Showing posts with label my dairi. Show all posts
Showing posts with label my dairi. Show all posts

Friday, September 21

shu2.... aku mahu tido....

21/9/12- ktdi-serdang-malaysia-9:16p.m

salam..................... senyi sepi... lama dah aki xke udara bernafas di alam maya.. betul juga kata seorang sahabat, ada ketika kita sibuk dengan kehidupan kita lupa apa yang pernah kita usahaka. aki seakan2 sibuk sejak kebelakangan ni dengan kerja yang sementara... walaupun sementara namun ia adalah satu tanggungjawab. aki pernah berkata2 dahulu... kenapa aki buat blog, sebab aki nk bercerita... nak meluahkan apa y aki rase dan fikir.. kadang2 ada saat yang kita sedar... kita xpunya sape2 untuk berbicara... ada masa kita xmahukan option.. sebaliknya kita mahukan keputusan... kadang2 aki suka kesendirian.. aki bebas berfikir.. xperlu nk memikirkan sape2... walaupon ape yang berlaku hanya aki yang tahu... aki kadang2 hilang kepercayaan istilah perkongsian...

mungkin kerana aki berjumpa orang yang salah, kata2 mereka... orang yang mampu menjadi tempat kita bersandar, kadang2 rapuh jua isi dalamnya.. aki tersenyum sendiri... menulis blog di hadapan cermin tingkap hitam... terpantul wajah sendiri di hadapan sebuah laptop.. tersenyum sendiri... "aku rase aku cukup kuat untuk melangkah, yang getir ak dah lalui.. tapi kegetiran tu xhenti2 melawat aku... semampu mana aku mampu menjadi kuat?" aki tersenyum sendiri.. persoalan mereka.. "ei bila ko nak abis belajar ni? xnak kawen ke?" soalan y aki tak tahu jawab, aki mencari orang benar2 mahu menjaga dan membimbing aki... tapi masih samar.. tak ketahuan arahnya... petunjuk pon aki xnampak... give up... boleh la jugak.. bila sibuk xmemikirlah ke situ..

family... ramai berkata family first.. betul... masalah family jugak akan menjadi keutamaan... masalah family aki rumit... ingatkan masa kecik2 dulu... huru hara nya hidup... tekad nak belajar betul.. dgn harapan akan dapat pergi jauh.. dapat bina yang lebih bermakna... yup... kini dalam genggaman... tapi... muncul cebisan cerita lama.. cerita orang zaman lalu.. yang menyempitkan jalan orang zaman sekarang... bukan mudah menjadi ketua... tapi lebih susah kalau xmempunyai ketua..

sana sini orang berkata... harta xbawak ke kubur.. habis tu apa yang d perebutkan? sanggup hilang saudara kerana harta? cerita dendam orang lama... apa kaitan dengan aki? kerana apa yang aki miliki? dasar manusia yang sentiasa dahaga dengan nikmat dunia... hilang pertimbangan.. yang dahulu sabar.. di tiup2 syaitan sampai hilang pertimbangan.. mangsa? kami orang zaman sekarangg.... mung korang xpaham ape yang aki kata... xpe.. aki xminta untuk di fahami.. aki hanya mahu berkata2... aki rase sangat lost... xtahu sape mahu berbicara.. sape yang mampu meredakan fikiran aki.. mama? aki xmahu mama beban... lama dah die berbeban...

xde yang faham... adakah aki xyakin yang mereka mampu faham? aki hilang keyakinan pada mereka.. mungkin pada anda jua... bukan dosa anda atau mereka.. mungkin kerana die buat aki susut nilai kepercayaan. sungguh aki katakan aki letih, letih mencari jalan keluar dari satu lorong gelap ke satu lorong gelap... sayup2 seakan2 ada cahaya... namun hanya satu lorong yang aki jumpa.. bukan dataran hijau yang mampu aki berlabuh..

kata mereka,,, "pulang padanya.. pemilik jiwe2... kerana DIA lebih memahamimu..." aki diam.... ambilah jiwe aku... aku benar2... termanggu... hilang dalam keramaian. bisu dalam kebisingan manusia,. hilang pandangan ketika mata terbuka... adakah ubat yang selalu ak pilih, sentiasa jadi jalan penyelesai? tido... dengan harapan esok akan lupa apa erti semalam.

bukan senang nak menjadi matahari dalam kehidupan manusia.. kadang2 kita mampu menjadi bulan menerangi ketika di waktu malam... namun bulan kadang2 sering sendiri tengelam dalam pekat malam.. sendiri tanpa bintang2 di sisi,... itulah aku... berusaha menjadi bulan... namun tengelam timbul dalam pekat malam...

ini cerita diri aku... aku letih... selayaknya sape harus aku sandarkan erti kepercayaan? si apa yang mampu menjadi bulan yang setia menanti bintang di malam hari? maaf sekiranya anda kebosanan.. aki cuma bercerita... cerita masalah yang samar akan titik penutupnya..

