pasal RINDU tadi.. terlajak lak.. tibe2 je nk sembang pasal rindu ye.. ni pasal terdengar lagu anuar zian,.. perpisahan... n aki run2.. tgk vd kawin anak chef wan.. walaupun vd tu dah lama.. but so sweet.. 

aki rindu macam pekara dalam hidup aki, ada perkara yang kita sangat sayang.. tapi kita terpaksa lepaskan,, ada yang melepaskan diri sendiri... serius.. sejak kebelakangan ni aki selalu jd DJ kepada semua pendengar radio kopak teratak usang ni... ada beberapa org yang share problem with me... (aki ok je,, dengar,, kalau d minta bercakap.. kita cakap.. kalian kalau ada problem pon,,, come,,, share with me... aki xla pakar motivasi ke hape.. but i can be a good friend who can listen.. huhuhu) most cite masalah peribadi... kecewa lla... orang tak hargai la... family problem... bla.. bla.. macam2 hal.. apa kaitan ini semua dengan RINDU????????

aki rasa ada kaitan... apabila anda berada dalam masalah tersebut pasti anda akan rasa alone... sunyi... sepi... sedih... dan seangkatan dengan nye... time ni la rasa rindu tu akan muncul.. rindu akan masa lalu.. saat2 anda hapi... gembira... dan sepasukan dengannye... but time tu.. ade ke kita fikir akan rasa kesedihan or lonely (mcm lagu akon- mr lonely)... pasti xpernahkan.. ai pon jarang la ada perasaan mcm tu,,, but tulah,,, 

bak kata diri aki la.." langit xselalu cerah... bulan dan matahari xakan selamanya terang.. kadang2 gerhana jugak.. namun ia akan cerah jugak suatu masa nanti.."

ERm,,,, kadang2.. kita berasa amat selesa dengan apa yang kita ada.. sehingga kita leka tentang kehadiran masalah yang datang tanpa tanda. Kadang2.. di sebabkan keselesaan itu kita menjadi lemah,,, tatkala keselesaan itu di ambil.. terasa sungguh perit.. sakit yang melemahkan seisi hati… di saat kita dipinjamkan rasa gembira,, ketawa bersama,,, kita lupa… ia hanya pinjaman,,, bila ia di gantikan dengan kesedihan… tiada lagi kedengaran tawa riang itu,,, yang tinggal rasa sepi…… walaupun itu satu lumrah alam yang tak mampu di ubah.. namun,,, ia tetap memberi kesan yang mendalam,,, oke pull-stop! mengantuk dah... saho sat... tunggu "bang" sat g.. pastu ZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.... huhuh parah la kalau dah start keje nanti ni... huuh


ayat2 y aki suka reka (sila fikirkan kalau rajin la): 


"Jangan biarkan perahu hanyut tanpa berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan"



Wednesday, August 10

Erti hadir seorang wanita-


Salam,,, Just petikan dari beberapa blog...  ayat2 tentang perihal hati wanita. Tentang sikap wanita secara zahiriahnya sebaik2 kejadian... aki tak tahu sumber asal dari mana satu, sb semuanya sama.. namun ia sesuatu yang indah  untuk dikongsikan diding teratak....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

"Dunia ini satu perhiasan dan sebaik-baiknya hiasan adalah wanita yang solehah. Yang bakal menghiasi sebuah taman dan pelengkap sebuah jiwa"

Sunday, July 3

Perihal time wanita jatuh hati dengan seorang lelaki!


Perkara yang selalunya terjadi, time wanita jatuh hati dengan seorang lelaki;


v  Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

v  Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

v  Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

v  Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

v  Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

v  Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

v  Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

v  Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

v  Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

v  Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

v  Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

v  Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

v  Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

v  Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

v  Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

v  Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

v  Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

v  Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

v  Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

v  Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

v  Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

v  Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

v  Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

v  Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

v  Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

v  Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

v  Senjata wanita adalah airmata!!

v  Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

v  Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

v  Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Kejadian wanita memang unik. Jika Adam dijadikan daripada inti pati tanah tetapi Hawa tidak dijadikan dari tanah. Ia dijadikan daripada sebahagian dari anggota tubuh Adam iaitu tulang rusuk Nabi Adam. Mereka dikahwinkan walaupun dari asal-usul kejadian yang berbeza. Ini suatu kejadian manusia yang sangat pelik kan.

Akal manusia mungkin menganggap alangkah baiknya jika kedua-dua Adam dan Hawa dari kejadian yang sama iaitu tanah. Jika mereka sejenis barulah padan jika dijodohkan. Begitulah hujah akal manusia. Dalam Islam, ia sebenarnya terkandung satu hikmah yang besar bagi menerangkan tentang peranan wanita itu sendiri.

