Showing posts with label Kamus kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kamus kehidupan. Show all posts

Monday, December 4

-Rindu yang terluka-

Salam outsider! aku kembali merepek... balik2 blogging banyak cerita yang melukakan aku bawa. Bukan hayalan realiti yang aku baru alami. Minggu ke 2 bulan lepas.. kawan aku sarat mengandung. Dah tunggu masa nak meletup tu... gigih sana sini hantar diri pergi klinik tgk darah sb suspect kencing manis.. Mesti korang ty laki dia mana kan? Laki ada. Merajuk bergaduh. Tah apa yang di gaduhkan sampai hilang simpati dengan bini yang sarat dengan anak kecik nak kena jaga. 

Alkisah 1 pagi jumaat dalam 4.30 pagi, ak terjaga gara2 xsolat g isyak. Semalam punya mengantuk gila balik kerja. Terlelap xsedar diri. Tiba2 kawan aku ni ana (bukan nama sebenar) call, "Wei kau kat mana? aku nk beranak lah.. tolong ak. Aku dah call semua orang tapi xde org angkat.. Tolong aku yat" aku apa lagi gelabah melompat bangun dengan baju kerja mamai2 cari kunci kereta. Gi basuh muka dulu, mamai melampau ni.. ya allah... jgn beranak kat umah jgan beranak dlm kereta.. hati aku dah mula berdebar. Maun xberdebar, sapa je ada kat umah tu. Dia sorang dengan anak kecik baru 4 tahun! Dalam hati kecik rase nk tunjjal je laki dia! kalau aku laki, maun ak pukul laki dia ni.. kalau apa2 jadi dengan ank n baby tu ak paksa family ana saman laki dia!

Dlm 5.30 pagi mcm tu ak sampai rumah dia kat putrajaya, bawak kereta mcm pelesit dah aku rase.. tapi mamai tu lagi kuat. Maka, lambat jugak sampai. Nasib aku sampai dia dh tunggu depan rumah, tapi dh mula menangis bila tengok ak. Masih boleh jalan g.. kira oke g ni... tapi kejap2 menjerit sakit.. udah.. ko rase? kalau korang yang si suami tau perasaan gementar tu macam mana. Aku xde pengalaman maun berganda2 gementar. Habit aku selalu bercakap dengan baby walaupon dalam perut. Xde ingat doa apa dah aku nk hembus, aku sound terus bb dlm perut... "bb! jgn keluar gi selagi xsampai kat katil hospital! cik yat xpandai jadi bidan!!! cik yat takut darah manusia!!" Ana dalam sakit2 boleh gelak lagi tgk aku panik mcm tu... Malu pulak aku bl sampai hospital, panik melampau.. tapi ahhh... peduli apa.. laju selaju2 ak bawak... sekali lupa org tepi aku ni nk beranak kan terhentak mcm mana.. 

6.00 pagi selamat sampai bilik bersalin, aku setel isi apa dokumen y perlu. Aku ambik no family n laki dia. Mamat ni tutup fon pulak, time2 macam ni xde hati langsung ke dia ni.. aku balik semula ke putrajaya dengan khalisha, ank bongsu ana. Kelam kabut lupa ambik barang bb. Sampai balik hospital dlm 6.30 pagi. Kesian khalisa, pagi2 buta dah kn bangun. Kecik2 tapi dah petah bercakap. "jangan panggil kita adik, panggil kita kakak".. aku senyum.. aku tanya nk makan apa2 tak.. dia just nk biskut beruang dekat vending machine. "cik yat call sapa?" aku meleret senyum "call ayah kamu lah, mama kamu tengah sakit dia boleh hilang pulak.. ada jugak cik yat belasah ayah kamu ni nanti!"
Dia pandang aku tepat dengan kepala berkerut "Eh xboleh pukul ayah kita!" **** kesian.. kecik lagi tak tau apa..  kalau kau tahu kenapa aku nk sangat pukul ayah kau, sebab dia xpikul tanggungjawab dia dr segi nafkah family, dah mak kau tu bertarung nyawa nk lahirkan ank dia! bukan ank org lain. Mana hati perut kau manusia? ayah kamu mengingatkan cik yat dengan ayah cik yat! penderitaan mama kamu sama macam mama cik yat. Allah je tahu sayang. Peritnya hati mereka ini. 

