alkisah.. aki tak ingat mn source utama dia.. but ini antara note y staff pejabat hutan aki pernah bg masa aki mintak dia setelkan beberapa kerja dahulu... dia masokkan dalam pendrive aki beberapa nasihat2... mungkin dia karang sendiri.. or dia copy dr org lain... but ilmu seharusnya d sebarkan... so aki nk share cerita pasal elak panahan mata...
Kerjaya
saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja tidak kira
jantina, bangsa, pangkat dan kerja. Kali terakhir saya berjumpa dengan tauke
perabot yang berasal dari Arab ini pada tahun 1997. Kesibukan kerja dan urusan
peribadi membuatkan saya tidak lagi mengunjungi beliau. Namun baru-baru ini
saya bertemu sekali lagi dengan beliau kerana tugas. Selepas saling berjawab
salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau sewaktu melihat saya ialah
"MasyaAllah.. semakin sihat badan awak ni,". Saya tersenyum sambil
membalas, "Tuan pula semakin kacak dan segak,". Segera beliau
menyampuk,"Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan masyaAllah dulu baru cakap
perkataan tadi,"
Dalam keadaan terkejut saya pun mengulang perkataan tadi,
" MasyaAllah, tuan semakin kaca dan segak sekarang," Mengekori beliau
masuk ke kedai saya bertanya, "Mengapa saya perlu tambah perkataan
MasyaAllah tadi?" Jawapannya ringkas," Elakkan panahan mata,"
Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,"Panahan mata apa? Saya tidak
merenung pun mata tuan," Jawab beliau," Semua benda sama ada baik
rupa atau buruk keadaan datang dari Allah. Kita pinjam je semua itu. Kerana itu
kita perlu puji Allah kerana pemberiannya sama ada menyebut Subhanallah atau Masya
Allah. Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan
dipuji orang kerana cantik dan sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya
atau dalam minggu itu dapati ia secara tidak sengaja terkoyak atau rosak.
Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus tetapi
dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau berlaku
kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa dipuji
kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau menjalankan
amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi kerja. Itulah
yang dikatakan panahan mata," Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa
kaitan semua kecelakaan itu dengan panahan mata? Sambil tersenyum beliau
menjawab, "Saudari, tidak semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh
itu kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda
lain dan anjurkan orang lain untuk berbuat demikian. Di negara saya yang
berpadang pasir panahan mata terjadi dalam sekelip mata. Jika hari ini sebuah
kereta dipuji kerana cantik, keesokkan paginya pemilik kereta itu rugi kerana
keretanya kemalangan. Tetapi kurang terjadi di negara ini kerana banyak pokok
tumbuh yang memesongkan panahan mata ini menyebabkan tuan punya diri tidak
selalu kena malang. Tapi kita memang dianjurkan untuk memuji Allah dahulu
sebelum memuji benda kerana kita ni kan meminjam saja," jelasnya. Saya
hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas.