rabu/1432012/malaysia/3.31 pm:
salam................................. lama aki diam.. diam2 berisi... lama tak bercerita d sini... busy ngan hidup y bercelaru... well itu baru kehidupan! tak selalunya tersusun kadang2,,, celaru sana sini.. hak2.. aki ada program berturut2 minggu lepas... fotoshoot kat bukit tinggi... weeding senior kat dungun(sebas kami serbu!).. majlis pelantikan board SRMUPM yang baru.... bla..bla... mcm2 kejadian... ada jugak ak telibat secara langsung as bodyguard n spy... hahah ni y aki nk kongsi.. "mencari yang kekal dalam kehilangan" aki nk berkongsi cerita tentang kehilangan dan pencarian buat y kekal... cerita ni ak terlibat sebagai pemerhati jua sebagai pelakon sampingan... y buat aki termanggu memikirkan apa y mereka rasakan... kesedihan mereka.. kekecewaan mereka... dan cara mereka menerimanya...
...................... dalam beberapa minggu lepas.. ke minggu lepas.. aki pon xingat la.. aki d tegur dalam ym oleh org y aki xknl.. aki layan je la.. kalau sewel nye org aki layan je pastu sabar je lah kalau aki termaki ke kan... nasib la.. but this guy.. really polite... kami sembang2.. pastu dia ty aki kolej mn.. aki bg tau aki kolej mn.. lepas tu dia share 1 gamba ngan aki. gambar dak perempuan, dia ty aki knl ke x? ingat aki ni komputer ke scan terus tau tu sape~~~ adoi... aki kata xknl.. pastu dia cite la masalah dia.. dak tu awek dia budak stdy sama u ngan aki n duduk kolej dekat kolej aki, other than that dia da la bg tau beberapa maklumat pasal dak tu.. dia mintak aki tolong cr bdk tu... aki pelik la, ai......... awek sendiri xkan xtau duduk mn? rupe2nya depa ni couple dah mask 4 tahun tp xpernah jumpa... ade je alasan bdk tu... aki ni pelik bagai la... mcm ne ko couple xpernah jumpa just berhubung ngan fon saja.. gigih.. laki ni betul sayang gila ngan budak tu.. aki serba salah nak tolong.. ye lah ni kes berat sey! tp effort dia buat aki sanggup tolong! mana nk cr free laki mcm ni? sanggup ari2 call aki ty jumpa lom bdk tu.. aki bagai mati kutu nk cr bdk tu.. y ada hanya gambar n dok kolej mn.. ambik kos ape.. student kat sini beratus2 ribu kot! last2 aki masok gmbr bdk tu dlm fb... jeng2 aki jumpa, rupenye dia ni junior matrik aki n kawan ngan kawan aki... peh senang keje aki.. aki call bdk tu ajak jumpa.. mula2 macam2 hal dia kata xnk jumpa.. y aki pelik nama dia xsama mcm y aki cr.. course pon lain.. duduk kolej lain.. ish2.. xpe.. aki gertak sikit..(ala2.. bodyguard kan/...) set kami jumpa.. budak laki tu pon mai jugak sebb dia nk jumpa sangat ngan bdk tu.. nk tgk btl ke tak itu org dia.. bdk laki tu siap cuak nk jumpa aki.. dia bajet aki ni org ada power ke dlm upm ni.. sebab style aki macam "kak yung" hahahah.... gelak besar aki, aki adalah cr aki... jgn ty mcm mn aki wat keje.. janji setel! aki jumpa bdk tu n bdk tu jmpa gak ngan bdk laki tu... tup2 memg org y sama dlm gambar tu.. but bukan orang y kami cr.. ada org gunakan fb dia utk tipu bdk laki tu.. 4 tahun beb! kn tipu.. aki syak mesti keje kawan2 bdk perempuan ni jugak... alhamdunillah lepas aki terang semua clear la.. dak perempuan tu pon dah off fb dia.. y paling kesian bdk laki tu la.. kena tipu... malu lak ngan kami... dia bla mcm tu je lepas dak perempuan tu balik.. mlm tu dia msg aki
" sy xtahu siapa awk sebenarnya, but terima kasih sb tolong sy.. maaf sy bla mcm tu je td.. tp hati sy sedih sgt.. sy malu ngan awk dan bdk2 tu.. sy rasa muka sy macam kulit **** je td.. sy xtau nk cakap ape g.. sy mintak maaf susahkan awk.. terima kasih banyak2 sb tolong sy"
aki terdiam... aki just mampu cakap saba je la.. aki faham apa dia rasa.. aki pernah rasa.. aki tahu.. semua y berlaku ada hikmahnya.. mengajar kita lebih berhati sebelum nk dermakan hati dan perasaan kita pada org lain.. sebab belum tentu mereka tahu menjaga hati kita seperti mana kita menjaganya... aki agak terkilan la... kesian budak perempuan tu.. dia xtahu ape2... kena main ngan kawan dia.. ni kalau bawak g balai kena gak ni.. aki boleh je kalau nk cari sape org y betul tu.. no fon ade... boleh je cr by kolej kalau nak.. tapi leceh la.. wat sakit ati aki gak adalah... blogger.. ang cube fikir, perasaan cinta ni kadang2 buat orang jadi bodoh... ada kawan aki, d sebabkan perasaan sayang dia y tak berbalas sanggup memencil diri dari kami... dia y dulu seorang y gile2... la ni, harapan je y tinggal... sakitnye hati terkena kan... aki sendiri bila memikirkan sedalam2 hal ni aki jadi meluat... menyayangi orang y hanya memerlukan kita ketika mereka perlu.. mereka lansung tak cuba mengekalkan rasa sayang tu/.//
shit la! aki jadi bad mood 2 hari ni bile terfikir cerita mereka... sayang gile.. tapi sayang sorang2.. y satu pihak g... harapan je la... xde perasaan.. rasa nk cari.. cari... ape kejadah bercinta mcm tu... baik xde dr ada.. macam kereta xde minyak... ada je kete tu kat situ.. kita boleh je duduk dlm kete tu.. tapi sekadar duduk tak kemana... damn! aki xleh terima kehidupan macam tu//.// ia hanya menyemai rasa benci dalam diri aki! rasa benci pada kehidupan yang lain. menjadikan hati kita batu... no feeling! game over.... aki tak mahu terlibat dengan drama or permainan mereka y hanya bermain dan menanti skrin kehidupan mereka tertulis game over.. hidup dalam jaga bukan hidup dalam mimpi... go to hell la kalau nk berjimba2 dengan perasaan org lain...
blogger! kalau kau jenis suka2 try n leave dalam bercinta... dengar baik2 pesan aki, tuhan tu maha kaya.. tak ubah je diri kau macm alat mainan dlm kehidupan! bermainan lah puas2... sampai suatu masa nanti kau merasa bosan, masa tu baru kalian tahu.. kau hanya sebuah mainan y dah masak d makan zaman... lapok kualiti diri! hanya berpaksikan kata hati yang buta bermain.
# Perhaps our eyes need to be washed by our tears once in a while, so that we can see life with a clearer view again #
Dari penjuru sudut meja, pena ku berkata-kata. Akan aku pahat pelbagai cerita tentang mereka juga cerita tentang aku. Cerita yang baru mahupun yang lama. Pena ku menari-nari mengukir kisah hidup manusia, yang hadir di sisi aku. Aku hidup di kalangan mereka, memerhati serta menjadi sebahagian dari sejarah mereka. Pena ku akan terus menari, sehingga nyawaku diambil olehNYA.
Showing posts with label cerita dr hidup seorang kawan. Show all posts
Showing posts with label cerita dr hidup seorang kawan. Show all posts
Wednesday, March 14
Tuesday, December 13
Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia part 5
********** masa sekejap ke berlalu, sedar tak sedar dah nak
exam balik. Aku bila exam je mula la lintang pukang, yelah masa free2 malas nak
stdy. Enjoy saja, maklumlah… dayang2 ramai kat tepi. So busy la sikit, hahah… assignment
pon xyah nak risau sangat la.. ada backup kalau aku xsiap.. senang betul hidup
aku.. nasib la aku ni ada muka.. kalau tak, payah la… nak mengharapkan otak
aku.. dah naik berkarat dah aku rasa.. namun aku ni nakal2 mcm ni, aku tahu
lagi batal2 aku.. aku mesti mencari idaman hati kesuma jantung yang cukup
sempurna buat suri hati aku… aku rasa aku dah terjumpa… putrid elyana natasya…
comel, pandai, aku tengok dia senang bergaul. Cuma dia macam payah nak bergaul
ngan aku. Sejak aku mula2 knl dia, aku xpernah dapat walaupun sepeluang membuka
ruang untuk berconversation…
ceh, nak jadikan
cerita.. suatu ari dalam minggu exam ni aku ke library gara2 bilik aku tak
dapat wifi. Libaray conform laju, sedang ak sibuk mendownload games, aku
terpandang seorang gadis memakai sweater putih dicelah2 rak buku. Elyana! Adakah
ini petanda baik untuk aku? Bertemu di kamar ilmu?? Ak pon perhatikan dari
jauh, di mana dia duduk.. dia duduk betul2 depan ak tetapi selang beberapa
meja.. masa tu tuhan je lah tahu perasaan aku, berbunga2… hhaha aku sengaja
pergi ke rak yang bertentang dengan dia. Sengaja atau tidak kami berpandangan,
peh! Kalau boleh masa tu jugak ak nak ajak dia kawin! Hahah.. angan2 je lebih
aku ni.. “maaf boleh tumpang lalu?”
oh.. ak xperasaan aku menghalang laluannya, “maaf,
xsengaja. Kita satu kelas kan?” dia hanya tersenyum dan menganguk kepala
dan berlalu.
Dia senyum pon dah cukup buat ak hapi. Aku main ambik saja
mana2 buku, kembali ke tempat duduk dan memerhatikan dia.. si puteri kayangan..
sedar tak sedar, masa berlalu cepat sangat! Library akan ditutup pada pukul
10.30 malam, aku mengemas dengan cepat sebab nak mengejar elyana.. namun dia
cepat sangat hilang dalam larut malam.
Ceh! Baru je nak ucap selamat malam ke… tup2// rezeki malam
tu, aku terjumpa dia menunggu bus untuk balik ke kolej. Kami dari kolej yang
berbeza.. “hai.. boleh saya duduk?” dia hanya tersenyum. “erm.. awak selalu pegi library ke malam2?” dia tersenyum dan
menganguk kepala. Sedih pulak aku rasa… macam tak sudi je dia nak cakap ngan
aku.. “ erm.. awak mesti dah habis study
untuk exam besok kan?? Saya xhbs stdy g.. banyak item nak kena hafal… awak tahu
tak bila kita kena hantar assg minggu lepas??” dia menoleh… “erm… tak pasti la.. awk…” tibe2.. bus
ke kolej elyana timbul di depan mata.. ceh! Potong line tol a bus ni! “cb Tanya yang lain sy xpasti, sy balik dulu.
Salam” elyana berlalu hilang dibalik kerusi bus.. “walaukumsalm”…
malam yang sangat dingin, sayup2 aku melihat bayang2
bus hilang di simpang jalan… silau lampu kenderaan memanah mata aku.. kolej
10.. itulah bus koleh ak… aku tersenyum sendiri.. ya allah.. terima kasih atas
pemberianMU ini.. walaupun sekejap… aku puas.. senyuman itu benar memikat hati
ini…
bersambung………..
Wednesday, December 7
Bila hati rapuh~
kau tak tahu betapa rapuhnya aku
bagai lapisan tipis air yang beku
sentuhan lembut kan hancurkan aku
walaupun cinta tak sempurna
menghampiriku seketika
ingin kau tahu betapa rapuhnya aku
bagai lapisan tipis air yang beku
sentuhan lembut kan hancurkan aku
walaupun cinta tak sempurna
menghampiriku seketika
ingin kau tahu betapa rapuhnya aku
* kau tak tahu betapa rapuhnya aku
masih terasa luka di masa lalu
ku pernah mencintai sepenuh hati
masih terasa luka di masa lalu
ku pernah mencintai sepenuh hati
** dan ku terluka, luka membekas
bekas membuat, buat selamanya
selamanya ku, ku kan selalu
ku kan selalu rapuh
bekas membuat, buat selamanya
selamanya ku, ku kan selalu
ku kan selalu rapuh
ku ingin tunjukkan kepada dunia
tak hanya ada karena masa lalu
tapi masih ada harapan bagi yang baru
tak hanya ada karena masa lalu
tapi masih ada harapan bagi yang baru
kau tawarkan ku sejuta harapan
namun kenangan itu tak pernah hilang
ku ingin kau tahu betapa rapuhnya aku
namun kenangan itu tak pernah hilang
ku ingin kau tahu betapa rapuhnya aku
repeat *, **
kau datang bagai hujan
basahi tanah hati
tapi kau lihat sendiri
luka ini
basahi tanah hati
tapi kau lihat sendiri
luka ini
repeat **
ku kan selalu rapuh
Rapuh... salam... selamat malam... or should i say selamat pagi.. gara2 semalam (rabu) kelas aki sangat pack... gile2 pack... selamat je sampai bilik.. buum2... letih sangat,,, bila hujung tahun je.. macam2 nk kena buat.. report sana sini.. adeh!!! busy2 macam tu baru kire ada life ke?? aki bangun seawal 1 pagi kamis.. gara2, katil penuh dengan fail dan ketas2 jurnal.. meja tok sah kata la... ngan planner.. Eee pace.. mcm2 la bende lain... dah la time mcm ni perut lapo pulak... ceh! siot je perut ni, tup2 aki bukak winamp.. add playlist "aku tak tahu" aki set beberapa jenis lagu untuk beberapa keadaan.. time keje.. ni lagu dia.. time santai.. ni lagu dia... time bangun tdo ni lagu die... ni playlist time aki ngah jiwang! hahah.. kenapa tajuk dia "aku tak tahu"? sebab aki xtahu la... tibe2 je ade feel... mabuk baru bangun tdo lewat2 malam.. hak2..
