Thursday, September 29

29-9-2011, 10.43 p.m- sebuah dairi harian




29-9-2011, 10.43 p.m

Kemarin aku mampu ketawa, mampu tersenyum.. hari ini juga aku mampu ketawa.. aku juga mampu tersenyum. namun jauh di dalam hati aku ingin menangis semahu2nya... ya allah!!!!!!!! kenapa aku seringkali diduga begini.... adakah apabila KAU memberi ketenangan dan kesenangan buat aku, aku seringkali lupa bersyukur padaMU? hari ini aku mengangkat sumpah sebagai seorang pelajar sarjana di upm... Di universiti pertama aku jejak selepas menamatkan perjalanan di matrikulasi perak. Dunia luar sangat2 dahsyat!... menakutkan... sama seperti sebuah lorong gelap yang kusam dengan cahaya yang samar2 tetapi  berpenghuni!

Aku ingin sangat menangis sekarang... terasa sangat2 kosong... aku mempunyai keluarga, kawan2.. namun semuanya sibuk dengan hakikat hidup mereka. Aku? aku sendiri meniti usia melangkah ke alam dewasa bersama pelbagai kenangan manis mahupun pahit. Aku heret pelbagai masalah yang sering menghampiri aku walau untuk seketika..

Aku ingin menangis...

Sekiranya kau si ayah atau ibu, apa perasaan kau sekiranya anakmu datang membawa sepucuk surat putih yang menyatakan tawaran melanjutkan pelajaran? Seringkali aku terbayang, sebuah senyuman berserta pelukan dari seorang ayah dan ibu sambil menangis kegembiraan. Namun bukan untuk aku...

Aku ingin menangis...

Sekiranya kau si anak apabila tiada siapa yang datang pada hari kau menerima segulung kertas di pentas menara gading? Segulung kerkas yang kau buru sejak mula2 kau mula belajar membaca dan menulis.. Sedih? Hampa? Kosong? itulah aku.. rasaku pada saat ini.. umpama sebuah usaha yang sia2...

Aku ingin menangis...

Sekiranya kau si keluarga apa perasaan kau sekiranya ahli keluarga kau ditimpa musibah? Manusia tak ada yang sempurna, tiada kata tanpa silapnya, tiada laku yang sempurna aturnya. Semua ada cacat celanya, mahal sangatkah ungkapan kemaafan sehingga tak mampu memadam api amarah? Kenapa di baja amarah sehingga ia menjadi dendam? Ya Allah... kita umat islam insan... Islam xpernah mengajar umatnya mengunakan jalan yang songsang untuk meluruskan langkah yang bengkok. Kenapa mesti dipilih jalan gelap sedangkan jalan yang terang terbentang di hadapan mata? Kenapa hukum agama di belakangkan oleh dendam? Masyallah...... Adakah jalan hitam itu mampu menerangkan keadaan yang gelap ini? Sanggup menzalimi manusia lain kerana dendam? kerana marah? kerana sakit hati? Kenapa singkat sungguh akal insan? kenapa mahu dipilih syaitan sebagai teman sedangkan martabat insan lebih mula dari nya?

Aku ingin menangis...

Pelbagai musibah datang berduyung2... tanpa sempat bernafas, aku melangkah... langkahku longlai... aku benar2 mahu berpaut... namun dahan yang aku terjumpa hanya rapuh... hanya bertongkatkan hati yang kering, berbalut selimut nipis kesabaran.. aku melangkah setapak... demi setapak... di mana tempat aku mahu berpaut? di mana tempat aku mahu bersinggah? jalan yang sibuk... dengan sekalian insan yang sibuk meniti hakikat tersendiri... aku tetap menangis... itu yang aku mampu.. aku xmampu berkata2... aku makin letih berharap.. yang aku mampu hanya menangis... aku menangis bukan kerana aku lemah... namun aku menangis kerana aku letih.. namun sisa kesabaran membakar sedikat semangat untuk melangkah menyebabkan titik2 permata keluar seolah2 sama2 memahami dan sama2 berkata "aku faham sakitmu, aku akan keluar d saat kau merasa letih dan sakit. Kerana akulah sisa ketabahan hatimu".


***** ini bukan sebuah metos atau cerita reka.. ini dairi seorang anak, dan seorang insan... kali ini aku hampir2 tewas lagi... mengharap ada pohon mampu aku berpaut namun.. belum ketemu lagi.. perjalanan makin jauh.. makin beban... makin aku letih... Ya Allah.... maafkan kedua2 ibubapaku.. makcik ku yang sakit... adik2ku.. saudara2ku.. rakan2ku... dan diri aku sendiri... Hadirkan kesabaran yang cukup untuk aku melangkah merempuh dugaan yang kau berikan... sesungguhnya aku amat2 lemah ketika ini...

Untuk kau si blogger:


" People cry, not because they're weak. It's because they 've been strong for too long"

No comments:

Post a Comment