Dalam aku mengelamun, tiba2.. "waris ana" aku bangun.. "ye saya adik dia" tipu yang pertama. "cik suami puan ana mana ye? tahniah dapat bb boy" ............. "Suami dia outstation puan"... "eh dalam ms mcm ni boleh tinggal isteri macam tu pulak"... nurse minta barang bb.. aku dalam hati.. mamat ni baik ko angkat call aku.. dah dekat 10 kali ak call xangkat2 ni... alik2 aku call mak dia... berjurai air mata mak dia. Mak mana sanggup tengok anak dalam susah. Mcam mana degil pon si anak ni. Mak tetap sayang. Dah dekat kol 10 pagi aku still xboleh masok melawat. Hanya waris.. damn! last2 aku hantar si khalisa ke rumah pengasuh.. dah layu budak ni menunggu dari pagi.. dengan aku kol 11 pagi ada meeting dengan community.. penat gila.. kol 4.30 ptg baru dapat katil. Malam baru bb tu d azankan.. Ya Allah, ujian kau. Itu kekuatan perempuan yang lelaki xada. Kesabaran mereka. 

Dengan the next day, laki dia still xmuncul2. "yat, ambik aku bawak keluar wad" aku xtau prosider bawak keluar ni ketat.. aku selamba ambik wheel chair kat lobi bawak ke wad. kena tahan dgn guard, cuma lepas gara2 aku ada wheel chair. so diorg ingat aku dh dapat kelulusan dr bahagian guard kat lobi. maka tipu ke dua... masok dalam wad kena g dewan bersalin sb nk bayar kos wad n ambik uri.. masok wad balik kn soal siasat pulak.. aku pon layan kan aje.. tipu kali ke 3... kalau kantoi memang aku boleh kn saman dgn kerajaan ni.. banyak kes kecurian bb, ank luar nikah lah.. tu jadi mcm ni.. cuma, allah mudahkan betul urusan ana... bb xmeragam... dah 1 minggu ak xjumpa ana.. baru2 ni dia call minta hantar ke bank.. pertama kali aku pegang muhammad adib rayyan y masih blm daftar kat jpn lagi.. tiba2 aku rase sebak.. ak bisik dengan adib "hai sayang, ingat saya? sy driver ambulan awak ari tu.. adib jadi ank y soleh ye, jaga mama baik2.." dia macam nk menangis bila dgr suara ku bergetar.. air mata aku tb2 tumpah.. "adib jgn nangis, adib kuat kan.. it oke biar cik yat nangis.. adib kn kuat semangat mcm cik yat!" dia kembali tenang. 


......................................................................................................................................................

-Rindu yang terluka

Rindu seorang ank kepada ayahnya.
Rindu seorang ank kepada keluarga yang sempurna
Rindu seorang isteri kepada lelaki yang pernah mencintai dirinya 
Rindu penuh dengan rase sayang
Kenapa ia sampai melukakan?
Allah maha mengetahui kan
Sedalam mana kita berusaha \
Sekuat mana kita bertahan
Bila sampai spot y retak
Ia akan patah terkulai jugak
Itulah rindu itulah hati
Sikap hati berbolak bali
Akal yang sihat pon belum tentu dapat mengawal
Di mana iman melarikan diri
Di saat kita lalai mengejar dunia
"Cintailah sesuatu sewajarnya, kerana ia boleh menjadi kebencianmu.
 Kawal kebencianmu, kerna barangkali itu yang terbaik buatmu"

#Kaizo

-Nice guy-

Salam, selamat pagi outsider! berabuk dah blog ni. Lama aku hilang, muncul tenggelam timbul. Dalam mengelamun menyiapkan kerja yang xsiap2 ni. Dah dekat nk 4 bulan ak dengan correction ni..  muntah hijau kalau boleh hari2 demi nak konvo tahun depan. Well, apa topik aku hari ni? Nice guy. Pernah korang cross?


