11.22 p.m /Malaysia/14/12/2011/rabu:
Erm……………………………………….. aku stress! Biasalah, rabu… hari paling
pack aku.. dengan beberapa insan datang memecah ketenteraman aku.. tadi aku aku
terjumpa orang yang dah lama aku xnak jumpa, walaupun hati mau berjumpa. Kuasa
tuhan kan, aku terjumpa walaupun jarak jauh.. aku pelik seharian aku rasa nak
marah, rasa sesak dada. Selalunya berlaku kalau aku nak bertembung dengan
pekara2 yang aku nak elak. Aku tak faham kenapa aku mesti terjumpa dengan insane
yang aku tak nak jumpa lagi. Luka yang hampir sembuh, terbuka semula jaitannya.
Hahaha… tibe2 aku menjadi sebak, rasa yang suatu masa dulu menghantui
pemikiran.. datang menyapa. Hairan, apa makna semua ini? Ia satu dugaan? Takdir?
Atau kebetulan? Manusia tak pernah lari dari dugaan. Kenapa sukar kita mahu
menerima hakikat yang jodoh kita xkesampaian?
Persoalan yang bagus! Aku sendiri tertanya2.. aku melihat
dari dua sudut.. lelaki dan perempuan…
Lelaki
Mereka jenis tegar, kalau nak akan sesuatu mereka akan cuba
mendapatkannya. Walaupun kadang2 ia milik orang. Ada juga yang sanggup
menunggu, berpura2 dalam kenyataan. Hakikat yang nyata tak mampu menawan rasa
ingin memiliki mereka. Aku kagum dengan sepsis lelaki begini, aku ada terjumpa
manusia begini. Termasuk kawan baik aku sendir, sanggup meletakkan segala
harapan walau usaha tak sampai kemana. Sedih.. sedih sangat… usaha yang di
sia2kan… semangat mereka xseperti kita si perempuan. Namun ada segelintir yang
suka akan keramaian, rasa satu nikmat bila ada orang di sisi, xkira lah siapa. Kalau
kau yang membaca lelaki, kenapa spesis kau ada yang begitu? Nafsu? Seronok ke
mempemainkan diri orang lain? Adakah hadirnya seorang perempuan sebagai
penyukup syarat untuk ka uterus melangkah sebelum kau jumpa tulang rusuk mu? Ibarat
kau memancing ikan, kalau tak suka kau lepaskan semula. Tapi tahukah kau
sakitnya ikan tersebut dek terkena mata kail? Mesti tak… tak akan pernah tahu…
kerana mereka.. golongan ini tak pernah merasa… betapa sakitnya bila diri
disia2kan… lelaki! Dasar hati wanita lembut selembut sutera, jangan kau baja
hati mereka kalau bukan untuk kau benihkan rasa sayang pada mereka. Tatkala kau
meninggalkan mereka, tanah itu dahulunya segar menjadi tandus dan kering tanpa
pemeliharaan yang sewajarnya.
Perempauan
Mereka bukan dari golongan tegar, tetapi halus.. halus untuk
di halusi.. untuk di jadikan penyeri taman2 yang kosong. Aku perempuan, kami
menyayangi hanya seorang lelaki dalam kehidupan kami. Sejahat mana seorang
perempuan itu ada dalam hatinya segumat erti kasih sayang. Cuma salah arah
untuk dihalakan kerana gelap pandangan dek harapan. Aku kadang2 pelik kena
perempuan2 ni sanggup lari ikot lelaki Lombok sedangkan ada saja jejaka2 malaya
yang boleh menjadi tiang seri kepada mereka. Namun selepas beberapa kali aku
bercakap dan memerhati mereka. Aku mengerti, mungkin kerana kesusahan hidup di
sanan buat mereka menyesal lari dari halaman mengejar cinta. Namun dari sudut
lain aku memandang, erti penghargaan. Erti sayang dari sebuah penghargaan. Aku si
perempuan, kami tak mengharapkan di siram dengan duit setiap kali bangun dari
tidur, namun cukuplah dengan ucapan “terima kasih kerana ada disisi” setiap
kali mata terbuka. Kami tak mengharapkan rumah sebesar mahligai untuk berteduh
namun cukuplah sebuah teratak yang mampu berlindung. Kami tak minta kehemseman
sampai silau dek mata memandang, cukup memadai si lelaki mampu di kenali
wajahnya dan hati. Kami tak minta 24 jam sentiasa ada di sisi, memadai sesaat
mampu melihat sihat tubuh badan. Walaupun masa kini, ramai yang berkata
perempuan ni demand lebih, aku akui kami demand sebab kami mahu yang terbaik
untuk kami jaga dan kami belai. Agar mekar cinta yang dibina ke jinjing
pelamin. Bukan terkubu di tengah jalan.
Conclusion:
Mungkin aku berat kepada perempuan, sebab aku perempuan. Kini
aku baru tahu bagaimana rasanya apabila kita melukan hati orang yang menyayangi
kita. Memang kita tak boleh memaksa sesiapa untuk menyayangi kita walau pada
hati kita, kita sangat menyayanginya. Namun ingatlah, kita yang merancang tuhan
menentukan. Kadang2 apa yang kita lakukan tanpa dirancang adalah bisikan allah
tanpa kita sedar, namun di telapak tangan andalah yang menentukan mekar layunya
sebuah bunga dalam taman larangan dan tinggi rendah terbangannya sang lebah. Walaupun
rendah lebah itu terbang belum tentu dapat jua madu di bunga sekiranya bunga
yang disengat layu dek racun.
Buat yang pernah terluka:
Kadang2 allah ketemukan kita dengan orang yang salah untuk
memgajar kita tak semua yang kita miliki milik kita. Tak semua yang kita sangka
dalam gengaman, tergengam rapi. Kadang2 ia menyusur keluar dicelah2 jemari. Kadang2
apabila kau buka genggaman mu, ia sudah tiada di situ.
No comments:
Post a Comment