Thursday, March 24

Mungkin....

Mungkin
Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu
pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita
akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan
kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan
yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi
seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan
menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan
sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa
seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada
kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana
ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum
kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang
sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan
sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke
mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan
kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda
memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik,
percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup
untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut
seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin
menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan
hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka
yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan
ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah
sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda
tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda
dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum.
Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang
akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.







No comments:

Post a Comment