Sunday, January 5

What i should i do?

when I let you go one step further,
my eyes overflowed with tears
when you walk one step further,
more tears are falling
as move away to a place
where I can't reach you,
even if I reach out my hand
I can't reach you, I can only cry

what I should I do?
what should I do?
you're leaving
what I should I do?
what should I do?
you are leaving me
I love you,
I love you
I cry out to you
but you can't hear me because
I am only shouting in my heart

all day long I try to forget you,
but I think of you again
all day long I try to say goodbye,
but I think of you again
when you went to a place
where I can't hold you,
even if my hand reaches out to you
I can't see you, I can only cry

what I should I do?
what should I do?
you're leaving
what I should I do?
what should I do?
I LOVE YOU ONLY
I love you,
I love you
I cry out to you
but you can't hear me because
I am only shouting in my heart


...........................................................................
.

What should i do? just pretend like it just a dream? or should i walk away from your eye, mind, ear and heart? What should i do?


Tentang Dia Part 1

-Ia hanya monolog dalaman separa sedar dalam meniti susur2 jam dindingku-
.....................................................................................................


 Tersenyum sendiri menghempas kepala ke bantal tidur merenung bilah-bilah kipas yang berputar. Jauh diluar tingkap, hujan turun membasahi lantai bumi dan riuk pikuk kedengaran mereka sibuk menelaah kalam masing-masing. Musim final exam, aku? musim berpening dengan pelbagai masalah. Aku bangun merenung haiwan yang terkurung di dalam sangkar di tepi asus ku.. Dia menguap, masuk ke dalam rumah kuningnya. Barangkali dia sudah mau tidur. Aku? merenung meja, jadual untuk minggu ini sudah siap. Nafas berat aku lelahkan, moga ada penyelesaian segera bagi masalah aku ini. Aku merenung dan membaca, kendur otot-otot muka ku, tiba-tiba di bahagian kiri dadaku seakan2 pedih. Kenapa? Hurm... salahkah aku? atau aku hanya berangan2? mungkin. Aku membuka kotak yang aku simpan dalam kotak hijau di bawah meja. Dalam kotak usang itu aku buka kembali, dan aku buka buku merah jambu itu. Aku singkap. 2004, tiada tarikh namun ada sekeping gambar. Lalu aku berbaring dan membaca.... 

.......................................................................................


 Hari raya merupakan hari yang paling meriah dalam hari2 yang ada dalam sejarah hidup Nurin.  Tapi 2004 terasa suramnya walaupun semua keluarga balik ke rumah. Seri rumah kelihatan hampar kerna tiada telatah arwah datuk aku, arwah meninggal setahun lepas sebelum Nurin sempat mengambil peperiksaan pmr. Seluruh keluarga berkumpul, almaklumlah kampung kan. Line telifon canggih2 ni payah nak dapat. Telifon atie sendiri jenis "baling anjing" bak kate orang mase tu. Ia bermaksud nokia jenis 3310, tu paling baik kalau dapat pakai celcom. line full lah jugak kadang2, Sepupu2 Nurin duduk di bandar tak seperti Nurin. Adik-adik Nurin sendiri duduk di bandar, Nurin saja duduk di kampung sejak lahir. 

"Rin, ade fon nokia lebih tak? Ke boleh pinjam ke fon ko sementara waktu. Member aku nk sms payah lah, Line tak de maxis ni" Mai mengomel sambil lagak mencari line telifon ketika kami sibuk menyapu sampah di bawah rumah.

"Ade satu lagi, fon mak long. Tapi dia xguna sangat. Nanti aku ambilkan. Tapi jangan bawak balik pulak, kan mengamuk orang tua tu kat aku". 

"Ah kau ni, xde keje aku nk bawak balik lah telifon tu, fon aku lagi up kot.. hahaha". Nurin mengeleng kepala saja, almaklumlah mak ngah dan pak ngah orang y agak berada dalam keluarga kami. Tak hairanlah anak-anak dia pakai barangan teknologi seawal usia lagi. Aku? dapat telifon pon sebab, pmr. 

Keesokan, aku keluar ke pekan mengikut sedaraku memberi barang, ada pulak yang tak cukup. Hish, makcik2 aku ni, nak kenduri kawen ke ape. 

