Showing posts with label sejarah sebuah pengalaman. Show all posts
Showing posts with label sejarah sebuah pengalaman. Show all posts

Monday, December 5

Apabila rindu mengetuk pintu hati


10.30 p.m/Malaysia/5-12-2011/isnin:

Sudah hari ke lima kita semua dalam bulan December, bila December  menyapa bermakna kita di hujung  perubahan masa. Tidak lama lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal 2011 dan membuka tapak tangan menyahut 2012. Tahun baru mean azam baru? Huh… aki hanya pasang 3 azam yang aki wajib dapatkan dalam tahun ni, pertama menamatkan pengajian aki, kedua membina TERATAK USANG yang luput kerana dendam, ketiga menyambung pengajian. Alhamdunillah…… apa yang aki azamkan telah aki dapat, yang lebih bermakna apabila apa yang aki xpernah fikirkan aki berpeluang memiliki.  Ada orang berkata:


“kadang2 allah tak memberi apa yang kita mahu dan apa yang kita pinta walaupun betapa kerap kita berdoa, namun di beriNYA apa yang kita perlu untuk meneruskan kehidupan”

Kadang2 aki terfikir kalau apa yang kita, mohon tak di terima kenapa kita perlu memohon sedangkan DIA mengetahui apa yang terbaik pada kita. Kadang2 aki terfikir juga, tak layak kah kita memiliki pemberianNYA? Worst come to worst xde jawapan yang nyata, namun sejak dua menjak ni aki terfikir semua persoalan itu. Jauh sudah aki melangkah, apa yang aki harapkan aki xperolehi. Namun apa yang aki harapkan suatu masa dahulu aki perolehi. As contoh, perihal diri aki.

Suatu ketika, Aki menyayangi seseorang lelaki, namun aki sendiri tak tahu sama ada dia menyanyangi aki seperti mana aki atau tidak. Sikapnya seumpama memberi harapan yang tak berpenghujung kepada aki, But di saat aki perlukan seorang lelaki, mungkin kerana keinginan berpasangan seperti yang lain, namun entah la.. aki berdoa semoga aki dapat pertunjuk, namun kabur. Aki tetap xpasti, aki menunggu, sebab ketika itu aki percaya sekirannya kita sabar insyallah tuhan xakan sia2kan usaha umatnya,  namun sampai satu masa aki tewas. Aki mula benci dengan harapan. Sejujurnya aki xpercaya pada harapan, macam aki pernah kata dahulu. Harapan boleh jadi benar, boleh jadi palsu. Sejak dari peristiwa itu, aki xpercaya lagi pada harapan.


 Keluarga… 


Suatu masa dahulu ada antara insan2 dalam keluarga ini melempar aki jauh dari mereka, kini aki menjadi rujukan mereka.  Mungkin kini mereka baru sedar yang aki bukan budak hingusan seperti dahulu, atau baru kini mereka mula tahu rasa menghormati orang yang hampir sama taraf dengan mereka? Rasa lawak pon ada, parut dahulu masih ada lagi, kini mereka datang membawa madu? Sedikit sebanyak aki sedar, mungkin ini pertunjuk tuhan.  Tak akan didatangi masalah tanpa penyelesaiannya, xakan datang kepahitan hidup tanpa madu penawarnya. Mungkin kini ada yang memerlukan aki lebih daripada apa yang aki perlukan. I’m not say I’m hate my family, but it really pain memory to remember. Kisah lama menjadikan aki, sangat2 sayang akan setiap insan yang aki kenal dan takut untuk memilih.  

Mungkin aki masih mentah untuk meminta anugerah ilahi, but aki cuba menjadi kuat! Cuba melupakan segala kenikmatan yang sementara. Nama pun sementara, namun cukup meninggalkan parut yang baru. Rindu? Kadang2 aki rindu dengan sesetengah masa yang lepas, macam mana kita nak menyimpan rindu? Macam mana kita nak membuang rindu? Kenapa kita perlu rindu? Aki masih tak jumpa akan jawapannya. Aki tak meminta rindu, kenapa ilahi memberi rasa rindu ini pada aki? Kalian juga pernah merasa rindu bukan, kenapa mesti kita ada perasaan itu? Kerana sayang? Sekiranya ia. Kenapa rindu itu kadang2 datang dengan air mata? Kenapa ia menyapa pintu hati yang xmemerlukannya? Aki masih tak pasti akan jawapannya. Dalam BI merindu adalah missing, dalam erti kata lain, missing adalah hilang, adakah ketika kehilangan baru kita akan merindu? Aki xda jawapannya lagi, Cuma aki ada segumat persoalan. 