play punya play.. kuar lagu ni.. Rapuh.. sapa punya suara?? joeniar arif. Orang mana?? indonesia mari.. aki ingat lagi, lagu ni aki dengar time dalam bus masa nk g kelas, ada sorang mamat indon@student dr indonesia dia dengar lagu guna earphone tapi ngan aki2 pon tumpang dengar sekali.. aki tersenyum sendiri, dia perasan kot.. tibe2 dia kata maaf.. see2... satu ayat je pon dah boleh dapat kawan baru!! heheh... aki kata lagu y dia dengar tu aki boleh dengar jugak.. dia gelak je la.. aki tanya tajuk lagu tu.. sepatah je dia jawab "rapuh"..ceh! cepat pulak sampai.. dia pon permisi untuk bereda.. xpe la "rapuh"... aku youtube!
aki tengok vd lagu tu, can i say lelaki dalam vd tu "hamba cinta"? (if korang pernah tengok vd tu la..) kesian... jujurlah.. aki jarang jumpa seorang lelaki yang xputus harapan terhadap orang yang dia sayang n cinta walaupun dia terluka. It seem macam kawan aki, aki rasa lagu ni sesuai untuk dia.. (dude! sori ek, kalau lu baca post ni, cerita lu selamat dengan aku.. cuma dasar cerita lu wa buat wayang ini lagu)
aki ada sorang kawan lelaki, aki rasa lagu ni sesuai sangat nga dia, pasal dia menyayangi seorang gurl2 ni.. lama dah.. kami pon sedia maklum akan hal itu.. but "xsemua yang kita usaha akan jatuh ke tangan kan" g tu la dia.. ada yang telah menyunting hati gurl2.. but ni part y aki benci, "HARAPAN" damn! aki memang benci ngan harapan, aki selalu bilang...........
"harapan boleh jadi benar, boleh jadi palsu.. tiada yang pasti dan hakiki"
kerana harapan, memakan diri. Bila aki dengar lagu ni, aki teringat cerita dia, aki sendiri pernah mengalaminya.. but bila sampai satu masa harapan itu mati di bunuh oleh benci. Kebencian kadang2 bukan sesuatu yang teruk, kadang2 ia penawar as long kita tahu bagaimana nak mengawalnya. Hakikat kejadian insan blogger, hati manusi mudah rapuh.
"orang kita lihat selalu ketawa gembira kadang2 adalah orang yang paling banyak terluka di dalam hatinya"
ini bukan berdasar kajian or pemantauan cuma berdasar pengalaman, blogger' bagi aki la.. orang yang selalu terluka, bersedih or yang sekutu dengan nya adalah orang2 yang berjiwe nipis.. not to say depa ni lemah! but mereka ni terlampau kuat sampai satu ketika mereka mampu memiliki perasaan sedih dan kelukaan orang lain. wow! adakah orang macam tu? mungkin korang xpernah jumpa.. aki dah terjumpa.. ada beberapa org (termasok diri aki sendiri)
apabila kita selalu dalam kesedihan or terluka, ia bukan satu perbuatan sia2 or bodoh! ia satu proses pembelajaran tau.. ia mengajar kita erti2 menghargai dan menyayangi apa yang kita mampu memiliki.. jadi manusia ni kadang2 kite demand lebih.. apa yang dah ada xnak jaga.. nak jugak y baru.. but it true.. kehilangan buat kita lebih mengerti erti menghargai.. well... itulah.. ceritanya.. manyak lagi mende nak cakap pasal kesedihan ni... but simpan la untuk esok lusa nye cerita.. now mau sambung zzz balik.. night world~~~ wasalam.
"bisakah kita tak usah berharap di dunia ini, sehingga kita rasa bebas tanpa rasa takut"
Thursday, September 15
Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia!! part 4
.............. Hari ni melambak assignment aku kena buat.. time2 macam ni la aku nye tahap kemalasan meluap2. Tup2... ada orang ketuk pintu bilik aku. “ sape pulak yang datang malam2 ni” aku pon bangun g bukak pintu... “ salammualaikum ya naim’mah.. hahah” la si zam rupanye. “ walaikumsalam.. sejak bila nama kat i.c aku jadi naim’mah pulak? Kau ni ade2 je..” zam tersengeh sambil ketawan.. “ ai... gurau pon xboleh ke kawan?? Xnak ajak aku masuk ke???” .. “ ai sejak bila aku kena jemput2 ko masuk lak ni, selalu tau je masuk sendiri.. hahhaha” aku ngan zam ni kawan baik sejak masuk u ni.. dulu sebilik ngan aku... sekarang dah tukar g bilik lain.. “mak ai... bersepah nye meje ko ngan buku2 ni.. ko nak wat ape manyak2 buku ni? Ai bukan dulu ko ke yang allergic ngan buku tebal2 ni... muskil aku ni.. hahahah” zam membelek2 buku2 aku pinjam petang tadi, berterabur aku letak kat meje ngan lantai... “ala aku memang rajin pe.. ni assignment nye pasal la... pening kepala aku... banyak bende nk buat.. pakat semua nk hantar next week... maun tak pening kepala aku ni..” zam duduk di atas katil membelek2 PSP aku.. lalu menyindir aku “ ai... awek kau kan ramai... pandai2 semuanye... assignment ni,, dah makanan ruji diorang lah... suh la dieorang yang buat.. macam tak biasa..” zam2... kalau nk menyindir xpernah xpedas... “ uik.. aku baik tau, bukak selalu aku mintak tolong diorang ajar buatkan.. kadang je kot”.. zam mencebik bibir.. “ ye sangat la kadang2... tak keluar dating pulak kau ari ni, kalau tak bersepah je kau menempek ngan girlfriend2 ko kat cafe tu... ke perempuan2 tu dah pencen...” zam2... ayat kasar gak kadang2 mamat ni guna, tapi aku xpernah terasa hati pun.. paham sangat perangai die, menegur cara die ni agak kasar kadang2.. kalau xbiasa lah... “ kalau aku kuar dating kau bising, aku xg dating pon ko bising... hahaha... perempuan2 tu bukan pencen.. tapi dah d berhentikan keje... aku pecat diorang semua.. hahahhaah.” Zam hanya mengeling kepala saja.. “kau ni, tak baik buat orang perempuan macam tu... berdose tau! Main2 kan perasaan orang