"Eh rin, nak g mana?" Mai yang baru lepas mandi berlari2 mengejar aku yang dah nak keluar pagar rumah."Nak g pekan ngan Abi, nak beli barang sikit." Aku dan Abi ni dah kawan sejak kecil lagi, Abi di tinggalkan dekat opah dan atuk dia kerna ibunya bekerja di bandar manakala ayahnya telah berkahwin lain dan ceraikan ibunya. "Kau nak ikot ke Mai? nak ikot jom tp kalau kau nak merayap xyah ikot. Kan sekeje aku nak mencari kau di pekan tu". Abi dulunya seorang pemalu dan penakut, selalu kena buli zaman kanak-kanak oleh samseng kampung. Aku? Agak kasar dan selalu jadi heroin selamatkan dia. Sekarang dia jadi hero kalau ade org buli aku kat sekolah. Sekolah Abi dan Aku sebelah menyebelah sahaja, Aku sekolah perempuan, dia sekolah campur. 

"Ala korang ni pon, aku nk ikot sb nk g cc jap je. Ni kawan-kawan aku ramai suruh bukak Friendster. Kejap je, Korang g lag beli barang, nak balik sms aku. Ala pekan tu bukan besar macm KL lah... Aku tak lari jauh pon".

"Hurm, cakap je kan ilang tah kemana. Orang sibuk nak buat lemang ni". Abi mula mengomel. Aku tersengeh saja. Sampai di pekan aku dan Abi ke pasar mencari barangan dapur dan beberapa kedai lain untuk membeli barangan lain. Mai bersendirian ke cc, abg nya tak mahu ikot gara2 nak menyiapkan pelita buluh dengan paksu ku. 

"Hah! inilah dia janji org bandar. Tu pasal aku malas nk melayan kehendak minah bandar ni. Benda cepat jadi lambat" Merah muka Abi menunggu di bawah matahari. "Kau duduk berjemur tu pasal apa? ingat peluh boleh kering dok berjemur mcm tu. Sabar lah kejap, dia nak dtg dah ni". Aku tahu Abi ni tak berapa suka menunggu, maklumlah lelaki. 

"Hah! terkedek2 mcm mak datin. Pasal ko lambat minah?" Abi cekak pinggang apabila Mai tercunggap2 berlari. "Lex lah bro, kejap je lambat. Bukan berjam2 pon aku lambat". "Kejap mende? setengah jam aku terpacak kat sini tunggu kau. Hei lain kali aku xmo bawak kau lagi!". Hurm, Abi dah mula naik bengang lah ni, "Dah2... balik2.. kan bising pulak yang kat umah tu". Mai tersengeh2 memandang aku. "Sori ek, tadi aku chat ngan kawan aku tak sedar pulak kau sms". "Erm, chatting memang lah tak sedar, siap aku telifon pon kau tak angkat". Mai hanya tersengeh lalu masok ke dalam kereta. Sesi petang menunggu lemang yang dah nak siap dan merbus ketupat. Aku dan yang girl2 kena, menolong mak cik2 aku menyapu sampah di halaman rumah. 

"Rin, nak mintak tolong sikit boleh?" aku menoleh dan tersenyum. "Hah, tolong ape?". Mai berhenti menyapu dan tersengeh, "Pinjamkan handfon kau boleh?". 

"Ai... bukan aku dah kasi pinjam handfon mak long kat kau ke?". 

"Ni aku nak pinjam handfone kau sekali ngan sim2 kau sekali. Boleh lah line maxis tak kuat lah.. aku nak sembang ngan member aku malam ni... jangan risau aku top upkan untuk kau... aku janji lepas sembayang raya aku bagi balik oke.. pliz2...."

"Kau ni macam2lah.. yelah2 nanti aku bagi pinjam,". Mai melompat sambil tersengeh2.. "Terima kasih Rin.. Sayang kau"

Malam raya macam biasa, meletup sana sini. Tak Kurang rumah aku jugak. Segala jenis merecun dan bunga api ada. Dari bapak budak hingga ke anaknya main mercun tak sedar diri.Aku tak berani main mercun, takut terbakar. Tapi aku suka tengok mercun roket yang banyak warna. Seawal pagi kena bangun untuk sembayang raya dan menyediakan juadah untuk tetamu yang datang. 

"Rin, nah telifon kau. Thank ek". Mai memulangkan telifon aku semasa kami nak beraya dirumah saudara mara. Raya sakan berjalan, namun tak lupa menziarahi kubur arwah datuk aku. Sedekah al-fatihah dan bacaan yasin oleh anak2 cucunya yang mampu di kirimkan di pagi syawal ini.

Setelah genap 4 hari beraya, masing2 berangkat pualang ke kota untuk bekerja. Aku berangkat pualang ke pekan, aku tinggal dengan mak long di pekan. Tinggalah nenek aku sorang di kampung dengan adik tirinya. 

