Pokok hidup bahagia ialah manusia
hidup mencari nasihat. Sentiasa berusaha untuk bertambah baik. Baiknya bukan
untuk bermegah pada yang lain. Tetapi untuk dirinya dan keluarganya, agar dia
mampu memimpin keluarganya dan saudara2nya serta mampu mencari rezeki yang
ditetapkan untuknya.
1. Orang yang selalu mencari pengetahuan untuk petunjuk hidup.
2.
Orang yang dapat menjaga kesihatan.
3. Orang yang kuat beragama.
4.
Orang yang berjasa pada keluarga dan kepada orang ramai.
5. Orang yang berbudi dan pandai bergaul.
6. Orang yang berhitung ertinya hidup hemat tetapi tidak bakhil.
7. Orang yang serta dalam pembahagian waktu dan pendapatan.
8. Orang yang insaf akan hari tua.
9. Orang yang tidak banyak membuang masa.
10. Orang yang
bercita-cita tinggi dan hidup sabar.
11. Yang
paling disepakati oleh manusia ialah:
a. Dipuji hatinya.
b. Dipenuhi nafsunya.
Kesimpulan:
Yang penting bukan berapa lama anda hidup, tetapi
apakah jasa dari kehidupan anda. “Agar tidak kita dilupai”.
Bila telah
mati dan kereputan tulislah sesuatu yang berfaedah dibacai atau buatlah
sesuatu yang berfaedah dituliskan."
Dan jangan sesekali kau takut
untuk melangkah walaupun luka yang dihadiahkan bukan kerana IA membencimu,
namun kerna IA amat sayang padamu dan mahu kau menjadi kuat, sekuat akar lalang
pada bumi.
*************** buat diri aku sendiri:
Jangan .. jangan…. Kau ketawa dan tersenyum.. sekiranya
hatimu sedang terluka. Menangislah, ia ubat yang terbaik. Jangan kau bersedih…
jangan kau sesali… kau pernah berada dalam keadaan yang sangat menyakitkan
suatu masa dahulu… mampu jua kau berdiri di menara gading keluar dari
kesendirian seorang anak, sedihan sebuah keluarga, walau ketika itu hanya
sedikit batas kesabaran kau digongcangNYA. Walaupun kau masih merasa sedih,
namun senyumlah kerna kau telah berada di puncak yang tinggi bersama keluarga2
baru. Walau parut itu tetap milik kau, tetapi ingatlah. Tiada jalan patah ke
masa lalu untuk mengelak luka itu, yang tinggal hanya simpang ke masa hadapan
yang berliku dan bekas parut yang beransur pulih. Insyallah… mungkin di sana
ada penawarnya, walaupun aka nada kesan luka2 kecil demi mengubati parut yang
lama.. perjalanan yang jauh semata2 mencari sebuah perlindungan untuk membina
sebuah taman di dunia dan akhirat.
**************Buat kalian:
Mungkin kalian juga pernah terluka, dan parutnya tetap
ada. Tak mengapa, parut itu akan buat kita ingat, betapa kuatnya kita
menyembuhkan luka itu sehingga ia mampu menjadi parut.. namun jangan lupa parut
itu mungkin mampu luka semula sekiranya anda alpa. Sekadar pengisian dari sebuah
lebuhraya bernama hidup.