lain...” erm,,, kn sedas g.... “ ala.. diorang tu bukan syok kat aku pon, kau nix yah la serius sangat2.. eeee......” aku tau zam sejak dulu lagi.. lelaki yang pendiam.. tak banyak cakap, kalau nk cakap bende yang penting je... tapi aku lain perangai la,.,, mulut bising... tu pasal ramai perempuan sangkut kat aku, aku lak jenis suke ramai perempuan dekat ngan aku.. rasa bahagia... hahahah ada chan nk kawin 4 ni hahah... “ aku ingatkan je, jangan esok terkene kat batang hidung sendiri, kadang2 apa yang kita buat sekarang akan datang balik pada kita.. ingat tu..” erm,,,, aku ye kan je lah, kata zam ni... “ ye lah, ustaz,,,, ko ni dari mana tadi? Dengan beg2 ni.. ko ada kelas ke?” “ erm, aku baru balik dari library tadi, aku terjumpa budak perempuan yang kau usha tu, siap naik bus dok sebelah aku lagi kot... jeloz x??? Hahahha...” what????????????? Putri??? “ dia g mana? Kau sembang tak ngan die?” zam tergelak besar... “ aku ade tegur dia, dia baru balik dari fakulti katanye.. awat kau nk tackle die pulak la tu... tok sah berangan la... die tak pandang org macam ko ni...” aku sedikit terasa hati pulak.. “ asal pulak, aku nk kawan ngan die tak kan salah, xsalah kan kita minat kat orang kan?” “ erm,,,,,,,,,, memang lah tak salah... tapi kalau orang macam ko ni MEMANG SALAH la.. setakat nk buat main2 toksah la.. buang masa die je layan ko” “ hish ko ni, sampai ati xsupport aku, patut sokong aku... aku nak cari wanita idaman hati... nak try la usha mana yang boleh dijadikan idaman hatikan...” zam bangun melangkah ke pintu... “ udah la mat jening... berangan je kau nk berubah, playboy tetap playboy... dah try... tak padan buang merata2... kau ingat kertas boleh buang2... hati orang naim... jangan buat main... kalau tak cukup kuat nk pegang jangan fikir2 nak sentuh... aku bukan apa,,, kau kan kawan aku... aku nasihatkan saja.. dah la aku nk balik bilik lu... jumpa la esok kat kelas.. salammualaikum!”. “ walaikumsalam...” aku dah lali dengar taskirah dari si zam... tapi tak makan saman.. bebal sangat hati ni... tapi kali ni entah kenapa aku terasa sangat... entah la.. PUTRI ELYANA NASTASHA.... adakah aku mampu menyentuh hatimu atau hanya sekadar mainan hati aku saja? Aku keliru pula bila di asak begini, apa2 je la... janji aku nk usha jugak die..jahat ke aku? Huhuhu..................... bersambung.
Tuesday, July 26
Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia!! part 3
********* Semasa Dahlia Eleen sedang berjalan sendirian di kantin, aku cepat-cepat berlari ke arahnya dan menjerit namanya. “Lia! Lia!” Dahlia Eleena terperanjat lalu pusing ke belakang. “La..kau Naim. Aku ingatkan orang gila manalah tadi yang menjerit-jerit nama aku ni... Haha. Apa mimpi kau ni tiba-tiba je cari aku ni?” Aku bernafas macam tak cukup oxygen dah, punya laju aku lari nak kejar minah ni. “ aku nak Tanya kau ni, kau kawan dengan budak perempuan yang baru masuk tu kan?” Lia mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis padaku lalu berkata, “Yup, apasal kau tanya? Nak berkenalanlah tu. Mende la kau ni, perangai tak berubah2, Apalah nak jadi dah. Jangan haraplah kawan aku tu nak dekat kau kalau dengan perangai ‘playboy’ kau tu, sedarlah. Dia tu bukan perempuan-perempuan ‘taste’ kau pon. Toksahlah kau nak menyibuk! Dia tak minat laki perangai macam kau. Lagi satu, dia tu kawan aku, kalau kau nak buat main2 g cari orang lain. Kalau tak naya muka kau aku lanyak nanti!.”
Aku selamba menjawab, “Garangnye kau ni, patut lah. Xde laki berani dekat ngan kau. Aku dah berubahlah. Aku nak tanya kau! Pernah ke dalam dua minggu ni kau nampak aku keluar makan dekat café dengan perempuan-perempuan tu?” Lia menggelengkan kepalan je kerana itulah kebenarannya. Aku menyambung lagi, “Tau pun. Kalau kau nak tahu, budak perempuan baru tu lah yang ada semua ‘taste’ yang aku nak. Dialah satu-satunya gadis idaman pilihan hati aku. Haha. Tolonglah aku ya. Siapa nama dia? Aku dah cuba banyak kali tapi tak dapat-dapat.
Tolonglah.” Lia hanya tersenyum sambil berkata padaku, “Telinga aku ni salah dengar ke? Si Putri Eleeyana Natasha tu ciri-ciri wanita idaman lelaki ‘playboy’ macam kau ni? Haha. Kau jangan buat lawak boleh tak? Dia tu lain ok! Dia tak sama! Untuk pengetahuan kau, ‘playboy’ hanya layak berpasangan dengan ‘playgirl’ sajalah. Lupakanlah niat kau nak dekat dengan Putri tu. Dia tu jenis happy go lucky kadang2.. kadang2 pendiam, baik hati, penyabar, tak sesuai langsung ngan kau, dia tu sesuai ngan orang yang biasa2 je, bukan orang HEMSEM a.k.a ‘playboy’ mcm kau tu.” Aku tersenyum sedikit kerana kini, aku sudah pun tahu siapa nama si dia yang mengganggu hatiku. Haha. “Yang kau marah sangat ngan aku ni pasal? Kau boleh cakap apa2 sajalah Lia. Aku tak kisah. Yang penting, nama dia aku dah tau. Kalau ada apa-apa lagi nanti, aku akan minta pertolongan kau. Boleh kan? Hehe. Cuma, peringatan bagi kau. I’M NOT A PLAYBOY ANYMORE OK! Understand? Assalamualaikum!” Aku terus pergi dari situ dengan satu senyuman. Aku langsung tak ambil hati dari kata-kata Lia tadi kerana aku berasa gembira dengan jawapannya tadi. Silap aku jugak dulu wat perangai macam2... tapi lantak la. Janji aku ada misi baru.. heheh...
