Showing posts with label Aku si tak faham. Show all posts
Showing posts with label Aku si tak faham. Show all posts

Wednesday, July 18

sesat mencari cinta

salam............................... blogger.....

malam yang dingin di sini... hujan sejak beberapa hari ni xmembantutkan sebarang urusan aki.. cuma urusan pengeringan pakaian je la tergendala... xpe2.. lambat laun kering jugak... 

erm,,, xlama lagi nk pose... sabtu ni kita sume umat islam start pose... pose jangan xpose... setahun sekali je dia mai... bukan hari2... 

aki jarang menulis sejak kebelakangan ni,,, xde modal nak cerita... tapi sejak beberapa ari ni.. banyak benda aki terfikir... modal aki ari ni pasal pencarian... apa y korang cari di awal mula kehidupan korang? dari mula lahir hingga ke hujung usia? bukan apa... aki fikir pasal diri aki...

banyaknye masa aki buang berangan... macam2 aki berangan.. berangan nak jadi hero... selamatkan orang y selalu kena buli.. berangan menjadi orang berada yang punya segalanya... berangan punya family y sempurna... berangan mempunyai insan di sisi yang menyayangi aki dan aki sangat sayang kat dia jugak.. kadang2 aki berangan jadi gangster... belasah je sape y kacau jalan aki... berangan.... berfantasi kata diri... nak jadikan realiti susah... berfantasi senang je.. kejap je dah sampai... aki tetap diri aki y ada... nk mencorak hidup bukan mudah....

pencarian..... ari ni ada orang tanya aki... "boleh ke saya nak couple dgn awk?. saya belajar xtinggi mana lah.. keje ada la... sya rajin usaha... saya sayang dan suka cara awk... saya harap awk boleh terima diri saya... saya ni nakal sikit.. sya xde la nk wat bukan2... cuma saya suka kiss... lau awk xleh terima sy xpe.. sy reda..." 

lau korang dapat ayat serangkap ni, ape korang nak kate? memg respect! dia jujor! tapi aki tak tau la orang lain... tapi murah sangat ke nilai diri kita sampai sanggup terima manusia mcm ni? dia memg baik... tapi ni lah perangai buas lelaki y memg xleh lari tapi boleh d bendung... sanggup dahulukan nafsu dari membina hubungan yang sebaiknya... apa maksud dia kata dia suka "kiss"? apa maksud dia kata dia nakal? nak kta bodoh xsampai hati... muka hensem tuan puan... ada la gaya2 awal kot... tapi perangai tu xkemas sikit....

bukan kita ni baik gile la... tapi faham la sikit, ang suka kat sorang tu sebab rasa ingin berteman dan nak melepaskan rasa "sayang" tu ka? ya allah.... jauhkan la aku dari insan sebegini... macam murah sangat peribadi perempuan tu bila dia dok kata macam tu...

tanya kenapa aki xde bf sampai la ni, 

sebab pertama, aki nak cr orang y sayang aki sebab siapa diri aki, peribadi aki,,, bukan sebab rupa aki, body aki atau kerja aki. sedih tau, bila orang suka kita tapi dia menilai dari sudut keuntungan dia... macam kita ni alat ganti terpakai kadang2... kita bukan mencari lelaki melayu terakhir atau imam muda atau lelaki bertanjak seperti pahlawan... kita mencari insan yang benar2 mahu hidup bersma kita dan sama2 menghabiskan usia bersama. 

la ni aki akui kata mama... cari ilmu lagi senang dari cari laki, laki ramai..... berapa ramai yang benar2 mencari seroang perempuan untuk masa depannya? mula la pakai perpatah melayu... "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" 

perempuan pon sama ja situasi nye.. tapi aki xtau nak ungkai mcm mn... 

aki kata kat hamba allah ni... "awak bukan untuk saya... kerna mata memg cerah tapi hati awak malap... awk xboleh pimpin tangan saya ke syurga"

terdiam.... segan mungkin. aki bukan senang nak maki2 hamun orang... lau melampau aki maki la.. tapi tolonglah hormati kami wanita... walaupon wanita hari ini ramai d pasaran... xbermakna kaum lelaki boleh beli secara longgok.. 

wanita seperti permata... lelaki juga seperti permata... sama mahal harganya... namun... semahal2 permata yang mana lebih bernilai... seperti apa y aki kata pada teman... 