Namun apa yang aki belajar dan ingin aki kongsikan, sesuatu yang diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan. Tetapi apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba. Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya.



Every new beginning come from some other end

Istimewanya wanita


 Wanita... seringakali dilihat dengan kelembutan.. walaupun nampak kasar pada luaran namun jauh di dalam dirinya tersemat kelembutan yang menjadi pendamai kekusutan seorang lelaki dan menjadi pendingin kepada keluarganya. Aki titipkan keistimewaan wanita, renungan buat insan yang bergelar lelaki serta wanita (Sumber pembacaan dari beberapa sumber yang aki tak tahu dari mana datang nya, namun ia benar dari pemerhatian mata hitam aki). Ketahuilah betapa istimewa dan bertuahnya menjadi wanita.

1. Doa wanita lebih termakbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Suatu masa dahulu Rasulullah s.a.w pernah ditanya akan perihal wanita, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia oleh allah”.

2.    Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Semurni kasih ibu, kerehdaan nya amat penting dalam meniti perjalanan hidup ini. Wanita adalah insan yang penuh dengan perasaan dan kesabaran. Kata Imam al-‘Ajluni, hadis ini bermaksud sikap tawaduk serta merendahkan diri terhadap ibu, berkhidmat kepadanya, mentaati perintahnya kecuali kepada apa yang dilarang oleh syarak merupakan penyebab untuk masuk kedalam syurga Allah SWT.

3.    Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. Kenapa ibu selalu dilebihkan oleh agama kita? Allah SWT memuliakan golongan wanita yang digelar ibu dengan memerintahkan hambanya untuk berbuat kebajikan kepada mereka. Bahkan agama Islam menyuruh supaya dilebihkan kebajikan tersebut berbanding seorang ayah. Hal ini kerana agama Islam melihat kepada pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya ketika mana si ibu mengandung, melahirkan, menyusu, memelihara serta mendidiknya sehinggalah besar.

4.    Sesungguhnya wanita adalah sebahagian daripada lelaki. (Riwayat daripada Imam Ahmad, Abu Daud dan Imam Tirmizi). Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Begitulah ganjaran allah kepada wanita yang setia dan taat. Suami merupakan ketua nakhoda melayar bahtera keluarga, nakhoda yang menjaga peribadinya mampu mengendalikan anak2 kapalnya ke jalan allah. nastaya, seisi kapal dirahmati allah.

5.    Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah yang lebih besar haknya kepada wanita?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula yang berhak terhadap lelaki? “ Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”. Oleh sebab itu, walau selepas berkahwin tanggungjawab seorang isteri lebih kepada keluargan dan suaminya. Namun pada seorang lelaki, tanggungjawabnya adalah lebih berat kepada ibunya. See... ibu seorang wanitakan, Sesungguhnya berbuat kebajikan kepada seorang ibu itu lebih diutamakan daripada keluar berjihad di jalan Allah SWT.

6.    Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Berpuasa nampak seperti simple, namun barang yang simple ini sukar dilakukan oleh umat islam. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap satu kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
 
7.    Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Itulah yang sering dikatakan, bayi yang lahir disambut dengan lafaz azan seperti kain putih dan suci. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

8.  Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Apabila seseorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah mengangkatnya seribu darjat untuknya. (So boleh la elakkan guna mesin basuh, walaupun membasuh dengan kedua2 belah tangan mampu memiliki keampunan dari allah)

10. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Ini yang dinamakan hadiah dari pada allah, kedamaian jiwa buat insan2 yang mendambakan diri padaNYA. Sesungguhnya ia hadiah dunia dan akhirat yang tak ternilai dengan harta dunia.


11. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, mamotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintasi Titian Shirat.” “Wahai  Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya, menyikatnya, mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”


12. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau dan jika engkau berpergian, dijaganya harta engkau dan dirinya. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita/isteri yang solehah.