-aku-hanya-mahu-menjadi-bulan-di-malam-hari-

Saturday, December 31

PERJANJIAN 12

1.1.2012/ahad/10.25 a.m/malaysia

morning! hahha... apa bezanya semalam dan hari ni? bulan dan hari tetap sama.. langit dan awam tetap di situ.. matahari tetap bahagia dengan cahayanya.. bulan tetap setia dengan malamnye.. aku tetap di sini.. di sisi meja kayu dan sebuah headfon :) cuma tahun kini dan semalam berbeza... aku di tahun yang lain... semua insan gamaknya.. sibuk post kat wall fb.. sms2/// menyatakan tahun baru akan mendatang... ada y gigih keluar dari sarang untuk menyambutnya... ada seorang umat,, bertanya... "apalah bestnye sambut tahun baru? sampai semua orang gigih menunggu detik 12 malam?" aki mampu tersenyum.. aki xde jawapan.. aki xkeluar kemana2 semalam... hanya berkurung di sangkar... melihat dslr d600 dan melayan fiksyen 302... xde mood nak kuar.. xde geng nak kuar... roomate g blind date.. hahah.. aki mls nk ikot... erm.. seharian semalam xboleh online.. wifi buat hal.. but never mind... aki wish2 hapi new year pada beberapa orang.... sayang xbersahut.. erm... it ok.. mereka mungkin busy dengan cerita mereka.. ahhhhhhhhhhhhh........ menunggu angka 12 mlm, aki hanya makan.. enjoy layan "man vs wild" n "gokusen" sejam b4 12 aki tdo.. tetap2 12 mlm aki terjaga... bukan sebab alarm.. sebab roomate br bgn.. dia kejutkan.. huhuh ooo dah masok tahu baru dah ye... ketika petang terakhir 2011 aki buat satu list pejanjian diri.. kire2 azam tahun ni la... xbanyak.. xsampai 10 pon.. mungkin akan bertambah nanti... 
1). akan bertambah berjimat cermat dalam pembelian gadjet2.. mengikut keperluan semasa.. bukan kehendak semasa.. more fund will spend in project nanti.. project ni kena agresif jugak ni... "apak" lain macam punya longlai aki tengok.. susah kan aki je nanti ni.. xleh jadi.. huhuhuh

2). start menabung 5 hari seringgit... bunyi mcm payah nk buat je.. pasal aki suka duit siling.. kn cr tabung y aki xboleh bukak.. hahah bila terdesak gile2 baru boleh bukak.. 

3). study lebih agresif dr sekarang.. kn plan setiap yang d buat.. n sunat ia mengikut apa y di plan kan...

"aku nak jadi orang yang "pekak badak" tapi bukan yang "buta hati" dan bukan "kerbau yang diikat idung"

4). be more agresif dengan persekitaran.. silent is good option.. speak lough bila masa y perlu.. try to practice be more patience  and ignored people.. be patience tu mcm liat sikit.. tapi ignored people tu on the way.. hahah.. try to feel the way.. but perubahan perlu mengikut masa...

5). for last time.. n aki xakan sebut lagi.. "aku xpercaya harapan", so thank a lot buat semalam.. buat seseorang... jawapan yang menyakinkan akan kepercayaan aku.. so aku xpercya harapan.. dan ak xmahu bg harapan pada org lain... 

"if u want it, try to get it.. not hoping one day i will have it"

6). akan banyakkan masa mengasah bakat2 y dah berkarat... mau kembali ke outdoor life.. but bukan y mengunung.. ak tobat nk naik gunung.. huhuh 

7). rajin sikit dari hari sebelumnya... cari balik sikap on the dot.. yang dah ilang/// n paling aku mau buat "stylo" xde makna "ayu" nak aku wat ayu2.. time ari raya n time kawin je.. so lambat g ak nk ayu2.. yezaa,,

cukup aki baca semula apa yang aki tulis ni semalam.. kat bawah ketas aki tulis nama n sain. perjanjian diri sendiri.. aki akan usahakan semua menjadi kenyataan.. aki xnak ada apa2 perkataan yang ada kaitan walau secubit dengan harapan.. semua yang aki mahu aki akan usahakan.. bukan hanya memasang harapan.. yang suatu ms akan mengenggamnya.. NO! hope also like shit! kalau berangan2 sama seperti memasang tiang pada usaha.. cuma kabur.. well.. tamat kisah 2011... 

aki restart mind dengan program yang baru.. window 2012... segala kisah dan cerita 2011 yang mana baik ak backup dalam memory.. mana yang aki rasa dah rusak.. or affected by virus.. aki kumpul dalam satu folder... set as private n unwritten,, and aki press button delete... after tu format dengan system baru.. window 2012.. so the bad memory erase permanently... pastu aki shut down system.. as result.. yes... pada pagi 1.1.2012 celik mata dengan window yang baru.. aki xde rasa apa2.. kosong... sebab belum ada data2 y d simpan dalam local d or desktop window y baru/// haahahah... so aki akan mulakan hari ini dengan rasa lapang... segala cerita lama sudah terpahat di dinding teratak.. dan aki tak akan sesekali menyelaknya semula... 
oraight// selamat tahun baru bagi kamu y membaca.. moga kamu akan lebih merasa kebaruan pada tahun ini.. moga setiap usaha yang di lakukan akan lebih d perhalusi.. dan apa sahaja dugaan yang bakal di lalui.. yakin lah.. tempuhi nya dengan dada yang lapang dan mata yang terbuka... insyallah.. akan ada sinar pertolongan dari yang esa.. dan buat diri aki... "xakan kekal yang lama dalam kenangan kalau ia berhasrat untuk mereput, dan tak akan ku halang sekiranya ia mahu berundur, dan yang pasti tak akan aku cari yang lalu untuk jadikan pedoman atau sandaran sedangkan yang di hadapan xsabar mencabar diri ku" 