Suatu malam.. Ring ring telifon aku berbunyi, "no. siapa pulak ni?. Helo, Assalammualaikum." aku mengangkat panggilan tersebut. "Walaikumsalam, Lisa ingat say tak? sibuk ke?". Sudah Mai2... "Maaf ini buakan Lisa, salah no. ni.

"Eh ni bukan Lisa ke? Saya sms dan bercakap dengan dia beberapa hari yang lepas. Mana mungkin saya salah no". Udah, minah ni buat hal ngan mamat mana pulak ni, bahasa dia pon pelik aku dengar. "Boleh tau saya cakap sama siapa? Di mana ni ye?". Aku malas mahu layan. "Erm, xpe lah awak salh no. ni... oke xpe2..." "Kejap2.... Oke sy rase saya kena tipu kan? Pliz tolong saya. Saya cuma nak tahu saja. Bukan nak kacau awak oke?"

Mai2... ko buat bala apa lah ni.. "Saya mintak maaf, sepupu saya pinjam fon tempoh hari. So mungkin dia yang guna call awak kot. Tapi nama dia bukan Lisa but Maisara". aku dengar satu keluhan, dan ketawa kecilan "Padan muka saya kena tipulah ni, xpelah kalau begitu maaf ganggu kamu ya". Aku dari tadi terfikir, orang mana ni, mana dia kenal Mai, "Halo2 masih ada di sana ka?". Aku terkejut, sempat berangan pulak kau ni Rin. "Ade2... maafkan sepupu saya k, nk no. dia yang betul ke? saya boleh bagi". xkeje aku nak bersekongkol dengan si Mai, Kureng asem punya sepupu. Hei2... "Tak palah, dia tak ikhlas berkawan sama saya. Saya tak mahu ganggu dia". Aku diam, macam orang baik... sian pulak kena main. "erm, sori tau, kita tak leh nak kate ape2... " aku pulak yang rasa bersalah. "takpa2.. bukan salah awak. okelah maaf ganggu ya...  Assalammualaikum"... klik... terputus.. "Walaikumsalam". Mai2... nanti kau! balik kampung nanti siap, aku belasah dengan batang penyapu. Cis wat pasal je! kesian mamat tu, dah la nama pon aku tak sempat tanya... hei.....

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Hari ni, mak long keje petang. Mean dia balik malam... hurm lega... xdelah riuk rumah ni dengan suara membebel dia.. bingit kepala aku dengar. Ring2... ada sms masuk. No tak dikenali lagi, udah ni no sape pulak.... "Assalammualaikum, erm.. saya yang call tempoh hari, saya lupa mau kasi tau nama saya hari tu. Saya Adib. Kalau boleh saya mau berkawan dengan awak. Saya tak ramai kawan semenanjung. Kalau sudi, balas msg saya ya". 

Udah aku sengeh sorang2... Amboi jauh sangat ke kau ni duduk, "Walaikumsalam, ye jugakkan lupa tanya nama, kita Rin. Awk ni asal mana?"...

 Ring2... "Saya asal sarawak, di bau. Tapi sekarang di sabah, matrik labuan. Umur awk berapa ya".

Saarawak... jauh tu, xpernah aku jumpa or kawan org sana. Patut suara ari tu lain macam je. "ooo matrik... kita bdk sekolah lagi.. form 4"


Ring2... "Oooo saya abg lah ni, nama saya ABANG ADIB AMSYAR, panggil abg pon boleh sb itu nama saya jugak"

Aku tersengeh, makin rancak pulak bersembang. "Oke abg, panggil kita Rin je nama kita NURINA TIHANA MAZLAN".

**** dari kebetulan itu, aku dan abg menjadi kawan. Abg merupan anak kelahiran Bau, Sarawak. Kali pertama, kami bertukar gambar melalui sms, buat aku terkejut amboi hemsem kot. Putih orangnya, aku dah lah gelap. Dia merupakan pelajar jurusan sains di matrik labuan, makin hari makin kami rapat. Boleh di katakan tiap2 hari dia akan msg just waktu malam lepas pukul 10. Bukan apa, just tanya kabar, bagi tau dia sedang study dan tiap2 kali dia habis study kebiasaan dalam pukul 3 pagi dia akan msg bagi tau dia habis study. Aku? erm, buat bodoh aja.. kadang2 aku balas, kadang2 tidak... begitulah situasi dia sampai aku form 5. Dia habis study dan melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian islam di mana aku pun tak ingat. Tapi kami masih berhubung sehingga aku tamat SPM. Dan buat pertama  kalinya dia menyuarakan isi hatinya untuk menjadikan aku teman istimewanya. Aku? gembira mungkin, tetapi aku jual mahal. Aku dapat PLKN, so aku mintak tangguh smpi aku habis PLKN. Dia setuju, dia tak jemu menunggu aku di hujung minggu tiap kali aku mendapat fon dan sanggup top up kan aku gara2 nak ber sms sahaja. Sebaik habis PLKN, dia bertanya sekali lagi, dan aku minta tangguh sehingga result SPM ku keluar. Dan dia masih menanti, bila result SPM aku keluar, soalan sama di ajukan. Dan aku minta di tangguhkan dulu kononnya aku mau fokus kemana hala tuju aku lepas ni. Aku ditawarkan ke sebuah matrikulasi di perak, dan dia masih bertanya soalan yang sama. 

