Thursday, March 24

hatiku di harajuku


Buku ini ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Kisah mengenai kehidupan seorang Yakuza yang pernah terlibat dengan pelbagai pertempuran antara beberapa kelompok geng Yakuza di Jepun. Ternyata Ryu-Watanabe merupakan seorang yang tabah sebelum diangkat menjadi seorang Yakuza yang benar-benar disegani oleh kawan mahupun lawan. Tetapi, itu kisah lama suatu waktu dahulu. Dia kembali sedar dan insaf akan kedudukan sebenar dirinya, perlahan-lahan mengatur langkah meninggalkan dunia Yakuza tanpa dapat dihidu oleh sesiapa termasuklah Noriko sendiri. Kehidupannya menjadi seperti biasa setelah pulang ke tempat asalnya. Segalanya berjalan seperti yang dirancangkan sehinggalah ada suatu hal yang tidak terduga yang mengundangnya kembali ke bumi asing Edo. Bertemu kembali dengan Noriko mengembalikan kisah silamnya. Kejadian kehilangan Sabrina yang disebabkan oleh dirinya sendiri menyebabkan dia berasa serba salah, memaksa dia melarikan diri sekali lagi daripada Noriko. Pertemuan yang mengundang hiba di hati akhirnya bertukar menjadi satu dendam. Di sinilah bermula segalanya, kisah pembunuhan yang berpanjangan yang menggunakan pedang Yakuza sendiri. Siapakah Ryu-Watanabe sebenarnya? Benarkah dia pembunuh rakannya sendiri? Jangan biarkan anda berteka-teki sendiri sehinggalah buku ini berada di tangan anda!

No comments:

Post a Comment