#selamattahunbaru#

Saturday, December 24

sayu si awan gelap

8.11 pm/malaysia/sabtu/24.12.2011

hari ni mendung tak sudah, matahari merajuk ape... sembunyi balik awan.. tah kenapa aku rasa sayu... seawal pagi aku dapat panggilan.. ada bungkusan sampai di pejabat pos ak kena ambil, tapi aku tak tahu bungkusan pa.. selepas tu aku terima panggilan lagi.. dari saudara di kampung... sayu aku dengar suara mereka meminta aku pulang... dah lama katanya aku xpulang.. saudaraku y sakit mula cakap bukan2 lagi... entah la... pening kepala aku dengan masalah2 yang xdiduga ni... kesuntukan masa dan tugas membataskan aku untuk pulang... sabar.. aku akan pulang nanti... tengahari aku mendapat panggilan dari bos... perihal kerja... petang aku keluar dari sarang mencari makanan untuk minggu depan dan esok lusa... aku termenung melihat mahasiswa berduyung2 mengalas beg pulang ke rumah.. ye lah cuti kan... aku berduyung2 dengan file... hahah... that me... alway busy... aku melihat langit... samar.. hanya awan kelabu saja kelihatan... aku terasa sayu kembali... kenapa aku sayu? lewat petang aku dapat panggilan lagi... oleh orang yang lama hilang dalam nyata... hati aku jadi sayu lagi... "awak ok?" pertanyaan, y buat aku bisu.. ok? kalu aku xok pon, aku akan tetap nampak ok... semua2 yang berlaku buat aku rasa kosong... entah la... apa yang harus aku buat? biarkan ia lalu atau sebaliknya? aku ada chat dengan kawan baru, dia xbalik kampung gara2 malas nak dengar mak dia suruh kawin... hahahh aku gelak, calon mak dah cari, lawa... aku tengok gambar dia.. tapi si kawan ni xready g.. aku suruh berjinak2 dulu... tapi katanya payah.. mereka masih berkawan.. erm... payah la macam tu.. bercinta lepas kawin? dia tergelak... entah la, hati ni xkenal cinta lagi kawan... jawapan y aku gelak guling2... so sebab itu kau xsedia nak kawin? yup... takut layu di hujung mekar... peh... ada betul.. aku suh maju selangkah mula bercintan2 la sekarang... kawan aku gelak, kata orang kau ape cita.. aku lain.. cerita aku unik... aku xmemiliki mana2 hati.. so aku free to go... hahaha... gelak sendiri... betul kah? entahlah... sendiri tak tahu... ada rasa ingin tahu, tapi payah nak di utarakan.. jangan jadi macam aku, melayan pemikiran yang kosong dan menolak kebenaran yang aku tak pasti... aku adalah aku... tetap aku... itu y terbaik... untuk aku... hahahaah/// dah la... esok hari natal... to sesiapa y menyambutnya sambutlah dengan penuh makna... mungkin ada sesuatu kenikmatan di hari esok untuk mereka... dan mungkin juga aku... 

"sayatahuawakdisitu,namunsayamelihatawakdariijauh"

Monday, November 28

terkena ke?? sakit?? kesian~~~

pepatah melayu ada menyebut: "beringat2 sebelum kena, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian xberguna..." aku buat satu perpatah baru, versi moden!



"ingat xkena, tapi xsengaja... sakit pulak tu... kesian~~ padan ngan muka!"

baik aku bagi pepatah baru kan... walupun bunyi jahat sikit.. well memang aku tengah jahat la ni... aku bukan suka suki gaduh2 sound2 orang kalau buat salah.. aku jenis diam ja.. tapi diam2 aku siap la ko... pisau paling tajam adalah kata... tapi kalau nak rasa sakit xperlu mulut berkata2... cukup dengan diam dan tambah sikit bahan2 perencah yang lain. konform sakit doo!!! aku jarang buat, kalau xde sape kasi panas minyak dalam otak aku.. kalau itu minyak sudah panas... semua sistem dalam otak akan break down! this public site, so no heart feeling le beb! sendiri rasa sendiri mau ingat la, aku paling pantang jadi geng2 "lampu picit", geng2 "lalang" n geng2 "tong sampah" paling aku pantang dalam hidup... ko campak or sipi2 letak ak dekat ngan geng2 ni aku kasi tempias balik... orang kasi buat itu macam sama aku ma... itu pasal ak ada kabar sama kawan, baik punya nasihat... "lu kasi baik sama orang, orang kasi sarap sama lu. apa mau tunggu, lepar balik la sarap tu sama dia"

mau idup kena pandai jaga diri la kawan, ini jam kalau ak jadi bengang. barang xsengaja pon aku ambik calculator kasi kire.. mau tau pasal apa??? sebab banyak kali jadi woo... sekali dua aku kasi ambik liquid paper kasi padam.. sudah makan banyak space woo.. mau kasi padam lagi ka?? ak setuju semua olang xda baik punya, tapi lu mau idop dengan orang woo... bukan dengan patong looo... sendiri mau ingat la.. jangan ingat semua orang ikot lu punya cara.. ini dunia bukan lu punya.. mau idop.. mau pandai la kasi jaga lu punya badan.. kalau silap, orang malah la... jangan mau salah olang kalau malah ma... orang "baik" xda malah xtentu pasal... 

mau olang paham lu punya pelangai... lu kena paham orang lain juga la, lu main lantak lu la.. lu jangan malah la kalau orang langgar... apa mau malah, sendiri sakit.. sendiri tanggung la.. mau mintak tolong mesti kena cara... jangan sudah dapat lu buat lemak sama olang, lu punya kaki ada.. lu jalan sendiri la.. wowwowo... kalau itu macam wa banyak suka... hau2.... wa punya kaki wa punya... lu punya kaki.. lu punya.. sendiri mau jalan sendiri gerak... kalau lu sangkut... wa jalan saja la... xda masa mau pandang woo.. aku manyak busy...! 

moral of story, ini aku punya bad side! ak xpandai nak sound orang ni, kalau nak gaduh ngan orang pon ak xpandai.. tapi setakat "nk cari pasal sama olang" ak reti la.. sebelum ak wat "perangai", ko jaga perangai ko baik2.. fair kan.. aku bejaya buang sikit dr panas baran kepada pendiam. But ada penyakit baru.. kalau dah diam, diam2 berisi! macam aku kate td "aku bagi baik2, lu bagi sarap balik, wa lempar itu sarap tetap2 depan muka lu" sakit??? kesian~~~~~~~~ lain kali ingat.. bukan semua olang boleh makan lu punye nasi, baik2 kalau nak melangkah jangan sampi kaki kena sebat... konform sakit punya..."

ps: kepada sesiapa yang xpaham, xpe... xyah paham.. aki kalau bengang.. bahasa memang "indah2 belaka". public site kan, nama pun public... so xde salah xde betul.. xde nama yang tersangkutan ma.. fair la.. kalau kena.. nasib la kan.. pepatah melayu ada sebut "beringat2 sebelum kena, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian xberguna..." dah kena nasib la... xsengaja ke.. apa ka// xde gear reverse dah.. dah kena "you are the WINNER" syabas pada yang kena!!!