Ramai gadis3 mencari nice guy or nice man or nice person kat luar tu. Ada yang kata bersepah orang yang nice ni. Ada yang berbunyi, kalau tak jumpa sorang why not try be one of them. Sifat nice guy? Always nice dengan semua orang. Bahaya jugak dan ada bagusnya. Bagusnya orang jenis ni, buat orang keliling mereka percaya pada kebaikan yang masih wujud dalam diri manusia dalam bumi ni. Bad thing is orang boleh salah tafsir akan sikap mereka. Paling kesian bila kau orag cross sp. ni dan jatuh hati dengan sikap mereka. Dapat pulak sp. ni xreti nak menjaga kebaikan mereka sampai mereka di salah tafsir. Kesian kat depa ni kadang2. Jadi mangsa keadaan orang y terlanjur cinta. Ada satu manusia ni dok kata kat aku "nice guy finish last".

 Ada kata nice guy ni boring. Ya ka boring? Banyak2 kawan aku.. ada sorang dua sp. ni, boring tu kadang2 lah.. they just to nice sampai xreti nk tackle keadaan. They just know how to serve people nicely. Tapi ada antara depa ni xreti nak jaga orang kata keep the momentum! Kadang2 they jadi nice sebab xde kawan. Mcm mana boleh xdak kawan? orang nice patut senang dapat kawan, sebab depa xmo kuar dr zone depa.. ni masalah dia, aku xtau korang punya pengalaman mcm mana. Tapi, guy n girl.. pliz... study sikit cara berkawan kalau xreti nk berkawan dengan lain2 sp. ye...

Terutama Girls, please be aware kehadiran nice guy around kohoran ok! jangan tergolek2 hati korang dengan ayat or sikap diorg. Nanti korang sendiri yang bergolek2 kutip balik hati korang... ada 1 video speech VC usm aku rase pasal perempuan yang masih tercari2 jodoh mcam aku ni. "b4 u marry ur fist man, shop around girl!"

https://www.youtube.com/watch?v=Y6AnGn94ZCQ


aku terbawak2 dalam kepala petak ni ayat dia.. "shop around!".. Natijah kita perempuan bila ada lelaki yang nice, caring pasal kita a.k.a penyibuk nak tahu pasal hidup kita, kita akan jatuh hati kan? hakikat perempuan sukakan perhatian. Bila kita acah2 xlayan. Makin dia nk mengejar, bila kita kata nk kuar dgn kawan lelaki y lain. Cemburu lain macam. Walhal kita hanya kawan. Pernah korang cross that situation?  Kadang2 kan guys, korang selalu kata korang simple. Tapi korang yang buat perempuan ni jadi complected, Alasan korang, korang nak cari y terbaik untuk hidup korang. Than kenapa korang sibuk2 acah2 nk usik hati perempuan2 tu kalau korang sendiri xpasti dengan hati korang?

Dah kenapa perempuan tu melayan? Hang study sikit sifat perempuan. That why girls, "shop around" jugak! hati kita bukan murah nk bergolek2 mcm bola. Kawal hati anda dengan doa sayang2 sekalian. Bukan mudah nk bangkit dari terlanjur cinta a.k.a cinta xbersambut. Mahalkan hatimu, untuk yang layak. Sifat lelaki suka cabaran dan ingin mencuba. Bukan mudah nak kawal hati kan dengan sifat hati berbolak balik. Salah kita kendali terbalik kapal kita, lagi teruk karam.

Bukan nak kata tang laki ja, girls korang pon sama.. jaga2 sikit jgn nice sangat. Orang salah anggap kan, naya kat kawan tu. Cinta xboleh d paksa2. Cuma xsalah berharap yang belum ada, lagi2 yang di harapkan boleh jadi yang terbaik kan. Lenturkan hati, tundukkan mata, kendurkan suaramu. Ini senjata pembunuh kalah bom atom. Bahaya ada d mana2... sama seperti nice guy or nice girl. Being nice is not, but make sure tau kat mana nak jadi nice tu. Cakap mcm aku pernah kena kan.. hahaha.. terkena lah jugak, nasib dapat tangkis! melanting ke dinding hahahah... itu penting ak ingatkan kawal hati dengan iman.. kot2 tergolek pon reti bangkit semula dan yang penting ubat penyakit hati ni.

Saja mula2 panas enjin, lama xmenulis kan. Blog ni tempat aku mengarut, mana yang boleh jadi ilmu korang ambik dan sampaikan. Mana yang xleh pakai tu.. biar je kat situ. Banyak hal jadi dlm tempoh terdekat ni kat aku. Banyak yang aku nk ceritakan pada korang. Bukan nk soh viral2, aku nk bercakap. Aku xmo simpan dalam kepala petak ni. Penat simpan, lama2 jadi semak samun. Macam rumah usang dh otak ni kadang2. Oke, jumpa next time. Kaizo!

