selamat malam blogger! soalan baik ak bagi malam ni "susah sangat ke nak mintak maaf" buat salah pandai. Mintak maaf xpandai, yes... kalau orang tak nak maafkan kita. ada yang berbunyi""" semua manusia xlepas dr buat salah". yes!! betul!! sangat betul.. but manusia juga diajar menginsafi kesilapan yang pernah d buat kan. Elton John dok menyanyi lagu "sorry seem to be the hardest word", susah sangat ke ungkapan maaf tu nk dilafazkan? sedarkah kalian betapa besar makna 4 huruf tu? mampu mengubah sebuah keadaan dalam kehidupan! mood aku memg bad sikit ini malam, sebab sentiasa kn deal ngan orang yang xreti mintak maaf bl buat salah. Damn!!! bg aku sekali kau hilangkan kepercayaan aku, selama kau hidup la kau xakan dapat kepercayaan ak. yes! xrugi ape pon kat kau. kat aku mungkin rugi, sebab ak nye kepercayaan di buang tepi longkang mcm tu je. but never mind la, adat dunia kan. nak kate aku baik sangat xjugk.. kadang2 aku wat dajal jugak. tapi sepanjang aku idup bukan susah sangat nk ucap MAAF tu. ikhlas tak ikhlas tu hal kau dengan tuhan la. hal kau dengan orang yang kau buat salah tetap ada. Word sorry tu mampu xsemahal mana pun, xperlu duit bejuta2 nk beli perkataan maaf tu. Just ikhlas dari hati je. Oleh kerana sikap ego barangkali, sebuah persehabatan terputus, sebuah perhubungan merapuh, sebuah janji terurai. Pepatah melayu ade berkata " terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya" walaupun manusia tak sempurna seperti YANG BERKUASA namaun sedar2kan lah diri yang kita wajib ade sifat rendah diri. Harta banyak mana pun, pangkat gah mana pun, sekacak or secantik mana pun kita ni, kalau buat salah tu reti2 la mintak maaf. Bukan ape, apa yang kita praktik kan itulah cermin diri di mata manusia lain. Jangan kerana seronok dan ego, huduh perilaku diri di mata yang lain. Mungkin mereka tak berkata2 namun mereka mampu berfikir dan bertindak. Jangan sampai terkena kat diri sendiri baru nak tersedar kan. Tapi hakikat yang sering terjadi macam tu lah, Dah terkena baru nak beringat. Just bebel kosong je.. penghangat malam yang dingin!
Sekadar renungan kau dan aku:
- Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu.
-sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”
-Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”
-Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.
-Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

REMEMBER BLOGGER:
Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam setiap hubungan sesama manusia..
No comments:
Post a Comment