Thursday, November 17

kenapa mesti aku?

17/11/2011 (khamis-11.14 p.m)


Salam blogger! Malam yang sangat2 tenang… why tenang??? Kat tempat aki baru lepas ujan. Cuaca xmenentu kan, kejap ujan.. kejap panas… as result aki demam + selsema + batok sikit2… package 3 in 1. Dah la semalam test, ceh… sebut pasal test.. aki bengang gile ngan mamat asst. Dr y jaga test semalam.. adalah lebih kurang 10 minit nk habis test.. dia pei tuko tempat duduk aki kat tempat lain.. kuren asam nye pak arab! Ni gara2 kawan aki kat belakang la.. dia dok ty soalan… pok cik tu dok perhatikan je.. hancur tol..  xpasal2. Aki kena lak.. y wat aki geram tu, kenapa mesti aku y kn pindah??   y tak best mesti doc tu ingat aki plan nk tiru... ahh… lantak la.. geram nye pasal dengan demam2 ni! Aki g mines, makan teppanyaki…  Ceh, ok la… xsebest biasa.. but never mind… janji senang ati sikit.. (konon).

Asal aki plan nk g SS kecik je, beli barang dapo sikit.. mau buat sup ayam… mama cek kata, selsema kalau makan sup2 or bubur cepat elok.. ye ked ok.. aki pon kurang fasih.. but setiap kali saya demam memang mama saya masak “sup ayam”.. but di sebabkan teppayaki xde sub ayam.. sy kn cr bahan2 nk masak sup ayam tu dalam “GAINT”! dalam kol 10 malam baru aki balik.. time tu fond ah out bateri.. bila charge.. macam2 msg n call masok.. Ceh! Selalu mcm ni, kalau ada bateri xdenye org nk msg or call aku..

20/11/2011 ari ahd.. ari bahagia buat pasangan kawan2 aki.. Kak pija n Khairul anuar @ apek.. (bukan apek scenario ok!).. mereka kawin on that day… wish aki dapat dating but sorry la beb.. family aki ada wat kenduri tahlil and doa selamat.. so family first kan.. cakap pasal family…. Barulah dalam masa terdekat ni aki rasa aki, dan family adalah satu. Hahah… aki penah kata dahulu, hidup aki bermula bukan dengan kisah2 yang menarik untuk d kenang dan di simpan… sampai satu masa aki rasa sangat2 menyesal kerana hidup dalam keadaan yang tak seindah orang lain.. perkataan yang seringkali aki sebut di saat aki rasa sangat2 sedih , “kenapa mesti aku?”.. kenapa mesti aku kenal mereka? Kenapa mesti mereka menjadi keluarga aku? Kenapa hidup aku xmacam orang lain? Kenapa xda orang nak hargai aku?

Kenapa2… kenapa2… soalan yang aki xmampu jawab pada ketika itu… masa tu budak2 lagi.. namun aki makin meningkat remaja.. REMAJA… seringkali dikaitan dengan masalah2 sosial dan pemasalahan emosi… kenapa ia berlaku? Sebab mereka berada dalam satu fasa perubahan sementara menjadi dewasa.. di ketika itu, istilah kematangan wujud… aki penah di halau dari rumah pengaja aki.. sehari sebelum hari raya kot… kita ni adik beradik rasa seronok raya ramai2,,, sama2…  sedih? Sangat2 pedih.. depa marah hendik aki depan adik2 aki.. mama? Mama dah banyak keperitan yang dia alami.. adik2 aki? Mereka dah biasa… sama seperti aki.. kami xpunya harta yang banyak macam orang lain… kami tak mempunyai abah macam orang lain… kami tak punya pelindung yang sepatutnya menjadi nakhoda yang sepatutnya mengemudi kapal keluarga kami…  abah2… aki seringkali terkenang, akan abah… aki sempat jumpa abah aki.. dalam 10 tahun rasenye.. aki hidup dengan mengenal lelaki yang aki panggil abah.. aki kesal, kenapa abah sanggup meninggalkan kami? Aki seringkali cemburu dengan kawan2 apabila abah mereka datang ambik depa masa balik sekolah… orang yang sepatutnya menjaga keluarganya hilang entah kemana… sama seperti berperang… dia lari dari peperangan meninggalkan ahli keluarganya terumbang ambing… “kenapa mesti aku?” aki tertanya lagi ketika itu.. pada masa aki di halau, aki pergi… aki balik ke tempat mana aki sepatutnya berada… mama…………. Menangis…

kata mama “kesian anak2 aku, maafkan mama.. mama xmintak hampa semua hidup mcm ni.. xpe eh… biar orang nak kata apa… hampa belajar btl2.. bila pandai.. bila ada duit orang mesti hormat”… 

betul ke? Harta dan ilmu buat orang Nampak kita?

“along… along dengar cakap ma ye, along lupakan kejap apa y org lain buat kat along… xyah risau pasal adik2 n mama… along g stdy… stdy rajin2,., nanti along pegi jauh2,,, along jadi pandai.. along akan jadi kaya… ingat pesan mama.. apa y jadi kat kita la ni.. semua atas kuasa tuhan.. ada hikmahnya… along ikot cakap mama ye…” 

mama aki menangis , itulah ucapan dia di awal pagi raya… di saat itu aki tekad… aki akan stdy… aki akan pergi sejauh mungkin..