"walaupon kita berada di tengah2 permata... namun sukar menentukan mana satu yang bernilai"

entah la... maruah diri di sidai2 di ampaian.... terbuai2 ditiup angin... basah di timpa hujan kering kontang di pancar matahari... apalah harganye? bagaimana ia di kira? longgok ka? kilo ka?

entah la... aki mampu merapu d sini saja... nak mengubah xmampu... diri orang bukan diri aki.... fikir2kanlah... siapa diri sendiri... apa yang di cari dalam kehidupan.... kalau seronok yang d nanti..... berusahalah... dari jauh aki doakan moga mendapat hidayah dariNYA... sekirannya y hakiki ingin di miliki... berusahalah mencari.... insyallah ALLAH xakan sia2kan usaha umatnya mencari sedikit nikmat miliknya.... 

END.

Thursday, January 12

Itu rezeki dia.. bukan kau.

2.07 a.m/jumaat/13.1.12/malaysia

serius! aku stress balik kl ni... ak outstation kat pantai timur untuk beberapa hari.. balik sini selewat petang kamis... sebelum pulang ada perkabaran baik aku terima.. alhamdunillah.. rezeki... sesampai aku di sini.. aku menerima "nota2 cinta" yang kurang enak... yang buat aku terkilan sesangat... gelak2 jugak... tapi jangan melampau batas sangat... lawak kasar boleh buat orang terguris gak.. 

rasa tak puas hati..

yup! aku nak bercakap pasal natang ni.. (bak kate ore kemaman)... baru2 ni ade kes hot jugak la pasal RASUAH! melibatkan jabatan perhutanan.. aku segan gak bila tgk berita.. sebab aku pon ORANG UTAN... xberpuas hati dengan apa yang ada... kita boleh berusaha dapatkan apa yang kita belum ada.. tak salah.. but biar dengan cara yang betul kawan.. usaha sendiri.. baru puas hati guna duit sendiri or dapatkan apa yang kita usahakan.. 

sepekara ak kurang jugak... bila bercerita pasal tak puas hati ni.. rezeki orang pon kau nak cedok jugak ke? kadang2 aku tak faham la manusia ni.. apa yang kau tahu pasal REZEKI ? kadang2 kita tak berusaha untuk dapatkan.. kalau tuhan nak bagi sapa kau nak halang? lagilah sape kau nak mempersoalkan? ni perkara yang terjadi sendiri pada aku dan keluarga aku... iri hati... tak puas hati.. adik beradik la tu.. 

sanggup... buat apa je... kalau tak puas hati kan? aku pantang kalau orang mempersoalkan apa yang aku ada. selagi aku tak mengemis mintak simpati orang untuk dapatkan apa yang aku nak, tolang la jangan berbunyi... sumbing tau tak! korang suka, kalau ada insan2 terpilih.. mempersoalkan kepermilikan kau? adakah ia menyusahkan orang? lain la kau celok duit ke.. masa ke... orang tu untuk dapatkan apa yang kau nak.. 

aku dah kata b4 ni.. style ak sekarang.. "no sharing.. no sharing la..." "no caring.. no caring la.." fine.. semua ada baik buruknye.. ada kawan aku tegur.. kalau orang buat jahat kenapa kita bijak sangat ikot dia wat jahat? kita kena ajar dia cara halus.. tgk macam mana cara buat baik.. aku xmakan saman dah mende2 macam ni... pada akal aku la.. kalau orang main kasar ngan aku.. aku main kasar balik.. muak ak nak layan baik2.. masing2 ada kelebihan.. ada kekurangan... fine la.. adat manusia kan.. xde salah.. xde betul.. fikir kadang2.. tak semua yang kita nak kita dapat... usaha macam mana kali pon.. kalu xde rezeki kau.. xde la.. apa pasal xleh fikir macam tu? jawab sikit!

serius la.. aku dalam hidup aku, apa yang aku nak aku usaha untuk dapatkan... main kotor xpenah lagi aku buat... bagi aku main kotor ni kau gunakan orang untuk kepentingan kau sendiri.. bukan untuk sejagat! shit la... melawak pon biar bepada2 kawan... jangan kasar sangat.. xtau hujung pangkal.. main sebat je... silap ari bulan.. buat orang hilang pecaya pada kau... aku berani cakap la.. kalau aku sendiri pon.. cara kita berhubung.. bergaul... memudahkan urusan seharian... bukan aku nak kelentong ke ape... fikir sendiri.. dalam hidup ni kita saling bergantung.. kalau kau buat baik.. orang mesti akan jaga balik.. xsemestinya semua kebaikan yang kau buat ko akan dapat balasan nya time tu gak... semua deal ngan masa... tuhan tu maha adil.. DIA tau apa yang DIA gerakkan.. 