Sunday, June 5

Kamus Kehidupan: Chapter 1: Konar kehidupan

When you're down for the count
 I hope you find the strength to rise
 When you're lost and can't be found
 I hope you search for that light
 When the wind is in your face
I hope you run with every stride
 When your life is on the line
 I hope you live like you're dying
'Cuz people will always tell you,
 About that other side,
 How the grass is always greener,
 and the sun, it always shines,
 and People will always tell you,
 How to live your life,
 You know what I say to that?
This is my life
I hope your dreams come alive
 And you never let them crush
 I hope you live life too slow
 Cuz it's too fast to rush
When you live and you learn
I hope you never learn enough
 The sky is not the limit
 So act like you are flyin‘
You know what it's like to be all alone? 
People on both sides,
 and you don't know where to go
 Pack up your own bag
 Throw your world in the air
 See where you go from there
You know what
 I say to that?
 This is my life. This life is mine This life, this life,
 this life is mine.... -thomas mitchell.


"Setiap cerita kehidupan selalunya mendambakan keindahan secara lazimnya, namun tangan kita kurang petah mengukir corak kehidupan. Kadang2 aku terpikir, sejauh ini aku melangkah. Sejauh ini aku berdiri sebahu dengan mereka di luar sana. Jetus hati, hebat jugak aku ni. Kalian juga hebat! cerita kehidupan kita semua berbeda mungkin. Namun, acapkali ak katakan pada diri. Jangan putus asa pada diri dan pencipta. Manusia mungkin bisa menghampakan kita, namun bukan Sang Penciptamu... Salam Ramadhan kalian.. Semoga Ramadhan kali ini membawa kemulian pada kita semua... -penoff. 


6.6.2016/0845 a.m/serdang/selangor/malaysia

Tuesday, May 31

Kamus Kehidupan: Intro (I'm back!)

Apabila kaki telah letih berlari, larilah dengan hati... (iklan milo)

Salam, selepas setahun aki kembali tengok blog ni... ada g.. reason aki kembali menulis pasai dah selamat hantar notice viva semalam.. (alhamdunillah..) dah biasa kan tiap2 hari menulis tesis dan baca journal sekali dah siap untuk di semak.. aki blank nak buat apa.. so godak2... teringat tempat yang selalu aki meluangkan masa lapang suatu masa dulu.. asalnya nak buat buang tebiat nak buat booklet list2 quotes.. "the book of quotes" tajuk dia "kamus kehidupan" jeng2... semua quotes yang menjadi arang membakar semangat aki dalam berjuang untuk berada di ketika ini aki letak dalam tu.. just nak simpan kan.. one day bila lost.. bukak balik.. baca... macam kita baca quran... tp xde lah time bila ingat.. (hehehhe kadang2 buat)..  


But bila dah biasa buat tesis ni.. buat mini buku mcm tu pon dah mcm gaya tulis tesis... well nevermind.. kenapa tiba2 nak himpunkan quotes2? kenapa tajuk dia kamus kehidupan? hurm.. for this entry just for intro lah.. it my life story... banyak pengarang2 buku buat buku untuk di pasarkan berdasarkan kisah hidupkan// well jgn risau aki xbuat duit booklet ni.. just untuk rujukan sendiri... or sapa2 y memerlukan.. reason terpikir nk bookletkan? one single reason je.. pernah tak korang alami di mana korang down gila2 yang korang perlukan sokongan padu dari semua sudut dan no body was there. Bukan u xpercaya kat orang nk share masalah u, just u not satisfied with it. Dan dalam semua masalah xsemua orang boleh memberi jalan keluar, at the end u find Allah. At that time, pernah rasa sedih gila2, korang cari mak korang menangis kat riba dia teresak2 dan dia belai kamu dengan penuh kasih sayang? kamu rasa damai yang sangat sampai kamu lena. Begitulah perasaan aki, bila berdepan masalah dan tiada org di sisi, and u back to penciptamu. Aki bukan anak yatim piatu, bukan tak da kawan2.. cuma kadang2 pemikiran dan penerimaan orang berbeza, tak semu orang mampu mendamaikan perasaan org lain seperti mana yang kita mampu lakukan. 