2006 tahun dimana aki mulakan segala2nya… segalanya berubah dan bertambah baik.. aki mendapat result yang xda lah baik sangat…. But ok la dengan usaha sendiri! Selepas tamat latihan khidmat Negara aki mendapat tawaran ke uitm arau n matrikulasi… aki terpaksa memilik matrikulasi… demi menjaga hati semua pihak.. walaupun aki di halau dari rumah itu, tetapi mereka juga yang menentuka  apa yang saya perlu teruskan… kenapa? Kerana saya milik mereka.. saya milik keluarga… saya milik mereka semua… aki xmampu memiliki diri sendiri ketika itu.. kata mereka, ini untuk kebaikan aki… aki waris keluarga… aki mesti dijaga.. takpa…, aki teruskan… alhamdunillah.. aki mampu menempatkan diri di menara gading… UPM… aki berada dengan kaki sendiri… untuk sampai ke tahap ini bukan mudah.. sangat jauh perjalanan… luka2 yang lalu.. belum sembuh lagi.. namun bukan satu alas an untuk aki miliki segulung ijazah sarjana muda… kini aki percaya… ilmu dan harta mampu buat orang memandang kita.. sekarang, aki masih di sini… memburu ijazah sarjana… umur pun dah mencecah angka 2+… matang kah aki sekarang? Mungkin ya… aki rasa aki tahu “kenapa mesti aku dipilih menghadapi segala masalah2 ini dahulu”

“dunia ini umpama pentas uji kaji… di mana ALLAH menguji umat2NYA… sebelum member sesuatu ganjaran” baru aki mengerti, apa makna kata2 mama dahulu, 

“nikmatnya makan ikan sepat, walaupun dengan nasi kosong lepas bersawah”

Nampak tak, apa yang kita usahan… dengan daya sendiri.. membuahkan hasil walaupun nak dapatkan hasilnya bukan semuadah kata…

“sabar itu separuh dari iman” 

Kemanisan dari sabar adalah hati yang bahagia… aki mulai mengerti sekarang..
“syukur dengan apa yang ada walaupun sedikit, adalah lebih baik dari memiliki segala kesenangan namun hilang rasa syukur dan hilang nikmat tawakal”

Apa buat aki bercerita kisah2 lama aki? Kerana kisah saudara aki, kisah dia buat aki tersedar.. dan insaf akan diri.. biarlah kisah dia padam bersama aki, Cuma apa yang aki ingin ingatkan… jangan terlalu riak, tamak, sombong dan jahil ketika sihat, jahil bukan sahaja ilmu dunia jua ilmu akhirat.. tiada alas an untuk belajar.. untuk kita selalu beringat… untuk kita sama2 membantu antara satu sama lain.. ingat lah blogger.. kalau ALLAH murka dengan pekerjaan dan sikap umat2NYA.. DIA xperlu menunggu kiamat atau akhirat untuk membalasnya… kat dunia ni “cash DIA bayar punya” mampu ke kita menanggung nya???

Itu soalan baru, tapi aki pasti semua tahu jawapannya. Untuk membina hati yang bahagia bukan mudah seperti membina rumah batu… cerita kosong aki hanya sekadar ingat meningatkan… lumrah kita manusia sentiasa terlupa… dan seringkali alpa.. kerana kita hidup dengan pelbagai cerita yang berbeza.. namun di TERATAK USANG ini.. pelbagai cerita kosong atau cerita mengarut@ rekaan… tersimpan.. dalam sebuah memori… moga kita sama2 sedarkan diri… xseindah mana impian kalau ia bukan hadiah dari ilahi…

“bahagia adalah impian dan jua matlamat. Bahagia perlu dilahirkan di hati sebelum dizahirkan oleh diri. Apalah erti hidup dengan kesenangan andai xmampu memiliki kebahagian. Ingatlah blogger kehidupan kita memang sebenarnya istimewa untuk didepani dan dihadapi dengan penuh keceriaan, keyakinan dan semangat ingin bahagia-sentiasa”





Sunday, November 13

I’m not sure

 
I’m not sure yet
about life, about love but in time
I’m sure it’ll all be fine


I’m not sure yet
about life, about love but in time
I’m sure it’ll all be fine


I’m not sure yet
about life, about love but in time
I’m sure it’ll all be fine


I’m not sure yet if it’ll all be fine
I’m not sure yet if it’ll all be fine
I’m not sure yet if it’ll all be fine
I’m not sure yet if it’ll all be fine


I’m not sure yet
About life about love but in time
I’m sure it’ll all be fine
 
 
 

Monday, November 7

aku pon tak menahu


Ingin ku mencari bayangan dikau
Namun tiada bersua yang tersembunyi
Di dalam diri rasa cintamu yang abadi
Setiap detik dan tiap ketika
Tuhan mengerti yang kita mencuba
Mengapa kau masih tak peduli
Pengemis cintamu yang asing ini
Mithali…
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali…
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali…
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali…

Mungkin kita kan bertemu semula
Bila kubaca pintu hatimu
kesetiaan cinta terkunci padu
Seakan kau turut berbicara
Agar kebahagiaan sama dirasa
Kiranya benar oh kekasihku
Betapa lama masa berlalu
Kiranya benar suatu siksaan
Mengapa tiada penderitaan

Mithali…
Pengganti nama cintamu yang suci
Mithali…
Sang puteri yang membuat kuresah
Mithali…
Tiap suatu pastikan berubah
Mithali…
Mungkin kita kan bertemu semula

** sebuah lagu yang sentiasa berlegar dalam ingatan... bg aku ia bukan hanya sebuah lagu.. namun sebuah harapan... walaupun aku sedar harapan itu mungkin hanya mimpi.. indah dalam lena tetapi kosang di alam nyata... ingin sekali aku memetik gitar menyanyikan lagu ini... agar hati yang sayu ini kembali mekar semula...