maaf la sape yang terkena... aku bedal depan2 xpandai.. bedal belakang pon kadang2... ni aku bedal sisi.. kalau kau toleh kau tau la.. cuma aku nak pesan sikit je... xyah la mencedok rezeki orang lain... dah terang2 orang tu punya... xsalah kalau nak berkata2... but berpada2 la.. jangan sampai ada y tersakit... kerana hati sendiri sakit... makin aku menjadi tua makin aku naik muak dengan pesekitaran aku... hipokrik... ego... pentingkan diri tok sah cite la.. ambik kesempatan lagi... aku pon senget2 gak... setidak2nya aku xmakan lauk dalam pinggan orang lain.. kalau ada orang bagi, aku ambik.. kalau perlu ak mintak.. aku mintak cara baik.. bukan KOTOR! kalau kau sendiri mengamalkan dasar "SDN.BHD" dalam perkongsian... jangan nak lebar sangat la mulut menguap... tok sah la demand nk rasa erti sama rasa... hidup ni kawan jangan main pakat tangkap muat je... bahasa sikit... 

kan orang tak kesian kat ko.. tak kire la ko tua ke muda.. bahasa sikit... kawan ke ape ke jaga2 jugak.. pesan aku untuk semua.. bukan sorang dua je.. aku bukan marah ke ape.. aku terkilan n terkesima sikit... perangai sorang2 buat ak rimas kadang2.. sebab aku pantang bila susah nampak aku.. bila aku susah nak sengeh ngan aku pon payah... ape kejadah nye simpan orang macam tu... hish2... aku xkata2 sape2...terasa, sendiri cari ubat la... blog aku xde jual obat untuk manusia macam ni... jauhkan lah aku dari perangai orang macam ni... amin...

"setiap pegerakan sendi, hati dan akal milik allah.. jangan kau persoalkan pemberiannya tanpa kau tahu kebenaran" 





Wednesday, December 14

luka semalam


11.22 p.m /Malaysia/14/12/2011/rabu:

Erm……………………………………….. aku stress! Biasalah, rabu… hari paling pack aku.. dengan beberapa insan datang memecah ketenteraman aku.. tadi aku aku terjumpa orang yang dah lama aku xnak jumpa, walaupun hati mau berjumpa. Kuasa tuhan kan, aku terjumpa walaupun jarak jauh.. aku pelik seharian aku rasa nak marah, rasa sesak dada. Selalunya berlaku kalau aku nak bertembung dengan pekara2 yang aku nak elak. Aku tak faham kenapa aku mesti terjumpa dengan insane yang aku tak nak jumpa lagi. Luka yang hampir sembuh, terbuka semula jaitannya. Hahaha… tibe2 aku menjadi sebak, rasa yang suatu masa dulu menghantui pemikiran.. datang menyapa. Hairan, apa makna semua ini? Ia satu dugaan? Takdir? Atau kebetulan? Manusia tak pernah lari dari dugaan. Kenapa sukar kita mahu menerima hakikat yang jodoh kita xkesampaian?



Persoalan yang bagus! Aku sendiri tertanya2.. aku melihat dari dua sudut.. lelaki dan perempuan…

Lelaki

Mereka jenis tegar, kalau nak akan sesuatu mereka akan cuba mendapatkannya. Walaupun kadang2 ia milik orang. Ada juga yang sanggup menunggu, berpura2 dalam kenyataan. Hakikat yang nyata tak mampu menawan rasa ingin memiliki mereka. Aku kagum dengan sepsis lelaki begini, aku ada terjumpa manusia begini. Termasuk kawan baik aku sendir, sanggup meletakkan segala harapan walau usaha tak sampai kemana. Sedih.. sedih sangat… usaha yang di sia2kan… semangat mereka xseperti kita si perempuan. Namun ada segelintir yang suka akan keramaian, rasa satu nikmat bila ada orang di sisi, xkira lah siapa. Kalau kau yang membaca lelaki, kenapa spesis kau ada yang begitu? Nafsu? Seronok ke mempemainkan diri orang lain? Adakah hadirnya seorang perempuan sebagai penyukup syarat untuk ka uterus melangkah sebelum kau jumpa tulang rusuk mu? Ibarat kau memancing ikan, kalau tak suka kau lepaskan semula. Tapi tahukah kau sakitnya ikan tersebut dek terkena mata kail? Mesti tak… tak akan pernah tahu… kerana mereka.. golongan ini tak pernah merasa… betapa sakitnya bila diri disia2kan… lelaki! Dasar hati wanita lembut selembut sutera, jangan kau baja hati mereka kalau bukan untuk kau benihkan rasa sayang pada mereka. Tatkala kau meninggalkan mereka, tanah itu dahulunya segar menjadi tandus dan kering tanpa pemeliharaan yang sewajarnya.

Perempauan

Mereka bukan dari golongan tegar, tetapi halus.. halus untuk di halusi.. untuk di jadikan penyeri taman2 yang kosong. Aku perempuan, kami menyayangi hanya seorang lelaki dalam kehidupan kami. Sejahat mana seorang perempuan itu ada dalam hatinya segumat erti kasih sayang. Cuma salah arah untuk dihalakan kerana gelap pandangan dek harapan. Aku kadang2 pelik kena perempuan2 ni sanggup lari ikot lelaki Lombok sedangkan ada saja jejaka2 malaya yang boleh menjadi tiang seri kepada mereka. Namun selepas beberapa kali aku bercakap dan memerhati mereka. Aku mengerti, mungkin kerana kesusahan hidup di sanan buat mereka menyesal lari dari halaman mengejar cinta. Namun dari sudut lain aku memandang, erti penghargaan. Erti sayang dari sebuah penghargaan. Aku si perempuan, kami tak mengharapkan di siram dengan duit setiap kali bangun dari tidur, namun cukuplah dengan ucapan “terima kasih kerana ada disisi” setiap kali mata terbuka. Kami tak mengharapkan rumah sebesar mahligai untuk berteduh namun cukuplah sebuah teratak yang mampu berlindung. Kami tak minta kehemseman sampai silau dek mata memandang, cukup memadai si lelaki mampu di kenali wajahnya dan hati. Kami tak minta 24 jam sentiasa ada di sisi, memadai sesaat mampu melihat sihat tubuh badan. Walaupun masa kini, ramai yang berkata perempuan ni demand lebih, aku akui kami demand sebab kami mahu yang terbaik untuk kami jaga dan kami belai. Agar mekar cinta yang dibina ke jinjing pelamin. Bukan terkubu di tengah jalan.

Conclusion:

Mungkin aku berat kepada perempuan, sebab aku perempuan. Kini aku baru tahu bagaimana rasanya apabila kita melukan hati orang yang menyayangi kita. Memang kita tak boleh memaksa sesiapa untuk menyayangi kita walau pada hati kita, kita sangat menyayanginya. Namun ingatlah, kita yang merancang tuhan menentukan. Kadang2 apa yang kita lakukan tanpa dirancang adalah bisikan allah tanpa kita sedar, namun di telapak tangan andalah yang menentukan mekar layunya sebuah bunga dalam taman larangan dan tinggi rendah terbangannya sang lebah. Walaupun rendah lebah itu terbang belum tentu dapat jua madu di bunga sekiranya bunga yang disengat layu dek racun.  

Buat yang pernah terluka:

Kadang2 allah ketemukan kita dengan orang yang salah untuk memgajar kita tak semua yang kita miliki milik kita. Tak semua yang kita sangka dalam gengaman, tergengam rapi. Kadang2 ia menyusur keluar dicelah2 jemari. Kadang2 apabila kau buka genggaman mu, ia sudah tiada di situ.

Saturday, December 3

yang maju.. akan lapok dek zaman

4-12-2011/sunday/malaysia/0013a.m:

wes!! Salammualaikum!

ini jam sudah pukul 0013 a.m malaysia, aki dah tertido masa nak pergi mandi.. a.k.a baru g mandi td.. (jgn amalkan mandi lewat2 mlm xda baik woo...). ape cer aki tertido pon takde tau.. ni mata xmo tdo pulak... aki tgk fb.. xde y menarik hati.. mau kacau orang,, masing2 busy... yelah.. kalau y berpasang2.. sibuk chatting,,, kita ni persatuan single.. sibuk ngan games la... novel la.. paling tidak chatting kat ym... cerita chat kat ym ni.. kadang2 boleh la elak bosan... kadang2 hampeh jugak... part mana yang hampeh? tau la ym tu public... kat situ lag chats2 mempromosi "body" depa... tak kurang yang menyembang bende xsenonoh... ceh! xde akal betul..

ini ari aki masok room chat ym "putrajaya" antara chat room y aki pilih... kadang2 aki suke masok "kedah" nak masok celah2.. sabah/sarawak/kelantan/ganu.. masalah aki x"halas" lagi bahasa depa tu... hahah... ada la satu makhluk ni... bagus awal2 bagi salam... kedua ayat dia lagu ni

"cik busy x? sy nk tanya.. sudi tak buat sex dengan saya? saya kat ampang. saya boleh ambik. saya bayar rm500 pershoot. boleh ke?? thank."

Peh!!!! WHAT THE FISH!!!! ko ingat promot beli kapet ape? boleh d pei tanya lagu tu, kalau blogger fikir ia bende normal.. well internet freedom la kan~~~~~~~~~~~ but bagi aki itu xnormal.. aki xtanya lak dia ni islam ke tak.. but based on nama ym bunyi "melayu" dengan selamba aki jawab...