Sorang member aki kat tempat keje, si shanty nama dia.. at first place ml2 knl mcm2 masalah dia most plae masalah keluarga lah.. dia mengeluh pasal mak dia paksa kawin.. family dia force dia mcm2 tak ambik kira perasaan dia. Apa yang dia mahukan, she feel sad on it. Aki bercerita kisah hidup aki, dr lahir sampai hari ni. At the end, she just said "aka, how u face all those things? klu shan lah.. mati sudah". There i always refer to the basic rule: religions. the role of religions, i suruh dia try to pray and mintak apa2 je even small things. the next day dia dtg keje "aka td i as God bg sy parking (kat tempat kj tu payah gila2 nk parking.. nasib2 lah dpt parking tp opis), and i got it". so aki refer balik pd cerita semalam, dalam entry aki y b4 ni.. http://meja-pena.blogspot.my/2011/06/secebis-ketenangan-yang-hilang.html, bukan senang nak hadapi masalah or any bad thing yang datang. but never lost hope on the God. Aki bukan org alim nak bercakap pasal agama... 

Teringat ada sorang senior aki pernah cakap "layak ke kita ni nak mengajar org lain, sedangkan kita sendiri jalan bogel (opp~~ ayat dia, maaf lah dia ni bakal penyarah sastera)" soalan aki selepas tu, sampai bila kita baru di kira layak mengajar orang lain, takkan nk tunggu dah di bungkus baru nak mengajar? sedangkan saat kita di bangkitkan di padang masyar nanti pon kita dalam keadaan berbogel. Acamana tu? hurm,, itulah manusia.. kita melihat dunia dr sisi yang berbeza.. Aki sambung lagi tazkirah kat minachi ni, tanamkan dalam diri semangat untuk bangun. Mungkin kita jatuh kerana manusia, but bangunlah kerana penciptamu. Sejak satu ketika, aki down betul2 bila kepercayaan aki di khianati, bila sepatutnya keluarga yang sepatutnya menjadi dinding untuk kita bersandar seakan jauh dan mereka yang bersandar pada kita. Pada saat itu, aki sedar pentingnya kekuatan dlam diri. Betapa pentingnya mempunyai kekuatan diri, pernah orang berkata, "sejauh mana kita mampu berdiri, itulah yang melambangkan diri kita. Macam mana kita campakkan diri kita dalam kesibukan dunia, dan kita mampu berdiri teguh dan mampu membantu y lain. Aki banyak membaca quotes org, dan berfikir.. 

Tak pe untuk give up, kita manusia kan. Anggap tu waktu rehat, masa untuk kita recover, but jgn lama2.. bangun balik. Tak perlu tunjukkan kemampuan diri kat mata dunia ni, sb it just mendidik kamu menjadi riak dan bangga dgn apa yang kamu bakal ada. Set bearing niat tu baik2, in sya Allah, Tuhan tu tolong mudahkan.. cepat or lambat itu bukan urusan kita. Konsep usaha, doa dan tawakal pacak dalam2 dlam diri. okelah aki nk cari co. sv aki ni.. 3 tahun sekali jumpa.. member pon xheran aki xdatang.. hahah mcm2 perangai//


Just intro untuk my "kamus kehidupan" 

Assalamualaikum (peace be upon you), this note of quotes is dedicated to those people who fighting and struggle to build their trust with them self. To those who turned a loss of hope and reliance on others. Accumulation of this quote is more concentrating on self trust and prioritizing what's more significant in life. Sometime, the most powerful inspiration came from our past experinces and from our inner side. Shape your own internal strength and then you will understand how strong you will be. 

One Malaysian journalist stated, ejauh mana kita berdiri, itulah melambangkan diri kita” Sometime, we forget about our strength, moving like mobile library, restores multiple stories about life. Kamus Kehidupan is an adoption quotes related to most common human needs, that they always take for granted. Perhaps, at the ends of this note, you will see what are the things that you have missed along the road. 

‘Dalam setiap perjuangan ada pengorbanan dan kehilangan. Jangan pernah hilang harapan dalam merebut kejayaan, yakinlah pada diri seperti mana Allah yakin dalam memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan kembali ke jalanNya’

Aki Akira.