Cuba fikirkan, kalau Allah jadikan Adam dan Hawa daripada tanah, semesti tanah itu sendiri berlainan jenis. Walaupun tanah menjadi perhubungan di antara Adam dan Hawa, namun ikatan itu tidak kuat. Ia seolah-olah menyatukan kedua makhluk yang berlainan. Jika mereka dari kejadian yang sama kemudian dikahwinkan, mereka seperti sahabat biasa sahaja. Sahabat biasa bukan teman yang istimewa. Jika hendak berpisah memang mudah.

Itulah di antara sebab Allah tidak ciptakan Hawa dari tanah seperti Adam. Allah cipta Hawa dari diri Adam sendiri iaitu dari tulang rusuknya. Hakikatnya , rohaniah, perasaan dan fizikal mereka seolah-olah dari satu jasad yang sama. Di sinilah perkongsian suami isteri itu bermula. Di sinilah istilah keserasian, saling memahami dan perasaan akan wujud.  

Barulah perkongsian suami isteri itu di anggap sebagai teman setia, sehidup, semati, seperjuangan dan yang paling baik bekerjasama. Moral of the story, to those yang masih tercari2.. terutamanya wanita, jangan sesekali kau berputus asa terhadap seorang lelaki. Mungkin ada seorang lelaki yang telah melukakan dirimu, namun terdapat seorang lelaki yang dijadikan khas untukmu. Kerna kau sendiri dijadikan daripada anggota badan lelaki tersebut. Kini, bersabarlah dirimu menunggu dirinya, insyallah dia akan datang menjemputmu suatu hari nanti sebelum ALLAH datang menjemputnya.

Doa melupakan orang yang kita sayang:

~Ya allah, seandainya kau telah takdirkan dia bukan untukku, bawalah dia jauh dari pandanganku. Luputkan dia dari ingatanku dan peliharalah aku daripada rasa kecewa... amin.~


*** Pesanan ditujukan khas buat seorang sahabat yang dalam kekecewaan.  
Ur story save with me, just remember!

FORGET THE OLD TREE, LET START PLANT NEW SEEDLING.

Pen off.

Thursday, June 23

Persoalan hati mereka

1.00 a.m, Friday, 24/06/2011- 


Apabila ada yang bertanya tentang cinta, rindu, sayang, keiklasan, kejujuran, dan yang seumpamanya... urm,, perlukah aku mengeluarkan fikiran baru untuk mengukir hakikat kisah manusia? Mereka di luar sana seringkali bercerita tentang kisah cinta mereka, ada manis.. ada juga yang pahit.. ada yang menyesali terjebak dalam cinta. Aku tetap di sini mendengar... dan mendengar.. saban hari orang bercerita tentang perasaan. Dan penaku tetap akan berlalu, mengukir kisah mereka.  Aku mungkin boleh menjadi pendengar yang baik, tapi bukan tukang nasihat y bagus. Aku berbicara bukan kerana perasaan, tetapi kerana pengalaman. Bukan sahaja pengalaman aku, malah pengalaman mereka yang bercerita. Ini hanya bingkisan halus aku titipkan di ruang teratak sebelum aku berangkat pergi ke sana. Insyaallah aku akan kembali nanti....


Khas buat mereka yang singgah: 


(Buah fikiran dari persoalan hati yang kita boleh fikirkan bersama)




Jangan bersedih sekiranya cinta ita tak kesampaian, mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut;




Ingatlah , apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita;





Buat seorang lelaki, janganlah hanya kau letakkan pandanganmu kepada kecantikan seorang wanita sahaja kerana boleh jadi ianya palsu. Buat seorang wanita janganlah kau  kejar kemewahan sahaja kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana sekuntum senyuman juga mampu mencerahkan hari yang suram. Carilah seorang insane yang membuatkan hati anda mampu tersenyum;




Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang;



Dan buat orang yang luka hatinya, mereka perlu didorong bukan didesak atau dipaksa. Maka nak jatuh cinta bukan senang, kadangkala sekali seumur hidup. Semakin banyak kita pelajari, semakin banyak kita tidak mengerti. Hakikatnya kita sering mahu sesuatu yang sempurna, namun kita jarang untuk berkorban. kadangkala perkara terbaik di dunia tidak boleh di lihat atau dipegang, namun begitu ia boleh dirasai dengan hati;




Akhir sekali, kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Salam....

“Kita sering mahukan hari yang cerah. Tetapi Allah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan. Kita sering menginginkan keseronokan, jauh sekali kesusahan. Tetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kehidupan. Kita sering menginginkan ketenangan. Hakikatnya diri penuh dengan dosa dan kejahatan. Tetapi manusia tidak dapat lari daripada kesilapan. Semua itu bukanlah suatu hukuman. Tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman”

 

Pen off.


Wednesday, June 15

Dairi hati Seorang Perempuan


Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.