"encik dah berapa kali terlepas solat jumaat ek? tu pertanda hati tuhan dah tutup.. next week jgn lupa g solat deh."

dia habak apa "aku tanya baik2, y ko nak menyindir ak apa hal! xnak cakap je lah! aku cari lain!"

ayat punya baik... kalau ikot ati aki, awal2 g aki dah maki ini olang ma... nasib baik aku bukan suku sakat gengster, kalau tak aki set je ngan jambul tu.. pastu tunggu dia ramai2.. kita tgk sape "kenduri" sape! tak de manner punya olang.. cara halal ada.. mau cari cara haram apa pasal? bodoh tahap setan! kalau dah kaya sangat sampai xtau nak buat ape, baik ko menabung pei haji la... tak pon pei la buat bende yang mendatangan hasil.. dari bende yang mendatangkan bala! xkire la apa bangsa ko.. apa agama ko.. tapi IA tetap salah dari segi noma2 kehidupan manusia, N aki percaya xde bangsa atau agama yang menyokong bende mcm tu. Sahdis kadang bila melihat pembangunan, khususnya masyarakat kita, yang makin berubah menjadi "moden". tapi>>>>>>>>>>>>>>>>>>> moden la sangat~~~~ tau la malaysia ni merupakan negara yang membanggun.. pentadbiran negara mengamalkan dasar pandang ke timur... mean kerajaan suh pandang macam mana negara2 timur bangun kan negara ni... ni dok... pei cedok budaya2 tah ape2.. kalau orang oversea memang bagi mereka itu normal thing..

but we are ASEAN.. other than that.. WE ARE MALAYSIAN... likely for who are MUSLIM!

mana kita punya identiti orang timur.. semua mau ikot adat barat.. aper cer? bukan nye soh.. pakai tongkolok macam zaman pendekar2 dulu... bukan kulu kilir pakai baju melayu siap ngan tanjak bagai... just "ADAT KITA, BUDAYA KITA" lapok dek zaman....

mampu blogger bayangkan 2020 macam mana negara ni? insyallah ia akan membangun.. but in attitude? custom? time tu insyallah.. umor panjang.. aki berusia 32 tahun... insyallah... lani baru 23.. 10 tahun lebih kurang... apa yang kita cuba pertahankan? kedamaian? ekonomi? pembangunan? perpaduan? bagi aki la.. kalau la cukup package pun dari segi pentadbiran or ekonomi, bagi aki xcukup memadai memiliki pembangunan tersebut if  masyarakat dalam negara ini memiliki tabiat yang buang terbiat..

aki pon tak pandai nak kupas bab2 kenegaraan ni... but mean point is.. biar negara kita maju dan membangun sejajar dengan perubahan masa depan.. namun jangan sampai pembangunan merubah adat dan budaya kita orang timur... di luar sana.. mereka menyifatkan "kita" antara masyarakat yang penuh dengan adat dan budaya... setiap negara ada identity mereka yang tersendiri, hahah... boleh jadi menongkah pembangunan hingga hilang identity diri... sama juga seperti kehidupan insan... apabila memiliki nikmat kekayaan, ilmu insan lupa akan diri di masa yang dulu.. bagus berubah kepada yang lebih baik.. tapi jangan sampai, hilang pedoman. kelak apa yang dibina, anytime akan roboh.. tak caya??? boleh try... but contoh yang berlaku banyak sangat sekarang ni... kasi bukak lu punya minda saja.. lu bukak mata akal xmau bukak, sama saja xde guna ma...

just ingatan bersama:

" jangan kerana adat dan budaya kita menjadi mundur, namun biar adat dan budaya serta agama menjadi sandaran dan batu sempadan dalam menongkah masa. biar generasi masa akan datang mampu memiliki apa yang diusahakan oleh generasi masa sekarang, biar lengkap package mereka kehidupan mereka dengan identity sendiri bukan ciplak!"

ceh2... sastera la pulak... but serius la.. itu harap aki... ni bukan versi pilihan raya.. atau semangat hari kemerdekaan.. cuma terfikir sejenak..  so itulah ceritanya.. fikir2kan la kalau blogger minat untuk memikirkannya.. if tidak.. it ok, suatu masa nanti sedar atau tidak.. anda pasti akan terfikir.. just like aki! wasalam~~~~~~~~~~


#kemajuan dan pribudaya dalam satu jiwa#


Sunday, November 27

kenapa kita seringkali merindu kehilangan?

