Monday, May 23

Trust=shit

Menurut kamus B.I;
Trust is both and emotional and logical act. Emotionally, it is where you expose your vulnerabilities to people, but believing they will not take advantage of your openness.

Menurut kamus MELAYU;
Kepercayaan tidak lain daripada pemikiran yang kita fikirkan berulang kali. Apabila kita memikirkan sesuatu berulang kali, kita akan menganggapnya sebagai sesuatu yang benar.

Menurut kamus ak;
Trust=shit (kadang2)! Dalam dunia ni, manusia macam2 ragam.. macam2 perangai. Dalam hubungan antara manusia, terdapat beberapa element utama yang menjadi penghubung antara manusia. Kepercayaan, kasih sayang, kejujuran, keimanan dan saling tolong menolong. Bagi aku, ini element penting dalam hidup manusia, kalau salah satu hilang. Hilanglah diri kau sebagai manusia, korang mesti pelik. Kalau sape2 yang follow blog ak la, aku jarang tulis bende2 macam ni. Jarang sangat rase nk maki2 orang. Tapi malam ni, aku tak leh tahan. Bengkek, sebenkeknye! Selagi aku tak dapat penjelasan, aku tak puas hati! Falsafah hidup aku simple, tak kira sape kau. Kalau aku kenal ko, aku bg 100% element yang aku cakap td. Tapi bila sekali kau calarkan mana2 element yang aku bagi tu, sampai ko mati aku ingat! Sekarang aku bercakap tentang, kepercayaan! Susah sangat ke, nak percaya kat orang? Paling susah ke, nak hargai kepercayaan yang diberikan? SHIT! Aku benci istilah kepercayaan! Betapa murahnya kepercayaan yang kita beri kepada setiap orang yang kita kenal, sampai depa sanggup sia-siakan macam tu je. Well memang aku tengah bengang dengan orang, orang yang aku sayang lak tu. Payah sangat ke nak bercakap kalau ade masalah? Bukan tak boleh setelkan masalah ni dengan baik. Ingat melarikan diri cara yang baik la.. walaupun die tak berlari. Tapi cara ni, aku dapat rase die mengelakkan diri. Bajet kau jauh dari aku, so semua bende setel la. Silap besar beb.. silap2,,, walaupun aku tak bagi tau ko aku bengang ngan ko. Tapi serius aku cakap, aku tak akan reda apa2 dalam hal ni... bagi balik hak aku! Lepas tu ak tak kisah dah ape nak jadi dengan kau! Jangan buat naya kat orang macam ni. Sungguh aku cakap! Kalau tak setel cara baik, aku tulahkan kau. Tak selamat hidup ambik rezeki orang beb! Sori la kalau ayat kasar sikit! Aku bukan pandai  marah2 orang depan2,, pakse2 org lagi aku tak suke, bg aku. Kau tau tanggungjawab ko sediri, tak payah nk bg tau banyak kali.. shit!!!!!!! Aku memang out now! Rase nk pijak2 org pon ye jugak... ya allah!!! Bg aku jalan keluar!!