PS: (Titipan buat seorang lelaki y xmungkin membaca atau mengetahuinya. Bukan senang nak menyayangi seseorang, lebih payah untuk menghargainya. Mungkin bila ia telah hilang, baru ia akan dihargai. Hakikat dari sebuah kisah yang tak pasti awal dan akhirnya.....................

"Maafkan saya melarikan diri dari awak sementara waktu ni, bukan niat saya nak jauhkan diri dari awak. Tapi saya ade masalah sekarang. Awak jangan risau, saya akan cari awak nanti. Doakan saya selamat dan sihat. Saya tetap ingatkan awak, saya xpernah lupa." ....................

"Awak nak tahu satu perkara, awak sangat2 kejam! Awak hilangkan diri, senyap macam ni. Awak buat saya macam xde perasaan. Saya ini orang asing ke pada awak? Siapa saya sebenarnya pada awak? Saya betul2 sedih, kecewa dengan cara awak. Mungkin saya membebankan awak. Awak xperlu risau pasal diri saya. Saya boleh jaga diri sendiri. Tak pe, Awak nak hilangkan dirikan, saya izinkan,,, saya tak akan halang. Cuma satu je saya nak pesan, Di satu masa awak kembali, mungkin saya xakan berada di situ lagi.  Salam."

Pen off.


Monday, June 6

Suka? Sayang? Cinta?

Suka? Sayang? Cinta? Pelik2... Apa bila kita suka seseorang, adakah kita akan menyayanginya? adakah bila kita menyayangi seseorang itu kita akan mencintainya?? Ade yang berkata Suka, Sayang, dan Cinta itu berbeza.... Aku pun makin tak faham dengan erti 3 situasi ni..

Kata mereka:
Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.
Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"
Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"
Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya...


SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."
SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.
CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "


SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."
SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."


Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.
Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.
Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."


Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.
Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.
Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...


SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.
SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.
CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.


SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

******* Hey kau y membaca, bagaimana kau mentafsir erti SUKA, SAYANG, DAN CINTA? bg aku sekarang, aku masih tak sampai tahap CINTA. Tapi aku pernah melalui SUKA dan SAYANG... Menyayangi lebih perit dari menyukai seseorang.. Menyayangi seseorang yang belum pasti menyayangi diri kita... arh!!!! aku benci berada dalam keadaan itu. AMAT SAYANG, APABILA KITA MENYAYANGI SESEORANG, TETAPI SAYANGNYA DIA TIDAK MENYAYANGI KITA SEPERTI MANA KITA MENYAYANGI DIRINYA....

Saturday, May 7

Dairi hati lelaki

ade pelbagai cerita tentang hati seorang perempuan,,, bagaimana pula hati seorang lelaki? mereka juga unik,,, seperti hati seorang wanita,,, wanita dijadikan dengan keistimewaan,,, 


- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini...

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa...yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Sunday, April 24

nota untuk awak,


 
Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya
Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi katakan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya

Tahukah engkau wahai langit
Aku ingin bertemu membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya

Serindit kecapi terbang sekawan
Tasik bera mengalir lesu
Walau jauh ku kau tinggalkan
Tenang alurmu mengamit rindu.

Segugus rindu bawaku berlayar
Kasih ku semat di dalam hati
Walau jauh kau belayar
Dihujung jalanmu aku menanti.

Monday, March 21

indahnya cinta antara dua insan

 Ini hanya sekadar cerita rekaan... tak de kene mengena dengan yang hidup atau y mati... cuma satu imaginasi aku di pagi hari,,,,

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?                                  

5.15 a.m selasa 23/3/11

Tuesday, March 15

surat untuk cik abg sayang!


ni kisah sorang cik awek yang menulis surat untuk encik bf kesayangan yang mula sedar betapa pentingnya encik bf kesayangan dia tu. Sebelum ni dia tak pernah amik endah pun pasal encik bf. Apa yang encik bf buat, semuanya tak kena. Kesian encik bf. Tapi s...ejak akhir2 ni, cik awek mula sedar yg encik bf dia tak sama macam lelaki-lelaki lain..

ke hadapan awak, bf ku yang tercinta.. saya tau, saya silap. Saya layan awak teruk. Merajuk tak tentu pasal. Kesian awak kan.. sekarang ni, awak pulak merajuk. Then, baru la saya sedar, awak buat semua tu ada sebab..

1- Bila saya merajuk, awak tak pernah pujuk. Saya geram sebab awak biarkan saya macam tu je. Huhh. Tak romantic langsung awak ni. Akhirnya saya sedar, awak tak pujuk saya sebab awak nak saya redakan marah saya dulu. Awak takut kalau awak pujuk saya awal-awal, nanti saya marah awak pulak. Tak pasal2 je ada pinggan mangkuk kena baling. Hee.. terima kasih awak..