27/11/2011-ahad-malaysia-23:03 p.m:

"kadang2 yang indah itu tak mampu dimiliki namun cukup sepintas lalu ia dihargai"

salam, blogger... xterlambat aki ucapkan selamat tahun baru kepada semua umat islam.. mean esok di malaysia akan cuti! yes cuti, but saya ni cuti ketak sama je.. well hari2 sentiasa cuti.. but  mula busy dah sekarang.. report.. proposal.. test... projek.. but itu lah "student life" colorful kan..

malam ni aki baru je setel menyelesaikan tugasan on ANALYSIS ANOVA... pening pala... mau baca tesis pon jd xde mood.. apa lg.. on lapi n youtube... ada satu video... aki tengok// aki pernah tengok cd ni b4 ni... "iklan lama yan sangat menyentuh jiwa.. (http://www.youtube.com/watch?v=AslZz0ZJE2U&NR=1) video pasal seorang ibu dan 2 org anaknya... ibu tunggal.. berusaha membesarkan 2 orang anaknya.. hingga berjaya... alhamdunillh... seorang photographer.. sorang doctor.. but kebusy an anak2 dia buat si ibu terabai... at the end... si ibu pergi tanpa sempat bertemu anak2nya.. 

pretty sad story line.. (serius tangkap leleh la..., aki cair la jugak!) cerita mcm ni pelbagai versi kita pernah dengar.. aki terfikir diri aki sendiri.. mama aki si ibu tunggal.. membesarkan enam orang anak... si ayah?? entah di mana~~~~~~~~ alhamdunillh... aki dan 2 adik2 aki dah boleh mencari rezeki kami.. mama? masih di dapor dengan pisau besarnya... menyediakan makanan buat pejuang2 negara... hingga kini...

apa yang aki nak kata, ada perkara yang indah, cantik, harta, pangkat.. xmampu kita miliki semuanya dalam satu masa, but memadai menghargai setiap yang ada walaupun sepintas lalu. kawan aki ada berkata ada org berkata kat dia yang aki---> " a person the most n full with spirit" wow!!! full with spirit??? baru aki tahu... but serius, aki lebih suka hidup dengan "spirit" (bukan spirit of coin) daripada hidup dengan "hope".

aki ada prinsip yang aki pegang setiap kali aki "terjatuh", permulaan hidup aki bukan dengan sesuatu yang indah, untuk memiliki keindahan sekarang aki kena sentiasa bangun dan berlari, bak kata arwah atok aki "setiap kali kamu ada masalah, jangan putus asa.. ingat siapa nama kamu... kami bagi nama kamu bukan sekadar nama, ia ada makna. kerana makna itu kamu mesti terus melangkah" well... betul... makna nama aki... "jalan yang penuh dengan cahaya" 

aki selalu pesan ngan sesapa ngan y suka bercerita masalah depa sama aki.. aki kurang percaya pada harapan. sebab harapan boleh jadi benar, boleh jadi palsu. pengalaman dan pemerhatian sentiasa menjadi batu pengukur... but aki amat percaya pada SEMANGAT... hanya satu... xde benar.. xde palsu.. 

paling simple.. harapan macam awan gelap nun kat atas langit, belum tentu awan yang gelap akan menurunkan hujan, mungkin hanya mendung di hari siang. But semangat just like, nyalaan api yang kecil... walaupun kecil ia mampu membakar sebuah rumah!

well.............. tu je lah, yang aki nak cerite.. u can say i'm not fair to judge between 2 variable here... but aki menghakiminya kerana peristiwa lalu.. mungkin ia salah... mungkin ia benar.. but seriously.....


hope can be fake.. but not spirit. 





Tuesday, October 11

Siapakah itu?




Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

***** siapakah aku? Persoalan demi persoalan.. tanpa jawapan..

Tersenyum ketika kau dalam kesusahan tanda betapa kuatnya dirimu.. benarkah?

Orang yang mempunyai akal adalah orang yang mengunakan otaknya di dunia ini.. benarkah? Siapa pula orang yang mempunyai otak, hati dan akal namun xtidak mempunyai perasaan? Siapa orang yang mempunyai otak, hati, dan perasaan tanpa akal? Siapakah mereka?

Siapakah orang yang merasa bahagia apabila terluka?
Siapakah orang yang gembira di saat mereka bersedih?
Siapakah orang yang memiliki senyuman namun dia menangis?
Siapakah orang yang sentiasa meningati namun dia sentiasa dilupai
Siapakah orang yang mencari barang yang ada?
Siapakah dia?
Siapakah aku?

Ini bukan satu kenyataan… bukan sekadar huruf yang digabung menjadi ayat… ini sebuah persoalan.. yang tiada jawapan… sekarang.. mungkin juga selamanya… aku ada persoalan...


Siapakah kau di dunia ini?

