Wednesday, August 10

Erti hadir seorang wanita-


Salam,,, Just petikan dari beberapa blog...  ayat2 tentang perihal hati wanita. Tentang sikap wanita secara zahiriahnya sebaik2 kejadian... aki tak tahu sumber asal dari mana satu, sb semuanya sama.. namun ia sesuatu yang indah  untuk dikongsikan diding teratak....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

"Dunia ini satu perhiasan dan sebaik-baiknya hiasan adalah wanita yang solehah. Yang bakal menghiasi sebuah taman dan pelengkap sebuah jiwa"

astagfirullahalazim! jgn kau buka pintu amarahku!!

astagfirullahalazim... perihara amarahku... amin! sehening pagi ini amarahku terbuka... aki boleh menerima pendapat orang lain. xsalah sekiranya kita berkongsi, namun biarlah berpada2. Menghormati yang lain, sekali aki terpukul d pagi ini, rase mahu berlari sambil menjerit sekuat hati... astagfirullahalazim,,,, knp pintu amarahku di buka... sebaik2 manusia tiada yang sempurna. jangan kerana kesilapan kita yang lalu kita menghukum manusia yang lain... mengikut pahaman kita... aki bukan pandai sangat bicara bab agama or hukum hakam ni, namun kita patut mengetahuinya. kerana kita mampu berfikir... astagfirullahalazim.... serius,,, aki xjarang rase macam ni... dari duduk.. terus baring.... rase seolah2 dah berlari berkilo2 meter jauhnya...! aki betul2 xleh terima orang pangkah aki macam tu, kalau aki silap pun jangan jadikan aki mangsa keadaan. walau niat d hati sekadar berkongsi. apa y aki rase, seolah2 insan ini melepaskan segelumat rasa y terbuku di dada, bertubi2,,, walaupun katanya ada betulnya, tapi cara nya aki xsetuju. sangat2 xsetuju. langsung xnak mengalah... bersembang macam masuk pertandingan debat.,, dari aki bersangka baik, menjadi sebaliknya. macam nk ajak aki bergaduh pulak, masing2 dengan pendpat masing2... aki bukan mintak dia terima bulat2 pendapat aki, cukup sekadar menghormati. manusia xlari dari buat silap awk... mencari kesempurnaan itu yang diidamkan oleh setiap insan yang bernyawa di dunia ni. dan bukan semua yang tercipta sesenangnya mampu memiliki tanpa di duga oleh allah wak.. kesilapan sendiri bukan satu dugaan,,, ye kesilapan tetap adalah satu kesilapan.. namun kita yang membuat kesilapan dari satu keputusan... membuat keputusan itulah satu dugaan.. bukanya kesilapan itu sebagai dugaan.. bagaimana kita menangani dugaan itulah dugaan... mampukah kita menghadapinya.. itu adalah satu dugaan. Manusia mana yang sentiasa berada di landasan yang lurus? landasan mana yang sentiasa akan rata? semua itu adalah dugaan,,, bukan kita pohon kehidupan kita di duga. xde sape mahu hidup nya diduga, namun itu takdir. takdir dan dugaan bukan yang sama, berbeza! namun ia milik YANG ESA.. huhuhuhh aki betul2,,, cold down now... serius tau! panas satu badan td, bukan aki marah insan tu sebab pendapat dia.. tapi cara dia yang aki xboleh tahan. kita sesama manusia saling ingat mengingatkan, namun sedar juga kita yang kita ingatkan itu seorang insan. yang ada perasaan dan pemikiran nya tersendiri. seburuk2 mana kita, sejahat mana kita di mata manusia, tapi di sisi allah kita tak tahu di mana tahap kita. sama2 la kita saling beringat dan menginsafi diri sendiri. tiada kesilapan yang tak mampu di baiki selagi kita mampu memilih untuk memperbaikinya. maaflah kalau ada yang membaca xsetuju ngan pendapat aki, but aki juga punya hak untuk berkata, kerana aki juga manusia ciptaanNYA dan mampu berfikir dan melihat. wasalam......

Happy

Happiness is not a station you arrive at, but a manner of traveling. Happiness is also having want, & wanting what you have. But there are comes a time in life when you have to let go of all the pointless drama & the people who create it and surround yourself with people who make you laugh so hard that you forget the bad and focus solely on the good. After all, life's too short to be anything but happy. 
(kata2 indah yang tercipta) hahah,,,,

Sesuatu untuk di hargai: kenangan


Berikanlah aku
Sesuatu yang meyakinkan
Sesuatu yang takkan hilang
Yang terbaik untuk diriku
Tuk hidupku
Hulurkan tanganmu
Berikan ku keyakinan
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu
Terindah

 Hingga akhir nanti
Ku hargai semua ini
Yang terindah
Yang tercipta
Dalam hidupku
Kisah hidup ini
Hingga ke akhir nafasku
Kan menjadi sejarah
Dalam hidupku

Takkan kau fahami
Apa yang tersirat di hati
Masa pantas berlalu pergi
Kenangan kan tetap di hati
Dihargai
Suatu hari nanti
Detik waktu kan terhenti
Hingga akhir nafasku
Bila sampainya waktu terindah