*** ps: Wanita dan lelaki di katakan tiada beza pada zaman sekarang, apa yang lelaki boleh lakukan wanita boleh lakukan. Mungkin benar, namun dibalik kebenaran itu ada kelebihan yang tersimpan dalam diri masing2. Wanita yang dikatakan perhiasan dunia bukan sekadar perhiasan sekiranya dia di pelihara dan dijaga sebaiknya. Walaupun ia hanya perhiasan, namun ia mampu mendamaikan mata2 dan hati2 yang memandang. Aki sedikit kecewa kadang2 apabila keindahan dan nikmat yang diberikan kepada seorang wanita tidak dijaga sebaik2nya atau disalah gunakan oleh seorang lelaki. 

   Yup, bukan semua begitu, yang pandai menghargai akan menjaganya dengan penuh kebaikan. Namun ada juga yang mencalarkannya.

    kenapa mahu mengutip batuan sedangkan ditangan sudah ada permata? 
  kenapa perlu mencari kedamaian di padang pasir sedangkan diri berada di bumi kehijauan? 
   kenapa perlu memegang bilah2 kaca sedangkan adanya sutera yang lembut? 

Soalan demi soalan yang aki tak faham, mungkin bila aki tanyakan pada mereka. mereka berkata "itulah manusia, sering tidak lengkap dalam pencarian, sering terlepas memiliki apa yang ditakdirkan". memiliki peluang untuk memilih kadang2 membuat kita menjadi tamak dan kejam, menghilangkan rasa rendah diri dan tidak kenal akan syukur. 

# memiliki keindahan kadang2 hanya hadiah buat yang berusaha dan yang percaya, bukan bagi mereka yang hanya berharap dan yang menanti walaupun mereka menanti dengan sabar#


Thursday, November 24

biar mawar itu berduri


5.40 p.m/jumaat/25-11-2011:

di bibir sebuah tingkap, dalam sebuah bilik, dengan Eee pc asus, sebuah lagu "tunjukkan aku"-beneca.

Diluar tingkap hujan, erm... cuaca sekarang seringkali membuat kita menarik selimut dan bantal... terbantut aktiviti aki ini petang... membuat aki mengadap si "kecik" ni.... bukak si muka buku... xde y menarik... namun terpandang wallpaper y teman jauh d perantau postkan... gambar sebuah bunga ros... berwarna biru... sangat cantik... dulu2... opah aki selalu tersilap anggap... bunga ros n bunga mawar adalah bunga yang sama... sama ke?? lain kan... kalau nk bertelagah bab bunga ngan opah konfon kita kalahnye... serius! orang lama kan... orang kampong... yang dia tgk bunga mawar depan umah dia tu... bila aki bawak pokok bunga ros... di panggilnya bunga mawar jugak... lantok le...

"biar mawar itu berduri" bunga seringkali dikaitan dengan gurl2.. kan... (walaupun ada boy2, y suka bunga but dalam cerita ni anda d kecualikan!).

aki seringkali mendengar, drama2/ mama aki sendiri/ bacaan(mungkin).. wanita gurl2 di sarankan menjadi seperti bunga mawar. why??? opah pernah kata dulu2... "mawar tu cantik macam perempuan, oleh itu ia menarik minat si kumbang macam lelaki. namun AWAS! ia berduri, kalau salah caranya ia akan mencederakan diri". erm........................................... menarik! hubung kait yang menarik! but cucu dia buat falsafah baru!



hahha... selalu keluar dengan teori aki sendiri.. namun cerita yang berbeza! ada yang menjawab " dah tuhan nak jadi macam tu, nak wat g mana pulok" ---- > tu pemikiran dalam "kotak"! ada juga yang menjawab "walau cantiknya hanya sementara, namun cukup untuk di lihat. tak ada yang milik dunia daripada apa y d tetapkan ilahi".... peh!!! ini jawapan yang aki suke... sape yang bagi jawapan??? aki sendiri! hahahah... (bengong jugak, dah tau jawapan ty lagi) saja nk mencari pendapat lain... but selalunya org xambik layan pon bila aki post pertanyaan mcm ni... pandang lalu je.. but it ok.. no tangkap feeling!
 untuk si gurl2... "kamu perempuan, ingat hati kamu lagi lembut dan indah dari lelaki, kerana kita antara golongan yang mendamaikan mereka (lelaki). namun awas! jangan berpayung di kebun cinta seorang lelaki sekiranya kamu tahu dia mengunakan payung dari kertas. takut ia mampu menahan terik mentari namun bukan titisan air hujan"