Thursday, September 8

10 Tanda-Tanda oleh manusia




Tanda-Tanda Kebahagiaan

  1. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.
  2. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah.
  3. Tiap bertambah umurnya, beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.
  4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah pula pemurahnya.
  5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah dekatnya pada orang ramai.

Tanda-Tanda Kecelakaan


  1. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.
  2. Tiap bertambah amalnya, bertambah congkaknya.
  3. Tiap bertambah umurnya, bertambah pula lobanya kepada harta.
  4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.
  5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.
Sekadar ingatan:
Tiap orang akan memperolehi kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain.

Timbulkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang itu, sebelum anda mengemukakan kesukaan anda.

Belajar menghargai sebelum memilih untuk memiliki.
Tiap yang ada harus disyukuri bukan di sia-siakan.

Akhir sekali, tiap-tiap yang terjadi atas satu pilihan dengan satu keizinan... sebaik-baik pilihan akan ada cacat celanya.. kerana si pemilih hanyalah seorang manusia.....


Note: perasaan menyesal selepas tersilap... lazimnya menghukum diri walaupun pembetulan telah di buat.

Tuesday, July 12

Hanya sebuah contengan

Aku kembali,


Satu biasan cinta aku ukirkan, biasan cinta bercerita tentang kesetian. Sebuah biasan dari cermin hati manusia, mengungkap makna perasaan hati untuk sebuah pengertian akan makna bertahan, kesabaran kejujuran dan kesetiaan. Biasan cinta ini adalah satu bingkai hidup manusia juga tentang rase hati seorang insan yang setia walaupun cinta telah pergi.

Dibalik tangis,
tersimpan senyuman..
Dibalik kegagalan,
tersimpan kekuatan..
Dibalik penderitaan,
tersimpan kebahagian..
Dibalik kekecewaan,
tersimpan pengharapan..
Dibalik rasa benci,
ada rasa sayang yang terpendam..


Kesabaran milik insan yang menanti
Air mata milik mereka yang terluka
Pengkhianatan milik mereka yang setia
Kejujuran milik mereka yang percaya
Sayang milik semua orang
CINTA milik mereka yang BERUSAHA.

Andai segala2nya bukan milik kita
Jangan bersedih
Kerana kita masih milikNYA
Sedih itu wajib!
Air mata itu wajib!
Bukan tanda kelemahan
Lambang kekuatan
Satu permulaan
Selepas kejatuhan


Kasih sayang..
Adalah mata air ganti rugi sebuah pengharapan
Ketabahan..
Adalah nyawa untuk sebuah penantian.
Cinta sejati..
Adalah hadiah bagi orang2 yang bersabar dan percaya..

“Rasa kehilangan hanya akan ada, jika kau pernah merasa memilikinya...”



Pen off.

Wednesday, July 6

Janji

 

Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?

Aku pun tak tau kenapa payah sangat manusia nak mengotakan janji mereka, aku benci orang berjanji. Macam aku pernah tulis dulu kat blog ni, Trust=shit. Kita  berjanji untuk mendapatkan kepercayaan orang lain. Sayangnya bila kita telah mendapatkannya, kita persia-siakan. Aku sendiri pernah berjanji dengan orang, aku akan kotakan janji aku.kalau tak mampu nk kotakan bg tau siang2, tok sah nak berlagu sayang kat telinga orang lain. kalau kau tak mampu mengotakan kata kau, apa guna kau berjanji? Memberi kata2 palsu kepada orang yang lain. Kau tahu bagaimana rasa sakit hati, apabila ada manusia menipu kau? Pasti kau pernah alami punya. Semua rasa macam celaka! Kadang2 ia menyebabkan manusia putus harapan dan kepercayaan pada manusia yang lain. 

Ada janji yang punyai harga, ada janji hanya berpaksikan hati, ada juga janji hanya berpegang pada kata2.. perbezaan janji2 ini sangat banyak. Tapi disaat itu, satu janji telah dibuat. Tetapi kenapa seringkali ia dimungkiri? Adakah janji mempunyai jangka hayat? ada tarikh luput? yup.. janji yang berharga ada segala itu. Adakah janji yang biasa dibuat manusia mempunyai jangka hayat? Damn! janji hanya janji Mungkin janji2 hanya perlu kata2, senang xperlukan cost yang banyak hanya perlu hamburkan kata manis, mampu mengikat janji. Itulah sebuah janji, hanya satu tuturan manis yang menyakitkan jiwe manusia di suatu masa! 


" When people ask me, why so hard for me to trust others? I ASK THEM WHY IT'S SO HARD TO KEEP A PROMISE? n they SILENT"

Pen off.

Saturday, July 2

Aku kah yang xfaham?