"Abg tak penat ke tanya soalan yang sama?" Suatu malam selepas kuliah dia menelifon aku. "Tak sayang, kalau kita benar2 mahu. Kita kena sabar dan berusaha selebihnya tawakal dan berdoa agar dipermudahkan". Jawapan yang buat aku terdiam. "Rin Masih di sana?". Aku kelu dan aku tahu aku perlu memberi jawapan. "Boleh ka kita berhubung dengan jarak macam ni? Abg percayakan Rin ke? Rin pon xsure Abg ni serius atau saja2 suka2". Jauh dr corong telinga aku dengar Abang Adib ketawa. "Rin, kalau Abg main2 awal2 lagi Abg cari yang lain, xde lag tanya Rin soalan yang sama. Jodoh itu ketentuan tuhan Rin, Namun kita perlu berusaha mencarinya. Selebihnya biar Allah yang menentuka. Rin sudi tak, jadi teman wanita Abg? Abg tau Rin dah muak dengar. Abang tetap akan tanya Rin". Aku diam, "Rin setuju, tapi Rin mintak maaf kalau ada apa2 masalah nanti". Aku hanya mendengar satu ungkapan yang aku pasti dia mengucapkan dengan penuh rasa. "Alhamdunillah, xsia2 usaha Abg. Terima Kasih Rin, Abg akan berusaha membuat yang terbaik dlm pelajaran untuk masa depan kita. Abg harap Rin juga sama".

Selama dua tahun kami kekal dengan status perhubungan itu, namun aku tak pernah berjumpa bertentang mata denganya. Walaupun jarak jauh tapi aku yakin dia setia, pernah juga dia berhasrat mahu ke semenanjung dengan keluarganya.. Aku bingung pila di ajukan soal kawin, sedangkan aku masih merasakan perjalanan hidup aku masih jauh. Dan kerna kejauhan ini dan kementahan aku membuat aku memilih untuk melepas kan dia. Dia merasakan aku ada orang kedua, barangkali "Ya" aku dilanda gelora dengan kehadiran seorang lelaki yang sentiasa ada di depan mata aku. Dia juga jauh lebih tua dari aku. Abang Adib melepaskan aku dengan penuh berat, berderai air mata jantannya ketika aku menelifonnya. Aku mahu dia bahagia, namun jalanku masih jauh. Dan aku tak pasti akan perjalanan ini, sedangkan dia telah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ADAM. Kejam kah aku? mungkin ya aku kejam! namun, lagi kejam kalau aku terus begini. Aku terputus hubungan dengan dia kerana handfon aku kecurian ketika menaiki bus untuk pulang ke kampung. Aku pulak bukan jenis meningat no. telifon. Barangkali ini terbaik buat dia. Dan bermula pula kisah baru TENTANG DIA yang berada di hadapan mata. Seorang guru, yang dalam diam menyuri pandangan aku.......................

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> bersambung.


January, 5, 2014- Kuala Lumpur

Terlampau sering kau buang airmataku.
Tak pernah kau tau dalamnya rasa cintaku.

Tak banyak inginku. Jangan kau ulangi menyakiti aku sesuka kelakuanmu.
Ku bukan manusia, yang tidak berfikir. Berulang kali kau lakukan itu padaku.

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.

Teramat sering kau membuat patah hatiku.
Kau datang padanya. Tak pernah ku tau.
Kau tinggalkan aku di saat ku butuhkan mu.
Cinta tak begini, selama ku tau.
Tetapi ku lemah karna cintaku padamu.

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~

*Instrumental*

Jika cinta dia, jujurlah padaku.
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~

Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Ohhhhhhhhh.
(Jika cinta dia, jujurlah padaku.)
(Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu.)
Jika cinta dia, ku coba mengerti.
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku ~
..................................................................................................................................


"It hurt the most when the person that make you feel so special yesterdays,
makes you feel so unwanted today" 

January, 5, 2014