Wednesday, December 14

luka semalam


11.22 p.m /Malaysia/14/12/2011/rabu:

Erm……………………………………….. aku stress! Biasalah, rabu… hari paling pack aku.. dengan beberapa insan datang memecah ketenteraman aku.. tadi aku aku terjumpa orang yang dah lama aku xnak jumpa, walaupun hati mau berjumpa. Kuasa tuhan kan, aku terjumpa walaupun jarak jauh.. aku pelik seharian aku rasa nak marah, rasa sesak dada. Selalunya berlaku kalau aku nak bertembung dengan pekara2 yang aku nak elak. Aku tak faham kenapa aku mesti terjumpa dengan insane yang aku tak nak jumpa lagi. Luka yang hampir sembuh, terbuka semula jaitannya. Hahaha… tibe2 aku menjadi sebak, rasa yang suatu masa dulu menghantui pemikiran.. datang menyapa. Hairan, apa makna semua ini? Ia satu dugaan? Takdir? Atau kebetulan? Manusia tak pernah lari dari dugaan. Kenapa sukar kita mahu menerima hakikat yang jodoh kita xkesampaian?



Persoalan yang bagus! Aku sendiri tertanya2.. aku melihat dari dua sudut.. lelaki dan perempuan…

Lelaki

Mereka jenis tegar, kalau nak akan sesuatu mereka akan cuba mendapatkannya. Walaupun kadang2 ia milik orang. Ada juga yang sanggup menunggu, berpura2 dalam kenyataan. Hakikat yang nyata tak mampu menawan rasa ingin memiliki mereka. Aku kagum dengan sepsis lelaki begini, aku ada terjumpa manusia begini. Termasuk kawan baik aku sendir, sanggup meletakkan segala harapan walau usaha tak sampai kemana. Sedih.. sedih sangat… usaha yang di sia2kan… semangat mereka xseperti kita si perempuan. Namun ada segelintir yang suka akan keramaian, rasa satu nikmat bila ada orang di sisi, xkira lah siapa. Kalau kau yang membaca lelaki, kenapa spesis kau ada yang begitu? Nafsu? Seronok ke mempemainkan diri orang lain? Adakah hadirnya seorang perempuan sebagai penyukup syarat untuk ka uterus melangkah sebelum kau jumpa tulang rusuk mu? Ibarat kau memancing ikan, kalau tak suka kau lepaskan semula. Tapi tahukah kau sakitnya ikan tersebut dek terkena mata kail? Mesti tak… tak akan pernah tahu… kerana mereka.. golongan ini tak pernah merasa… betapa sakitnya bila diri disia2kan… lelaki! Dasar hati wanita lembut selembut sutera, jangan kau baja hati mereka kalau bukan untuk kau benihkan rasa sayang pada mereka. Tatkala kau meninggalkan mereka, tanah itu dahulunya segar menjadi tandus dan kering tanpa pemeliharaan yang sewajarnya.

Perempauan

Mereka bukan dari golongan tegar, tetapi halus.. halus untuk di halusi.. untuk di jadikan penyeri taman2 yang kosong. Aku perempuan, kami menyayangi hanya seorang lelaki dalam kehidupan kami. Sejahat mana seorang perempuan itu ada dalam hatinya segumat erti kasih sayang. Cuma salah arah untuk dihalakan kerana gelap pandangan dek harapan. Aku kadang2 pelik kena perempuan2 ni sanggup lari ikot lelaki Lombok sedangkan ada saja jejaka2 malaya yang boleh menjadi tiang seri kepada mereka. Namun selepas beberapa kali aku bercakap dan memerhati mereka. Aku mengerti, mungkin kerana kesusahan hidup di sanan buat mereka menyesal lari dari halaman mengejar cinta. Namun dari sudut lain aku memandang, erti penghargaan. Erti sayang dari sebuah penghargaan. Aku si perempuan, kami tak mengharapkan di siram dengan duit setiap kali bangun dari tidur, namun cukuplah dengan ucapan “terima kasih kerana ada disisi” setiap kali mata terbuka. Kami tak mengharapkan rumah sebesar mahligai untuk berteduh namun cukuplah sebuah teratak yang mampu berlindung. Kami tak minta kehemseman sampai silau dek mata memandang, cukup memadai si lelaki mampu di kenali wajahnya dan hati. Kami tak minta 24 jam sentiasa ada di sisi, memadai sesaat mampu melihat sihat tubuh badan. Walaupun masa kini, ramai yang berkata perempuan ni demand lebih, aku akui kami demand sebab kami mahu yang terbaik untuk kami jaga dan kami belai. Agar mekar cinta yang dibina ke jinjing pelamin. Bukan terkubu di tengah jalan.

Conclusion:

Mungkin aku berat kepada perempuan, sebab aku perempuan. Kini aku baru tahu bagaimana rasanya apabila kita melukan hati orang yang menyayangi kita. Memang kita tak boleh memaksa sesiapa untuk menyayangi kita walau pada hati kita, kita sangat menyayanginya. Namun ingatlah, kita yang merancang tuhan menentukan. Kadang2 apa yang kita lakukan tanpa dirancang adalah bisikan allah tanpa kita sedar, namun di telapak tangan andalah yang menentukan mekar layunya sebuah bunga dalam taman larangan dan tinggi rendah terbangannya sang lebah. Walaupun rendah lebah itu terbang belum tentu dapat jua madu di bunga sekiranya bunga yang disengat layu dek racun.  

Buat yang pernah terluka:

Kadang2 allah ketemukan kita dengan orang yang salah untuk memgajar kita tak semua yang kita miliki milik kita. Tak semua yang kita sangka dalam gengaman, tergengam rapi. Kadang2 ia menyusur keluar dicelah2 jemari. Kadang2 apabila kau buka genggaman mu, ia sudah tiada di situ.