KULIAH BERKAITAN “JIN” – OLEH USTAZ HJ. ISMAIL KAMUS
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun
lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat
dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan
kerana Jin paling suka dengan asap yang
busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.
Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah
tuu (sambil
berseloroh).
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi
(klcc), tandas dan kubur.
6)
Beliau menasihat
apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya),
perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin
sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu
tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula,
kita jadi cucu cicit jin !!!!
7)
Jin tidak
mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila
Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun
jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya
dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga
anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat
tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah
mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong
yang airnya tenang, terutama di
waktu tengah malam. Jin suka mandi di
situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk
rumah baru, di galakkan membaca surah
Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung
tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika
budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan
ayat Kursi dengan cara 9 kali henti
(tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
********** JANGANLAH WAHAI ANAK2 ADAM BERDAMPING YA INI
BERSAHABAT DENGAN SYAITAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPANMU… TELAH ADANYA ALQURAN
UNTUK PANDUANMU… ADANYA ULAMAK2 UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN… JANGAN SESEKALI KAU
MEMALINGKAN DIRIMU DARI AJARAN ALLAH….
(Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini
kepada saudara Muslim Muslimat yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu
amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.)