to empunya blog: ingat janji2 anda pada kami si keluarga, 2 tahun masa kami pinjamkan kepada anda untuk membawa segulung ijazah sarjana dan sebuah cinta pulang ke halaman.

kepada kamu si keluarga: akan aku usahan segulung ijazah sarjana pulang ke halaman.. namun membawa cinta aku serahkan pada ilahi.. andai aku tidak mampu membawa cinta pulang ke halaman izinkan aku pergi membawa diri memburu sebuah ijazah kedoktoran jauh di sana... agar aku xdak perlu gusar mengapai impianku sebelum aku jatuh ke dalam cinta...

jawapan si keluarga: permintaan kamu kami benarkan. dengan syarat, kami tetap akan mendapat pewaris walau bagaimana pun keadaan. 

***********10/11/2011 terpatri sebuah perjanjian dalam sebuah kehidupan aku.. dan lagu ini permulaan dan pengakhir sebuah drama hidup aku y tak kesampaian... 11/11/11 bermula episod hidup baru, hidup si aku yang ingin menjadi budak kecil yang tak memikirkan masalah orang dewasa.. apa y aku perlu tahu.. BELAJAR.. BELAJAR.. BELAJAR... ada masa lapang kita main, bila malam datang, kita zzz... lapo g makan... life budak2 more colorful ... kenapa mesti 10 kenapa mesti 11?? 10/11 penutup kepada sebuah cerita lalu... cerita yang sangat2 aku xmahu imbas kembali... biar.. biar ia luput dalam masa lalu.. ak xmahu ia jadi kenangan... kenapa 11/11/2011?? kerna ia hari jumaat... penghulu segala hari... hari yang dimuliai... moga berkat hari itu aku mampu bangun dan terus berdiri lalu berlari dari bangku ku mengejar sebuah MASTER dan ada sebuah PHD yang menanti... itu janji aku dengan diri sendiri... itu juga perjanjian aku dengan mereka. aku kotakan janji aku, dan mereka kotakan janji mereka.. moga segala2nya berjalan dengan lancar.. ameen....





Monday, October 31

dairi semalam

31-10-2011/1200 p.m (malaysia)-
 - salam... selamat malam... p4250.. sunyi sepi... yang ada hanya aki sendiri... lama jugak meninggalkan ruangan teratak usang,,, entah kenapa terasa kosong melihat teratak aki sendiri...  dah berkepuk aki sepi dari teratak... hilang dalam keramaian manusia... tengelam dalam debu berkaca... hidup2... pelbagai dugaan, melanda... segulung ijazah sudah selamat dalam gengaman... ha.ha.ha....

30-10-2011/2.30a.m (malaysia)
- aki duduk di hadapan meja kayu, melihat buku2 yang tersusun.. lalu aki menarik si buku berlambang hati. "berteduh di kebun cinta- Rezza khanafiah, buku bukan si novel cinta.. hanya sebuah buku penuh dengan kata2 cinta bersempadan.. aki membaca.. ----> 103 page.. stop. pelbagai cerita nasihat berkenaan hati d dalamnya, seperti teratak usang... aki suka satu chapter dalam buku ini, "kemudi cinta"- sedikit petikan  

" hidup adalah seni, seni dapat dipelajari dan ditekuni. belajarlah dari alam terbentang luas di hadapan kalian. musibah datang adalah untuh dimuhasabah. ketahuilah itulah tanda kasih dan cinta ilahi kepada kita, sabar adalah aset utama. 

".... ia buat aki tersedar lagi... adakalanya, cinta yang kita harapkan bukan pilihanNYA, dikala itu kita diuji.. kata hati ini buat kau yang membaca:

"jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. jangan bermain api, kalau sudah tahu sifatnya membakar. usahlah melakar cinta suci kerana hanya ingin mengusutkan cita-cita. tinggalkan cinta palsu ini, kalau sudah tahu mudharatnya lebih banyak dari manfaatnya" 


29-102011/1746 p.m (malaysia)
- aki menyelak2 halaman muka buku... tertarik pada satu group himpunan quotes













28-10-2011/0324 a.m (malaysia)
- Cuti... cuti.. pulang ke kampong halaman.. erm... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. pepatah melayu.. lambang tanggungjawab yang perlu digalas demi melunaskan sesebuah kewajipan... begitu juga aki.. waris terakhir... segalanya di bahu... segalanya perlu di pikul... ke hulu.. ke hilir... entah la... bersyukur? atau sebaliknya? aki sendiri tak pasti.. aki mahu hidup seperti mereka... sekadar bersederhana... hidup dengan penuh makna.. harta? pangkat? kekayaan? nama? semua hanya permainan dunia... prasyarat untuk hidup dalam manusia yang sibuk... bukan itu yang aki cari.. hilang nyawa kerena hasat dengki.. hilang nikmat hidup kerana kianat..

" ya allah... lindungilah keluarga aki... berikan kami hidayah dalam menempuhi dugaan mu ini... andai tiba masa kau menjemput aku... jangan kau biarkan saudara2ku terpesong akidahnya kerana dendam dan tamak, kerana mereka adalah saudara seagama denganku dan keturunan kami adalah satu... bukakan lah pintu hati mereka untuk bertaubat padamu... amin..."