aku yang masih di perjalanan

aku yang masih di salam.... long2 day... lama tak menyembang kat teratak,, kalau menyembang pon menyembang sendiri,,, tapi ramai tamu yang tersesat di dalam teratak aku kan,,, huhh minggu ni sangat2 padat.. ak secara sah nye tamat mengaji di UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA... kawan2 ak dah berduyun2 balik ke rumah minggu lepas,,, bertakung2 air mata nk mengalir,,,, sedih la sikit,,, apa yang aku nk sedihkan??? ak pon tak pasti.. mungkin sebab ak sayang sangat ngan member2 ak la kot,,, memang ak sayang depa... 3 tahun ak kenal depa... macam2 ragam.. macam2 keje kitaorang run bersama.. now semua akan pulang ke kampong masing2... aku je tersadai kat sini... sebab aku sayang gile tempat ni... siap member baik ak kate AKU NI UPM TEGAR... hahahah wat ever~~~~ ak keje la ni,,, jd enumerator untuk 4 bulan yang sah.. br je selamat terima surat pelantikan ari ni,,, huhuh. kalau projek xhabs,,, sambung sampai ujung tahun kot... dalam minggu ni ak sibuk sikit kot,,, esok nk ke jb.. rabu--->ahd ak ade event hari belia kat putrajaya.. ahad tu jugak ak kn g pahang kalau ikotkan... tp entah la.... best jugak life mcm ni... tak yah ade mase terbuang2.. kalau tak... ak nye kepala start la memikirkan bende2 y menyakitkan jiwe! ari ni, ak bajet nk mengadap bos ak a.k.a supervisor ak la.. nk bincang projek master kononnye.. tup2.. die xde.. ish2... ak dah wat appointment kot... tak hbs2 die ngan kolej die.. rase nk bako je kolej die.. tertunggak la jawabnye proposal ak ni.. mase ak nk balik bilik tadi, tibe2,, mamat kat cafe kolej aku bukak lagu ramli sarip! perjalanan hidup.... 


Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata hidup ini
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

buat ak terfikir kejap... jauh dah aku melangkah kan... dari sekolah rendah--> sekolah menengah---> matrik---> upm--->?????  kemana hala tuju sekarang?? apa  yang aku cari sebenarnya dalam hidup? dulu mase sekolah... ak tekad... nk belajar betul2.. so ak leh masok u.. n g jauh2.. dr family... ak dah buat dah sekarang. makin jauh ak pergi makin banyak ak tertinggal dan hilang. erm,,,, 

perginya 
meneinggalkan 1 pertanyaan
kemunkinan atau kebetulan
yang sememagnya tak terjangkau secara lahiriah
lalu pencarian bermula
pencarian yang akhirnya membuahkan hasil
namun...
sukar menceritakan sebuah kebenaran
kerna...
sejarah kebenaran
seringkali berakhir dengan
kehilangan..........

makin jauh kita melangkah.. makin banyak perkara yang perlu di lalui, setiap orang ade laluan hidup yang tersendiri.. ak dengan jalan aku,,, kau dengan jalan mu... ade orang yang masih tercari2 sesuatu yang mungkin mereka sendiri tak tahu.. ade y berkata LIFE IS SIMPLE.. but LIFE IS HARD... ade yang berkata.. HIDUP INI SATU PERSINGGAHAN.. mungkin benar hidup ini satu persinggahan... kerna kehidupan yang hakiki menunggu kita di suatu masa...

Kisah kehidupan bermula dari zaman remaja, bertemu, berpisah, bermain dgn perasaan namun akhirnya masing-masing membawa perjalanan kehidupan sendiri. Masa muda, byk perkara yang dilakukan di luar pemikiran dan akan dikesalkan dalam hidupnya. Namun atas kuasaNya, bertemu semula setelah usia semakin matang, pengalaman semakin banyak. Namun pertemuan kali ini, setelah byk menghimpun pengalaman lalu, kadangkala banyak perkara sukar utk dinyatakan, payah utk dilepaskan..Mencari sesuatu yang tertangguh, mendpat sesuatu yang hilang dan akhirnya semua derita yang hadir bagaikan satu hikmah yang indah dipenghujungnya. Sejarah tidak pernah berubah..

Sesuatu yang indah itu tidak semestinya wujud di depan mata dan boleh di lihat macam kebahagian di masa hadapan. Jadi manusia tidak semestinya kena ikut kata orang lain yang penting persaan sendiri. Mungkin hari ini kita bernasib malang tapi jangan sesekali berptus asa pada hari esok. Nak hari esok jadi menarik, kita sendiri lah kena berusaha untuk terus hidup. Kita bukan hidup untuk orang lain tapi untuk diri kita sendiri. ~pen off~