***** aku melilau dalam youtube cari lagu2 best.. cari feel nk mengarang la kan... tup2 terjumpa lagu ni.. Muzzy- hingga akhir nafasku. Bunyi macam lagu cinta je, aku play le...  wow... ni bukan lagu cinta biasa,,, ini sebuah lagu kehidupan. Buat aku terasa sangat indah, tenang, rase macam teringat saat2 lampau. Time yang aku suka teringat... "Berikanlah aku sesuatu yang meyakinkan, Sesuatu yang takkan hilang, Yang terbaik untuk diriku, Tuk hidupku" = kenangan. Yup kenangan yang menyakinkan, yang tak akan hilang, adalah perkara yang terbaik untuk aku dan kalian. Mungkin kalian pernah alami seperti aku alami, ketika kita ada masa terluang dan tibe2 kenangan lalu muncul tibe2,,, like zaman kanak2 ke,,, zaman belajar ke,,, or anything yang buat korang tersenyum tersendiri bila terfikir. disaat kalian memikirkannya, adakah kalian merasakan satu perasaan yang hangat didalam hati kita? yang buat kita tersenyum sendiri n merasa sangat tenang. Itulah rase dari sebuah kenangan yang hadir sebagai rindu. YES! aku rindu akan kenangan aku yang lalu. walaupun banyak perkara yang mencalar hidup aku, but ada perkara yang buat ak tersenyum ketika aku dalam kelukaan. MA aku selalu kate, walaupun seberapa teruk kita dilukai jangan sesekali lupa tersenyum. kerana senyuman itulah penawar luka tanpa kita sedari. ialah menjana kekuatan buat diri. 

"orang yang mampu tersenyum disaat ia terluka menunjukkan betapa tabahnya dan sabarnya insan tersebut"

aku blum sampai lagi tahap tu, still in progress... belajar memberi tanpa meminta balasan dan tersenyum apabila dilukai. sangat payah pada awalnya, namun apabila mampu memilikinya ia terasa sangat unik.. perasaan yang xpasti mcm mana nk katakan... tapi sangat tenang... ari ni member aku mintak aku belanje.. sokmo suh ak belanja, ak mintak la reason why... adalah beberapa reason y die bg... y paling aku suka " sebab ko sayang aku kan" hahha... gelak ak baca.. this guy ok. jgn fikir bukan2.. apa yang aku nk bg tau, ada jugak orang hargai diri kita. disaat kita menyayangi orang disekeliling kita, seringkali kita dilukai. namun, ada yang menghargai! bagi aku itu cukup indah, umpama sebuah ucapan "TERIMA KASIH".. mungkin kalian juga mengharapkan ada org menberi tahu korang yang mereka "SAYANG" kalian kan... samalah seperti aku... Kadang2 ucapkan "sayang" "terima kasih" kepada setiap insan yang wujud di kalangan kalian. Walaupun mereka mungkin tidak akan selalu disamping kalian, but mereka memerhati dan menjaga kalian dari jauh. Sama seperti aku....

"Menjaga hati dan menyayangi walaupun dari penjuru mata hati. Ia adalah satu keindahan bagi yang mengerti"


Cerita lewat malam: kisah seorang anak berumur 7 tahun dan ayahnya.



Alkisah sebuah family di sebuah kota besar dalam Malaysia. Seorang bapak yang baru pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut dengan baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase bapakya, si anak itu bertanya kepada bapaknya.....

Anak: Ayah... Ayah.. boleh Adam tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm.... Nak tanya apa?
Anak: Ayah2... Berapa gaji ayah sejam di Opis?
Ayah: Hish! Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si bapak mula menengking.
Anak: Adam saja je nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di Opis?
Si anak mula merayu pada bapaknya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh... 20 ringgit…
Adam menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak kalau bagi Adam pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si bapak mula menjadi berang dan naik marah lalu berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal gaji ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya… Sudah!, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya.


Si bapak pun pergilah memandikan diri. Selepas itu si bapak duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, bapak kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si bapak mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.

"Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si bapak kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Adam  tunduk... tak berani dia merenung bapaknya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan..."Duit ni Adam kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Adam minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Adam tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Adam dah ada 20 ringgit… Nah... ayah ambil duit ni. Adam nak beli sejam dari masa ayah di Opis tu. Adam nak ayah balik kerja awal esok. Adam rindu sangat nak makan malam dengan ayah…" Jelas Adam tanpa memandang wajah ayahnya... Si bapak hanya terkedu memegang duit yang dihulurkan oleh anaknya…

Moral:

Just adaptasi dari kisah seorang budak dalam sebuah keluarga. Sebusy manapun kita, jangan sampai terlupa akan insan yang selalu menanti kita. Kadang2 mereka menanti dengan sabar tanpa sebarang rungutan. Keringat yang dicari mampu diperolehi bila2 masa asalkan kita berusaha. Namun saat2 yang ada bersama yang tersayang, keluarga mahupun rakan2.. tak akan mampu berulang sama seperti yang pernah berlaku. 


Bayangkan lah kan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati.. pihak syarikat akan senang2 cari orang lain gantikan kita. Tapi... Keluarga ke, rakan2 ke yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... dan merekalah jugak sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kita..  Fikirlah... Selama ni... Apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?... Untuk insan yang kita sayang?… dan untuk diri kita sendiri?... Tepuk dada.. Tanya selera…