18-10-2011/0000 a.m (malaysia)
- Di hari yang lalu, aki termenung di tepi tangga dewan menara gading... melihat mereka di hadapan sana,, mereka ketawa.. mereka menangis.. si ayah dan ibu menangis d saat nama anak nya di panggil di atas pentas... sejambak bunga ross digenggam oleh si ibu... menanti anaknya berjubah dan bertopi empat segi keluar dari muka dewan dengan senyuman bersama sebuah buku plastik merah... si ayah termenung sambil tersenyum, menyapu titisan mutiara dari hujung mata... dalam hatinya mungkin berkata.
" alhamdunillah.. itu anak aku.. tersenyum di atas keringatku... alhamdunillah.. anak aku berjaya dalam citanya"

sayu.. sayu.. itu bukan monolog aki sendiri, tetapi cerita kisah seorang kawan...  aki?? hanya seorang ibu dan seorang adik mengiringi aki naik dengan sebuah senyuman dan sebuah ungkapan syukur... "alhamdunillah... pandai anak aku," itulah kata2 dari ibu aki... ketika aki mengantar ibu aki pulang, ada jiran2 bertanya pada ibu..

" dah, kau g mn semalam? sape tu ?" ibu aki menjawab " dah g tengok anak dah konvo, die pakai jubah siap topi empat segi atas pale.. amboi... cantik dah tengok anak dah kak.. biarlah dah ni comot, selekeh.. anak2 dah pandai2.. lawa2.. ala hai anak omak..."

lucu aki dengar kerenah ibu aki.. tapi ibu tersenyum... aki pon tersenyum... kini perjuangan aki bakal teruskan... 2 tahun jadi sandaran.. segulung ijazah lain perlu d buru... insyallah... berkat doa si ibu tua.. dan keluarga... aki akan ke pentas itu lagi...


********** untukkerjaotakkitabersama:

A flower is sometimes blooming and sometimes withering. A tree is at times nude and at timed clothed. Just like me..



Saturday, October 15

apabila si lara pulang ke hati..

Arahan: buat ayat dari 3 ayat2 di bawah.
- apabila hati kering menjadi pasir air hujan dah xberguna lagi. 
- silence is a girl loudest cry you know she's really hurt when her ignore you. 
- Don't try to be someone you're not, wait for the guy who like you for you. you were born an original don't die a copy.
**** when you try to forget the one, they will always came back to track you... sometime it will pain... sometime it sweet.. namun apabila hati kering menjadi pasir air hujan dah xberguna lagi.wanita dicipta pemilik air mata. air matanya bukan sekadar saja, namun air matanya penuh dengan kata2... sampai satu ketika dia diam,,,silence is a girl loudest cry you know she's really hurt when her ignore you... buat kau si wanita... untuk aku juga,,, dengar baik2,..
"Don't try to be someone you're not, wait for the guy who like you for you. you were born an original don't die a copy"

Thursday, October 6

Apabila si Rindu mengamit pulang...




Salam blogger! jam di atas meja aki tik.. tok... menandakan pukul 3.45 A.M,,,, peh awal gile aki terbangun dari lena!! tido yang tak nyenyak... macam2 terfikir... tetap jam 10 A.M jumaat 7/10/11 aki akan ke muazam pahang. Buat ape g pahang??? aki g follow member g site projek dia n bawak budak2 study kat u g trip... jadi pengiring depa la~~~ 3 hari 2 malam hilang dari dunia kota ke dunia estet! patut2 aki kn ambik jubah 8 oktber ni.... well.... kn tunda la 10 oktber br leh ambik... dari semalam g aki nk menulis... but xjumpa2 idea... alang2 nk ilang.. aki mengarang... bukan cerita orang tetapi cerita aki sendiri...

APABILA SI RINDU MENGAMIT PULANG.... aki xcident jumaat lepas (30/9/11).. xterok sgt.. lebam sikit kat kaki n ade sedikit luka behampiran siku kanan.. but kawan aki lagi terok! bibir dia kn jait dalam n luar... ada sikit luka kat muka//// cian dia... dah la mkn kn guna stroll... salah sape??? salah org yang tak bersabar n tak perihatin! nasib baik nyawa kiteorng tak melayang!... huhuh (luahan hati jap... geram!) 
Back to story, aki dijangka kan konvo pada 18/10/11 bersamaan hari selasa.... mean next week masa sahabat2 aki dari setiap penjuru malaysia akan pulang ke menara gading untuk mengambil jubah! kat facebook... macam2 post kat group fac.. menyatakan kegembiraan mereka ingin pulang ke sini...(bunyi macam nk balik raye je.. heheh) dalam minggu ni je fon aki sentiasa di call n di msg si... mengabarkan mereka akan pulang ke sini... bagi mereka, juga aki.. ada satu perasaan yang buat kau ingin tersenyum.. perasaan yang datang dari sebuah kenangan... that call rindu... rindu memanggil setiap jiwa untuk pulang ke masa lalu.. is juga menyingkap tabir2 kenangan walaupun peti kenangan telah jauh ditinggalkan nun di masa lampau...


kenangan yang sentiasa berlegar di dalam kepala seperti sebuah wayang yang berputar tanpa menghiraukan kehadiran masa kini. bak lagu zhilivia " walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat, pejamkan matamu dan rasakan aku"... aku bukan berbicara tentang cinta... cinta di saat kini hanya satu sindiran hidup yang menguris luka2 lalu... mungkin belum masanya aki menemui penawarnya.. kini aki berbicara akan rakan2 yang sama berjuang mencari kehidupan di masa depan... di menara gading kita bertemu dan disini kita berjuang... di sini kita bersaudara dan di sini kita berjaya... akan dipinjamkan beberapa saat untuk kita hargai... sesuatu masa yang tak mungkin ada ulangan... aki reda menanti saat itu untuk hadir...




aki si rindu yang mengamit pulang setiap pelusuk teman2 sepengajian pulang ke menara gading... aki sabar menanti... menanti sekali lagi peluang untuk tersenyum dan menyimpan senyuman itu dalam kotak hati... aki terasa sangat2 beruntung.... walaupun ada kalanya kita disakiti oleh orang yang kita sayang, namun ada orang yang masih menyayangi kita. aki mula tersedar, sayang yang aki terjumpa di tepian jalan lebih berharga dari sayang yang aki ambil dipersimpangan jalan... ia lebih berharga untuk dihargai..




