1.00 a.m, Friday, 24/06/2011-
Apabila ada yang bertanya tentang cinta, rindu, sayang, keiklasan, kejujuran, dan yang seumpamanya... urm,, perlukah aku mengeluarkan fikiran baru untuk mengukir hakikat kisah manusia? Mereka di luar sana seringkali bercerita tentang kisah cinta mereka, ada manis.. ada juga yang pahit.. ada yang menyesali terjebak dalam cinta. Aku tetap di sini mendengar... dan mendengar.. saban hari orang bercerita tentang perasaan. Dan penaku tetap akan berlalu, mengukir kisah mereka. Aku mungkin boleh menjadi pendengar yang baik, tapi bukan tukang nasihat y bagus. Aku berbicara bukan kerana perasaan, tetapi kerana pengalaman. Bukan sahaja pengalaman aku, malah pengalaman mereka yang bercerita. Ini hanya bingkisan halus aku titipkan di ruang teratak sebelum aku berangkat pergi ke sana. Insyaallah aku akan kembali nanti....
Khas buat mereka yang singgah:
(Buah fikiran dari persoalan hati yang kita boleh fikirkan bersama)
Jangan bersedih sekiranya cinta ita tak kesampaian, mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut;
Ingatlah , apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita;
Buat seorang lelaki, janganlah hanya kau letakkan pandanganmu kepada kecantikan seorang wanita sahaja kerana boleh jadi ianya palsu. Buat seorang wanita janganlah kau kejar kemewahan sahaja kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana sekuntum senyuman juga mampu mencerahkan hari yang suram. Carilah seorang insane yang membuatkan hati anda mampu tersenyum;
Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang;
Dan buat orang yang luka hatinya, mereka perlu didorong bukan didesak atau dipaksa. Maka nak jatuh cinta bukan senang, kadangkala sekali seumur hidup. Semakin banyak kita pelajari, semakin banyak kita tidak mengerti. Hakikatnya kita sering mahu sesuatu yang sempurna, namun kita jarang untuk berkorban. kadangkala perkara terbaik di dunia tidak boleh di lihat atau dipegang, namun begitu ia boleh dirasai dengan hati;
Akhir sekali, kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Salam....