Gadis idaman kalbuku, kini aku sudah tahu namamu. Putri Eleeyana Natasha. Sangat panjang namanya.. Buat aku terpingga2... Hati aku seperti terusik, Aku akan cuba memikat pemilik nama itu untuk menjadi permaisuri hidupku... InsyaAllah....************ bersambung....
Saturday, June 11
Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia!! part 2
******************* cont......
“Naim, kau apa khabar? Assignment kau dah siap ke? Wah..makin kacak aku tengok kau sekarang ini! Patutlah ramai budak-budak perempuan minat dekat kau. Haha.” Usik Zam, rakan sekelasku, ketika pensyarah belum masuk lagi. Aku tergelak lalu berkata, “Haha..aku sihat. Assignment aku selalu siap sebab ada empat pembantu setia di sisi yang membuatkannya siap. Haha..aku memang sentiasa kacak macam kau juga. Haha..” Kami sama-sama tergelak. “Naim, kau tahu tak ada budak perempuan baru yang akan masuk dalam kelas kuliah sebelah kita ini. Dengar cerita, cun melecun budaknya.
Tak nak cuba nasib ke? Hehe..tapi…” “Betul ke Zam? Kalau kau dah kata cun, aku mestilah nak mencuba nasib..mesti dapat punyalah..haha..tapi apa?” Zam menjawab, “Aku dengar dia tu susah sikitlah nak layan lelaki sebab dia tu macam mawar berduri. Muka tak pernah nak senyum dengan lelaki. Semalam aku sajalah nak tegur dia. Dia buat tak tahu saja. Muka tak nak pun senyum dengan aku. Liat betullah beb..ada peluang ke kau? Perempuan ni susah sikit.. Haha..” Aku mengerutkan dahi sambil berkata, “Erm..nampak macam susah saja. Tapi aku ni lainlah, kau tak sekacak aku. Manalah pompuan tu nak pandang kan..Haha..Aku akan pastikan yang aku dapat ‘tackle’ dia juga. Kau tengok sajalah. Ini Shahrul Naim tau, bukan calang-calang lelaki. Belum ada perempuan lagi yang pernah tolak cinta pura-pura aku ni..haha” Zam tersenyum sinis sambil berkata, “Tapi, budak perempuan yang seorang ni lainlah beb. Tak sama!
Apa-apa pun, aku ucapkan semoga berjayalah kau nak ‘tackle’ dia.” Aku membalas, “Yang tak sama itulah yang aku nak. Bukan perempuan-perempuan yang jual murah sangat tu. Haha..Ok, aku akan cuba buktikan pada kau yang aku boleh.” Aku nekad untuk ‘tackle’ girl yang dikatakan Zam sebentar tadi untuk membuktikan kelelakian aku.
“Assalamualaikum saudari.” Aku cuba untuk berbual dengannya sewaktu rehat sudah bermula. “Waalaikumussalam.”
Yes.. ‘line clear’ punya. Ada peluang ni..Haha..
“Saya….” Belum sempat aku nak habiskan ayat perkenalan aku, dia dah pergi. Macam tu saja? Tak pandang aku langsung! Apatah lagi nak senyum! Tak patut betullah budak perempuan ni! Ish..!! Memang betullah apa yang Shahrizal cakap dekat aku. Tapi, aku takkan putus asa. Aku akan pastikan juga yang aku dapat ‘tackle’ kau! KRING!! KRING!! Telefon bimbitku membingitkan gegendang telingaku! Panggilan dari Fiona. Ah, malaslah aku nak layan! Buang masa aku saja. Perempuan-perempuan tu dah tak penting dan tak pernah pun penting dalam hidup aku. Yang penting sekarang, aku kena fikir cara nak ‘tackle’ budak perempuan tadi tu! Erm..
Cun juga budaknya. Pakaian yang budak perempuan tu pakai tak ade la up2 sangat2.. biase2 je.. tapi muke die buat sejuk hati aku bila pandang. suara die lembut je, peh.... tangkap cintan aku di buatnya,,,, hahahah. Kena usha betul2 ni, mana tau boleh bikin calon isteri aku. Haha..
Naim!! Siapa pulalah yang menjerit memanggil nama aku ni. Aku memusingkan sedikit kepalaku. Oh, Zam rupanya. Memekak saja!
Dalam keadaan tercungap-cungap keletihan berlari, Zam berkata padaku, “Wei, ‘girlfriend-girlfriend’ kau semua cari aku tanya fasal kau. Aku penatlah asyik nak menjawab jawapan yang sama saja tiap-tiap hari. Boleh jadi gila kepala otak aku ni.” Dengan muka yang tak begitu ceria, aku membalas, “Alah, kau bagi sajalah apa-apa alasan pun asalkan aku tak jumpa dah dengan perempuan-perempuan tu. Mengganggu ketenteraman hidup aku saja!” Zam ketawa lalu berkata, “Tak sampai sebulan lagi takkan kau dah bosan kot. Cun apa pasangan-pasangan kau tu. Siapa suruh kau tamak nak sekali empat? Padan muka! Dahlah semuanya tergila-gilakan kau. Haha..” Aku hanya mampu berkta, “Aku tak kisahlah kau nak cakap apa Zam, yang pastinya, aku tak nak fikir dah fasal perempuan-perempuan tu. Bukan tergila-gilakan aku, tapi tergila-gilakan harta ayah aku saja! Kalau kau nak semua pun, aku tak kisah dah. Percuma aku bagi kau. Puas? Dahlah, aku penatlah, nak keluar pergi café sekejap.” Aku terus pergi menuju ke café tanpa mempedulikan Zam lagi. Fikiran aku betul-betul celaru sekarang ni. Aku betul-betul nak berkenalan dengan budak perempuan kelmarin yang aku jumpa tu. Tolonglah muncul wahai gadis idamanku…
Terpana mataku memandang gadis yang berdiri di hadapan pintu café tu. Budak perempuan ari itulah! Wow! Ada peluang ni. Gaya macam dia tengah tunggu seseorang. Bolehlah aku ambil kesempatan masa yang ada ni. Haha..
“Assalamualaikum saudari.” Seperti biasa, dia menjawab salamku. Aku memperkenalkan terus diriku sebelum dia pergi seperti kelmarin. Melepas aku nanti. “Saya Shahrul Naim, kita pernah sama kelas b4 ni. Awak pelajar yang baru masuk 3 hari lepas tu kan? Kita pernah jumpa sebelum ni di kantin. Ingat tak?” Dengan muka yang sedikit pelik, dia berkata, “Ooo..Ya, saya pelajar baru di sini. Saya tak berapa nak ingatlah. Kawan saya dah datang tu. Minta diri dulu. Salam.” Alamak, dia dah nak pergi pula. Aku cepat-cepat bertanya padanya, “Nama awak..?” Dia hanya menggelengkan kepalanya dan terus berjalan menuju ke arah sahabatnya itu tanpa menghiraukan pertanyaan aku. Geramnya!!