Sunday, September 18

kesendirian satu indah!


lonely... i'm so lonely.... i have no body.... wawawawa..... petang!!! kesendirian satu yang indah! hahahah.... akan ada masa kita dalam hidup ini kita sendiri, berapa ramai koleksi kaum kerabat or kawan2 yang kita ada kita tetap akan sendiri. macam aki,,, kawan ramai... aki bukan duduk dalam hutan... duduk dekat tengah2 bandar... roomate aki pon manusia.. but aki tetap rase sendiri... why...? why2?????? best sangat ke hidup sorang ni?

hidup sendiri bukan bermaksud kau hidup jauh dari orang lain.. kadang2.. hidup dalam keramaian manusia pun buat kau rasa sorang... kawan berlambak2 pon tak guna. apa yang kau harapkan dari seorang kawan? apa itu kawan? kenapa kau mahu ada kawan? hahahahhahahhahahahahah................................ kawan.... entah la... semakin hari semakin aku rasa benci dengan istilah2 yang berunsurkan persaudaraan ni. gaduh ngan member??? xde nye... aki bukan kaki gaduh pon. tapi aki seringkali terkilan... terkilan dengan sikap orang yang aki kenal... sangat2 terkilan! aki ade paste kate2 bermadah kat fb...


ayat mendalam... payah org nak tangkap maksud aki... well, aki kan suke menegur berkias2... xpandai nak tegur terus... hati orang lain2... back to story! sekarang, now! aki mula sedar... mula terbukak mata, yang hidup atas kaki sendiri bukan atas kaki dan tangan orang lain.. walau ada orang berkata " kaki tangan ku kaki tangan mu jua... kitakan kawan... kitakan saudara... bla... bla..." macam2 kata2 perangsang la... kata2 murni la... tapi reality? berapa % kesahihan? aki dah cukup... cukup muak! aki menghargai orang yang menghargai aki, bukan orang yang memegang kata saudara or kawan or geng or ape2 je bonding yang mengatakan aki terikat dengan mereka but hanya untuk memudahkan or melebarkan jalur coverage mereka. aki benci gile manusia macam ni, serius.. walau depan2 aki xde la nampakkan rase meluat tu. But really hate this kinda people! Selfish?

kau mengharap orang berlaku baik pada kau
kau seringkali mengharap orang lain menumpang saat kau goyang
kau rase bahagia bila orang buat kau ketawa
semua rasa yang buat kau rasa senang adalah milik orang lain juga
sedar ke kau!
yang kau mengambil setiap secebis kebahagian, kesenangan, kelapangan, dan kebaikan orang lain? 

aki sendiri pon tak sedar kadang2.. but aki berusaha untuk tidak tergolong dalam sp. manusia sebegini.. but sangat hampa... kadang2 apa yang kita usahakan hanya satu alat yang akan digunakan oleh yang lain untuk mereka hidup.... hahahaahah bodoh! teori "buat baik d balas baik" or " berat sama d junjung ringan sama d jinjing" suma boleh disangkal! walau keasliannya masih ada.. namun keaslian itu dah makin tercalar! Shit!!!! semua hanya pameran! So single life bukan bermaksud kau hidup tanpa orng di keliling kau, but hidup dengan dunia dan kerja kau sendiri. itu yang aki buru sekarang, buat sesuatu or kejar sesuatu untuk diri aki sendiri bukan untuk orang lain. Ada orang lain fikir pasal aki? Xde nye.... sendiri mau hidup.. sendiri pikir lah... masing2 lepas leher sendiri je jam sekarang ni... itu life dunia! mau hidup kn pandai ikot rentak dunia! GOOD POINT! aki belajar bende berguna kali ni! really mengargai! orang yang mengajar aki erti SURVIVER ni kawan aki sendiri..

berapa kali kita tersungkur
berapa kali kita terluka
berapa kali kita dipijak
berapa kali keras dasar hati dibentuk
semua hanya untuk satu perlabuhan di sebuah jeti yang penuh dengan lanun berlidah "manusia"!


Oleh sebab itu kesendirian itu indah, tanpa sebarang kecalaran di setiap dinding2 kehidupan. tak perlu menjadi seperti aur dan tebing! xperlu mengharap menjadi si hujan untuk membasahkan bumi! semua hanya hiasan yang indah! namun kadang2 palsu!