Monday, December 5

Istimewanya wanita


 Wanita... seringakali dilihat dengan kelembutan.. walaupun nampak kasar pada luaran namun jauh di dalam dirinya tersemat kelembutan yang menjadi pendamai kekusutan seorang lelaki dan menjadi pendingin kepada keluarganya. Aki titipkan keistimewaan wanita, renungan buat insan yang bergelar lelaki serta wanita (Sumber pembacaan dari beberapa sumber yang aki tak tahu dari mana datang nya, namun ia benar dari pemerhatian mata hitam aki). Ketahuilah betapa istimewa dan bertuahnya menjadi wanita.

1. Doa wanita lebih termakbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Suatu masa dahulu Rasulullah s.a.w pernah ditanya akan perihal wanita, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia oleh allah”.

2.    Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Semurni kasih ibu, kerehdaan nya amat penting dalam meniti perjalanan hidup ini. Wanita adalah insan yang penuh dengan perasaan dan kesabaran. Kata Imam al-‘Ajluni, hadis ini bermaksud sikap tawaduk serta merendahkan diri terhadap ibu, berkhidmat kepadanya, mentaati perintahnya kecuali kepada apa yang dilarang oleh syarak merupakan penyebab untuk masuk kedalam syurga Allah SWT.

3.    Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. Kenapa ibu selalu dilebihkan oleh agama kita? Allah SWT memuliakan golongan wanita yang digelar ibu dengan memerintahkan hambanya untuk berbuat kebajikan kepada mereka. Bahkan agama Islam menyuruh supaya dilebihkan kebajikan tersebut berbanding seorang ayah. Hal ini kerana agama Islam melihat kepada pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya ketika mana si ibu mengandung, melahirkan, menyusu, memelihara serta mendidiknya sehinggalah besar.

4.    Sesungguhnya wanita adalah sebahagian daripada lelaki. (Riwayat daripada Imam Ahmad, Abu Daud dan Imam Tirmizi). Wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Begitulah ganjaran allah kepada wanita yang setia dan taat. Suami merupakan ketua nakhoda melayar bahtera keluarga, nakhoda yang menjaga peribadinya mampu mengendalikan anak2 kapalnya ke jalan allah. nastaya, seisi kapal dirahmati allah.

5.    Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Siapakah yang lebih besar haknya kepada wanita?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula yang berhak terhadap lelaki? “ Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”. Oleh sebab itu, walau selepas berkahwin tanggungjawab seorang isteri lebih kepada keluargan dan suaminya. Namun pada seorang lelaki, tanggungjawabnya adalah lebih berat kepada ibunya. See... ibu seorang wanitakan, Sesungguhnya berbuat kebajikan kepada seorang ibu itu lebih diutamakan daripada keluar berjihad di jalan Allah SWT.

6.    Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari. Berpuasa nampak seperti simple, namun barang yang simple ini sukar dilakukan oleh umat islam. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap satu kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
 
7.    Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Itulah yang sering dikatakan, bayi yang lahir disambut dengan lafaz azan seperti kain putih dan suci. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

8.  Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Apabila seseorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah mengangkatnya seribu darjat untuknya. (So boleh la elakkan guna mesin basuh, walaupun membasuh dengan kedua2 belah tangan mampu memiliki keampunan dari allah)

10. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Ini yang dinamakan hadiah dari pada allah, kedamaian jiwa buat insan2 yang mendambakan diri padaNYA. Sesungguhnya ia hadiah dunia dan akhirat yang tak ternilai dengan harta dunia.


11. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, mamotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintasi Titian Shirat.” “Wahai  Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anak-anaknya, menyikatnya, mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”


12. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau dan jika engkau berpergian, dijaganya harta engkau dan dirinya. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita/isteri yang solehah.

*** ps: Wanita dan lelaki di katakan tiada beza pada zaman sekarang, apa yang lelaki boleh lakukan wanita boleh lakukan. Mungkin benar, namun dibalik kebenaran itu ada kelebihan yang tersimpan dalam diri masing2. Wanita yang dikatakan perhiasan dunia bukan sekadar perhiasan sekiranya dia di pelihara dan dijaga sebaiknya. Walaupun ia hanya perhiasan, namun ia mampu mendamaikan mata2 dan hati2 yang memandang. Aki sedikit kecewa kadang2 apabila keindahan dan nikmat yang diberikan kepada seorang wanita tidak dijaga sebaik2nya atau disalah gunakan oleh seorang lelaki. 

   Yup, bukan semua begitu, yang pandai menghargai akan menjaganya dengan penuh kebaikan. Namun ada juga yang mencalarkannya.

    kenapa mahu mengutip batuan sedangkan ditangan sudah ada permata? 
  kenapa perlu mencari kedamaian di padang pasir sedangkan diri berada di bumi kehijauan? 
   kenapa perlu memegang bilah2 kaca sedangkan adanya sutera yang lembut? 

Soalan demi soalan yang aki tak faham, mungkin bila aki tanyakan pada mereka. mereka berkata "itulah manusia, sering tidak lengkap dalam pencarian, sering terlepas memiliki apa yang ditakdirkan". memiliki peluang untuk memilih kadang2 membuat kita menjadi tamak dan kejam, menghilangkan rasa rendah diri dan tidak kenal akan syukur. 

# memiliki keindahan kadang2 hanya hadiah buat yang berusaha dan yang percaya, bukan bagi mereka yang hanya berharap dan yang menanti walaupun mereka menanti dengan sabar#


No comments:

Post a Comment