Eh, aku kenallah kawannya tu. Dahlia Eleena rupanya. Senanglah aku nak tanya fasal perempuan tadi tu. Haha.. Betul-betul mencabar kelelakian akulah perempuan jual mahal ni. Tak layan aku langsung! Pandang aku pun tak! Pandang sekali lepas tu dia terus alihkan pandangan dia. Tak kacak ke aku pada dia? Erm..Lia mesti kena tolong aku. Dah jumpa satu jalan. Yes!!
***************************** cont....
Wednesday, June 8
Aku Nak Jadi Kekasih Halal Dia!! part 1
Sebuah cerita rekaan, xde kene mengene dengan yang hidup atau mati. Cuba ilusi dari cerita seorang sahabat yang seakan sama kisahnya namun berbeza kesudahannya. D harap mampu membuat manusia berfikir, tak kira kau perempuan/lelaki...
~~~~~~~~~~~~
“Saya sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Lia membalas, “Ok. Saya pun sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau.” Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam hatiku.
Haha..senang saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah katakan..haha..lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di Café nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..haha
“Awak, kita ‘couple’ nak tak? Kita dah lama kawan kan..apa salahnya kalau kita maju ke depan lagi.” Fiona senyum sambil berkata, “Lama saya tunggu awak cakap macam ini tau. Hehe. Saya terima awak. Tapi, ‘girlfriend’ awak tak marah ke?” Hatiku tergelak besar. “Haha. Saya mana ada ‘girlfriend’, semua tu kawan saja. Mereka saja yang anggap saya ni ‘boyfriend’ mereka. Saya sayang awak seorang saja. Percayalah.” Fiona gembira mendengar pengucapan dusta dari bibirku, “Terima kasih Sayang. Saya pun sayang awak seorang saja. I love you.” “I love you too.” Balasku sambil hatiku tergelak besar.
Yes..Fiona pun dah dalam tangan..senang kerja-kerja ‘assignment’ aku lepas ni..suruh ‘girlfriend-girlfriend’ aku yang buatkan..haha..tapi, baru dua..tak cukup lah..aku nak tambah lagi dua..biar cukup empat..nak ikut sunnah..haha..mesti best nak ‘tackle’ budak-budak perempuan U ni lagi..harap saja belajar agama, tapi, layan lelaki juga.. haha.. jangan haraplah aku nak buat jadi isteri kalau perangai tak ubah macam ‘playgirl’..haha
“Betul, awak seorang saja wanita kesayangan saya. Saya tak tipu.” Melissa membalas renungan mata buayaku sambil berkata, “Ya. Saya percaya awak. Saya pun sayangkan awak. Awaklah satu-satunya lelaki idaman hati saya.”
Haha..aku berjaya lagi..tinggal lagi satu saja..Saira orang yang bertuah itu..haha..
“Sai, saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi pasangan saya? Saya betul-betul dah jatuh hati dan gila bayang pada awak.” Sai tersenyum tanda setuju untuk menjadi pasanganku. “Naim, saya terlebih sudi untuk jadi pasangan awak sebab itulah impian gadis-gadis di sini termasuk saya.” Sai ingin memegang tanganku tetapi cepat-cepat aku tepis kerana aku tahu itu satu dosa. Tak ingin aku nak menggatal dengan perempuan murahan macam tu!
Menggatal betullah Saira ini..biasalah tu..perempuan..haha..aku lelaki buaya pun tahu pegang-pegang tangan itu satu dosa, inikan lagi muslimah-muslimah U..haha..dalam U muslimah, luar U semua nak tayang..tudung pun dah hilang..fikir aku nak sangat ke budak-budak tu? Haha..jangan harap..semua nak harta ayah aku saja..materialistik! jangan haraplah..aku nak yang suci dalam debu..mawar berduri..barulah namanya muslimah..bukan macam Lia, Fiona, Melissa dan Saira tu..menggatal saja lebih, muslimahnya hampeh..haha
..............~~~~~~~~~~~
Saturday, April 2
Warkah terakhir untuk awak...
Ini merupakan surat dari seorang wanita di malaysia kepada seorang lelaki di jepun...... aku sebagai posgirl menyampaikannya....
Assalammualikum........ Kehadapan awak,
Saya harap suatu hari awak boleh baca surat ni sampai habis. Maafkan saya kerana menyebabkan awak jadi begini. Menghilang tanpa berita dan senyap tanpa sebarang kata. Maaf andai kehadiran saya menggangu kehidupan awak sehingga awak membisu tanpa kata. Maaf andai niat tulus saya menyebabkan awak rasa terganggu. Maaf andai cinta saya menakutkan awak. Andai ada salah silap dalam tutur kata saya, saya nk mohon maaf. Kembalilah, kerana ada insan yang merindui awak. Saya mengharap agar persahabatan ini terus kekal walau ia takkan sama seperti di awal perkenalan kita. Mungkin saya terlalu cepat meluahkan kata cinta dan terburu-buru dalam membuat keputusan. Tapi itulah saya, insyALLAH saya akan cuba ubah diri saya untuk menjadi lebih sabar dan berfikiran matang. Entahlah saya tetap meraskan ini semua berpunca dari khilaf saya. Mungkin juga saya belum cukup sempurna dimata awak. Saya tidak menyalahkan takdir kerana bertemu dan berkenalan dengan awak. Mungkin ada hikmahnya..insyALLAH. Sejak awak menghilang i’ve start blaming myself for what have happens. InsyALLAH ini message saya yang terakhir untuk awak. Awak boleh pegang janji saya. Inilah message saya yang terakhir dan yang berjela-jela..hehehe... Saya tak mahu dekati awak lagi. Saya tak mahu ada apa-apa perasaan pada awak lagi. Doakan saya mampu mengubah takdir muallaq saya dan doakan saya dikurniakan hati baru , agar saya mencintai NYA yang RABB, agar hati saya lebih tenang. Dan semoga saya mencapai Ad-Deen dalam kehidupan sebagai hambaNYA. Terima kasih kerana pernah hadir dalam kehidupan saya..dan terima kasih kerana pernah mengembirakan hati saya walau sekejap cuma. Juga terima kasih kerana pernah menerima saya. Bila awak jumpa insan yang betul2 awak sayang, jagan lupakan saya ye..sebab hati dan memori saya tak kan pernah lupa akan ikatan yang pernah terjalin..walau ia dalam masa yang singkat...
