Thursday, September 8

10 Tanda-Tanda oleh manusia




Tanda-Tanda Kebahagiaan

  1. Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.
  2. Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah.
  3. Tiap bertambah umurnya, beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.
  4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah pula pemurahnya.
  5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah dekatnya pada orang ramai.

Tanda-Tanda Kecelakaan


  1. Tiap bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.
  2. Tiap bertambah amalnya, bertambah congkaknya.
  3. Tiap bertambah umurnya, bertambah pula lobanya kepada harta.
  4. Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.
  5. Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.
Sekadar ingatan:
Tiap orang akan memperolehi kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain.

Timbulkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang itu, sebelum anda mengemukakan kesukaan anda.

Belajar menghargai sebelum memilih untuk memiliki.
Tiap yang ada harus disyukuri bukan di sia-siakan.

Akhir sekali, tiap-tiap yang terjadi atas satu pilihan dengan satu keizinan... sebaik-baik pilihan akan ada cacat celanya.. kerana si pemilih hanyalah seorang manusia.....


Note: perasaan menyesal selepas tersilap... lazimnya menghukum diri walaupun pembetulan telah di buat.

when hope begins to fade

sayang itu anugerah
anugerah untuk dinikmati
seringkali  aku tertanya
kenapa aku dipilihNYA?
memiliki rasa yang bukan milikku?
memiliki keindahan yang palsu?
seringkali kehilangan 
ketika kita mula mempercayai
kenapa? kenapa ia berlaku?
bisu... aku membisu...
juga mereka membisu
tiada jawapan
hampa? sedih?
senyuman itu...
senyuman palsu..
seperti anugerah yang di terima
palsu... 
di mana hilangannya kegembiraan?
kenapa ada rasa rindu pada yang palsu?
persoalan... persoalan...
harapan 
sepatutnya memberi nafas baru
kepada insan
sayang sekali
harapan itu palsu...
mungkin juga rasa sayang ini...
juga palsu.... mungkin.


" i'm miss someone to hold, when hope begins to fade"