2- Awak selalu tanya saya, “awak sayang saya tak?” huhh. Bosan la soalan tu. Hari-hari awak tanya. Lain la kalau awak tanya, “awak, nak pergi paris tak?” takde la bosan.. tapi saya tau, awak tanya macam tu sebab awak nak saya ingat sebab saya dah ada awak. Terima kasih awak..

3- Awak.. saya jeles bila awak cerita pasal perempuan lain kat saya.. ish, tapi awak tak pernah nak amik tau kan betapa geram dan bengang nye saya kat awak bila awak cakap pasal kawan awak yang ‘cun’ tu. Tapi akhirnya saya tau.. awak selalu cerita pasal saya kat diorang kan? Terima kasih awak..

4- Saya ajak awak keluar makan. Tapi awak selalu mengelak. Geram betul saya kat awak. Kalau saya ajak keluar makan, awak tolak. Kalau member2 awak ajak, awak boleh pulak keluar dengan diorang. Huhh. Tapi saya tau, awak tak nak membazir. Yelaa, tiap kali keluar makan, saya order banyak, tapi saya makan tak habis pun. Awak jugak yang habiskan makanan saya tu kan. Terima kasih awak..

5- Saya mintak kat awak macam-macam. Beli kasut, beli baju, beli cincin. Tapi awak tak nak pun belikan untuk saya. Kedekut taik hidung masing betul dia ni. Jeles tengok kawan saya bila bf dia belikan macam-macam untuk dia. Tapi saya tau, awak tak nak belikan macam-macam untuk saya sebab awak tak nak bazirkan duit awak kat situ, sebab awak nak simpan duit untuk kita kahwin nanti. Terima kasih awak..

6- Awak selalu tak reply msg saya. Busy sangat ke? Sampai msg gf sendiri awak liat sangat nak reply. Eiii.. nyesal je rasa dapat bf yang macam ni. Hari-hari awak buat macam tu. Lepas 2 jam, baru nak reply. bila saya online, bukak facebook, saya tengok awak boleh pulak online. Busy ke tu? Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya buang masa bila tengah study. Focus kan? Terima kasih awak..

7- Awak, bila saya sedih, awak tak pernah nak dengar masalah saya kan. Awak biarkan saya sorang-sorang. Sedihnya hati saya. Sampai hati awak buat saya macam ni. Huhh. Bertambah lagi rasa sedih saya. Tapi saya tau, salah saya jugak.. mana la awak nak tau saya sedih ke tak. Bila happy saya cari orang lain. Terima kasih awak..

8- Bila saya try masak untuk awak, awak kata saya masak tak sedap. Ciss! Penat je saya masak ayam masak merah kesukaan awak tu. Awak bukan nak appreciate, kutuk saya lagi adalah. Sampaikan awak cakap, “kalau lauk simple macam ni pun awak tak reti masak, apa lagi lauk-lauk yang lain.” Huhh. Best betul awak perli saya. Tapi saya tau, awak sengaja cakap macam tu, sebab awak nak saya belajar masak mulai sekarang. Nanti takde la mak awak cakap macam awak cakap tu kan. Terima kasih awak..

9- Bila saya bagi nasihat kat awak, awak sikit pun tak nak dengar. Awak cakap, “ saya bukan budak-budak lagi laa.” Tapi, bila awak membebel-bebel kat saya tu takpe pulak. Haishh. Susah nak faham awak ni.. nanti kalau saya tak nasihatkan, awak kata saya tak amik berat pasal awak pulak. Tapi saya tau, awak buat macam tu sebab awak tak nak saya risau sangat pasal awak. Terima kasih awak..

10- Err.. banyak sangat dah ni. Saja tambah no 10. Haa.. terima kasih awak.. Awak, terima kasih untuk semuanya. Saya tau, saya yang tak faham awak selama ni. Saya asyik marah-marah sampai tak tau nak jaga hati awak. Saya selalu je kutuk awak belakang-belakang. Hishh. Mintak maaf la ye. Awak kena faham saya ni perempuan. Jadi bab-bab kutuk mengutuk ni memang hebat la kalau ada yang tak puas dalam hati ni. Awak, terima kasih. Mintak maaf la. Saya tak seromantik awak nak tulis ayat-ayat jiwang ni. Saya tau, saya tak pandai berpuitis, tapi kalau dah sampai saya tulis surat untuk awak ni dah kira ‘sweet’ jugak kan? Hee.. Awak, terima kasih sekali lagi. Dah2, senyum sikit. Tak mau merajuk dah.. saya janji tak buat lagi. Hee..kita pergi makan sama eh, kali ni saya janji saya habiskan.

****** kadang2... lelaki ni pelik... suke wat perkara n hal2... y menyebabkan perempuan sakit hati... but kadang2 mereka pandai pujuk bila 'sayang' mereka merajuk... erm,,, unik jugak perangai lelaki ni huhuhu