Aku tak faham! Betul2 aku tak faham. Manusia ni pelik sangat, kejadian manusia sangat unik sampai mereka menjadi pelik. Aku dalam mood marah kot ni, but just untuk pemikiran. Susah ke kita nak menghormati seseorang dan berlaku jujur kepada mereka yang wujud di keliling kite? Kita mengharapkan manusia-manusia yang ade di keliling kita berlaku baik terhadap kita. But kenapa kite tak boleh berlaku seperti mereka? Adakah sikap kurang baik itu hobi kite? Why aku dalam mood ni? Simple.. ini semua kerana manusia y ade di keliling aku. 

Today, aku on YM.. lama xonline kan. Suddenly, ade satu makhluk allah ni ajak chat, ok.. aku on je. Sembang baik2,,, pandai bagi salam.. pastu tu start la kenal2.. boleh lak nk ajak keluar. Aku tak suke kuar dengan orang yang aku tak kenal, bagi aku, orang yang aku percaya adalah orang yang menberikan kepercayaan mereka pada aku. Ade segelintir manusia yang aku jumpa berperangai pelik, Sebab mereka menyembunyikan kepercayaan mereka dan melemparkan kepercayaan yang aku beri. Bagi aku itu pelik, sebab orang bagi kau kebaikan tapi kerana ego or hobi (mungkin) kau sanggup menolak pemberian itu. Walaupon xsemahal mana, jual pon tak laku tapi itu yang penting membezakan MANUSIA ngan ORANG. Back to cerita aku td, aku tolak baik2 pelawaan tu. Than manusia ni start ty aku soalan yang merepek.. guy love to think on it! Sorry bro wrong person! Walaupon aku open mind but, agak melampau kalau kau nk ajak aku bercerita mende2 macam ni. Aku terus off  line, that moment aku terfikir. 

Kenapa segelintir manusia suke bercerita bende2 xberfaedah ni? 

Apa tujuan kau mencari kawan?

 Bagaimana kau memulakan langkah untuk mendapatkan seorang kawan? 

Siapakah kawan? What is honest? Truest? 

 Hahaha banyak ak dengar orang bercerita tunjang kepada setiap perkenalan adalah kejujuran, saling hormat menghormati, kepercayaan, sharing.. than barulah love @ menyayangi come in. But, now... semua tu just ayat2 yang orang suke dengar or baca. But empty meaning! Adakah kau percaya, kerana seorang manusia kau boleh hilang kepercayaan kepada semua manusia? Dan bukan senang mencari satu kepercayaan terhadap seorang manusia tanpa menghadapi sebarang risiko? Pelakon yang paling baik, adalah manusia yang mampu tersenyum dan tertawa disaat hatinya menangis dan otaknya mampu mempamirkan cerita yang membuat manusia dikelilingnya lupa akan dirinya sendiri. 

Hebat2... manusia ciptaan tuhan yang agung, penuh dengan rahsia dan cerita yang berbeza. Pelakon yang agung di bumi, sayang sekiranya lakonannya hanya sekadar lakonan. Rekaan semata2, untuk hidup di bumi ini. Entah la, makin aku fikir.. makin makin aku tak faham. Sebab tu aku kate manusia ni pelik. Sentiasa mengejar kehidupan di masa hadapan, selepas mendapatkan masa yang silam. 

Demi mendapatkan masa hadapan, mereka sanggup melepaskan masa silam. Manusia2,,, mungkin aku pon sama seperti mereka mengejar masa hadapan untuk menyempurnakan hidup aku, namun aku tidak melepaskan masa silam. Masa silam adalah harta aku yang aku kutip tanpa bayaran n xde d jual d mana2... 

Aku tak nak jadi ORANG atau PELAKON atau ALIEN ke.. AKU NK JADI MANUSIA YANG ADE JIWE. 

Bukan MANUSIA YANG KOSONG, bepijak d bumi seolah2 mereka punya segala-galanya.
Tapi semua tu, tipu belaka, just satu lakonan, Nampak real tapi palsu. Time up, mungkin kau yang membaca tak faham apa yang aku maksudkan. 

Xpe, xyah susah2 nk fahamkan... aku hanya menulis bila aku terfikir ia menganggu otak aku. Tapi kalau kau faham ape yang aku maksudkan sebenarnya. Kau memang manusia yang hebat! Nak jadi hebat tak semestinya perlu BIJAK or KAYA. Kadang2 ia hanya perlu sedikit masa dan pemahaman sahaja.

“What u fears the most in life? Sometime, who are you to tell u hold the power, you are simply gorgeous, genius, talented and almost every single flattering adjectives u could find for us. For, the person u terrified of is we”

Pen off.