Ketenangan… Calm… Peace.. Semua merujuk kepada keindahan hidup sebagai seorang manusia..
Ada yang berkata :
“Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud”.
Ada juga berkata:
“ hidup penuh pengorbanan, pengorbanan perlukan perjuangan, perjuangan perlukan ketabahan, ketabahan perlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan dan akhir sekali kejayaan pula menentukan kebahagian”.
Bagi pena, kehidupan tidak lengkap tanpa derita, tetapi jangan difikirkan derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan. Ia benar, aku sendiri mengalaminya.
Terkurung dalam kesedihan yang aku sendiri tak memahami. Lama kelamaan aku sedar, tiada pagi yang tidak di datangi malam yang suram.
Hidup dalam kesedihan buat aku hilang senyuman dan membuat hati aku beku. Hati kering kerana aku sendiri lupa akan baja yang sepatutnya aku letakkan, aku hanya berharap pada hujan dan baja yang ditabur oleh orang yang ada disekelilingku. Tanpa aku sedar, baja yang telah ditabur kadang2 bukan baja yang aku perlukan.
Aku salahkan kesunyian menjadikan hati manusia menjadi kering. Namun, aku sedari kesunyian dan kesendirian bukan satu dosa. Sebaliknya ia satu perluang untuk kita melihat kekurangan diri dan memperbaikinya.
Kadang2 benar, bukan senang untuk mencari kebahagian dalam satu kehidupan. Kadang2 kita kena melalui kepahitan dalam mencari kemanisan sebuah kehidupan. Kadang2 kita tak mampu menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Walaupun kita mampu merancang masa hadapan. Namun setiap masa yang hadir akan mengubah segala yang kita rancang. Suka atau tidak ia tetap berlaku.
Oleh itu setiap detik kita kena sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan yang tidak di duga. Walaupun ia menyakitkan namun ia perkara yang paling berharga.
Jadi manusia tak semestinya kena ikut jalan atau kata orang lain, yang penting adalah perasaan sendiri. Mungkin hari ini bernasib malang but jangan sesekali putus asa untuk hari esok! Kalau Bumi mampu tersenyum tatkala kita memusnahkan sebahagian dari kehidupannya, kenapa kita tak mampu tersenyum seperti Bumi?
Bangun berjuang mencari kehidupan yang kita mahukan. Nak hari esok jadi menarik, Kita sendirilah kena berusaha untuk terus hidup dan menjadikan ia menarik. Kita bukan hidup untuk orang lain, segalanya untuk diri kita sendiri.
Remember this word blogger :
”some stories donts have a clear begining, middle, and end. Life is about not knowing, having to chance, taking the moment and making the best of it without knowing what ’s going to happen next”.
Pen off...
perghhhh... best... wa layan...
ReplyDeletesory kalu lepas nie wa guna 'wa'.. bukan gengster tp biasalah.. lebih mesra gitu ceh..
wa minat la.. teruskan ..anda wa pilih antara yang wa spot hari2.. tq hasil penanya.. minat..
wawawawahahah... thank.. bila dah bosan mula la memikirkan sesuatu y xpernah d fikir,, suka ati ang la nk guna bahasa apa pon,, janji hanya hapi,,, gaya biar brutal n stylo.. y penting dalam hati ade taman... ahahahah
ReplyDelete