Tuesday, October 4

KULIAH BERKAITAN “JIN” – OLEH USTAZ HJ. ISMAIL KAMUS


KULIAH BERKAITAN “JIN” – OLEH USTAZ HJ. ISMAIL KAMUS

1)       Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari  api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2)       Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi  Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3)       Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan  yang turun kesemuanya jahat (tidak  Islam).

4)       Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana  Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau  menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu  (sambil berseloroh).

5)       Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6)       Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya  jalanraya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut  sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila  pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin  !!!!

7)       Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik  nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi  Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman  meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di  kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya.  Sehingga anai-anai  memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh  serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka  barulah tahu oleh jin bahawa Nabi  Sulaiman telah mangkat.

8)       Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu  tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.  Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9)       Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum  duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan   membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak  perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10)    Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi  dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau  pernah jumpa orang yang di rasuk.


********** JANGANLAH WAHAI ANAK2 ADAM BERDAMPING YA INI BERSAHABAT DENGAN SYAITAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPANMU… TELAH ADANYA ALQURAN UNTUK PANDUANMU… ADANYA ULAMAK2 UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN… JANGAN SESEKALI KAU MEMALINGKAN DIRIMU DARI AJARAN ALLAH….

(Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang  bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.)

No comments:

Post a Comment