AWAK JAGA DIRI BAIK-BAIK YE. Cuma doa dari kejauhan yang boleh saya panjatkan. Duduk di Negara matahari terbit jangan lupa mengingati dia yang ESA. Jangan lupa dating dengan-NYA 5 kali sehari. (“,) ....Jaga kesihatan dan keselamatan awak disana. Akhir sekali terima kasih sebab ajar saya gelak yang comel.. Hii... Salam ukhwafillah..assalamualaikum.
AWAK JAGA DIRI BAIK-BAIK YE. Cuma doa dari kejauhan yang boleh saya panjatkan. Duduk di Negara matahari terbit jangan lupa mengingati dia yang ESA. Jangan lupa dating dengan-NYA 5 kali sehari. (“,) ....Jaga kesihatan dan keselamatan awak disana. Akhir sekali terima kasih sebab ajar saya gelak yang comel.. Hii... Salam ukhwafillah..assalamualaikum.
Saturday, March 19
- kisaH dAri KwanKu
Semalam, saya menerima 1 lagi cerita @ kisah benar yang betul-betul membuatkan air mata saya meleleh keluar.
Saya menangis mungkin sebab membayangkan penulis adalah diri saya. Saya baca kisah ini sambil mengenangkan ibu saya yang disahkan menghidap kanser baru-baru ini Aduhh…memang betul-betul membuatkan hati saya begitu tersentuh dan tak keruan…
Bacalah kisah di bawah ini dengan penuh penghayatan…
Kalau nak kira, mak aku la harta yang paling mahal, paling berharga. Tak de nilai yang boleh disamakan dengannya. Aku cukup rapat dengan mak aku. Dia lah yang tahu dan ambil tahu kehendak anak-anaknya. Cukup memahami. Abah aku orangnya agak garang masa kami kecik-kecik dulu. Prnah kami kena ‘pelangkung’ dengan dia sebab lambat mandi pagi nak pergi sekolah. Sejak hari tu aku dah ‘kurang’ sikit dengan abah. Apa-apa masalah aku mengadu dengan mak. Mak laa tempat aku bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah, mintak duit belanja. Kena buli dengan kawan, semuanya mengadu dengan mak. Dengan abah, jangan kata nak mintak, nak bersembang pun tak berani.
Abah pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah dia pergi ladang, tengah hari atau petang baru balik. Abah akan rehat terkadang tidur di pangkin bawah pokok rambutan tepi rumah. Macam tu la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia dah bukak mulut memang kena. Masa tu terkadang aku rasa mengapa la aku ada abah, kalau ada mak je kan bagus. Tapi mungkin jugak abah jadi gitu sebab keadaan hidup kami, kami dulu orang susah. Abah hanya peneroka felda, kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. Untuk tampung perbelanjaan keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak dan kuih tepung bungkus.
Pukul 5 pagi mak dah bangun bungkus nasi Pagi-pagi lepas hantar kitorang pergi sekolah, abah singgah letak nasik lemak dengan tepung bungkus kat kedai makan tepi sekolah. Masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen, kuih tepung bungkus 15 sen. Kadang-kadang tu aku bawak jugak 2,3 bungkus nasik lemak jual kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. Aku dapat duk dengan mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokasional Temerloh. Tapi tiap-tiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak. Keras tekak aku asyik makan nasik kawah, ikan jeket dengan sawi balak jer kat asrama. Petang jumaat balik kampung sampai rumah, terus cari nasik .
Mak, setiap jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan pelaling (ikan temenung), sayur togeh, ulam togeh dengan kacang botol, sambal belacan lada besar. Tu je favourite aku, ada set tu. Mamang makan tak ingat punya. Kadang-kadang tu mak masak kari ayam cair. Kalau kena yang tu, sehari 3,4 kali ulang makan nasik.
Duduk asrama 2 tahun, lepas SPM aku kerja sementara di Tekam Resort. Nama je resort sebenarnya. Aku kerja dalam ladang jugak, kerja banci pokok. Gaji masa tu RM400. Tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku sendiri. Hari ambik gaji tu seronok bukan main. Macam-macam dah plan nak beli barang. Benda yang paling aku teringin masa tu, pancing bermesin (bukan manual). Dapat jer duit, terus pergi pekan beli. Aku ingat lagi, harga pancing tu RM75 satu set.
Balik rumah, petang tu duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku kat mak. Bayar balik duit minyak motor yang aku mintak kat dia setiap hari untuk pergi kerja Menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. Aku ingat lagi masa tu dia kata “ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja anak mak, alhamdullillah dapat dah mak merasa duit anak-anak”.
Aku kerja tak lama, aku dapat surat tawaran pergi UiTM (masa tu masih ITM) Shah Alam, jurusan elektrik untuk panggilan pertama. Masa tu, aku baru balik kerja, siap mandi, pastu makan. Mak masak sedap tengah hari tu. Tengah makan, mak cakap “haa…. makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam ni lagi”. Aik…aku tanya mengapa pulak. Mak kata ada surat kat depan ry. Dan-dan tu aku pergi ambik baca. Melompat aku masa tu. Aku tunjuk kat mak. Dia kata dia dah baca tadi. Berair mata mak masa tu, kata dia… “lepas dah anak mak 2 orang. Tinggal 2 lagi tu, tak tau macam mana.”
Perbelanjaan aku masuk ITM masa tu, abang sulung aku yang tanggung. Masa tu dia di jepun study dan buat kerja part time jadi DJ. Masa aku tingkatan 4, mak bersalin adik perempuan. Kelahiran paling gembira bagi keluarga kami. Sebab sebelum ni kami 4 beradik semuanya lelaki. Abah la orang paling gembira. Dah lama dia nak anak perempuan. Adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. Abah dah tak macam dulu. Sesekali aku balik, aku tengok abah yang mengasuh adik, lebih dari mak. Syukur pada Allah, harap adik tak merasa seperti apa yang kami rasa dulu.
Namun, setahun selepas adik lahir, mak jatuh sakit. Tapi tak de la teruk sangat, cuma setakat pergi klinik jer. Lepas sebulan lebih, sakit mak tak sembuh-sembuh. Abah bawak mak pergi ke Hospital pakar kat hospital Mentakab. Diorang ambik sample darah. Lepas seminggu, diorang panggil pergi hospital semula, dah dapat keputusan.
Ya Allah, ujian telah menimpa kami semua. Mak disahkan kena barah payu dara. Doktor kata, untuk selamat, mak kena operate selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. Bermula dari hari tu, kami sekeluarga tak senang duduk terutama abah. Merata dia cari tempat untuk berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate
Mak setiap hari menangis, bukan sebab sakit, tapi sebab dia risaukan adik perempuan yang masih kecik Apa nasib adik bila dia dah takde nanti. Aku cukup tak tahan bila setiap kali mak tinggal pesan. “Mie… nak bancuh susu adik bubuh susu 2 sudu jer. Mie…. kain batik mak ada 3 helai yang baru dalam almari, nanti orang datang, bukak ambik”. Air mata memang tak boleh tahan.