********** buat rakan2 seperjuangan, aki benar2 sayang akan kalian! walau aki tak pernah berkata2 dengan perkataan.. namun aki hanya bisa memberi yang terbaik untuk kalian... kalian antara permata yang aki jumpa di tepian perjalan hidup aki... izinkan aki menyimpan secebis kenangan tentang kalian.. agar aki lebih memahami erti penghargaan.. dan buat kau si blogger... tentu ada sesuatu kenangan yang mampu membuat kau tersenyum dan hatimu terasa riang.... ia adalah si rindu yang sentiasa mencari ruang dalam setiap kotak hati dan minda insan... dan sentiasa mengamit pulang sebuah memori dari masa lalu.... to all my Forester batch 2008/2009 and my MANTAN TEAM SRMUPM... taniah kerana mampu naik kepentas menara gading dan turun dengan segulung ijazah...

Thursday, September 29

29-9-2011, 10.43 p.m- sebuah dairi harian




29-9-2011, 10.43 p.m

Kemarin aku mampu ketawa, mampu tersenyum.. hari ini juga aku mampu ketawa.. aku juga mampu tersenyum. namun jauh di dalam hati aku ingin menangis semahu2nya... ya allah!!!!!!!! kenapa aku seringkali diduga begini.... adakah apabila KAU memberi ketenangan dan kesenangan buat aku, aku seringkali lupa bersyukur padaMU? hari ini aku mengangkat sumpah sebagai seorang pelajar sarjana di upm... Di universiti pertama aku jejak selepas menamatkan perjalanan di matrikulasi perak. Dunia luar sangat2 dahsyat!... menakutkan... sama seperti sebuah lorong gelap yang kusam dengan cahaya yang samar2 tetapi  berpenghuni!

Aku ingin sangat menangis sekarang... terasa sangat2 kosong... aku mempunyai keluarga, kawan2.. namun semuanya sibuk dengan hakikat hidup mereka. Aku? aku sendiri meniti usia melangkah ke alam dewasa bersama pelbagai kenangan manis mahupun pahit. Aku heret pelbagai masalah yang sering menghampiri aku walau untuk seketika..

Aku ingin menangis...

Sekiranya kau si ayah atau ibu, apa perasaan kau sekiranya anakmu datang membawa sepucuk surat putih yang menyatakan tawaran melanjutkan pelajaran? Seringkali aku terbayang, sebuah senyuman berserta pelukan dari seorang ayah dan ibu sambil menangis kegembiraan. Namun bukan untuk aku...

Aku ingin menangis...

Sekiranya kau si anak apabila tiada siapa yang datang pada hari kau menerima segulung kertas di pentas menara gading? Segulung kerkas yang kau buru sejak mula2 kau mula belajar membaca dan menulis.. Sedih? Hampa? Kosong? itulah aku.. rasaku pada saat ini.. umpama sebuah usaha yang sia2...

Aku ingin menangis...

Sekiranya kau si keluarga apa perasaan kau sekiranya ahli keluarga kau ditimpa musibah? Manusia tak ada yang sempurna, tiada kata tanpa silapnya, tiada laku yang sempurna aturnya. Semua ada cacat celanya, mahal sangatkah ungkapan kemaafan sehingga tak mampu memadam api amarah? Kenapa di baja amarah sehingga ia menjadi dendam? Ya Allah... kita umat islam insan... Islam xpernah mengajar umatnya mengunakan jalan yang songsang untuk meluruskan langkah yang bengkok. Kenapa mesti dipilih jalan gelap sedangkan jalan yang terang terbentang di hadapan mata? Kenapa hukum agama di belakangkan oleh dendam? Masyallah...... Adakah jalan hitam itu mampu menerangkan keadaan yang gelap ini? Sanggup menzalimi manusia lain kerana dendam? kerana marah? kerana sakit hati? Kenapa singkat sungguh akal insan? kenapa mahu dipilih syaitan sebagai teman sedangkan martabat insan lebih mula dari nya?

Aku ingin menangis...

Pelbagai musibah datang berduyung2... tanpa sempat bernafas, aku melangkah... langkahku longlai... aku benar2 mahu berpaut... namun dahan yang aku terjumpa hanya rapuh... hanya bertongkatkan hati yang kering, berbalut selimut nipis kesabaran.. aku melangkah setapak... demi setapak... di mana tempat aku mahu berpaut? di mana tempat aku mahu bersinggah? jalan yang sibuk... dengan sekalian insan yang sibuk meniti hakikat tersendiri... aku tetap menangis... itu yang aku mampu.. aku xmampu berkata2... aku makin letih berharap.. yang aku mampu hanya menangis... aku menangis bukan kerana aku lemah... namun aku menangis kerana aku letih.. namun sisa kesabaran membakar sedikat semangat untuk melangkah menyebabkan titik2 permata keluar seolah2 sama2 memahami dan sama2 berkata "aku faham sakitmu, aku akan keluar d saat kau merasa letih dan sakit. Kerana akulah sisa ketabahan hatimu".


***** ini bukan sebuah metos atau cerita reka.. ini dairi seorang anak, dan seorang insan... kali ini aku hampir2 tewas lagi... mengharap ada pohon mampu aku berpaut namun.. belum ketemu lagi.. perjalanan makin jauh.. makin beban... makin aku letih... Ya Allah.... maafkan kedua2 ibubapaku.. makcik ku yang sakit... adik2ku.. saudara2ku.. rakan2ku... dan diri aku sendiri... Hadirkan kesabaran yang cukup untuk aku melangkah merempuh dugaan yang kau berikan... sesungguhnya aku amat2 lemah ketika ini...

Untuk kau si blogger:


" People cry, not because they're weak. It's because they 've been strong for too long"