Sampai masa, mak terpaksa operate jugak. Doktor kata kuman kanser tu dah merebak ke paru-paru. Masa tu aku ambik cuti seminggu, tangguh dulu pelajaran aku. Aku balik kampung, kena jaga adik. Lepas operate, mak dah mula jadi lemah. Kesian sangat aku tengok, doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak terlampau lemah.
Lepas 2 minggu mak kat hospital. Dia dah beransur baik. Abah bawak balik. Mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih berpantang. Mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. Tapi tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu, mak pengsan tiba-tiba. Abah bawak pergi hospital Jengka. Bermula hari tu…keadaan mak makin hari , makin teruk. Seminggu mak ditahan di hospital.
Kemudian, doktor bagi balik, keadaan mak dah elok sikit, tapi mak dah tak boleh berjalan masa tu. Kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duduk kat rumah, pastu abah terpakasa bawak mak pergi hospital semula, sebab keadaan mak dah terlalu lemah, mata tak boleh bukak, dah tak boleh bercakap, mak tak makan sejak balik ke rumah. Masuk jer makanan, mak akan terus muntah.
Doktor kata, penyakit mak dah teruk. Kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. Sebab tu mak tak boleh makan. Selama di hospital, mak hidup dengan air dan ubat saja. Sayunya hati aku tengok muka mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. Tapi masa tu mak masih boleh bercakap. Satu yang aku amat kagum dengan mak, walaupun dia menderita sakit. Dia tak pernah dia sebut yang dia sakit. Kami berbual macam biasa. Macam takde apa-apa, boleh buat lawak dan gelak-gelak lagi. Walhal aku tahu yang dia menanggung sakit yang teramat sangat. Doktor ada terangkan pada kami adik beradik, macam mana nak jaga orang sakit kanser. Doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam, kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak boleh makan. Penglihatan akan kabur. Di sebabkan paru-paru mak dah rosak, bila dia bernafas dia akan rasa sakit. Seksanya aku tengok mak. Tapi dia tak tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. Cuma bila dia tengok adik, dia akan menangis. Aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik. Semakin hari, keadaan mak semakin teruk. Aku ambik keputusan untuk cuti satu semester. Abang aku yang di jepun pun balik.
Hati mak dah mula membengkak. Perut dia buncit macam di pam-pam. Berkilat dan boleh nampak urat. Mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. Dan masa tu juga, pemikiran mak dah menjadi tak berapa normal. Dia dah tak kenal dah orang yg pergi melawat dia, kecuali hanya anak-anak dia. Ada satu masa, aku tengah urut tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku tanya kenapa. Mak kata ada habuk penuh atas kepala aku, jadi dia nak sapu buang. Masa tu jugak merambu keluar air mata aku. Walaupun dia menderita sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia. Dah hampir 3 bulan mak di hospital Jengka, dan selama tu la kami sekeluarga berumah di sana. Semua nurse dan doktor kami kenal.
Selama tu jugalah kami adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan baju dan segalanya. Walaupun kami lelaki, jururawat kat situ dah tak kesah. Pada mulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita lepas waktu melawat. Tapi kami jumpa doktor dan ketua nurse, , mintak kebenaran sebab kami takde adik-beradik perempuan (kecuali adik). Lagipun mak perlukan orang tunggu 24 jam, sebab bila mak kejang kena ada orang urut dia dan ni lah saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih ada.
Akhirnya, kami bawak mak balik ke rumah. Sebab mak kata dia tak nak mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak dia dan suami dia. Kami mintak dengan doktor, dan doktor benarkan. Doktor kata, memang mak dah takde harapan. Bila mak sampai rumah, suatu keajaban berlaku. Mak mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. Cuma mata dia jer masih kelabu. Dia makan, kami bagi semua makanan yang dia suka Apa yang dia sebut, kami cari. Kami ambik semua baju baru mak, kami pakaikan pada dia. Mak sembang dengan semua orang, mintak maaf dengan semua. Mak terpaksa baring mengiring, sebab perut dia semakin membesar.
Lebih kurang seminggu mak kat rumah. Mak nazak. Hari tu pagi sabtu. Nafas mak tersekat-sekat. Masa tu mak dah dak boleh bercakap, suara dia keluar amat perlahan. Kita kena letak telinga kat mulut dia baru boleh dengar. Tengah hari tu, kami dah tak sampai hati lagi tengok mak dalam keadaan tu. Seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.
Kami sekeluarga berbincang. Tanya pendapat orang tua, dan melihat kepada tanda-tandanya, hari ni mungkin sampailah masa tamatnya penderitaan mak setelah sekian lama. Kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. Kami adik-beradik dan abah pergi pada mak. Kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal air susu yang kami minum.
“Mak… emie mintak ampun, mintak maaf segala dosa emie pada mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Emie mintak halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie minum.” Banyak lagi aku nak sebut pada mak, tapi tak terkeluar dari mulut. Ya Allah kenapalah jadi macam ni. Kami kucup dahi mak, kami cium kaki mak. Air mata mak mengalir. Kami letak adik tepi mak. Bagi mak cium adik. Sayunya aku tengok. Air mata mak mengalir setiap kali bila tengok adik. Kesian adik, lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. Tak dapat merasa kasih sayang mak lagi. Mak bisikkan sesuatu pada abah. Air mata abah mengalir. Nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. Abah kucup dahi mak. Kemudian, dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. Aku terpaksa, kami terpaksa. Kami sayangkan mak. Tak nak mak terseksa lagi. Tak lama, mak sesak nafas, abah ajar mak mengucap. Allahhuakbar, aku saksikan sendiri, betapa seksanya menuju kematian…betapa teruknya sakaratul maut. Inilah yang dinamakan ‘mabuk kematian’. Amat dahsyat dan menyakitkan… Tengok saja pun dah tak tahan. Apatah lagi yang merasainya.
Akhirnya….“Innalillahiwainna ilaihiroo-jiun….. ”
Ibu tercinta pergi buat selamanya………
Maaf, setakat ini sahaja sanggup saya tulis kisah ini….. linangan air mata dan Al-Fatihah sebagai noktahnya.
INGAT!!! IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI. JIKA DAH TIADA, MAKA TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI PELUANG, AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU ANDA, MINTAK AMPUN PADANYA. GEMBIRAKAN DIA.
~Sekian, semoga kita semua dapat benar-benar menghargai ibu kita. Hiburkan hati ibu, gembira kan mereka selagi mereka masih hidup. Berusahalah untuk menjadi anak yang soleh atau solehah yang dapat membuatkan mereka berbangga memiliki anak seperti kita..~
Subscribe to:
Posts (Atom)


